Thursday, 7 January 2016

Hanya Kau dan Aku 4




“You can get lost from this house Julia. I don’t want to see your face anymore. We are over!”

“You are kidding right?”  Tengku Julia ketawa kecil. Para tetamu turut ketawa. Sangkanya Tengku Imran hanya berlakon.

“Along. Jangan buat macam ni nak. Malu kita nanti.” Tengku Zaiton menasihati anaknya. Resah hatinya. Masih belum terlambat untuk Tengku Imran menarik balik keputusannya.

Tengku Imran geleng kepala. Dia dah nekad. Air muka umi dan papanya yang sudah pucat dipandang sepi.  

“Nope. This is not a joke. We are done. The wedding is cancel. I don’t want to marry you.” Tengku Imran ketap gigi geram. Kalau diikutkan amarahnya, dah lama dia heret dan halau Tengku Julia bagaikan anjing kurap. Lantaklah wartawan nak cakap apa pun.

Tengku Julia terkejut. Kelam kabut dia bangun dari bersimpuh. Berhadapan dengan Tengku Imran yang wajahnya nampak tegang. Lengan kekar Tengku Imran dipegang kemas dan dia tersentak bila tangannya ditepis kasar.

“What’s wrong with you? Are you out of your mind? Semua orang dah datang dan you nak tinggalkan I di majlis kita? No! It’s not going to happen!” Tengku Julia menjerit marah. Hatinya panas menggelegak. No, Tengku Imran tak boleh tinggalkan dia. Dia tak akan benarkan!

You cheated on me Julia! Behind me! I know that! I don’t need a woman like you. You are not worth for my love. You can get lost!” Tengku Imran membalas lantang. Dia tak perlukan wanita seperti Tengku Julia dalam hidupnya.

“It’s not true. I…I don’t know what are you saying.”  Tengku Julia gagap. Berdebar dadanya dengan kenyataan Tengku Imran. Rahsia yang selama ini tersimpan kemas sudah dihidu oleh Tengku Imran.

“Don’t hypocrite Julia.”

”Apa ni Imran? Kenapa buat Julia macam ni? Kamu tahu yang Julia cintakan kamu.” Dato Murad menegur. Dia tak faham apa yang berlaku saat ini. Tak rela dia melihat anak kesayangannya dimalukan di khalayak ramai.

“Kalau uncle nak tahu, anak kesayangan yang uncle banggakan sangat ni curang kat belakang saya. Saya tak boleh hidup dengan orang yang tak ada maruah macam ni.” bidas Tengku Imran sekali nafas.

“No! You lie!” Tengku Julia menampar dada bidang Tengku Imran. Sikit pun Tengku Imran tak mengelak.

“I tipu?” Tengku Imran ketawa sinis. Handphone yang berada di poket seluar dikeluarkan. Video rakaman Tengku Julia bersama dengan seorang lelaki ditunjukkan kepada Dato Murad. Terbeliak biji mata Dato Murad melihatkan anak gadisnya tanpa seurat benang pun!

Tengku Julia merampas handphone tersebut dan dihempaskan ke lantai.

Panggg!

Tengku Julia pegang pipi kanannya. Perit! Perlahan-lahan air matanya turun. “How could you pa.” pertama kali tangan papa hinggap di mukanya.

“Malu papa ada anak macam kamu.” Dato Murad kecewa.  Tak sangka anak kesayangannya tegar menconteng arang ke mukanya. Tak pernah terlintas di fikirannya yang anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sanggup menghancur lumatkan hati tuanya.

Datin Zaiton menekup mulut. Terkejut besar dengan kebenaran yang terpampang di depan mata. Dato Zainal menghela nafas lemah. Sungguh tak disangka bakal menantunya seteruk itu. Padanlah Tengku Imran mengamuk besar.

“Julia tak salah pa.” Tengku Julia pegang tangan Dato Murad.

Dato Murad geleng kepala. Tangan Tengku Julia dileraikan. “ Kamu nak berdalih apa lagi Julia? Dah terang lagi bersuluh perempuan yang dalam video tu kamu. Kamu nak nafikan lagi?”

Tengku Julia menangis.  “Itu…itu bukan Julia. Julia tak akan tergamak buat perkara terkutuk tu.” Dalam sendu dia membalas.

“Habis kamu nak cakap yang papa tak kenal anak papa sendiri. Macam tu?” Dato Murad jegilkan matanya.

“Itu bukan Julia! Bukan!” bergema rumah banglo itu dengan jeritan Tengku Julia. Kerlipan dari lensa wartawan semakin rancak.

“Ikut kamulah Julia. Papa dah malas nak ambil tahu pasal kamu lagi.” Dato Murad membawa diri. Bukan sedikit rasa kecewanya dengan apa yang Tengku Julia sudah lakukan. Pedih hati tuanya. Kalau isterinya masih hidup, pasti isterinya turut kecewa dengan perbuatan anak kesayangan mereka.

“Papa, jangan buat Julia macam ni.” Tengku Julia menghalang Dato Murad dari terus berlalu namun Dato Murad menolak kembali tubuh anaknya.

Tengku Julia terduduk. Sayu matanya melihat langkah Dato Murad yang semakin menjauh. Dia mendongak bila lengannya ditarik oleh Tengku Imran menuju ke pintu utama. Hampir tersadung kakinya kerana langkah besar Tengku Imran.

“ Dah habis lakonan you? Boleh you balik sekarang?”

“You bakal suami I dan I tak akan balik selagi I tak kahwin dengan you.”

“We are over Julia! Over!”

“Im, please… don’t do this to me. I love you.” Rayu Tengku Julia. Teresak-esak dia menangis. Bagaimana videonya boleh sampai ke tangan Tengku Imran? Dia tak tahu! Mungkin Tengku Imran mengupah seseorang untuk menyiasatnya. Damn!

“Go to hell with your love! Get lost!”

“It was my mistake. I’m sorry honey. I love you. I can’t live without you.”Tengku Julia memegang erat lengan sasa Tengku Imran. Air mata masih di pipi. Rosak make upnya.

Tengku Imran menepis tangan Tengku Julia yang memegang erat tangannya. Senyuman sinis dilemparkan. “Johan, Borhan… heret perempuan ni keluar dari rumah aku. Meluat aku tengok drama air mata dia.”

“Baik Tengku.” Johan dan Borhan menarik tubuh Tengku Julia yang meronta kasar tidak mahu beredar dari situ.

“No! I’m sorry Im. Please…”

“Get lost Julia.”

“Let me go! Don’t you dare touch me!”Tengku Juliana mengamuk. Nafasnya turun naik. Air mata dikesat kasar.

I  bersumpahI akan  buat hidup you menderita. I akan hancurkan hidup you. You akan menyesal buat I macam ni. You akan menyesal sebab malukan I. I akan buat you melutut kat kaki I!” lantang jeritan Tengku Julia memenuhi ruang besar rumah banglo itu. Bisikan orang ramai serta lensa kamera yang dipetik dari para wartawan tidak dihiraukan. Biar esok wajahnya terpampang di dada akhbar. Biar!

“Enough with your words! Jangan cuba nak ugut I. You belum kenal siapa I yang sebenarnya. Jangan sampai I yang musnahkan hidup you sampai you sendiri tak sanggup nak angkat muka you. Kalau you tak nak muka cantik you tu bercalar baik you jauhkan diri you dari I. I mean it!”

“I tak peduli. I sendiri yang akan hancurkan hidup you. You tunggu Im.”

“Kau tunggu apa lagi Borhan? Bawa perempuan ni berambus!”Jerkah Tengku Imran. Makin lama Tengku Julia di sini, makin sakit hatinya mengenangkan perbuatan curang Tengku Julia. Perempuan tak guna!

“You akan menyesal Im! You akan menyesal!” Tengku Julia menjerit marah.

Tengku Imran ketap rahang.  Dia berpaling. Sebelum tangannya sendiri yang singgah di muka Tengku Julia, lebih baik dia beredar. Sedar yang kesabarannya hanya tinggal sisa.  Saat itu matanya bertemu pandang dengan mata Sara yang berkaca. Sekali lagi air mata mencemari pipi gebu itu. Sara…


Bersambung..

12 comments: