Aku menguap beberapa kali. Mata sudah semakin layu tapi
kelibat Sany masih lagi belum muncul. Sweater
yang tersalut di tubuh aku tarik rapat ke dada menahan sejuk yang mula
mencengkam. Aku boleh beku kalau duduk lama-lama kat sini. Dahlah sejuk, sakit
hati pulak tu. Jam yang berada di pergelangan tangan aku jeling sekilas. Dah
pukul 10 malam. Maknanya dah dua jam aku tunggu Sany macam orang bodoh kat
perpustakaan ni!
Aku meliarkan pandangan ke sekitar perpustakaan. Student tak berapa ramai sangat. Memang
jarang yang datang ke perpustakaan pada waktu malam. Hanya aku yang terlebih
rajin dan bermurah hati menjengukkan diri ke perpustakaan pada malam ini dan
kesudahannya aku tercongok macam tunggul kayu. Batang hidung Sany langsung tak
kelihatan!
Akhirnya aku buat keputusan untuk balik saja. Esok kalau aku
jumpa Sany kat kelas tahulah aku nak buat apa kat dia. Beria-ia suruh aku ajar Tax
tapi buat perangai macam ni pulak. Kalau macam ni la ceritanya lebih baik aku
duduk rumah tengok Running Man kat lappy. Buang masa aku aje. Buku teks Tax
yang tebal tu aku angkat, tak lupa juga nota yang aku sudah siapkan, nak bagi
Sany faham. Huh, elok juga kalau aku hempuk buku tebal ni kat kepala Sany, biar
kurang sikit sakit hati aku sebab dia biarkan aku tunggu lama kat sini.
Baru aku berpusing aku terkejut bila tiba-tiba ada orang
menyergah aku dari belakang. Aku hampir terduduk kerana terkejut. Bergema
ketawa Sany kerana berjaya mengejutkan aku. Dengan selambanya dia duduk kat
kerusi yang aku duduk tadi. Gelaknya masih belum berhenti. Kalau datang setakat
nak sakitkan hati aku baik tak payah datang. Aku ketap gigi geram. Tanpa
menghiraukan gelaknya yang masih bersisa aku terus meninggalkannya.
“ Linda!” panggil Sany dari belakang. Aku melajukan langkah.
Malas nak tengok muka tak bersalah lelaki tu. Dahlah tak reti nak minta maaf
sebab datang lambat, disergahnya aku pulak. Macamlah tak tahu yang aku ni mudah
terkejut.
Sany tarik hujung tudungku membuatkan langkahku terhenti.
Mahu lucut tudung ni kalau aku jalan jugak. Sekelip mata Sany dah ada kat depan
mata aku. Senyuman tersungging di bibirnya.
“ Kau nak apa?” aku tanya kasar. Tak ada mood nak cakap
baik-baik sekarang ni. Angin puting beliung aku dah datang.
“ Aku nak kau. Boleh?” ujar Sany loyar buruk.
Aku mencebik geram. Main-main!
“ Sebelum buku ni melayang kat muka kau baik kau ke tepi.
Aku nak balik. Lepas ni jangan cari aku lagi kalau kau nak apa-apa. Aku dah tak
nak berurusan dengan orang yang tak pandai nak tepati waktu.” Aku ingin
melangkah tapi langkahku tersekat bila Sany berdiri di depanku.
“ I’m so sorry… Aku
bukan sengaja datang lambat. Kereta aku kena langgar tadi. So, aku hantar pergi bengkel kejap. Aku nak inform
kat kau pun tak boleh sebab aku lupa nak bawa handphone. Aku tahan budak mana entah tadi, minta tolong dia hantar
aku ke sini sebab aku tahu yang kau mesti tunggu aku.”
Penjelasan Sany membuatkan aku sedikit tersentak. Sany
kemalangan? Ya Allah, nasib baik dia selamat.
“ Sorry, aku tak
tahu.” Perlahan aku bersuara. Rasa bersalah kerana mengutuk dia dari tadi
sedangkan aku tidak tahu kejadian sebenar yang menimpanya. Itulah Linda, lain
kali dengar dulu apa yang orang nak cakap. Jangan main tuduh melulu saja.
Sany mengarahkan aku duduk. Aku menurut.
“ Relaxlah. Bukan salah kau pun. Salah orang yang langgar
aku tadi. Letak mata kat mana entah. Lampu isyarat merah dia bantai jalan juga,
tak sempat aku nak elak dah kena langgar dengan dia.” bebel Sany. Mukanya
sedikit keruh. Pasti Sany sedikit ralat bila kereta kesayangannya berada di
bengkel sekarang ini.
“ Habis tu kau biar dia terlepas macam tu aje ke? Takkan tak
minta ganti rugi?” sedikit geram aku bertanya. Geram kepada orang yang
melanggar Sany sebenarnya. Kalaulah orang tersebut ada di hadapannya sekarang
ini, sudah pasti dia sudah sembur habis-habisan!
“ Dah… bil repair
kereta nanti aku bagi kat budak tu. Dialah yang kena bayar nanti.”
“ Nasib baik kau tak apa-apa.” Sedikit sebanyak aku lega
bila Sany tak ada cedera di mana-mana. Buatnya dia cedera parah, tak ke naya
dan mujur juga umur Sany masih panjang, kalau tak… hilang kawan baik aku sejak
diploma ni…
“ Kau tak nak tanya sama ada aku ada sakit kat mana-mana
ke?” Sany buat muka sedih. Macam teruk
sangat je sakitnya.
“ Nak kena tanya ke?” Aku buat muka pelik
“ Tanyalah…” desak Sany.
“ Kau ada sakit kat mana-mana ke?” aku layankan jugalah angin
Sany yang nak mengada.
“ Hati aku sakit…” Sany buat muka sakit sambil pegang dada.
“ Apa kena mengena dengan hati pulak?” aku kerut dahi. Aku
tengok dia macam okay je… tak ada injured
kat mana-mana.
“ Hati aku sakit bila aku fikir kalaulah aku tak selamat
tadi, tak sempat aku nak jumpa kau.” jiwang Sany tiba-tiba. Senyuman nakal
terukir di bibirnya.
“ Sengal punya jawapan.” aku mencebik.
******************************
Tanganku laju mencatit nota bila Sir Hafiz mengajar di
depan. Subjek AIS memang subjek yang aku suka sebab subjek ni best ditambah
pula orang yang mengajarnya muda. Segar sikit mata aku ni. Hehe, gatal aku ni!
Tumpuanku terganggu bila Sany merampas pen yang aku guna.
Aku pandang wajah dia yang nampak kelat.
“ Kau kenapa?” aku jungkit kening tinggi.
“ Bosanlah. Mengantuk. Mata aku macam tak boleh nak buka.”
Balas Sany menjawab pertanyaanku. Aku keluarkan gula-gula yang memang sengaja
aku letakkan dalam pencil case dan
bagi kat Sany. Sany ambil tanpa banyak soal dan sumbat ke dalam mulut.
Aku kembali menumpukan perhatian dan sekali lagi Sany
mengganggu dengan menyepak kakiku. Aku dah jeling berapi kat dia.
“ Aku bosan ni.” ujar Sany perlahan.
“ Kalau kau bosan kau bosanlah sorang-sorang. Jangan kacau
aku. Aku tengah semangat ni.” aku turut berbisik perlahan. Takut Sir Hafiz
dengar perbualan kami.
“ Kau memang, bila Sir Hafiz ajar cerah aje mata tu tapi
cuba kalau Madam Afifah yang ajar… selamba badak letak kepala atas meja.” Kutuk
Sany pula.
“ Itu lain cerita. Lagipun biasalah kalau perempuan tertarik
dengan lelaki. Lagi senang aku nak absorbed
dalam kepala kalau lecturer yang
mengajar tu lelaki tapi tengok jugaklah cara dia mengajar. Kalau rupa superb tapi tak pandai mengajar pun tak
best jugak kan… it depends.”
“ Kalau aku jadi lecturer
mesti ramai student fall in love
dengan aku sebab aku pun boleh tahan kacaknya.” Sany tersenyum nakal. Mukanya
ceria. Hilang sudah ngantuknya.
“ Owh pleaselah… jangan nak perasan
sangat.” Aku juih bibir. Angkat bakul sendiri pula lelaki ni. Perasan sungguh!
“ Bukan perasan tapi ni namanya kenyataan.” Ujar Sany tidak
mahu mengalah.
“ Sany, Linda… kamu ada benda ke yang nak dikongsikan dengan
kelas?” teguran daripada Sir Hafiz mematikan bicara kami berdua. Budak kelas
aku semua dah pandang kitorang. Erk… habislah…
“ No sir…” balas
Sany. Dia hanya tersenyum sumbing.
“ Why not both of you
share dengan kami semua. Saya pun nak tahu juga apa yang kamu sembangkan
sampai saya mengajar pun kamu tak dengar.”
“ Ni semua salah kau.” aku marah Sany perlahan. Aku sepak
kaki dia kat bawah meja
“ Apa pulak aku, kaulah yang salah.” Sany tak mahu mengaku.
Kaki aku pulak yang disepaknya.
“ Siapa suruh ajak aku bersembang.” Kalau Sany tak kacau aku
tadi mesti Sir Hafiz tak tegur kitorang.
“ Siapa suruh kau layan?” Sany membalas.
“ Saya tak suruh kamu sambung bersembang. Saya suruh kamu
berdua cerita kat depan ni.” Sir Hafiz bersuara tegas.
“ Erk…sir…” aku dan Sany dah terkebil-kebil.
******************************
“ Sany kol ke?” tanya Hijah sambil tersenyum penuh makna. Hijah
budak sekelas merangkap housemate aku.
“ Aah, dia tanya pasal case study Law. Dia tak sure madam
nak case yang macam mana.” Aku melabuhkan duduk di sofa. Mata terpaku melihat
Izzue Islam yang sedang berlakon di dalam drama SSID. Cutenya Izzue, tengok
banyak kali pun tak bosan. Kalau dapat jadi suami kan best!
“ Dia tak ada cakap pasal rindu, cinta or sayang ke kat
kau?”
Aku tergelak besar dengan kata-kata Hijah. Gila apa Sany nak
cakap macam tu kat aku. Aku bukannya kekasih dia.
“ Kau jangan nak buat lawaklah. Sah dia buang tabiat kalau
dia sebut ayat tu semua kat aku. Aku pun tak sanggup nak dengar. Rasa pelik
aje.”
“ Kau memang tak ada apa-apa perasaan ke kat dia? Ke hulu ke
hilir dengan dia. Buat assignment pun
sama-sama. Study pun sekali. Pendek
kata almost 24 hours jugaklah kau spend masa dengan dia.” Nabila yang
duduk di sebelahku pula menyoal. Diorang ni nak aku bercinta dengan Sany ke?
“ He’s just my best
friend, not more than that. Lagipun kitorang dah kenal lama. Since diploma lagi and aku tak sangka pula dapat sambung degree kat tempat yang sama
dengan dia. Dah lama kawan dengan dia, sikit pun aku tak ada feeling.” Jujur
aku mengaku. Macam mimpi ngeri je kalau Sany jadi kekasih aku. Sany dan aku? Erk…
sangat tak sesuai!
“ You know what
Linda… hubungan baik antara lelaki dan perempuan susah nak maintain lama sebab mesti salah seorang akan tersasar. Jatuh hati
kat kawan baik sendiri. Benda ni dah selalu sangat jadi. So, it’s possible to happen
between you and Sany.”
“ Nonsense.” Aku
menggeleng perlahan. Mustahil perkara seperti itu akan berlaku di antara aku
dan Sany.
“ Sany pun boleh tahan handsomenya. Kau pun cantik. Sesuai
sangatlah korang berdua.” Hijah masih lagi berusaha nak padankan aku dengan
Sany tapi aku hanya dengar saja. Umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga
kiri. Malas nak lekat dalam hati. Tak ada gunanya kerana hubungan aku dan Sany
tak akan berkembang ke mana. Tak akan lebih dari seorang kawan.
“ Yup. Kau macam tak tahu yang ramai junior and senior kita
yang minat kat Sany. Budak kelas kita pun ada yang minat tapi sekali pun aku
tengok Sany tak pernah nak layan diorang. Asyik nak berkepit dengan kau aje.”
Hah, ni lagi seorang mak cik yang suka sangat nak aku dan Sany bersama.
Sudahnya aku picit dahi. Pening dengan kerenah diorang yang entah apa-apa.
“ Tak bermaksud kalau ramai orang minat dia, aku pun kena
minat dia juga.” Aku mencebik. Ingat Sany tu famous macam Anuar Zain ke sampai semua orang nak kena minat dia.
“ Aku nak lepas ni
bila kau jumpa dia, kau dengar betul-betul degupan jantung kau. Ada rasa
berdebar tak. Kalau ada tu maksudnya kau dah jatuh cinta.” Sempat Nabila
memberi pesanan.
Aku terdiam. Berdebar bila jumpa Sany? Mengarut!
******************************
Aku perhati wajah Sany yang sedang elok duduk di hadapanku.
Tidak dapat dinafikan yang Sany memang handsome. Kulit cerah, mata hitam pekat, hidung mancung,
bibir merah… wajah yang sangat maskulin. Selama ni orang sibuk cakap yang Sany
kacak tapi aku tak pernah pandang dia betul-betul. Mungkin dah biasa sangat
tengok dia kot. Pandang banyak kali pun tak rasa apa.
Aku pegang dada kiri. Merasa degupan jantungku. Cuba kenal
pasti jika aku rasa berdebar bila berhadapan dengan Sany. Hurm… tak ada rasa
apa-apa pun. Rasa macam biasa aje. Maknanya aku memang tak ada perasaan la kat
dia? Confirm! Spontan aku mengukir
senyuman. Teori Nabila dan Hijah langsung tak boleh pakai…
Sany gawang tangan dia di depan wajahku.
“ Kau sakit ke? Tenung aku dari tadi lepas tu sengih
sorang-sorang. Waras ke tak ni?” soal
Sany pelik. Mungkin hairan melihat tingkahku yang dari tadi hanya memerhatikan
wajahnya.
“ Aku sihat walafiat. Teringin sangat ke nak tengok aku
sakit?” aku jungkit kening menyoal.
Cepat-cepat Sany geleng kepala.
“ Tak tapi aku pelik bila kau asyik tenung aku lama-lama
tadi. Erm… kau ada rasa apa-apa tak masa tengok aku?” Sany mula buat muka
serius tapi aku nampak dia cuba tahan senyum.
“ Rasa apa?”
“ Rasa berdebar ke…” Sany berbisik perlahan. Bajet nak buat
suara romantiklah tu. Tak layan!
“ Rasa meluat ada la.” Aku buat muka macam nak muntah. Rasa
macam ayat tu boleh buat aku sakit sepanjang hari.
“ Amboi. Directnya… kecik hati aku dengar.” Sany tertawa
kecil. Dia campak pemadam dia kat aku tapi sempat aku sambut. Haih Sany ni, aku
buang pemadam dia ni baru tahu.
“ Aku gurau ajelah.Tak adalah sampai meluat tapi rasa
berdebar tu memang tak ada. Bukannya aku ada feeling pun kat kau.” jujur aku berkata. Memang betul, aku langsung
tak ada perasaan pada Sany. Nabila dan Hijah sengaja nak bagi jiwa aku kacau
agaknya. Suruh aku analisis hati sendiri. Sah, aku macam tak percaya dengan
diri aku sendiri sebab ikut cakap diorang. Apalah kau ni Linda…
Sany tergelak mendengar bicaraku. Gelak pulak dia. Tak
kelakar langsung okay…
“ Member kita semua ingat kita bercinta sebab aku dengan kau
asyik berkepit je. Kau tak rimas ke bila diorang buat spekulasi macam tu?” soal
aku tiba-tiba. Teringin juga nak tahu apa yang Sany fikir.
“ Biarlah, mulut orang memang macam tu. Ada aje yang tak
kena. Tak payah fikir sangatlah. Selagi kau dan aku tahu kedudukan sebenar
hubungan kita, apa yang diorang cakap kau tak payah pedulikan.” Selamba Sany
membalas. Mukanya tenang. Sesekali matanya fokus membaca nota subjek Maf kerana
lusa ada kuiz.
“ Orang nak takle aku terus tak jadi kalau tengok aku asyik
dengan kau. Rugilah aku kalau macam tu.” aku mengeluh perlahan.
“ Apa susah, kalau tak ada orang nak kau aku kan ada. Kahwin
ajelah dengan aku. Aku ni lelaki idaman Malaya tau. Beratur orang berbaris nak
jadi calon isteri aku.”
“ Sudahlah kau. Tak habis-habis nak puji diri sendiri.” aku
buat muka.
“ Aku cakap betul ni Linda. Andai kata kalau tak ada orang
yang nak kau nanti jangan segan silu cari aku sebab aku akan sentiasa terima
kau dengan hati yang terbuka.”
“ But what if on that
time you already have someone else?”
“ Apa susah, lelaki kan boleh kahwin empat. Kau boleh jadi
bini nombor dua aku.” Sany dah ketawa besar. Amboi, bahagia nampak! Belum
kahwin lagi dah ada hajat nak pasang empat. Tak pandai jaga hati perempuan langsung. Tak
rela aku nak berlakikan dia kalau macam nilah perangainya. Reject!!!
“ Gila... Daripada jadi bini kau yang kedua lebih baik aku
kahwin dengan Faiq. Dah sah-sah aku akan jadi bini dia yang pertama dan
terakhir sebab dia kan suka sangat kat aku.” aku tersengih mengenakan Sany.
Teringat pada rakan sekelasku yang bernama Arif Faiq yang kami panggil sebagai
Faiq. Dia begitu gilakan aku sampai suka sangat bagi aku coklat cadburry hampir
setiap hari.
Mula-mula aku kenal dia memang aku rasa annoying la juga sebab dia memang tak segan tunjuk perasaan dia
kat aku. Dah lama-lama tu aku buat tak tahu je. Dah lali kata orang. Aku tak
terima cinta dia tapi aku tetap anggap dia kawan aku. Dia lelaki yang baik cuma
yang peliknya macam manalah dia boleh suka perempuan macam aku? Nak kata aku
pandai, aku biasa-biasa je. Nak kata aku rajin, memang taklah… kalau dah sampai
due date baru aku buat assignment tu. Nak kata aku cantik, erm…
bolehlah, aku ni manislah jugak. Sejuk mata orang memandang. Hahaha. Puji diri
sendiri pulak!
Sany pula suka sangat buat muka bila Faiq bercakap dengan
aku. Macam anti sangat. Umpama lelaki tu merupakan musuh ketat dia! Haih, aku
pun tak faham dengan diorang ni.
“ Kalau tak sebut nama lelaki tu boleh tak?” muka Sany dah
berubah bila aku sebut nama Faiq. Kan aku dah cakap tadi. Dia memang tak suka
Faiq!
“ Yang kau anti sangat dengan dia kenapa? Dia tak cari pasal
pun dengan kau.” aku cuba membela Faiq. Lelaki tu tak bersalah pun tapi Sany
marah macamlah si Faiq tu dah buat kesalahan yang tak boleh dimaafkan.
“ Habis tu kau sukalah dia asyik menyendeng dengan kau?”
sindir Sany pedas. Hilang sudah kemesraan pada suaranya.
“ Mana ada dia asyik berkepit dengan aku. Kau ni kenapa?”
suara aku keras. Hati diterjah rasa panas. Panas hati bila dituduh begitu. Faiq
nak rapat-rapat dengan aku? Lawak betul… Faiq langsung tak ada peluang nak
dekat-dekat dengan aku sebab ke mana saja aku pergi pasti Sany ada di samping
aku.
“ Aku tak suka dia.” muka Sany Serius.
Aku tersenyum sedikit. Dari dulu lagi aku tahu memang Sany
tak suka Faiq. Kesian Faiq…
“ So what If you
did’nt like him. Bukannya aku nak suruh kau kahwin dengan dia tapi aku yang
nak kahwin dengan dia bila dah tak ada siapa yang nak aku nanti.” Aku
mengungkit balik isu yang kami bicarakan tadi. Bukanlah aku nak kahwin
betul-betul pun dengan Faiq tapi kalau jodohku memang ada dengan dia untuk apa
aku menolak. Terima ajelah…
“ Kau nak kahwin dengan dia?” Sany tersenyum sinis.
Aku angguk. Sany nak marah sangat ni kenapa?
“ Langkah mayat aku dulu kalau kau nak kahwin dengan dia. Jangan
haraplah kau nak hidup dengan lelaki tu sebab aku tak akan izinkan. Aku lagi
rela kahwin dengan kau daripada terpaksa tengok kau dengan dia.” serius Sany
berbicara membuatkan aku terdiam. Nak tanya lebih-lebih tapi Sany macam dah tak
ada mood nak bercakap dengan aku. Kesudahannya kitorang diam aje lepas tu.
******************************
“ Kau pergi kelas tak?” tanya Nabila. Aku tengok dia dan Hijah
dah bersiap hendak ke kelas. Pagi ni aku ada kelas Tax dan Far.
“ Tak laratlah. Kepala aku pening. Tadi pun muntah-muntah.”
Aku tarik selimut sampai paras dada.
Lepas subuh tadi, keadaan aku terus jadi macam ni. Lemah tak bermaya. Dah
banyak kali jugaklah aku keluar masuk tandas sebab muntah. Perit tekak. Kepala
pulak tak payah cakaplah. Berdenyut-denyut!
“ Jom pergi klinik. Nanti melarat susah pulak.” Saran Hijah.
“ Tak naklah. Kau macam tak tahu yang aku tak suka pergi
klinik.”
“ Degillah kau ni. Jomlah, risau aku tengok kau macam ni. Tak
tenang aku nak pergi kelas.” Nabila tarik selimut yang aku pakai. Wajahnya
bimbang.
“ Aku tak apa-apa. Jangan risau. Korang pergi je kelas.”
“ Betul ni?”
“ Betul. Jangan lupa salinkan notes untuk aku.” rugi tak
datang kelas tapi kalau pergi pun tak guna jugak sebab bukannya aku boleh focus
kat dalam kelas nanti.
“ Kalau macam tu kitorang pergi dulu. Nah, kau makan panadol
ni dulu. Habis kelas nanti aku bawa kau pergi klinik.” Hijah meletakkan sepapan
panadol di atas meja bilikku.
Aku memejamkan mata. Kepala yang berdenyut melemahkan segala
tenagaku. Macam nak meletup pun ada. Dah lama tak sakit kepala macam ni. Tiba-tiba
telefon bimbitku berkumandang lagu Please
Stay With Me nyayian Yui.
Nama Sany terpampang di skrin telefon bimbitku. Dah dua hari
tak tegur aku baru sekarang nak tegur? Bertuah punya kawan.
“ Kau okay tak? Hijah cakap kau tak sihat.” Suara Sany
kedengaran bimbang di hujung talian.
“ Aku okay…” aku menjawab perlahan. Sakit tekak….
“ Suara kau lemah sangat ni. Kejap lagi aku datang rumah
bawa kau pergi klinik.”
Dahiku berkerut. Nak datang rumah? Bukan Sany kat dalam
kelas ke sekarang ni? Takkan suka hati je nak keluar…
“ Tak payahlah. Kau kan tengah kat dalam kelas tu.” Aku tak
nak susahkan dia. Nanti sakit ni hilang juga, cuma mengambil masa.
“ Pandai-pandailah aku menyelinap keluar. Bersiap cepat,
lima minit lagi aku sampai.” Terus Sany matikan talian.
******************************
“ Lepas ni jaga diri elok-elok. Jangan sampai sakit macam ni
lagi. Kau tu dahlah tak suka makan ubat.” Sany memberi nasihat. Masa tu kitorang
baru balik dari klinik.
“ Yalah…” aku jawab sepatah. Kalau ubat rasa macam coklat cadburry makan banyak kali pun aku tak
kisah tapi masalahnya ubat pahit!
“ Risau aku bila dapat tahu yang kau tak sihat. Nasib baik
tak teruk mana.” Suara Sany kedengaran risau.
Aku pandang Sany kat sebelah. Memang mukanya nampak bimbang.
Aku yang sakit tapi dia pulak yang kalut semacam. Resah macam orang mati bini.
“ Kau membebel mengalahkan mak aku.” gumamku perlahan.
“ Aku membebel sebab aku sayang kau. Aku tak nak jadi
apa-apa kat kau. Kalau kau sakit, aku pun sakit sama. Aku tak suka tengok orang
yang aku sayang sakit.” Sany perlahankan suhu penghawa dingin kereta bila dia
tengok aku seperti kesejukan.
Perkataan sayang yang keluar dari mulut Sany menyebabkan
dada aku berdebar. Erk… kenapa pulak ni?
“ Jangan lupa makan ubat. Kalau Hijah cakap kat aku yang kau
tak makan ubat, aku datang rumah kau, aku sendiri yang sumbat ubat tu dalam
mulut kau. Faham?” Sany pandang mata aku tepat. Tajam…
Suara Sany kedengaran indah di pendengaran telingaku. Ni penangan sakit yang aku alami ke?
“ Kau okay tak ni?” Sany pandang aku bila aku diam tak
bersuara.
“ Aku… aku okay…” Aku tunduk. Tiba-tiba tak boleh nak
pandang mata Sany. Hentakan di dada buat aku rasa lemas. Apa yang tak kena
dengan jantung aku ni?
******************************
Aku pandang kanan nampak Sany. Pandang kiri nampak Sany.
Pandang siling pun nampak Sany! Dasyat sangat aku ni…
Aku dah jatuh cinta? Dengan Sany?... macam tak masuk akal tapi
itulah kenyataannya. Aku tekup muka dengan bantal. Pipi rasa berbahang setiap
kali wajah Sany terlintas di fikiran.
“ Ini tak betul… aku tak boleh suka dia. Dia kawan baik
aku.” aku geleng kepala di sebalik bantal.
Apa yang perlu aku buat? Perasaan ni tak patut ada! Terasa
bagaikan aku mengkhianati persahabatan kami dengan perasaan yang tak sepatutnya
wujud!
Aku gigit bibir. Kalau aku cakap kat Sany mesti dia bantai
gelakkan aku nanti. Itu aku sanggup terima tapi macam mana kalau Sany keluar
terus dari hidup aku sebab dia tak suka tentang perasaan aku yang baru muncul
ni? Mengingatkan Sany pergi dari hidup aku saja sudah membuatkan air mata aku
mula bergenang di kelopak mata.
Baru aku sedar yang selama ini aku tak mampu hidup tanpa
Sany…
******************************
Sesekali aku curi pandang wajah Sany yang berada di depanku.
Dengan hanya memakai t-shirt polo berwarna biru laut dan juga seluar jeans
sudah menyerlahkan ketampanan Sany. Dulu tengok banyak kali tak ada rasa apa
tapi sekarang ni bila tengok rasa nak terkeluar jantung. Parah juga aku ni…
Kalau macam nilah gayanya, memang sampai bila-bila pun aku
tak boleh nak study sebab dari tadi mata aku tak sudah-sudah nak pandang Sany.
Renunganku terhenti bila ada seseorang datang ke meja kami.
“ Awak, terima kasih
sebab pinjamkan nota ni kat saya.” Zira iaitu junior kami, budak part 4
memulangkan nota CRG Sany di atas meja. Senyuman manis dilontarkan kepada Sany.
Hati aku dah gelisah semacam melihatkan renungan Zira yang penuh makna kepada
Sany.
“ No problem. Hal
kecik aje pun.” Sany membalas.
“ Jom, saya belanja awak makan.” Pelawa Zira pula. Ajak Sany
seorang je? Tak nampak ke yang aku pun ada kat sini? Tak nak ajak aku sekali
ke?
“ Awak tunggu saya kat luar. Kejap lagi saya datang.”
“ Sejak bila kau kawan dengan dia? Aku tak pernah tahu pun.”
Aku mula menyoal siasat Sany bila Zira berlalu pergi. Aku ingat aku seorang aje
kawan perempuan yang dia ada. Tak sangka pula ada perempuan lain yang mula
rapat dengan Sany.
“ Takkan semua benda aku nak kena cerita kat kau.” Selamba
Sany bersuara sambil tangannya lincah mengemas bukunya yang berada di atas
meja.
Aku tarik buku yang berada di tangannya. Menghalang Sany
dari terus mengemas.
“ Tapi aku kan kawan kau. Selama ni kau tak pernah sorok
apa-apa dari aku. Semua benda kita share.
Takkanlah kau boleh terlupa nak cerita pasal Zira dekat aku?” Ujarku perlahan.
Agak tersentap dengan Sany sebenarnya.
“ Takkan pasal benda ni pun kau nak merajuk. Jangan jadi
budak-budaklah. Aku tak ada masa nak layan kau, aku nak cepat ni.” keras Sany
membalas. Dia merampas semula bukunya yang aku ambil.
Aku cuba pujuk hati yang mula terasa dengan sikap Sany.
Sabar Linda… Sany tak perasan yang kau tengah kecik hati dengan kata-kata dia.
“ Kalau aku follow
boleh tak?”Aku bertanya dengan harapan Sany tak keberatan untuk membenarkan aku
mengikutinya. Aku tak rela Sany berdua-duaan dengan Zira. Cemburu menjentik
tangkai hati.
Sany mendengus perlahan.
“ Tak payahlah. Apa pula Zira cakap nanti.” Sany bangun
meninggalkan aku keseorangan. Pergi tanpa sekalipun menoleh ke belakang…
Sampai hati Sany… hanya kerana seorang perempuan yang baru
dia kenal, dia kecilkan hati aku. Aku tak tahu dia sedar atau tidak yang aku
terasa. Atau aku yang sebenarnya terlebih sensitif disebabkan perasaan sayang
yang mula berkembang mekar di dalam hati aku.
Aku tunduk kepala. Tanganku genggam kuat, sedikit
menggeletar kerana perasaan yang bercampur baur... Dada aku pula rasa nak pecah
kerana sakit… sakit melihat Sany berlalu pergi. Tanpa sedar, air mataku jatuh
menuruni pipi.
******************************
Sejak daripada itu hubungan di antara aku dan Sany semakin
renggang. Bukan aku seorang saja yang merasakannya tetapi budak kelas aku juga
ada menegur tentang hubungan kami. Tiada apa yang aku boleh ucapkan, sudahnya
aku hanya senyap bila mereka menyoal.
Aku juga tidak ingin ini yang terjadi di dalam perhubungan
kami namun apa yang aku boleh lakukan. Sany sering kali mengelak daripada aku.
Jika dulu hampir hari-hari ada mesej dari dia untuk aku tetapi kini… usahkan
mesej, aku nak bercakap dengan dia pun ada saja alasan yang dia bagi. Aku
sendiri buntu untuk menjernihkan hubungan kami.
Sany tidak lagi menghabiskan masa bersama aku, sebaliknya
dia lebih rela bersama Zira. Dia memang betul-betul dah lupakan aku. Langsung
tak hargai persahabatan yang sudah lama terjalin.
Aku melepaskan keluhan berat. Biarlah… biarlah dia pergi
andai itu boleh membahagiakannya. Aku rela lihat dia tersenyum bersama
perempuan lain biarpun hati aku berdarah…
******************************
“ Hai, boleh aku duduk?” lamunanku tersentak bila ada suara
menegur. Aku mendongak. Faiq masih menanti jawapan dari aku.
“ Duduklah. Kerusi tu bukan aku punya.”
Lantas Faiq melabuhkan duduknya di hadapanku. Aku kembali
meneruskan suapan yang tadi tergendala. Aku tak menghiraukan Faiq. Malas nak
sembang-sembang.
“ Kau ada masalah ke?”
“ Kenapa tiba-tiba tanya aku macam tu?” dahi aku berkerut.
Dia tengok muka aku macam ada masalah ke?
“ Mungkin aku bukan orang yang rapat dengan kau tapi jangan lupa
yang aku sentiasa perhatikan kau.”
Aku nak membalas tapi cepat-cepat Faiq cantas.
“ Aku perasan yang kau dah tak rapat dengan Sany lagi.
Korang dah tak macam dulu. Seorang ke hulu dan seorang ke hilir. Aku macam dapat agak puncanya tapi aku
tak nak menuduh. Tapi apa yang cuba aku nyatakan di sini ialah aku tak suka
tengok kau yang dah tak macam dulu.” Perlahan Faiq bersuara. Cukup berhati-hati
Faiq bercakap, seolah-olah tak nak lukakan hati aku dengan kata-katanya.
Aku senyap. Seleraku mati terus.
“ Mungkin kat depan orang lain kau boleh tersenyum, gelak
ketawa tapi aku boleh nampak yang sebenarnya kau tengah sedih.” Faiq
menghulurkan coklat cadburry dekat dengan aku. Aku hanya pandang tanpa ada niat
untuk ambil.
“ Pada mulanya aku fikir yang aku ada peluang kalau kau
dengan Sany dah renggang tapi aku tahu walaupun kau dah tak rapat dengan dia,
perasaan kau pada dia masih ada. Kan?”
“ Apa kau merepek ni?” aku sedikit cemas bila Faiq bagaikan
dapat membaca rahsia hati aku.
“ Aku tak faham dengan korang berdua. Sebenarnya
masing-masing suka tapi ego nak meluahkan perasaan sendiri. Dah lama aku tahu
kau suka dia. Hanya kau yang lambat sedar akan perasaan kau. Satu yang aku tak
faham… kenapa kau tak nak luahkan perasaan kau pada dia?” soal Faiq sinis.
Aku ketap bibir geram. Agak terasa dengan sindiran Faiq.
“ Aku nak balik.”
“ Linda, wait…”
Faiq menahan.
“ Aku minta maaf kalau kau terasa. Aku tak ada niat nak
sakitkan hati kau. Aku cuma nak kau bangkit. Cinta tak semestinya bersatu.
Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau kena lepaskan dia.”
“ Supaya kau boleh dapat aku? Macam tu?” keras aku membalas.
Hati aku rasa nak meletup. Faiq kelihatan kecil di hadapan aku saat ini. Aku
tak akan teragak-agak untuk simbah air minuman aku yang masih lagi bersisa ke
mukanya sekiranya sabarku sudah hilang.
Faiq menggeleng. Dia tersenyum nipis. Mukanya tenang
menangani aku yang sedang marah.
“ Jangan salah faham. Betul… aku memang suka kau. Kau
sendiri tahu tentang perasaan aku pada kau. Tapi aku dah lama sedar yang aku tak
akan pernah ada harapan untuk tawan hati kau. Aku cuma nak kau bahagia walaupun
bukan aku yang kau pilih. Mungkin Allah sengaja nak uji kita dengan kehilangan
dahulu sebelum menghadiahkan kita dengan sesuatu yang lebih berharga. Jadi,
jangan terus bermuram macam ni. Perjalanan hidup kita masih panjang.”
Aku terdiam. Ada benarnya kata-kata Faiq. Hanya kerana Sany,
aku telah mengabaikan hidup aku. Aku lebih rela keseorangan dalam dunia aku
sendiri daripada berhadapan dengan kawan-kawan aku. sedangkan Sany? Dia berbahagia
sekarang ini. Untuk apa menderita di atas kebahagiaan orang lain? Langsung tak
berbaloi!
******************************
“ Aku nak cari buku kejap.” Ujarku pada Faiq yang sedang
tekun study Far. Nak kata aku rapat dengan Faiq sekarang ni tak juga. Tapi best
rupanya kawan dengan dia ni. Baru aku tahu. Kepala pun boleh tahan gila.
Aku mula cari buku yang berada di rak. Hmm… kat mana pulak
buku ni pergi? Hari tu aku nampak ada
kat sini. Tumpuanku terganggu bila aku terdengar suara orang ketawa. Bila aku
tengok rak sebelah aku dapat tangkap kelibat Sany dan Zira…
Air mata mula bergenang. Sakitnya perasaan ini. Kalaulah aku
tahu betapa sakitnya jatuh cinta, aku lebih rela biarkan hati aku kosong tanpa
dihuni oleh sesiapa. Perlahan-lahan kakiku berundur. Ingin lari dari terus
menyaksikan kemesraan yang terhidang di depan mata. Namun langkahku mati bila
Faiq menahan. Aku sendiri tidak sedar bila masa Faiq ke sini.
“ Sampai bila kau nak macam ni. Kau kena tunjuk yang kau
kuat.”
Aku angguk kepala. Faham apa yang dia maksudkan cuma aku
belum cukup kuat.
“ Dahlah, jangan nangis. Kau tak comel bila menangis.”
Kata-kata Faiq membuatkan aku tergelak kecil. Sengal punya
ayat! Pantas aku lap sisa air mata yang masih ada di pipi.
“ Linda…”seru seseorang. Terus gelak aku mati. Aku menoleh.
Sany… dan di sisinya ada Zira yang menjeling tak suka.
“ Kau buat dia menangis?” suara Sany keras menyoal Faiq. Aku
dapat lihat yang wajah Sany berubah merah. Mukanya tegang seperti nak membaham
orang.
“ Sany…” aku cuba nak terangkan tapi Faiq lebih pantas
memotong kata-kataku.
“ Kau peduli ke kalau dia menangis? Bukan kau dengan dia dah
bukan best friend ke?” Tenang Faiq menjawab.
Sany mencekak kolar baju Faiq tanpa sempat aku tahan.
“ Aku memang sangat-sangat peduli walau setitik pun air mata
dia jatuh dan aku tak akan maafkan orang yang buat dia menangis.” Tekan Sany
perlahan namun aku masih boleh mendengar. Rahangnya diketap geram. Aku rasa ini
adalah kali pertama aku lihat Sany sebegini marah. Selalunya aku tengok dia cool aje.
“ Walaupun orang yang buat dia menangis tu kau?” soal Faiq
sinis membuatkan wajah Sany berubah. Faiq menolak tangan Sany yang mencekak
kolar bajunya. Mukanya turut serius.
“ Faiq, jomlah.” Aku tarik lengan baju Faiq supaya beredar
dari situ. Tak sanggup nak berada dalam situasi yang begitu melemaskan.
“ Kau ikut aku.” tanpa sebarang amaran Sany tarik aku dari
situ meninggalkan Zira dan juga Faiq. Nasib baik lenganku berlapik, kalau tidak
ada juga yang kena maki dengan aku.
“ Kau kenapa?” soal Sany marah bila dia sudah melepaskan
lengan aku.
“ Kenapa dengan aku?” boleh pulak dia tanya aku kenapa.
Patutnya aku yang tanya dia kenapa. Hilang dari hidup aku macam chipsmore lepas
tu muncul balik. Dia ingat aku tak sakit hati ke? Pergi dan muncul sesuka hati
dia, dia tak fikir ke yang aku sangat-sangat terasa?
“ Kau tahu yang aku tak suka Faiq tapi kenapa kau rapat
dengan dia sekarang ni?” marah Sany dengan nada yang tertahan.
“ Aku tak pernah persoalkan bila kau rapat dengan Zira dan
sekarang ni aku tak nak kau pertikaikan hubungan aku dan Faiq.”
“ Kau dan Faiq?” suara Sany sedikit tinggi.
Aku senyum sinis. Dia faham maksud yang aku sampaikan.
“ Kalau dari dulu aku tak pernah suka dia, kau rasa aku akan
suka dia sekarang ni? The answer is still
no!” Sany menjerit di depan aku. Mukanya merah padam. Dia tak boleh terima
bila aku mengaku yang aku ada hubungan dengan Faiq biarpun kenyataannya kami
hanya berkawan.
“ Tak kisahlah dari dulu, sekarang atau sampai bila-bila pun
aku tetap tak akan izinkan kau dengan dia.” Sany membentak.
“ Wait, let me remind
you something here… kau tak ada hak langsung nak tentukan dengan siapa aku
boleh bercinta atau dengan siapa aku tak boleh bercinta. Kau bukan siapa-siapa
pun dalam hidup aku.” senyuman sinis masih belum hilang dari bibir aku. Jarang
sekali aku melemparkan senyuman sinis begini kepada Sany namun kini kami
seolah-seolah seperti musuh. Keadaan kami sekarang ni langsung tidak
menunjukkan yang kami pernah berkawan rapat.
“ Aku bukan siapa-siapa?” Sany tergelak sinis. Dia meraup
kasar rambutnya.
“ I’m your best friend
Lin. Aku tak suka ada lelaki lain rampas tempat aku dalam hidup kau.”
ujarnya tak puas hati.
“ Sampai bila?”
Sany terdiam. Aku tahu yang Sany tak ada jawapannya sebab
aku yakin yang Sany memang tak nak tengok aku dengan mana-mana lelaki pun!
Pentingkan diri! Dia fikir dia seorang aje nak bahagia. Habis aku? Menderita
tengok kebahagiaan dia?
“ Dahlah Sany… Zira dah tunggu kau. Better kau pergi. Dengan siapa pun aku nanti kau dah tak payah
masuk campur.”
Sany mendengus kasar. Bengang bila aku menghalangnya daripada
terus masuk campur dalam hidup aku.
“ Mungkin kau rasa aku pentingkan diri tapi aku tak peduli.
Aku tak akan benarkan mana-mana lelaki rampas kedudukan aku. Bukan setakat bestfriend kau tapi aku sanggup jadi life partner kau dari aku biarkan lelaki
lain yang masuk dalam hidup kau. Kau milik aku…” sempat Sany mengingatkan aku
sebelum berlalu pergi. Aku picit dahi yang terasa pening tiba-tiba. Aku milik
dia? Sany memang dah gila!
******************************
Malasnya! Kalau tak kerana Bahira meletakkan nama aku dalam
senarai pemain bola jaring, tak adanya aku akan pergi ke Sports Day ni. Hari di mana Fakulti Perakaunan menganjurkan
pelbagai sukan seperti futsal, bola jaring, galah panjang, rebut kerusi dan
macam-macam lagi. Semua kena ambil bahagian. Daripada part 4 sampai part 8.
Hanya part 7 yang tiada kerana mereka sedang praktikal.
Setelah siap parking motor, aku menghampiri budak kelas aku
yang sudah sampai. Sedang duduk bersantai dekat tempat duduk yang berhampiran
dengan gelanggang di mana semua permainan akan dijalankan tidak lama lagi.
“ Lambat kau sampai.” Tanya Aisyah. Dia dah lama sampai
agaknya.
“ Aku ingat nak tidur, tak nak datang terus tapi nanti
Bahira tarik muka pulak dalam kelas kalau aku tak datang hari ni. Tak bestlah
masam-masam muka dengan member.”
“ Sejak bila pula kau pandai nak jaga hati orang ni? Bukan
kau suka main redah aje ke?” Asmira pula bertanya. Mukanya sedikit berpeluh.
Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas pada hari ini.
“ Kau tengok aje aku macam ni tapi aku ni bertimbang rasa
tau. Tak sampai hati nak kecewakan hati member sendiri.”
“ Yalah Linda, kitorang layankan aje.” Aisyah tersenyum
nipis.
Aku cari Hijah dan Nabila. Tu pun diorang. Tengah main
futsal rupanya. Masa diorang pergi tadi aku tengah sedap tidur lagi. Malas nak
pergi awal-awal. Kesudahannya diorang pergi dulu.
“ Berbulu betul aku tengok Zira dengan Sany. Asyik berkepit
aje.” Asmira mencebik. Kurang senang dengan pasangan yang berada di tepi
gelanggang itu.
Aku turut pandang Sany. Lengkap berpakaian sukan. ‘Sudahlah
Linda, dia dah jadi milik orang lain. Kau dan dia dah tak akan jadi macam dulu
lagi. Segalanya dah berakhir. Dia dah lama lupakan persahabatan korang.’ Aku
mengingatkan diri sendiri.
“ Biarlah diorang nak berkepit ke nak apa ke. Itu hal dia,
jangan jadi busybody.” Aku membalas. Setakat
ini tiada seorang pun yang tahu mengenai perasaan aku terhadap Sany. Aku pun
tak ingin berkongsi rahsia hati aku kepada sesiapa.
“ Kau tak sakit hati ke tengok diorang? Dulu, kau rapat sangat-sangat
dengan Sany, then muncul Zira entah
dari mana kacau hubungan korang.” Asmira masih lagi tak puas hati dengan Zira
yang menjadi orang ketiga dalam perhubungan aku dan Sany.
“ Aku dengan Sany tak pernah ada hubungan. Dia cuma kawan
baik aku. Berapa kali aku nak cakap?” kelihatan seperti aku menipu sendiri
kerana kenyataannya hati aku sudah lama
sakit bila nampak mereka bersama.
“ Tapi aku suka tengok kalau kau dengan Sany bersama…” ujar
Aisyah sambil mengusap bahuku lembut.
Aku senyap. Aku pun suka kalau aku dapat bersama dengan
Sany. Namun apa yang aku boleh buat? Soal hati mana boleh dipaksa.
******************************
Setelah pasukan aku berhempas pulas bertarung akhirnya kami
berjaya melayakkan diri ke peringkat final. Main dah macam apa entah.
Sepatutnya main suka-suka aje tapi pasukan aku begitu bersemangat mengalahkan
nak bertanding kat olimpik! Haih, macam-macam…
“ Linda, main betul-betul tau. Kau kalahkan minah tu. Kalau
kau tak kalahkan minah tu aku tak nak tegur kau seminggu.” Semangat Hijah
memberikan arahan.
“ Kau belasah team dia dasyat-dasyat tau. Biar dia sakit
hati dengan kau sebab kau main lagi bagus dari dia.” Sokong Nabila pula. Mata
bersinar habis. Penuh mengharap.
“ Yang korang beria sangat ni kenapa? Gaya macam nak suruh
aku berperang.” Aku letak air mineral kat
tepi court lepas hampir separuh botol
air tu aku minum.
“ Berperang nak dapatkan Sany…”
Aku luku kepala Nabila dengan botol air. Sengal punya
jawapan.
******************************
“ Linda! Linda! Linda!” aku melirik sekilas ke arah Nabila
dan Hijah yang menjadi pom pom girl kat tepi court sebelum dengan mudahnya aku
berjaya melontarkan bola ke dalam jaring. Budak part aku dah bersorak gembira
bila satu lagi mata telah menjarakkan kami dengan team lawan kami iaitu budak
part 4.
Zira mendengus geram bila dia gagal menghalang aku. Bahu aku
dirempuh kasar. Nampak sangat sengaja! Budak ni nak cari pasal dengan aku
gamaknya.
“ Yang kau angin tak tentu pasal ni kenapa?” soalku geram.
“ Diamlah kau!” Zira menjerit kecil.
Aku mengetap gigi. Sakit hati betul. Bukannya dapat hadiah
sampai sejuta pun kalau menang. Nak emosi terlebih kenapa. Aku tangankan juga
si Zira ni karang.
Aku mengesat peluh kat muka dengan lengan baju. Masa hanya
lagi tinggal dua minit saja lagi sebelum permainan tamat. Sebagai GA aku perlu
sumbatkan gol banyak-banyak supaya team aku menang. Senang aje tu!
“ Mila!” aku pas bola pada Mila selaku WA. Aku mencari ruang
kosong untuk memudahkan aku
menyambut bola sekaligus menjaringkannya ke dalam
gol.
Aku dieekori rapat oleh Zira. Adakalanya dia bagaikan
sengaja mengasakku. Menyiku perut, menolak badan dan melanggar aku. Ni dah
dikira sebagai body contact! Pengadil
tak nampak ke? Takkan bersubahat dengan Zira pula. Aku tergelak sinis.
Mentang-mentanglah aku tak suka si Zira gedik ni, sekali dengan pengadil pun
aku salahkan sama.
Tiba-tiba aku terjatuh bila aku dapat rasakan ada kaki yang
sengaja menghalang laluanku. Buat aku tersadung dan akibatnya seluar yang aku
pakai sudah koyak di lutut.
“ Linda, kau okay tak?” Hijah meluru ke arahku.
“ Aku okay, sikit je ni.”
“ Linda!” Sany datang menghampiri. Dia turut membelek luka
di lututku. Aku mengelak sikit bila dia nak sentuh luka tu.
“ Linda, kau tak apa-apa?” Faiq pula muncul di situ. Muka
Sany dah berubah kelat.
“ Aku hidup lagi, jangan risau…” aku tersenyum sedikit
biarpun lutut aku dah rasa mencucuk-cucuk.
******************************
“ Sejak bila kau baik dengan Faiq?” Sany bertanya setelah
melabuhkan duduknya di sebelah aku. Masa tu aku ada kat bawah khemah. Terpaksa berehat
daripada join apa-apa games sebab injured.
Nasib baik team netball aku menang tadi walaupun aku dah tak boleh main.
“ Ada masalah ke kalau aku baik dengan dia?” aku bertanya
selamba. Sikit pun aku tak pandang Sany kat sebelah.
“ Memang, memang ada masalah! Masalahnya ialah aku tak suka
dia!” suara Sany naik satu oktaf. Orang lain dah pandang kitorang semacam.
Hijah pandang aku tapi aku hanya tersenyum sedikit. Tak nak dia risau.
“ So what? Do I care
If you did’nt like him…” sinis aku membalas. Senyuman sinis turut tersungging
di bibirku. Dalam pada itu aku mencari kelibat Zira, budak tu memang dah lama
hidup agaknya. Dia fikir aku tak tahu dia yang menjadi punca aku terjatuh. Aku
tangankan jugak si Zira tu nanti. Haih…
“ Cukuplah aku seorang kawan baik yang kau ada. Takkan kau
nak dia ganti tempat aku pulak.” Suara Sany tegang. Dia bangun dan duduk di
depan aku. Aku pandang tepi. Tak sanggup nak bertentang mata dengan dia. Aku
takut hati aku cair. Hati aku ni bukannya boleh percaya sangat.
“ Are you sure that
we’re still best friend?” soalku sinis tanpa memandang dia.
“ Dah dapat Faiq terus kau nak buang aku? Macam tu?” Sany
semakin berang.
Siapa yang buang siapa sekarang ni? Aku ke dia? Hatiku
menggerutu geram.
“ Ikut suka kaulah nak fikir apa. Aku malas nak cakap
apa-apa.” Aku bangun untuk pergi jauh daripada Sany. Sedikit rimas dengan
persoalannya yang tidak henti-henti. Di matanya aku yang bersalah kerana
mengabaikan dia tetapi kenyataannya dia yang mengabaikan aku! Dia yang buang
aku jauh dari hidup dia sebab perempuan lain dan sekarang dia cari aku semula.
Nak buat apa? Huh!
“ You’re not going
anywhere… I’m not finish yet.” Sany tarik tangan aku menyebabkan aku
kembali terduduk. Aku merengus geram. Tak habis-habis lagi ke Sany ni?
“ Kau nak cakap apa lagi?” Aku bertanya malas.
“ Lepas ni aku tak nak kau rapat dengan Faiq lagi.” Sany
menekan suaranya. Mukanya serius tanda dia tidak main-main.
“ If not?” aku
cabar dia
Sany tersenyum sinis
dan merapatkan kedudukan kami. Aku sedikit terkejut lalu menjauhkan sedikit
tubuhku. Dada aku rasa nak pecah kerana sinar mata Sany yang tajam menikam.
Andai Sany rapat lagi, aku pasti dia boleh mendengar degupan jantung aku yang
begitu kuat menghentak.
“Jangan sampai satu saat nanti kau akan menyesal. Masa tu
nak menyesal pun dah tak guna. Kau belum tahu apa yang aku boleh buat.”
“ Kau ugut aku?” aku ketap gigi. Sany ingat dia tu siapa?
Sany hanya tersenyum sinis tanpa menjawab pertanyaan aku. Sedikit
sebanyak rasa gelisah bertandang. Sany tak akan buat sesuatu yang melukakan
aku. Kan? Aku cuba menyedapkan hati sendiri.
******************************
“ Ada orang masuk
meminang. Habis belajar nanti terus langsungkan majlis.”
“ Hah? Pinang Lin?
Mak terima ke?” Aku terkejut. Siapa pula yang berani sangat masuk meminang aku?
“ Terimalah. Hari tu Lin juga yang cakap kat mak kalau ada
orang masuk meminang Lin suruh mak terima kalau mak berkenan. Mak memang
berkenan pun dengan lelaki tadi.”
“ Lin gurau aje masa tu, kenapa mak ambil serius apa yang
Lin cakap.” Aku gigit bibir resah. Aku tak nak kahwin lagi!
“ Kamu jangan nak mengelat, mak dah terima pinangan tu.”
emak dah mula membebel.
“ Tapi Lin kan muda lagi…” Aku bersuara tak puas hati.
“ Apa salahnya kahwin muda. Dulu mak pun kahwin muda juga.
Bahagia je dengan ayah kamu.” Balasan daripada emak membuatkanku sedikit
tercekik. Aku tak ready lagi la…
“ Siapa lelaki yang
pinang Lin?” aku bertanya perlahan.
“ Eran.. Eran apa ye?
Susah sangat nama dia. Terbelit lidah mak nak menyebutnya.”
“ Eranshani?” sedikit bergetar suara aku bila nama itu
meniti di bibir. Dalam hati aku berdoa agar apa yang
aku fikirkan tidak menjadi
kenyataan.
“ Hah, betullah tu. Sany nama lelaki yang pinang kamu.”
Aku terduduk. Sampai hati Sany buat aku macam ni. Dia
benar-benar kotakan apa yang dia cakap hari tu.
Aku meraup wajahku dengan hati
yang berkecamuk.
******************************
“ Kenapa kau buat aku
macam ni?” terus aku memuntahkan pertanyaan bila nampak kelibat Sany.
“ Buat apa?” Sany seluk tangan dalam poket. Santai…
“ Jangan nak pura-pura tak tahu!” aku menjerit lantang.
Sungguh, saat ini aku benar-benar sudah hilang sabar. Tak kena gaya, memang
Sany akan makan penampar aku.
“ Aku dah cakap hari tu, jangan cuba cabar aku tapi kau
degil. So, terimalah balasannya.” Selamba Sany bersuara seolah-olah apa yang
dia lakukan itu langsung tidak bersalah.
“ Kau memang dah gila!” aku menjerit lagi. Bahu kekarnya aku
pukul sekuat hati. Air mata yang bergenang aku tahan supaya tidak tumpah.
Sany hanya membiarkan.
“ Memang aku gila! Aku jadi gila bila tengok kau bercakap
dengan Faiq! Aku jadi gila bila kau rapat dengan Faiq! Aku jadi gila bila
bergelak ketawa dengan dia!” Sany merengkuh bahuku. Pandangannya sayu. Aku
menepis pegangannya.
“ Selama kita berkawan, aku tak pernah minta apa-apa dengan
kau. Tapi kali ni aku harap kau dapat tunaikan permintaan aku yang pertama dan
terakhir ni.”
Sany hanya senyap. Menanti bicara yang bakal keluar dari
bibir aku.
“ Aku janji tak akan rapat dengan Faiq lagi tapi tolong…
tolong putuskan pertunangan kita. Aku tak nak kahwin dengan kau.” sekali nafas
aku bersuara. Aku tak nak dia kahwin
dengan aku disebabkan dendam dia pada Faiq.
Sany tersenyum sinis.
“ Sorry dear, aku
tak akan tarik balik apa yang aku buat. Kau kena belajar terima hakikat yang
kau akan jadi milik aku.”
Aku ketap bibir. Rasa nak meraung bila Sany masih lagi
berdegil.
“ Jangan buat aku benci kau.” perlahan aku membalas. Kenapa
ini yang harus terjadi dalam perhubungan kami? Dia bukan lagi Sany yang aku
kenal. Dulu Sany tak pernah sakitkan hati aku, dia selalu membawa kebahagiaan
ke dalam hidup aku tetapi kenapa dia berubah menjadi seorang yang kejam?
Sanggup tengok aku terseksa. Benar aku cintakan dia tapi bukan begini caranya.
“ Dipersilakan… kau boleh benci aku. Aku tak kisah. Kita tetap akan
kahwin.” Ucap Sany tak nak mengalah.
“ Kau dah ada Zira tapi kenapa kau nak kacau hidup aku
lagi?” aku bertanya pedih.
“ Jangan buat spekulasi sendiri kalau kau tak tahu cerita
yang sebenarnya.” Laju Sany membalas.
Aku genggam tangan erat. Rasa macam nak tumbuk Sany pun ada.
Spekulasi apanya… dah memang dia berkasih dengan Zira. Bukannya aku menuduh.
Yang aku tak fahamnya, buat apa dia sibuk masuk campur hal hidup aku.
“ Kau sayang aku kan?”
Sany angguk kepala.
“ Kalau kau sayang aku, kau tak akan buat aku macam ni.” aku
masih lagi cuba untuk berkompromi.
“ Sebab aku sayang kaulah aku buat kau macam ni.” Sany
berlalu pergi meninggalkan aku tertanya-tanya. Apa maksud dia?
******************************
Aku pandang jari yang merah berinai. Begitu pantas masa
berlalu. Sekejap saja aku dah habis
belajar. Rasa macam baru semalam aku
masuk universiti. Dan seperti yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak, akhirnya tanpa dapat menolak takdir aku
tetap menjadi isteri kepada Sany. Nak menyesal pun dah tak guna sebab aku dah
sah jadi milik dia.
Aku mengeluh kecil. Apa agaknya yang akan terjadi dalam
perkahwinan kami nanti? Adakah aku akan bahagia atau Sany akan menghadiahkan
aku penderitaan? Bolehkah aku hidup di samping Sany? Lamunanku terhenti bila
Sany muncul.
“ Puaslah hati kau sekarang ni?” aku bertanya kasar bila
kelibat Sany masuk ke dalam bilik. Baju melayunya sudah berganti dengan t-shirt
putih.
“ Yup, aku puas sangat. Rasa bahagia sampai aku tak tahu nak
cakap macam mana.” Ujar Sany dan dengan selambanya dia tarik tangan aku
menyebabkan aku terbaring di sebelahnya. Dengan kelam kabut aku tolak badannya
dan bangun menjauhi katil. Dadaku berdebar kencang dengan tindakan Sany yang
tidak kuduga.
“ Aku akan benci kau sampai bila-bila.” Luah aku penuh
perasaan. Sampai sekarang aku masih tidak percaya yang Sany sanggup menggunakan
taktir kotor untuk menjadikan aku miliknya hanya disebabkan dia tak suka aku
rapat dengan Faiq.
“ Aku akan tukar rasa benci kau kepada rasa sayang.” Lembut
Sany membalas.
“ Aku tak tahu apa yang merasuk kau tapi aku dah tak kenal
kau lagi. Kau bukan Sany yang aku kenal dulu.”
“ Memang, aku bukan Sany yang dulu. Sany yang sekarang ni tahu
perasaan dia. Sany yang sekarang ni tahu apa yang dia nak. Sany yang sekarang
ni sayang sangat dengan kau.” Sany tersenyum mesra.
Aku mencebik. Sikit pun aku tak percaya apa yang Sany cakap.
Sayang aku konon. Kalau sayang kenapa dia tinggalkan aku hari tu? Kalau betul
dia sayang kenapa dia asyik berkepit dengan Zira? Huh…
Aku ambil bantal kat atas katil dan campak kat sofa. Tak
ingin aku tidur sekatil dengan dia. Perasaan marah aku masih belum berkurang.
Tapi aku yakin suatu hari nanti perasaan marah ini akan hilang juga kerana rasa
cinta aku terhadap Sany lebih besar. Cuma ketika ini aku mahu melayan rasa
marah ini.
“ Kenapa tak tidur atas katil? Banyak lagi ruang ni.”
Aku senyap tanpa ada niat untuk membalas. Terus aku rebahkan
diri kat sofa dan pejamkan mata. Siapa
sangka aku akan jadi isteri Sany. Aku
fikir kami memang tak akan bersama. Aku fikir hubungan kami memang tak akan
lebih daripada kawan. Apa yang aku rasa sekarang ni ialah rasa sedih kerana aku
yakin yang Sany tak berkongsi rasa yang serupa dengan aku.
Aku tersentak bila Sany turut merebahkan badannya di
sebelahku menyebabkan aku terpaksa berhimpit dengan dia di sofa yang tak berapa
nak besar. Tangan Sany yang berlingkar di pinggang aku tepis kasar.
“ Apa yang kau buat ni?” tanyaku geram.
“ Aku ajak tidur kat katil kau tak nak. Kau nak sangat tidur
kat sofa, so aku followlah kau tidur
kat sofa.” Sany semakin mengeratkan pelukannya sehinggakan muka aku dah
tersembam di dada bidangnya.
“ Aku tak suka kau buat aku macam ni.” aku menolak dadanya
namun sikit pun Sany tak bergerak. Aku risau jika Sany dapat dengar degupan jantung
aku yang dah berubah rentak. Aku tak nak
dia tahu yang tindakannya ni buat aku tak tentu arah, berdebar sehinggakan
nafas yang aku tarik pun rasa tersekat.
“ Hmmm… tapi aku suka.” Ujar Sany perlahan sebelum mengucup
dahiku lembut.
“ Sany, let go of me.”
Aku masih cuba untuk melepaskan diri namun rangkulan Sany terlalu erat.
“ I love you dear.”
Terus aku berhenti meronta. Sedikit terpana dengan apa yang Sany luahkan.
“ I do really love you.”
Sany berbisik perlahan di tepi telingaku sebelum mengucupnya lembut.
Aku menggeleng kepala. Tipu! Tak mungkin Sany cintakan aku.
Dia tak pernah anggap aku lebih daripada seorang kawan! Lantas dengan sekuat
hati aku menolak tubuhnya dan aku bangkit. Laju kakiku melangkah ke arah pintu
namun langkahku tak cukup pantas kerana Sany dengan mudahnya merentap tanganku
menyebabkan aku kembali ke pelukannya.
“ Lepas!” aku menjerit kecil. Aku benci dia buat aku macam
ni. Aku benci sebab aku tak boleh nak buang rasa cinta aku pada dia. Aku benci
sebab walau apa pun yang dia buat, aku tetap tak boleh nak lupakan dia. Aku
benci!!!
“ Syhhh… Jangan macam ni Lin. Kau buat aku susah hati.” Sany
mengusap belakang badanku lembut. Cuba menenangkan aku yang kuat meronta.
“ Kenapa kau buat aku macam ni? Kau cakap kau sayangkan aku
tapi kenapa kau sakitkan hati aku?
Kenapa kau tinggalkan aku hari tu? Kenapa
kau buat aku kahwin dengan kau kalau kau tak suka aku?” aku tumbuk dadanya
dengan perasaan yang berkecamuk. Sany
hanya membiarkan. Air mata yang menitis di pipiku diseka oleh Sany perlahan
sebelum pipiku diusap lembut oleh Sany.
“ Aku sayang kau Lin. Sungguh, aku sayangkan kau.”
“ Tipu! Kau jangan cuba nak tipu aku.” aku menggeleng.
“ Tak… aku tak tipu kau.” Sany risau bila aku tak nak dengar
penjelasan dia.
“ Kau tipu. Kau memang sengaja nak tengok hidup aku hancur.
Dulu kau pernah cakap yang kau lagi rela kahwin dengan aku daripada biarkan
Faiq kahwin dengan aku. Kau berdendam dengan Faiq.”
“ Jangan sebut nama dia.” Sany memberikan amaran. Suaranya
serius.
Aku ketap gigi geram.
“ Kenapa kahwin dengan aku kalau kau langsung tak cintakan
aku? Kau patut biarkan aku dengan Faiq sebab Faiq lagi…” suaraku tersekat bila
Sany memagut bibirku, mematikan bicara yang ingin aku luahkan.
“ Aku dah cakap jangan sebut nama dia tapi kau degil.” Sany
tersenyum sinis. Aku meronta kuat dan akhirnya pegangan Sany terlepas.
“ Kau dah melampau!” menggigil aku menahan marah. Berani dia
sentuh aku?
“ Tu baru sikit, aku boleh buat lebih daripada tu.” Sany
kembali merapatkan jarak di antara kami.
“ Aku tak sangka kau…”
“ Dah, jom tidur.” Sany memintas ayatku. Dia tarik tangan
aku ke katil tanpa sempat aku mengelak.
“ Aku nak keluar dari bilik ni.” aku membentak sambil cuba
melepaskan pegangan Sany.
“ Lebih baik kau tidur sekarang daripada aku buat yang
bukan-bukan.” Sany mula mengugut bila aku masih berdegil.
Dengan rasa sakit hati yang menggunung aku baring di atas
katil. Aku meletakkan bantal peluk kat tengah untuk memisahkan aku dan Sany.
Dalam keterpaksaan aku memejamkan mata. Aku dengar Sany mengeluh.
Setelah beberapa lama, aku perasan yang Sany mengalihkan
bantal peluk yang berada di tengah dan melingkarkan tangannya di pinggangku.
Nafasnya hangat menampar leherku. Aku menahan debar. Kalau dia buat lebih-lebih
aku tak akan teragak-agak untuk menjerit.
“ Kenapa Lin tak nak percaya cakap abang? Abang tak tipu
bila abang cakap yang abang cintakan Lin. Susah sangat ke nak percaya apa yang
abang cakap?” Sany berbisik perlahan di telingaku. Suaranya kedengaran sedih.
“ Kalaulah Lin tahu apa yang abang rasa…” sempat Sany
mengucup ubun-ubunku sebelum dia turut merebahkan kepala di atas bantal yang
aku gunakan.
Aku membuka mata sedikit. Luahan Sany membuatkan hatiku
sedikit terkesan.
******************************
Setelah aku berkahwin, aku tidak lagi rapat dengan Faiq.
Jangan haraplah aku boleh contact Faiq lagi, Sany memang tak bagi langsung.
Cemburu! Tapi nasib baik Sany pun dah tak rapat-rapat dengan Zira. Kalau tak
aku pun nak naik angin…
Masuk hari ini sudah genap dua minggu usia perkahwinanku dan
Sany. Hubungan kami masih lagi beku. Aku masih lagi mengelak daripada mendengar
penjelasan Sany. Hanya sepi yang menghuni suasana bila aku berdua dengan Sany.
Aku lebih rela menjadi tunggul daripada melayan bicara Sany. Aku tahu Sany
kecewa tetapi aku masih belum memaafkannya kerana memerangkapku di dalam
perkahwinan ini.
Saat ini aku keseorangan di bilik. Sany berada di syarikat
papanya. Rupa-rupanya Sany anak orang kaya. Anak Tan sri tapi sekalipun dia tak
pernah cerita pada aku. Sikapnya yang selalu merendah diri langsung tak
menunjukkan yang dia berasal dari golongan berada. Kereta yang dipakainya di
kampus hanya kereta biasa-biasa saja iaitu kereta myvi. Pandai dia sembunyikan
statusnya yang sebenar. Sebagai kawan baiknya pun aku tak tahu tentang hal yang
satu ini.
Sedang aku mengemas katil kami, aku perasan ada surat yang
berada di bawah bantalku. Sany yang letak? Dengan perasaan ingin tahu aku ambil
dan mula membaca coretan di dalam surat tersebut.
Ke hadapan isteriku
Nurul Hazlinda,
Abang harap warkah ini
dapat menyelesaikan kemelut yang sedang terjadi dalam perhubungan kita. Hanya
ini yang mampu abang lakukan kerana Lin tak mahu mendengar penjelasan dari
mulut abang sendiri.
Abang faham kalau Lin
terasa dengan apa yang abang pernah lakukan. Abang mengerti kalau Lin kecewa
dengan tindakan abang yang pernah mengabaikan Lin suatu masa dulu. Abang tahu,
semua yang Lin rasa sekarang ni berpunca daripada diri abang sendiri. Apa yang
boleh abang nyatakan ialah maaf… maafkan abang kerana buat Lin menderita kerana
kehilangan ‘bestfriend’ Lin dahulu. Abang tahu, ucapan maaf itu langsung tak setanding
dengan rasa sakit hati Lin tetapi hanya itu yang mampu abang ucapkan.
Tahukah Lin kenapa
abang bertindak demikian? Abang lakukannya bersebab. Abang dah tak boleh nak
anggap Lin sekadar kawan baik abang sahaja. Abang mahukan hubungan kita lebih
daripada sekadar kawan baik! Tanpa abang sedar, perasaan sayang abang buat Lin
semakin bercambah. Mekar sehinggakan abang tak mampu untuk mengawalnya.
Pandangan abang terhadap Lin sudah berubah. Abang mula pandang Lin sebagai
seorang perempuan yang ingin abang sunting menjadi isteri . Jangan tanya abang
bila masa abang mula mencintai Lin kerana abang sendiri tak sedar bila masa
hati abang mula berubah mencintai Lin.
Abang cintakan Lin!
Sungguh, abang cinta tetapi abang tahu yang abang tak mampu untuk memiliki Lin
bila abang sedar yang Lin tak akan rasa apa yang abang rasa. Abang takut
sekiranya abang meluahkan isi hati abang, Lin akan pergi dari sisi abang. Abang
takut jika kita dah tak akan jadi macam dulu lagi disebabkan perasaan abang. Macam
mana abang nak teruskan hidup tanpa memandang Lin kerana Lin adalah kekuatan
abang. Tanpa Lin abang akan rebah.
Jadi, abang mengambil
keputusan untuk menjauhkan diri seketika. Abang cuba hapuskan perasaan yang tak
sepatutnya ini. Abang cuba buang rasa cinta abang pada Lin dengan mendekatkan
diri pada perempuan lain. Tetapi tahukah Lin… sejauh mana pun abang pergi
ingatan abang terhadap Lin tetap melekat kuat. Abang tak mampu… malah, abang
rasa terseksa bila berjauhan dengan Lin.
Di saat abang ingin
kembali… hati abang kecewa bila melihat Lin bersama Faiq. Abang tak benci Faiq…
tapi abang cemburu bila Lin bersama dia! Mungkin Lin boleh kata yang abang ni
pentingkan diri tetapi kenyataannya abang memang tak sanggup tengok Lin bersama
dengan lelaki lain. Rasa cinta ini benar-benar menyeksa abang. Ingin saja abang
luahkan tapi abang ego…
Jalan terakhir yang
boleh abang lakukan untuk memiliki Lin ialah dengan menghantar rombongan
meminang ke rumah Lin. Percaya atau tidak, abang memang yakin yang emak Lin
akan terima abang dan sebagai anak yang baik abang tahu Lin akan terima pinangan
abang.
Abang memang pentingkan
diri kan? Tetapi lelaki yang pentingkan diri inilah yang ingin hadiahkan
kebahagiaan dalam hidup Lin. Lelaki inilah yang akan menyapu air mata Lin di
saat Lin kesedihan. Lelaki inilah yang akan menemani Lin menjalani hari-hari
tua kelak. Dan lelaki inilah yang akan mencintai Lin selagi nyawa dikandung
badan.
Tolonglah sayang…
jangan pinggirkan abang dari hidup Lin. Abang merindui kemesraan kita seperti
dulu. Abang rindukan senyuman Lin… abang rindukan gelak tawa Lin. Abang sedar
yang perkahwinan kita tak seperti orang lain tetapi abang sentiasa berdoa agar
Lin dapat terima abang. Percayalah sayang… hanya Lin yang bertakhta di hati ini
dari dulu lagi, sekarang dan insyaAllah selagi abang masih bernafas di dunia
ini.
Suami yang
mencintaimu,
Eranshani.
Tanpa aku sedari, air mata sudah basah menuruni pipiku.
Sungguh, aku tak sangka yang Sany turut mencintaiku! Rupanya kami sama-sama
mencintai tetapi disebabkan masing-masing memendam rasa, terdapat banyak salah
faham yang terjadi. Aku harus lakukan sesuatu agar hubungan kami kembali pulih.
Aku tak nak Sany berjauh hati dengan sikapku. Mungkin aku patut menawan hatinya
kembali. Pamerkan rasa cinta yang aku tanggung selama ini supaya dia tahu
bahawa dia tak bertepuk sebelah tangan.
******************************
Aku lihat diriku di cermin.
Spontan aku tutup muka kerana malu. Malu bila sepasang dress warna merah
yang aku kira agak seksi tersalut di tubuhku. Perlahan-lahan aku menjatuhkan
tangan. Aku gigit bibir. Agak tak selesa kerana dress ini begitu singkat iaitu
hanya paras paha saja. Sleeveless dan
potongan lebar di bahagian dada. Seksi sampai aku pun naik segan melihat figura
sendiri. Betul ke tindakan aku ni? Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi aku nak
hangatkan kembali hubungan kami…
Aku tersentak bila pintu dibuka dari luar dan Sany melangkah
masuk. Beg kerjanya diletakkan di sofa. Mukanya nampak letih kerana seharian
berada di pejabat. Pukul sebelas malam baru wajahnya muncul di rumah kerana aku
tahu banyak kerja di pejabat yang memerlukan perhatiannya lebih-lebih lagi papa
mahu Sany mengambil alih syarikat tersebut apabila papa bersara kelak.
“ Kenapa tak tidur lagi?” Sany tanya tanpa pandang aku.
“ Lin… Lin tunggu abang.” Aku bersuara perlahan dengan
perasaan debar. Berdebar menunggu reaksi Sany melihatkan aku berpakaian begini.
Terus Sany pandang aku bila aku cakap macam tu sebab
biasanya aku langsung tak nak layan dia bercakap. Dan aku nampak dia tergamam
melihatkan dress yang tersalut di tubuhku. Aku tunduk pandang kaki sendiri.
Malu menghuni diri.
Aku semakin berdebar bila Sany mengorak langkah ke arahku.
Aku gigit bibir perlahan kerana dadaku rasa nak pecah bila jantungku sudah
berubah rentak. Haruman dari tubuh Sany dapat aku hidu bila dia sudah berada di
depanku. Tubuh kami begitu rapat dan aku yakin jika Sany melangkah setapak lagi
dia akan dapat mendengar degupan jantungku.
Aku pejam mata bila Sany dongakkan wajahku. Rasa tak mampu
nak pandang wajah Sany. Perlahan-lahan Sany mengusap pipiku lembut.
“ Sayang sengaja nak goda abang?” Sany berbisik lembut di
tepi telingaku.
Aku diam. Masih lagi menutup mata. Suaraku seakan hilang
bila Sany mula melingkarkan tangannya di pinggangku membuatkan tubuh kami
semakin rapat. Nafas Sany hangat menampar wajahku.
Mata yang tadi aku pejam kini terbuka bila Sany memagut
bibirku lembut. Darah merah menyerbu ke mukaku. Ini bukan kali pertama Sany menyentuhku tetapi
aku tetap malu.
“ Dah baca surat abang?” soalnya tiba-tiba setelah
melepaskan bibirku.
Aku angguk kepala. Kerana suratnya itulah aku tahu perasaan
sebenar Sany terhadapku.
“ Dah tahu perasaan sebenar abang pada sayang?” soal Sany
ingin tahu.
Aku angguk kepala lagi.
“ Please talk to me. I
really miss your voice.” Sany merayu. Wajahnya penuh berharap.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Berada dekat dengan Sany sering
kali buat aku hilang nafas. Aku cuba bertenang. Aku mengumpul keberanian untuk meluahkan isi
hatiku pada Sany malam ini. Perlahan-lahan aku lingkarkan tanganku di leher
Sany. Aku mula membalas renungan Sany. Senyuman mula terukir di bibirku untuk
tatapan Sany, suami yang kusayang.
“ Do you love me?”
Tanya Sany teragak-agak. Mungkin risau jika aku tidak berperasaan sama
sepertinya.
“ I love you with all
my heart.” Jawabku yakin.
“ Alhamdulillah…” Sany mengucap syukur dan melabuhkan ciuman
di dahiku.
“ Lin tak sangka yang abang pun cintakan Lin. Lin ingat Lin
seorang saja yang tepuk sebelah tangan. Jadi, Lin pun senyap. Lin takut kalau
Lin luahkan, abang akan gelakkan Lin.” Aku meluahkan apa yang terbuku di hati.
Sungguh, andai aku tahu dia cintakan aku, aku tak akan teragak-agak untuk
meluahkan rasa cinta.
Sany menghela nafas. Dia mengusap rambutku yang mencecah ke
pinggang.
“ Abang sendiri tak sedar bila cinta ni mula hadir. Yang
abang tahu, abang gelisah kalau tak dapat jumpa Lin walaupun sehari. Bila ada
lelaki lain rapat dengan Lin. Abang jadi tak senang duduk. Lama kelamaan baru
abang sedar yang abang cintakan Lin. Lin tahu tak betapa sakitnya abang pendam
rasa sayang ni sampai satu tahap abang rasa nak menjerit biar semua orang tahu
yang abang cintakan Lin. Abang nak Lin jadi milik abang.”
Aku tersenyum. Sany meletakkan tanganku di dada bidangnya.
Degupan jantungnya begitu pantas. Aku cari mata Sany.
“ Hanya Lin seorang yang mampu buat jantung abang berdegup
laju.” Ujarnya lembut.
Sany terkedu bila aku jingkit sedikit dan cium pipi kirinya.
“ Maaf kalau Lin selalu buat abang hilang sabar. Selalu buat
abang kecil hati. Lin selalu uji kesabaran abang…” bicaraku terhenti bila Sany
menutup bibirku dengan jari telunjuknya. Dia menggeleng.
“ Abang yang patut minta maaf pada Lin. Abang faham kalau
Lin kecil hati sebab abang pernah lukakan hati Lin. Abang tinggalkan Lin sebab
nak buang perasaan cinta ni tapi abang sedar yang abang takkan mampu buang
cinta Lin sebab abang terlalu menyintai Lin. Lin sangat bermakna dalam hidup
abang.” Luah Sany penuh perasaan membuatkan air mataku mula bergenang di
pelupuk mata. Hatiku mula sebak dengan ketulusan cinta Sany.
“ Jangan menangis… abang rasa sedih bila Lin menangis. Abang
sanggup buat apa saja asalkan abang tak dapat lihat air mata Lin.” Suara Sany sayu. Dia mengesat air mata yang
mula mengalir di pipiku.
“ Lin sayang abang…” aku bersuara sambil memeluk tubuhnya
erat. Aku rasa tenang mendengar degupan jantungnya. Bagaikan itu adalah irama
yang terindah sekali yang aku pernah dengar.
“ Abang pun sayang Lin…” Sany membalas. Aku hanya membiarkan
di saat Sany mencempung tubuhku dan merebahkanku di katil. Aku tersenyum… tiada
kata yang perlu diucap bila hati saling memahami.
Daripada status sebagai kawan baik, kini kami bergelar suami
isteri. Benar kata orang… cinta boleh hadir melalui cara yang tidak kita duga.
Lambat atau cepat, cinta tetap akan menjengah. Saat cinta hadir, kita tidak
akan mampu mengelaknya… aku bersyukur kerana kami masih sempat mengecap bahagia
setelah sekian lama memendam rasa. Sesungguhnya, cinta itu amat indah.
P/S: Cerpen biasa-biasa dari saya. Tipikal love story tapi inilah yang sering
terjadi di dalam hidup kita.
Buat Linda and Sani… I
hope you guys will give good news to us (geng Es D’corps) … stop pretending
that you have no feeling towards him
la Linda… hehe J
best sangat <3
ReplyDeleteterima kasih sudi baca... :)
Deletebest...mmg slalu ternantikan karya dr uglybetty
ReplyDeleteteruskan berusahan
insyaAllah saya akan teruskn berkarya...
Deletenurul buat saya happy dgn komen nurul :)
Haiiiii..Cakkk!!
ReplyDeletedone follow sini no. 83
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
jln cerita blog ni sumenye best sgt2!!!
ReplyDeleteso Aliya kn continue follow tau... hehe
ReplyDeleteadik ni student lagi ye? kak wan suka dgn gaya penulisan adik ni. Dah ada mss lengkap ke? tak nak cuba hantar kpd penerbit? teruskan berkarya sebab anda ada bakat yg bagus.
ReplyDeleteyup, student lagi (^_^)
Deletesy cuba nak siapkn manuskrip novel Akanku Tawan Cintamu! tapi sy busy sikit... thanks tau kak wan sbb suka sy.. eh silap, sbb suka gaya penulisan sy... hehehe
assalamulaikum adik betty,
Deletejika nak hantar mss let me know..thanks
InsyaAllah kak :)
DeleteSalam. Best sangat-sangat. Teruskan usaha anda. Maaf baru dapat cari cerpen uglyBetty. Salam :)
ReplyDeleteBestnyaaa...suka gila kat cerpen sis☺
ReplyDeleteCair teruk lah bce nvl ni😍
ReplyDeletebesttttt..dh laa sweet💟
ReplyDeleteSy taktau dh brp kali sy baca crita awak ni...tetap best bg saya..dr sy abis spm dan skrg dh abis degree, tetap best walau baca brulangkali
ReplyDeleteTerima kasih Ana sebab sudi baca hasil karya saya yang tak seberapa ni :)
Delete