Bunyi hon
kereta di luar rumah membingitkan telinga Alma yang masih lagi berselubung di
dalam selimut. Dia cuba mengabaikan bunyi tersebut namun tiada tanda hon kereta
itu akan berhenti. Alma merengus geram. Siapa yang buang tabiat bunyi hon pagi-pagi
buta ni? Sangat mengganggu ketenteraman dia yang ingin menikmati hari minggu
dengan tenang !
Dengan rasa
malas Alma turun dari katil dan menyelak sedikit langsir biliknya. Dahinya
berkerut bila ada sebuah kereta BMW sedang membunyikan hon di luar pagar
rumahnya. Mata yang tadinya mengantuk menjadi segar dengan sendirinya bila dia
seperti dapat mengagak milik siapa kereta tersebut.
Sampai ke
rumah Firyal menjejaki dirinya! Dengan rasa marah yang semakin menghimpit
dirinya Alma mencapai cardigan dan
tudung lalu menyarungnya. Mujur juga dia sudah menggosok gigi semasa ingin
solat subuh tadi.
Alma memeluk
tubuh bila dia sudah berdiri di tepi kereta Firyal.
“ Masuk.”
Firyal membuka pintu kereta dari dalam. Muka Firyal serius.
Alma hanya
mencebik geram. Dia masih lagi berdiri tegak. Tiada tanda dia akan menurut
perintah Firyal. Marahnya masih lagi berbaki.
“ Jangan
sampai aku paksa kau masuk dalam kereta. Kau jugak yang akan menyesal nanti.”
Firyal menekan suaranya. Dia tiada mood untuk melayan marah Alma kerana dia
juga sedang marah! Bukan sekejap dia menunggu Alma. Hampir kebas punggungnya di
dalam kereta. Hatinya kian hangat biarpun keretanya memasang air cond bila kelibat Alma masih tidak
muncul. Lantas, dengan hati yang sebal dia menekan hon. Biar semua orang di
kawasan perumahan tersebut terjaga! Jangan salahkannya tapi salahkan Alma
kerana membiarkannya tertunggu-tunggu. Dia memang bukan seorang yang penyabar!
Dengan
perasaan yang membungkam Alma masuk juga ke dalam kereta Firyal. Pintu kereta
dihempas kuat. Dia tidak peduli jika Firyal marah dengan tindakannya. Siapa
suruh buat dia marah pagi-pagi buta ni?
“ Kau ingat
kereta aku ni tempat kau lepas geram ke?” sindir Firyal. Alma hanya memeluk
tubuh.
“ Habis tu
nak lepas geram kat siapa? Dekat awak?
Awak bagi ke kalau saya nak lepas geram kat awak?” nasib baik dia cuma hempas
pintu. Kalau ikutkan hatinya, ingin saja dia langgar kereta Firyal sehingga
kemek. Biar tidak serupa kereta lagi. Biar Firyal bengang dengannya.
“ Kau jangan
buat aku naik angin.”
Alma
mendengus kasar.
“ Awak fikir
angin awak je. Ada awak fikir angin saya? Payah betul kalau asyik nak ikut
kepala awak je.”
“ Lagi satu…
macam mana awak tahu rumah saya kat sini? Awak intip saya?” Alma menyoal. Dia
pandang muka Firyal dengan berani. Hatinya langsung tidak berdebar dengan
pandangan tajam Firyal. Kalau tak berdebar maksudnya dia memang tak mempunyai
perasaan terhadap Firyal. Yang ada hanyalah perasaan meluat dan jengkel. Meluat
kerana Firyal telah membuatkan hidupnya kucar kacir.
“ Kau bakal
isteri aku. Takkan lah aku tak tahu kat mana bakal isteri aku tinggal kat mana. Semua pasal kau
aku tahu.” Selamba Firyal menuturkan kata itu.
“ Saya dah
cakap yang saya tak nak jadi isteri awak. Awak tak faham bahasa ke?” Alma
menggenggam erat tangannya. Dia cuba menahan diri daripada melayangkan tangan
itu ke muka tak faham bahasa Firyal.
“ Aku ke kau
yang tak faham bahasa sekarang ni? Bila aku cakap yang kau akan jadi isteri aku
maksudnya kau akan tetap jadi isteri aku walaupun kau tak nak. Sama ada kau
rela hati atau tidak, itu aku tak peduli. By
the end of this month, you’ll be my wife. Understand?” tegas Firyal
bersuara. Mukanya serius.
Alma
memusingkan badannya ke tepi. Dia menatap dalam-dalam mata Firyal. Saat ini dia
sudah tak peduli dengan penampilannya yang selekeh. Tudungnya yang sudah senget
benget tidak dihiraukan. Biarlah wajahnya yang sedang tidak semenggah ini
menjadi tatapan mata Firyal. Dia dah tak peduli!
“ Awak ingat
saya ni apa sampaikan saya kena ikut semua cakap awak? Awak tak ada hak untuk
tentukan hidup saya.” Bentak Alma. Dia terkedu bila Firyal mengangkat tangan.
Menyuruhnya berhenti bercakap.
“ End of discussion. Sekarang ni kita nak
pergi cari cincin.”
Alma
membulatkan matanya. End of discussion?
Mereka belum lagi berbincang tapi Firyal sudah mahu menamatkan
perbincangan! Firyal memang sudah gila.
Dan dia tak nak jadi gila disebabkan Firyal!
“ Semalam aku
dah cakap yang kita akan pergi cari cincin hari ni. So, patutnya kau tahu yang
aku akan datang hari ni. Then, why you
are late?” Firyal menjungkitkan keningnya. Dia inginkan penjelasan yang
bernas daripada Alma. Dia paling tidak suka menunggu.
“ Saya tak
cakap yang saya setuju nak beli cincin.”
Firyal meraup
kasar wajahnya.
“ Okay.
Sekarang ni kita pergi cari cincin.” Firyal bersuara geram.
“ Saya tak
nak.” Suka hati Firyal je ingin mengarahnya itu ini. Firyal ingat dia ni boneka
yang tiada hati dan perasaan? Langsung tiada hak untuk membuat keputusan.
Firyal ingat dirinya itu siapa? Kawannya? Bakal suaminya? Memang taklah! Firyal
bukanlah siapa-siapa dalam hidupnya.
Firyal
mengetap rahang. Menahan sabar yang semakin menipis. Dia lelah dengan sikap
keras kepala Alma.
“ Aku bagi
kau masa lima minit untuk masuk rumah dan ambil dompet. Lepas tu kita pergi
cari cincin.”
Alma ingin
memberontak tapi pantas Firyal memotong. “ Kalau kau tak keluar dalam masa lima
minit, aku yang akan masuk. Jangan ingat aku tak berani. Kau memang tak akan
sangka dengan apa yang aku boleh buat. And
one more thing… Jangan terfikir untuk lari dari aku sebab aku akan cari kau
sampai ke lubang cacing.” Keras Firyal mengugut. Dia benar-benar akan
lakukannya jika Alma berniat untuk lari darinya. Sampai ke hujung dunia dia
akan mencari Alma!
best2.. smbng lagiii, suka heroin yg degil lah.. hehe
ReplyDeleteBest nak lg.
ReplyDelete.update cpt2 tao n3 bru. .
ReplyDelete.ta sbr na tao pew jd. .
~Zatty~
nk lgiiiiiiiiiiii... dh lama tgu smabungan ni...tp x dok pon
ReplyDelete