Friday 26 February 2016

Cerpen: Menahan Rindu 3





Natrah merenung gambar Naufal di handphonenya. Macam mana dia dapat gambar Naufal? Curi-curi la apa lagi. Tak adanya Naufal bermurah hati nak bagi dia tangkap gambar depan-depan. Senyuman terukir di bibir Natrah. Cukuplah walau hanya dengan menatap gambar. Sekurang-kurangnya terubat sikit rindu dia pada Naufal.

Keluhan dilepaskan perlahan bila teringatkan kejadian yang berlaku di lif petang tadi. Naufal sampai guna bahasa kasar dengannya. Pertama kali… dan hatinya rasa dicarik. Sedih bukan kepalang. Itu baru Naufal bercakap kasar, dia dah sedih sangat-sangat. Macam mana pula kalau ditakdirkan Naufal berkahwin dengan perempuan lain. Mampukah dia bertahan? Masih mampukah dia bernafas seperti biasa? Dia tak tahu.

Apa yang Natrah tahu, dia perlu pikat Naufal habis-habisan. Biar Naufal jatuh cinta padanya. Biar Naufal tak mampu hidup tanpanya. Biar Naufal mahu mendengar suaranya hari-hari.
‘Awak sombong dengan saya ye Naufal? Takpe, awak tunggu. Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya. Sampai satu saat, awak takkan mampu bernafas tanpa ada saya.’ Natrah senyum sedikit. Mata dipejamkan. ‘Selamat malam Naufal.’



*****



Good Morning dear.”

“Siapa benarkan awak masuk?” Naufal ketap gigi geram.

“Tak ada siapa benarkan. Saya yang benarkan diri saya masuk. See, saya bawa air kopi kegemaran awak.” Natrah letakkan roti bakar dan juga kopi di depan Naufal.

“Awak ingat saya akan minum air yang awak buat ni? No way! Entah-entah awak ada bubuh benda yang bukan-bukan kat dalam kopi tu. Tak pasal-pasal nanti saya tergila-gilakan awak.” Naufal menolak. Dalam diam dia menelek wajah Natrah. Tak terkesankah Natrah dengan kemarahannya jumaat lepas?

“Ish awak ni. Tak baik tuduh saya tahu. Saya budak baik. Mana main jampi-jampi ni. Saya nak pikat awak guna cara bersih.” Natrah melabuhkan punggung di kerusi hadapan Naufal. Dia tersengih. Rasa kelakar bila Naufal menuduhnya mahu buat benda tak elok.  

“Tak payah pikat saya. Saya tak suka!”  tekan naufal. Mukanya masam. Kelat.

“Tapi saya suka. Sangat!”

“Awak ni tak faham bahasa ke Natrah? Saya cakap tak nak maksudnya saya tak nak!”

“Memang saya tak faham bahasa pun. Saya cuma faham bahasa cinta je.”

Naufal raup mukanya kasar. Letih mahu berbalas cakap dengan Natrah yang tak pernah mahu kalah.

“Saya tak cintakan awak and please… bawa sekali kopi awak keluar. Tak nampak saya ada banyak kerja nak kena buat?”

Fine…kalau awak tak nak minum biar saya minum. Awak sombong sangatlah Naufal.” Natrah mencebik. Roti bakar disuap ke dalam mulutnya. Hmmm… sedap juga dia bakar roti ni. Erk… bakar roti je kot. Apa yang istimewanya? Istimewa sebab dia bakar dengan penuh kasih sayang untuk Naufal tapi Naufal pula jual mahal.

Mata Naufal bulat. Tubuhnya tegak. “Hey, ini bilik saya dan kalau awak nak makan atau minum awak boleh pergi pantry. Now go!”

“Tak sakit tekak ke asyik jerit dari tadi? Sakit telinga saya dengar awak bising pagi-pagi ni.” Natrah menghirup pula air kopi. Baru gigit roti tu sikit, tu pun nak marah.

“Awak…”

“Okay-okay sekejap je. Saya nak minum kopi dengan makan roti ni sekejap. Saya lapar sangat. Saya ada gastrik tau awak. Kalau saya pengsan nanti siapa yang susah? Awak juga.” Natrah kunyah perlahan roti di mulutnya. Memang betul pun dia ada gastrik. Cuma tak ada siapa yang tahu akan penyakitnya itu di ofis ini. Eh jap, Aimi sorang je yang tahu.

Naufal merengus geram.  Kecik je tubuh Natrah di matanya saat ini.

“Lantak awaklah nak pengsan ke nak apa ke saya tak peduli. Saya nak awak keluar dari sini sekarang. Now Natrah…” dalam suara Naufal. Sabarnya semakin menipis.

Tapi Natrah  masih buat selamba. Selamba menikmati roti bakar bersalut jem strawberry kegemarannya. Sesekali disisip kopi yang masih panas. Nikmatnya!

 “Saya dah tak tahu nak guna ayat apa lagi bagi awak faham yang saya tak berminat, tak suka dan tak cintakan awak. Berhenti kejar saya sebab saya memang tak akan pandang perempuan macam awak.” Naufal geleng kepala. Sakit kepala dia dengan kerenah  Natrah yang tidak faham bahasa.

“Just say I love you and I will stop.”

Naufal merengus geram.

“In your dream Natrah. In your dream…”

“ Nope, saya akan pastikan yang awak jatuh cinta pada saya. Bukan dalam mimpi. Saya akan jadikannya kenyataan. Masa tu awak takkan mampu hidup tanpa saya. Awak akan sayang saya.”

Natrah tersentak bila Naufal menghempas cawan yang berisi air kopi ke lantai. Pecah…  air kopi terkena kain baju kurungnya.  

“ I will never ever falling in love with you. I will never be yours. You should know your limit Natrah. I’m your manager in this office. Not more than that. You should stop chasing me. You make me sick with your attitude.” Penuh amaran Naufal bersuara. Mukanya tegang.

Natrah menahan nafas.  Cawan yang pecah tapi kenapa dia rasa hatinya turut terhempas sama?

My love towards you is not a crime. You should never push me without give me a chance. You don’t even know me but you keep pushing me, avoid me. You just make things complicated.

“ You are the one who make things complicated! Not me! I don’t love you. You should understand that.”

Saya tak nak faham. Kenapa Naufal? Awak masih teringatkan Hanis? Masih cintakan dia? Sebab tu awak tak boleh nak jatuh cinta pada saya… betul kan apa yang saya cakap?” Natrah mengungkit nama Hanis. Wanita yang pernah buat Syed Naufal jatuh cinta.

“ Diam Natrah.” Semakin dalam suara Naufal. Bila Natrah menyebut nama Hanis, dadanya bagaikan ditikam dengan pisau. Kecewanya masih belum hilang.

Forget her… dia dah berkahwin. Dan dia dah bahagia dengan Karl. Awak patut fikirkan kebahagiaan awak. Saya rasa Hanis pun nak tengok awak bahagia macam dia.”

Stop Natrah!” Suara Naufal memetir. Terangkat bahu Natrah terkejut.

“ Berambus … mulai sekarang, jangan tunjuk muka kau depan aku. Jangan cuba bercakap dengan aku. Jangan masuk bilik aku. Jangan pandang aku. Lupakan segalanya tentang aku…” turun naik nafas Naufal menahan marah.

Natrah geleng kepala. Hatinya merusuh melihatkan wajah marah Naufal. Marah dan kecewa. Dia nampak semua tu. Marah akan dirinya. Dan kecewa kerana masih sayangkan Hanis.

“Saya sayang awak Naufal.” Perlahan suara Natrah. Dia bangun dari duduk.

“Aku benci kau Natrah. You just don’t know how much I hate you right now.” Sesudah menuturkan ayat itu Naufal mencengkam lengan Natrah dan menolak Natrah keluar dari biliknya sebelum pintu dihempas kuat.

Natrah tergamam. Semuanya terjadi dengan begitu pantas.

“Natrah…” Aimi memanggil. Natrah diam.

“Natrah, kau okay?” Aimi mendekati Natrah yang masih memandang pintu bilik Naufl yang tertutup rapat. Tertutup rapat sama seperti hati naufal yang tertutup rapat untuknya. Langsung tiada ruang untuk perempuan bernama Natrah.


“ Dia benci aku Aimi. Naufal… benci aku.” Air mata Natrah menitis dan esakannya pecah.



Bersambung...

8 comments:

  1. Ksiannya dkt natrah. Hishh. Berlagak je naufal nih. Rasa mcm nk hempuk kpala dia je. Nak lagi ekk sis.

    ReplyDelete
  2. Pleaseee sambunggg :):) *muka penuh mengharap* hehehe

    ReplyDelete
  3. Cik writer...this one pun best....lama tggu tau

    ReplyDelete
  4. akak bile nk sambung citer nie..... xsabar dh nie..xcited habiss..best gilerr citer nie.. lbh2 lg citer camnie jarang org buat.. hehe cepat2 tau kak������

    ReplyDelete
  5. Bila nk smbung cite nie???xkn nk biar tergantung jew???smbung la cpt please :(

    ReplyDelete