Showing posts with label Novel: Jangan Curi Suamiku. Show all posts
Showing posts with label Novel: Jangan Curi Suamiku. Show all posts

Sunday, 13 March 2016

Jangan Curi Suamiku 6







“Hana termenung apa sampai mama panggil pun tak dengar?” Datin Aina menegur. Tubuhnya mendekati Hana yang terkejut dengan kehadirannya.

Hana senyum. Dia pandang wajah tua Datin Aina penuh kasih. Wanita inilah yang membelanya sejak kecil. Menghadiahkannya kasih dan sayang yang tak berbelah bahagi walaupun dia sekadar anak angkat.

“Tak ada apa-apalah mama. Hana cuma terfikir sampai bila perkahwinan Hana akan bertahan. Hana tak rasa…”

“Jangan cakap macam tu sayang. Baru sehari berkahwin takkan nak mengalah. Hana kena fikir cara untuk pertahankan rumah tangga Hana. Cara untuk tambat hati Am.”Datin Aina usap bahu Hana. Dia tahu Hana tertekan. Melayari bahtera perkahwinan bersama dengan seseorang yang tiada rasa cinta sememangnya agak sukar.

“Nak tambat macam mana mama? Pandang Hana pun Am tak nak. Senyum lagilah tak. Dia memang tak suka Hana dari dulu.” Hana senyum tawar. Sedih dengan kenyataan bahawa suaminya tidak menyukai dirinya.

“Tapi Hana boleh tukarkan dari tak suka kepada suka.”

“Macam mana mama? Dah bertahun Hana cuba buat Am terima Hana dalam keluarga ni tapi mama sendiri nampak. Sampai sekarang Hana tak berjaya. Dan Am bukan setakat tak suka Hana sekarang ni. Tapi dia benci Hana sebab Hana jadi isteri dia.”

“Am tak benci Hana.”

“Hana tak tahu. Hana buntu sangat sekarang ni.” muka Hana keruh. Dia mahu perkahwinannya dengan Aidil kekal, sehingga ke akhir hayat. Tapi dia tahu jalannya tak mudah sekiranya Aidil berterusan menolak dirinya.

Bicara dua hati antara Datin Aina dan Hana berhenti bila Aidil muncul. Segak seperti mahu keluar.

“Am nak pergi mana?” Datin Aina kerut dahi.

“Keluar. Panas duduk kat rumah ni.” balas Aidil beku. Sikit pun dia tak pandang Hana yang berada di sebelah Datin Aina.

“Bawalah Hana sekali. Kamu berdua kan dah kahwin.

Aidil tergelak sinis. Kenapa dia rasa statement mamanya sangat kelakar? Kelakar sehingga dia rasa mahu membentak marah.

“Ma… Am keluar sebab tak nak tengok muka dia dan sekarang mama suruh Aidil bawa dia? That’s not going to happen.”

“Am! Kenapa cakap macam tu? Hana isteri Am sekarang ni.” Datin Aina menegur. Pening kepala dia dengan Aidil. Tak bolehkah Aidil terima Hana selayaknya sebagai seorang isteri?

Hana usap lengan Datin Aina. Dia gelengkan kepala. Tanda tak mahu Datin Aina meneruskan kata. Dia takut keadaan akan jadi semakin tegang.

“Isteri yang Am sendiri tak nak. Jadi seorang suami kepada seorang yang kita tak suka, mama tahu apa rasanya? Its hurt!” bentak Aidil marah. Suaranya tinggi. Kenapa semua orang tak nak faham dengan situasi yang dilaluinya?

Hana gigit bibir. Cuba menghalau sedih yang mahu singgah. Aidil terluka… sebab jadi suami dia.

“Habis Am ingat Hana tak terluka kena kahwin dengan Am? Am fikir Am seorang je yang terluka?” marah Datin Aina pula. Dia dah cekak pinggang. Kalau anaknya ini masih kecil, dah dipiatnya telinga Aidil tapi Aidil dah besar panjang. Masih mahu orang lain membebel menasihati.

Aidil mendengus kasar.

Fine, Hana terluka jadi isteri Am kan? Kalau mama nak sekarang juga Am boleh lepaskan Hana. Am pun tak suka nak simpan Hana jadi isteri Am. Am…”Kata-kata Aidil terhenti bila ada tangan menekup mulutnya. Dadanya berombak dengan emosi yang tak menentu.

Hana geleng kepala. Bibirnya bergetar. Hampir luruh jantungnya bila Aidil mahu lepaskannya. Dia tak rela…dia sayangkan Aidil. Perlahan air matanya gugur.

“Saya tak izinkan awak lepaskan saya. Saya isteri awak Am. Saya sayangkan perkahwinan kita yang baru sehari ni.” ada getar dalam suara Hana. Sungguh, dadanya sebak. Tak dapat dibayangkan jika Aidil benar-benar mahu menceraikannya.

Aidil kaku. Air mata Hana menghilangkan segala kosa kata yang ingin dimuntahkan.

Hana menurunkan tangannya. Dia mencari mata Aidil yang tajam memandangnya.

“Tak boleh ke awak sayang saya Am?” penuh harapan Hana menyoal. Dadanya berdebar hebat menunggu balasan dari Aidil. Suasana hening.

Aidil terdiam sejenak sebelum kembali berbicara.

“Kenapa soal benda yang kau tahu jawapannya Hana? Aku tak sayang kau dan aku tak akan sayang kau. Perkahwinan ni satu kesilapan Hana.” Senyuman sinis Aidil kembali terukir di bibir. Dia menapak setapak ke belakang menjauhi Hana. Dan akhirnya dia pusing. Keluar dari rumah yang menyesakkan dadanya. Dia tersengih kelat. Hatinya penuh dengan nama Milia sehinggakan tiada langsung ruang untuk Hana. Tidakkah Hana sedar itu semua?

Hana senyap. Dia dah lama sedar Aidil tak pernah sayangkannya tetapi kenapa sekarang rasa sakitnya lebih pedih? Lebih melukakan dari dulu.

Datin Aina membawa Hana ke dalam pelukan. Dan hatinya turut menangis bila Hana teresak-esak di dalam dakapannya.



P/S: sorry dear...dh lama cerita ni terperam dan sy pun tak tau nak tulis apa utk cerita ni. (-_-")


Read More...

Sunday, 21 July 2013

Jangan Curi Suamiku 5







Hana tercegat di luar bilik. Dia serba salah untuk masuk ke dalam. Bila diingatkan balik pergaduhan yang terjadi di ruang makan tadi, dia jadi bertambah takut untuk berhadapan dengan Aidil. Kalau diikutkan hatinya memang sampai bila-bila pun dia tidak mahu masuk dalam bilik. Tapi Datin Aina yang beria-ia suruh dia pujuk Aidil. Biar sejuk sikit hati Aidil. Masalahnya kemarahan Aidil bukannya makin berkurang malahan makin bertambah bila tengok muka dia nanti. Elok-elok kemarahan Aidil baru nak reda nanti makin marak bila dia masuk dalam bilik ni.

Hana garu kepala. Nak buat macam mana ni?

“ Kenapa Kak Hana tak masuk bilik lagi?” Atiqah menegur. Dari tadi dia tengok Hana masih lagi tercegat di luar bilik.

Atiqah perasan ke dia dari tadi lagi tercegat kat luar pintu ni? Kantoi. Nampak sangat dia takut dengan suaminya.

“ Takut lah Iqa. Kak Hana tak berani nak masuk.” Hana meramas tangan sendiri. Riak kerisauan terbias di wajah putih bersih itu.

“ La… kenapa tak berani. Abang Aidil tak makan orang la. Dia makan nasi.” Atiqah tergelak. Nak masuk bilik sendiri pun takut ke?

“ Memang lah dia makan nasi. Tapi Kak Hana takut nak masuk sebab takut dia marah Kak Hana pulak. Mood dia kan tengah tak berapa nak betul sekarang ni.” Hana mengeluh. Sekali dengan dia terkena tempiasnya kalau angin Aidil tengah tak betul.

“ Sebab tu la Kak Hana kena pujuk dia. Goda dia ke. Biar Abang Aidil cair.” Atiqah memberi cadangan. Dia tersenyum lebar. Takkan lah abang Aidil tak cair dengan Hana. Kalau dia jadi lelaki, mesti dia dah terkulai dengan godaan Hana.

 Mana taknya, Hana memang cantik. Lelaki kalau pandang  tak sah kalau tak toleh untuk kali kedua. Tarikan yang dimiliki Hana cukup kuat. Dia yang perempuan pun kadang-kadang terpaku dengan kecantikan yang terbias di wajah Hana.

“ Mengarut je Iqa ni.”

“ Betul lah apa yang Iqa cakap. Tak salah pun kalau nak goda suami sendiri. Lagi afdhal tau.” Semakin besar tawa Atiqah. Dia menepuk bahu Hana sambil mengangkat keningnya penuh makna.

“ Iqa!” Hana mencubit lengan Atiqah tapi gadis itu hanya ketawa keseronokan. Seronok sangat mengenakan dirinya. Dia nak goda Aidil? Rasanya sampai bila-bila pun dia tak akan melakukannya. Ingat dia berani sangat ke? Nak pandang muka Aidil pun dia malu inikan pula nak menggoda. Kirim salam la jawabnya.

Hana terkejut bila Atiqah buka pintu dan menolak tubuh tinggi lampainya ke dalam bilik lalu Atiqah tutup kembali pintu tersebut. Dia tersengih. Nak masuk bilik abangnya pun sampai kena bertafakur kat luar bilik. Kelakar betul la Kak Hana ni. Atiqah menggeleng kepala.



**************************



Hana mengetap bibirnya. Geram bila Atiqah berjaya menolaknya masuk ke dalam bilik kurang dari lima saat.

Hana pandang tubuh Aidil yang terbaring di tengah katil. Aik. Tidur balik ke? Asyik tidur je. Tak sakit kepala ke?

Dia teragak-agak ingin merapati tubuh itu. Aidil marah lagi ke? Hana mengutuk dirinya. Memang lah dia marah. Takkan lah dalam sekelip mata je marah dia boleh hilang. Kena kahwin paksa. Siapa yang suka?

Kesian Aidil. Patutnya dia kahwin dengan Milia tapi takdir menyebelahi dirinya bila akhirnya dia menjadi isteri lelaki itu semalam. Itu namanya tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia tak siapa yang tahu.

Maknanya dia bertuah jadi isteri kepada Aidil? Kalau diikutkan perasaannya yang memang sudah lama sayangkan Aidil melebihi seorang abang memanglah dia rasa dia beruntung kerana dapat memiliki lelaki itu tapi perasaan lelaki itu bukan miliknya. Ianya milik Milia. Kekasih hati Aidil.

“ Kalau kau masuk dalam bilik ni sekadar nak tenung muka aku baik kau tak payah masuk.” tegur Aidil sinis. Matanya sudah terbuka.

“ Siapa yang tengok muka awak. Saya tengok corak kat katil ni. Unik corak dia.” Spontan Hana mengusap cadar yang berwarna biru lembut itu. Dia menahan perasaan. Dia nampak ke dari tadi aku renung dia. Malunya! Maknanya Aidil memang sedar dia masuk dalam bilik tapi hanya berpura-pura tidur.

Whatever. Apa yang kau buat ni?”

“ Buat apa?” Hana mengerutkan dahi tanda tak faham. Apa yang dia buat? Rasanya dia tak ada buat apa-apa yang salah.

“ Siapa suruh kau duduk kat katil aku?”

“ Erk… duduk kat katil pun tak boleh ke?”  Hana garu kepala. Takkan nak duduk kat lantai pulak. Sadis betul.

“ Aku tak izinkan kau duduk kat area aku. Tempat kau kat sana kalau kat dalam bilik.” Aidil tunjuk ke arah sofa. Mukanya selamba. Beku. Peduli apa dia kalau Hana nak marah sekalipun. Ini bilik dia. Hak dia! Jadi dia ada kuasa ke atas orang luar yang memasuki biliknya.

Hana pandang sofa yang berada berhadapan dengan katil. Sofa antik yang  diimport dari Itali itu memang cantik tapi dia tidak sanggup tidur hari-hari di situ.

“ Mana adil kalau macam tu. Dah lah malam tadi pun saya kena tidur kat  sofa. Takkan sekadar nak duduk kat katil pun tak boleh.” Hana merungut tidak puas hati. Tidur sehari pun dia dah sakit badan. Kalau hari-hari tidur kat sofa tu mahu patah pingganggnya.

Do I care?” Aidil tersenyum mengejek . Dia meletakkan lengan di atas kepala. Matanya dipejam seketika. Lebih baik dia tutup mata daripada menatap wajah Hana yang membuatkan hatinya panas. Panas kerana dia masih lagi tidak dapat menerima jodohnya dengan wanita yang diangkat menjadi anak angkat keluarganya sejak kecil lagi.

“ Awak kena bertimbang rasa. Saya dah jadi isteri awak tahu.” Hana dah duduk bersila di atas katil. Masih ada jarak di antara mereka.

“ Kan malam tadi aku dah cakap yang kau hanya isteri aku di atas kertas. Tak lebih dan tak kurang. Takkan kau tak faham-faham lagi?” Aidil mendengus kasar. Dia penat mengulang benda yang sama. Hana bukannya bodoh sangat sampai tidak faham apa yang dia sampaikan malam tadi.

But this is so unfair. Tahulah awak tak suka saya tapi janganlah layan saya macam ni. Walau apa pun saya ni isteri awak. Fair la sikit.” Muka Hana dah cemberut. Aidil memang begini dengannya dari dulu lagi. Tak pernah nak layan dia dengan elok.

“ Kalau nak fair kau pergi funfair la. Banyak songeh betul kau ni. Aku tampal dengan plaster baru tahu.”

Funfair? Apa kes… pandai pulak lelaki ni loyar buruk. Orang tengah serius dia main-main pulak.

“ Awak lelaki dan saya perempuan…” Hana berhenti berbicara. Dia sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk pendengaran Aidil.

Aidil menunggu ayat seterusnya dari Hana.

“ Lelaki diciptakan untuk melindungi kaum wanita. Nak tahu sebab apa? Sebab wanita adalah insan yang lemah. Wanita juga…”

So? Apa yang kau nak sampaikan sebenarnya? Tak payah nak mukadimah panjang-panjang sangat. Tak ada masa aku nak dengar.” Pangkah Aidil laju. Dia buka mata sedikit tengok Hana yang sudah terkulat-kulat.

Hana berdehem sedikit. Dia meramas tangan sendiri. Yang dia gugup tiba-tiba ni kenapa? Aidil hanya pandang dia je pun. Bukannya Aidil buat apa-apa. Dia memang akan jadi serba tidak kena bila Aidil memandang tepat ke matanya. Mulalah jantungnya nak buat kerja. Berdenyut pantas.

“ Jadi, apa yang saya nak sampaikan ialah fizikal awak lebih kuat berbanding saya ni. Kalau awak tidur kat atas sofa tu pun mesti awak tak berapa nak lenguh sangat badan. Awak kena beralah sikit sebab saya ni perempuan plus saya ni isteri awak.” Berhati-hati Hana bersuara. Huh, nak pilih tempat tidur pun sampai kena fikir ayat macam-macam.

“ Permintaan ditolak.”

Hana dah bulatkan mata. Aidil langsung tak nak berkompromi dengannya.

“ Apa? Ingat kalau kau bulatkan mata kau aku takut?” Aidil mengejek.

Hana muncungkan bibirnya pula. Tahulah yang mata dia tidak besar mana. Dia mempunyai mata yang sedikit sepet. Tak besar mana pun kalau dia bulatkan mata.

“ Hah, muncungkan bibir tu pulak. Aku ikat dengan getah baru tahu. Dah macam penyodok je aku tengok.” Tambah Aidil lagi. Memang sengaja dia sakitkan hati Hana. Nak tawar menawar dengan dia pasal tempat tidur konon. Ini biliknya. Suka hati dialah nak tentukan siapa yang tidur di sofa atau katil.. Hana cuma menumpang.

Hana tarik balik muncungnya.  Muka dia sikit punya lawa dikatakan macam penyodok. Mata Aidil memang buta agaknya.

Aidil bangun dari baring. Dia sandar belakang badannya di kepala katil. Duduk macam ni lagi selesa bila dia ingin berbicara dengan Hana.

“ Ini bilik aku jadi kau kena ikut peraturan aku. Kalau kau nak tidur kat dalam bilik ni pilihan yang kau ada cuba sofa tu je. Itupun dah kira bagus. Kalau aku suruh kau tidur kat lantai kau nak?” Aidil jungkit kening. Senyumannya sinis.

Hana geleng kepala. Lantai? Bilik Aidil dah la sejuk. Beku jugak dia nanti kalau tidur kat lantai. Bertambah sakit pula badannya.

“ Tahu pun tak nak. Atau kau nak tidur kat bilik lain. Kalau kau nak lagi bagus. Aku lagi suka kalau kau keluar dari bilik ni. Semak mata aku tengok kau.”

Aidil kalau bercakap memang langsung tak fikir kalau ada hati yang terguris dengan kata-katanya. Tersayat hatinya tapi dia tiupkan sedikit kesabaran. Hana faham yang dia bukan wanita pilihan Aidil.

“ Okay fine.” Malas nak cakap lebih-lebih. Tak ada gunanya dia bercakap lagi sebab keputusannya memang sama. Dia tetap kena tidur di sofa untuk sepanjang hidupnya menjadi isteri Aidil.

“ Tahu pun. Now move. Pergi kat tempat kau. Ini tempat aku.” Aidil tolak Hana dengan kakinya sedikit.

Hana merengus geram.  Perlahan-lahan Hana bangun. Arah kakinya bukan ke arah sofa tetapi ke pintu. Hatinya yang sakit perlu ditenangkan sedikit dahulu. Lalu dia membawa tubuhnya keluar dari bilik Aidil.

“ Bagus jugak kalau kau keluar. Kalau boleh masuk malam nanti time aku dah tidur tau!” laung Aidil dari dalam bilik. Dia puas kerana menyebabkan muka Hana mendung. Sedikit pun dia tidak kasihan.

Menjadi suami buat seseorang yang dia tidak suka adalah sesuatu yang langsung dia tidak jangka akan terjadi dalam hidupnya. Dia sayangkan Milia. Dia cintakan Milia! Dia hanya inginkan Milia menjadi isterinya, dunia dan akhirat. Bukan Hana. Bukan perempuan lain. Hanya Milia! Namun harapannya berkecai menjadi debu bila dia terpaksa berkahwin dengan Hana.

Bagaimana mahu dikhabarkan kepada Milia tentang berita perkahwinannya ini? Pasti Milia akan terluka. Dapat dibayangkan air mata yang menuruni pipi Milia. Mengenangkan itu saja pun sudah membuatkan hatinya pedih. Dia memang kalah dengan air mata Milia.

Aidil meraup muka. Dia buntu. Terasa ingin menjerit dengan dugaan yang tiba-tiba melanda hidupnya. Ya Allah, kenapa ini jalan yang Kau bentangkan untuk aku? Apa yang Kau sedang aturkan?




Bersambung…










Read More...

Monday, 6 May 2013

Jangan Curi Suamiku 4





Suasana di meja makan hening. Masing-masing senyap menghadap makanan. Secara tidak langsung selera Hana turut mati. Dia menjeling Aidil yang berada di sebelah kanannya. Lelaki itu juga hanya selamba. Dalam keselambaan lelaki itu dia perasan yang lelaki itu sedang membendung kemarahan. Mana tidaknya, disebabkan peristiwa semalam, Aidil  turut terjebak sama dalam perkahwinan tanpa rela ini. Tapi Aidil tidak boleh salahkan dirinya seorang. Dia juga menjadi mangsa keadaan. Bukannya dia yang sengaja mahu terjerat dalam perkahwinan yang langsung tiada makna buat diri mereka berdua.

Hana pandang muka Datin Aina. Wajah yang biasanya berseri dengan cahaya kegembiraan hari ini suram. Pasti kisah semalam masih lagi menjadi lagi beban perasaan Datin Aina. Di sebelah Datin Aina iaitu ayah Aidil hanya mempamerkan wajah tenang. Luarannya mungkin nampak tenang tapi gelora di dalam hati siapa yang tahu?

“ Am nak bawa Hana pergi honeymoon kat mana?” soalan dari Datin Aina memecahkan kesunyian yang dari tadi bermaharajalela di meja makan.

Hana tersedak. Dia makin tersentak bila Aidil turut membantunya mengusap belakang badannya. Mukanya merah menahan malu. Malu kerana diperlakukan sebegitu rupa di hadapan mereka yang turut berada di meja makan.

“ Kau ni kenapa? Makan gelojoh sangat. Macam dah setahun tak jumpa makanan.” Sinis kata-kata yang dilontarkan Aidil.  Dalam masa yang sama dia menghulurkan minuman kepada Hana.

Hana minum air yang Aidil hulurkan. Tekak yang terasa perit diusap perlahan. Dia bukannya sengaja tersedak. Suka hati Aidil je tuduh dia yang bukan-bukan. Dia terkejut bila Datin Aina membuka cerita mengenai honeymoon. Nak pergi honeymoon dengan Aidil? Hmmm… memang tak lah kut. Confirm Aidil tak nak. Dia berani kerat jari punya lah.

“ Mama tanya pasal honeymoon?” Aidil melontarkan soalan. Kali ini seleranya benar-benar mati. Dia pandang Hana yang juga terkulat-kulat di sebelahnya dengan soalan Datin Aina.

“ Yup, nanti nak honeymoon kat mana? Dalam negara atau luar negara?” meskipun perkahwinan Aidil dan Hana tidak seperti  pasangan lain tetapi dia berharap agar mereka dapat menerima perkahwinan ini biarpun pada mulanya agak payah untuk menerima kenyataan. Mungkin Aidil dan Hana akan berasa kekok  tapi dia yakin rasa itu akan terhakis dengan sendirinya jika masing-masing cuba menerima di antara satu sama lain.

“ Mama rasa Am ada hati ke nak pergi honeymoon dengan perkahwinan yang Am sendiri tak suka?” selamba Aidil bertanya. Sudah lupakah mamanya tentang bagaimana dia dan Hana disatukan? Jadi, bagaimana mamanya boleh terfikir akan honeymoon? Nak menghadap muka Hana kat dalam bilik pun dia memerlukan kesabaran yang tinggi. Inikan pula nak pergi honeymoon. Memang tak masuk akal langsung.

“ Abang Am. Tak baik cakap macam tu.” Atiqah menegur. Dia rasa abangnya patut menerima takdir bahawa sudah tersurat yang jodoh abangnya dengan Hana. Lagipun Hana pun apa kurangnya? Sudah cukup lengkap sebagai seorang wanita yang menjadi idaman lelaki lain. Hanya abangnya saja yang tak pandai menilai. Ops, dia lupa yang memang dari dulu lagi Aidil tidak suka Hana masuk dalam keluarga ini. Dia dan abang sulungnya boleh menerima Hana tapi tidak Aidil. Entah apa yang dibencinya dengan Hana pun dia tak tahu.

Aidil menjeling adik bongsunya. Terus Atiqah tundukkan kepala. Takut dengan kemarahan Aidil yang mungkin akan meletus bila-bila masa.

“ Walau apa pun, Hana dah jadi isteri Am sekarang ni. Dia dah jadi tanggungjawab Am.” Lembut Datin Aina bersuara. Dia pandang wajah Aidil yang sudah merah. Tahu sangat perangai anaknya yang seorang ni. Kalau muka dah merah maksudnya Aidil marah.

“ Tapi mama sendiri tahu yang perkahwinan ni terjadi tanpa rela Am. Kalau tunang Emir tak lari, Am tak akan terlibat dengan semua ni.” Aidil sedikit membentak. Semua ni berpunca dari tunang Emir.

“ Jangan cakap macam tu Am. Kecil hati Emir kalau dia dengar Am cakap macam tu. Dia tengah sedih lagi tu.”

“ Salah ke apa yang Am cakap? Kalau tak disebabkan tunang Emir tu lari ikut jantan, Am tak akan kahwin dengan Hana semalam. Ini semua salah tunang Emir!”

“ Aidil Amsyar!!!” Emir menjerit lantang dari tangga. Dari atas lagi dia dengar suara Aidil membentak tidak puas hati. Pada mulanya dia tidak dapat menangkap topik yang sedang dibicarakan tapi bila soal tunangnya yang dibangkitkan dia jadi hilang sabar. Dia tak rela Aidil menuduh tunangnya yang bukan-bukan.

“ Kau cakap apa?” Emir sudah berdiri di sebelah Aidil. Aidil turut bangun dari duduknya. Tangan Hana yang memegang lengannya turut ditepis. 

“ Emir.” Dato Malik turut berhenti makan. Suasana yang tadinya sunyi sudah bertukar tegang. Dato Malik turut pening kepala. Dua-dua anak lelakinya. Dia sendiri tidak tahu nak memihak pada siapa.

“ Kau jangan nak pandai-pandai tuduh tunang aku yang bukan-bukan kalau kau tak tahu cerita yang sebenar.” Emir memberi amaran. Dia dah tak peduli pada orang lain yang turut berada di meja makan. Fikirannya kini hanya tertumpu pada Aidil. Dia tak boleh terima bila Aidil mengutuk tunangnya. Dania tak bersalah!

“ Kau nak bela dia sangat buat apa? Dah memang kenyataan tunang kau lari ikut jantan sebab tu dia tak datang masa majlis nikah semalam.” Sinis Aidil membalas. Dia jadi sakit hati bila Emir masih tak sedar lagi akan hakikat yang Dania sudah tinggalkan Emir.

Emir mencekak kolar baju Aidil. Matanya merah menahan kemarahan. Kalau tak difikirkan yang di depannya sekarang ini adalah adik kandungnya sudah lama penumbuk sulungnya singgah ke muka Aidil.

Aidil menepis cengkaman Emir di bajunya. Saat ini dia langsung tak gentar dengan kemarahan yang Emir tunjukkan. Kenapa mesti Emir masih lagi mahu membela tunangnya? Dia pelik. Sudah butakah Emir akan apa yang Dania lakukan? Sudah terang lagi bersuluh yang Dania lari dari majlis perkahwinannya dengan Emir semalam dan masalahnya dia yang menanggung kesan dari perbuatan Dania! Terlupakah Emir akan hakikat itu?

 “ Dia bukan lari ikut jantan tapi aku yakin yang dia ada sebab yang munasabah kenapa dia buat macam tu.” Emir memberi alasan. Dia yakin. Dania tidak mempunyai lelaki lain selain dari dirinya. Dia yakin yang Dania mempunyai sebab yang tersendiri kerana meninggalkan dirinya keseorangan ketika majlis pernikahan mereka semalam. Cuma dia tidak tahu apakah sebab itu. Kusut fikirannya bila Dania hilang tanpa jejak.

“ Habis tu alasan apa yang kau boleh bagi dengan tindakan dia tu? Kau nak cakap yang dia tiba-tiba tak bersedia dengan perkahwinan korang? Itu maksud kau?” Aidil senyum sinis. Dia memeluk tubuh. Dia kasihan dengan Emir tapi dia juga kasihan dengan dirinya sendiri!

Emir meraup rambut. Dia mengeluh kasar.

Hana diam tidak berkutik. Dia tak tahu mahu tunjukkan reaksi yang bagaimana ketika ini. Nak bersuara pun dia rasa bersalah. Bila diam pun dia rasa serba tak kena. Kalau dia bersuara nanti dia risau pula kalau suara Aidil menjerit memarahi dirinya. Sudahnya, dia hanya jadi pemerhati aksi pergaduhan mulut di antara dua beradik ni.

“ Am, Emir… jangan macam ni. Kita bincang dulu elok-elok. Mama tak suka anak mama bergaduh depan rezeki.” Datin Aina rasa nak menangis pun ada bila disajikan dengan pertelingkahan di antara anak-anaknya.

“ Mama nak bincang apa lagi? Semuanya dah terlambat! Am dah jadi suami Hana sekarang ni!” lantang Aidil membalas. Dadanya berombak ganas menahan kemarahan.

“ Am! Papa tak suka Am cakap kurang ajar macam tu pada mama. Dah teringin sangat nak jadi anak derhaka ke?” keras suara Dato Malik menegur anak lelakinya.

“ Am minta maaf. Tapi ini tak adil buat Am papa.” Suara Aidil kendur.  Dia meraup mukanya. Kesal kerana meninggikan suara tetapi jiwanya benar-benar kusut sekarang ini.

“ Papa tahu tapi itu sahaja caranya untuk selamatkan maruah keluarga kita. Semua orang tahu yang majlis kahwin tu akan berlangsung. Semua tetamu dah datang. Am sanggup biarkan muka papa dan mama tercalit arang? Am sanggup biarkan kami menanggung malu?” Dato Malik menduga.

Aidil mengeluh.

“ Kenapa mesti Am?” suara Aidil sayu. Sarat dengan kepedihan.

“ Habis tu takkan lah nak kahwinkah adik kamu pula? Atiqah tu baru habis SPM. Lagipun calon untuk dia pun tak ada.” Sempat Dato Malik bergurau. Dia tersenyum nipis. Penuh bersahaja dia menyisip kopi panasnya. Jelingan isterinya yang menegurnya tidak diendahkan.

Aidil mendengus dengan jawapan yang Dato Malik berikan. Tubuh Emir yang berada di depannya dia rempuh.  Terus dia panjat tangga untuk masuk ke biliknya.

Tak lama kemudian berdentum bunyi pintu dari tingkat atas.

Hana pandang Datin Aina yang juga ketika itu memandangnya. Dia tersenyum tawar.


Bersambung... 
Read More...

Jangan Curi Suamiku 3






Hana Humaira mencelikkan matanya. Badannya sedikit sengal kerana semalaman tidur di atas sofa. Aidil Amsyar memang tak patut. Patutnya lelaki itu yang menawarkan diri tidur di sofa sementelah dia tu seorang lelaki. Ini tak, dia pulak yang kena beralah. Hana Humaira cuba menyabarkan hati. Dia kena sedar di mana kedudukannya di mata Aidil Amsyar. Lelaki itu terpaksa berkahwin dengannya. Bukannya secara suka rela. Lainlah kalau Aidil Amsyar memang rela hati berkahwin dengannya, pasti keadaan tak akan serupa.

Hana Humaira mengeluh. Kalau gadis-gadis lain yang berada di tempatnya sekarang pasti akan rasa bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan suami tercinta. Pastinya malam pertama tidak akan berlalu dengan sia-sia. Tidur di samping suami tercinta. Tapi dia? Hmmm… disuruh tidur di sofa ada lah.

Hana Humaira menggapai handphone yang berada di atas lantai. Sengaja dia letak di atas lantai. Kalau dia letak kat sebelah kepala dia nanti confirm hanphonenya itu akan jatuh terhempas juga ke lantai. Mana taknya, dia tidur bukannya sopan macam anak gadis lain. Ganas semacam.

Matanya digosok perlahan dengan tangan. Nak bagi hilang mengantuk. Penat semalam tak hilang lagi. Dia tengok jam kat handphone. Okay, dah pukul 6.30… baik aku bangun sekarang. Nanti terbabas pulak subuh. Tubuhnya digeliatkan. Bagi longgar sikit sendi-sendinya.

Tuala yang berada di ampaian diambilnya. Belum sempat dia menuju ke bilik air. Langkah kakinya dipakukan. Matanya menjeling Aidil Amsyar yang masih enak berbungkus di dalam gebar tebal. Amboi, sedapnya dia tidur. Siap berselimut bagai. Aku tidur sejuk gila malam tadi. Sampai naik beku. Dah la tak bagi selimut. Bantal pun tak ada! Huh! Ini memang tak aci.

Nak tak nak Hana Humaira mendekati Aidil Amsyar yang sedang lena. Takkanlah nak biar dia tidur je. Nanti terlepas pulak subuh.

Dia merenung wajah Aidil Amsyar yang masih pulas tidur. Nafas lelaki itu teratur. Hanya ini saja masa yang dia ada untuk menatap wajah Aidil Amsyar puas-puas. Dia yakin, lepas je Aidil Amsyar buka mata, dia dah tak ada peluang untuk merenung wajah tampan itu lagi. Tangannya terangkat, ingin sekali dia mengusap wajah lelaki itu namun tangannya kembali dijatuhkan. Risau kalau tindakannya itu hanya akan menyebabkan lelaki itu tersedar.

Rambut Aidil Amsyar hitam pekat. Sesuai dengan kulit putih lelaki itu. Wajahnya pula akan memerah kalau menahan marah. Walaupun mata lelaki itu terkatup rapat namun dia masih ingat akan anak mata lelaki itu yang berwarna coklat. Cantik! Dia memang suka akan mata Aidil Amsyar. Memang mata itu merupakan salah satu daya penarik yang dimiliki oleh Aidil Amsyar. Hidungnya pula mancung. Dihiasi dengan seulas bibir yang merah. Seingat dia Aidil Amsyar tidak merokok, sebab tu kut bibir dia merah.

Orang cakap kalau bibir lelaki merah maknanya lelaki tu tak  merokok. Betul la tu agaknya. Hana Humaira memegang pula bibirnya. Bibir aku merah macam dia ke?

Sesaat kemudian Hana Humaira tersentak. Macam mana la dia boleh terleka tengok muka Aidil Amsyar sampai lupa yang sepatutnya dia kena kejutkan lelaki itu bangun subuh.

Hana Humaira menggaru keningnya. Nak kejutkan dia macam mana ey? Ah, hentam je la.
Hana humaira mencuit sedikit tubuh Aidil Amsyar yang masih berbalut.

“ Awak, bangun. Subuh nak habis dah ni.”

Tapi lelaki itu masih lagi lena. Langsung tak bergerak walaupun sedikit.
Hana Humaira mengetap bibir. Liatnya dia ni nak bangun! Letak bom kat sebelah baru tau!

“ Bangunlah Aidil Amsyar. Subuh nak habis dah ni.” Sedikit keras Hana Humaira bersuara. Kali ini Hana Humaira menggoncang tubuh lelaki itu sedikit kuat. Ditariknya gebar yang menutupi tubuh lelaki itu.

Aidil Amsyar mendengus. Bengang bila tidurnya diganggu. Ditarik semula gebar menutupi dadanya.

Hana Humaira dah mencekak pinggang. Dia ni memang tak nak bangun sampai bila-bila ke? Nak guna teknik apa lagi untuk dia bangun ey? Hana Humaira mengusap dagu.

Seketika kemudian Hana Humaira tersenyum. Dia mendekatkan wajahnya ke muka Aidil Amsyar.

“ Aidil Amsyar, bangun solat subuh!!!” sehabis kuat dia menjerit di telinga lelaki itu. Biar satu rumah ni dengar. Biar diorang tahu yang lelaki bernama Aidil Amsyar ni liat sangat nak bangun subuh. Macam budak kecil!

Aidil Amsyar terkejut. Mendadak dia duduk dari baring. Tangannya mengusap telinga kiri yang rasa pedih akibat jeritan Hana Humaira. Mata yang tadi layu terus segar!

“ Kau dah gila ke? Pagi-pagi buta lagi dah menjerit.” Tajam mata Aidil Amsyar menikam wajah Hana Humaira yang langsung tiada riak bersalah. Tersenyum sinis ada la. Dia pulak yang sakit hati.

“ Hello encik abang. Pagi buta apanya ni? Dah nak pukul 6.40 dah ni. Orang kejut tak reti-reti nak bangun. Tidur mati ke.” Hana Humaira mencebik. Dia buat tak peduli dengan kemarahan Aidil Amsyar. Bangun dari tidur je dah nak marah-marah orang. Bukannya reti nak berterima kasih sebab kejutkan bangun. Huh!

Dia kembali mengatur langkah ke bilik air. Dah lewat ni. Tak pasal-pasal je subuhnya tertunda gara-gara lelaki itu. Tapi belum sempat dia menjejakkan kaki ke bilik air, Aidil Amsyar menolak tubuhnya ke tepi. Depan mata dia Aidil Amsyar kembali menutup pintu bilik air.

What? Aku nak masuk dulu la! Hana Humaira merengus.



**************************


Hana Humaira menjeling Aidil Amsyar yang kembali berlingkar di atas katil.

“ Apa jeling-jeling? Tahu la yang aku ni handsome.” Aidil Amsyar tersenyum sinis. Dia perasan yang dari tadi Hana Humaira asyik mencuri pandang dirinya.

“ Awak jangan nak perasan la. Pak cik yang jual ais krim tu lagi handsome dari awak.” Hana Humaira membalas. Dia menyarung tudung. Dah pukul tujuh lebih ni. Lebih baik dia turun bantu Mak cik Dayah buat sarapan kat dapur tu daripada menghadap muka Aidil Amsyar yang suka sangat cari pasal dengannya. Bukannya dia tak tahu yang Aidil Amsyar bencikan dirinya.

“ Mak cik yang jual tapai pun lagi cantik dari kau la!” sempat Hana Humaira dengar kata-kata yang Aidil Amsyar laungkan bila dia dah berada di luar bilik.

Ish, pagi-pagi lagi dah buat orang bengang!



**************************


Hana humaira menghendap belakang Mak cik Dayah yang sedang leka membuat kerja. Hana Humaira tersenyum sedikit. Tiba-tiba je dia rasa nak mengusik Mak cik Dayah pagi ni. Rasanya dah lama dia tak kacau pembantu rumah yang telah lama berkhidmat di banglo besar ini.

“ Mak cik!!!” Hana Humaira menyergah sambil memeluk erat lengan Mak cik Dayah.

“ Opocot ayam kau terbang.”

Hana Humaira dah mengekek ketawa. Mak cik Dayah ni pantang terkejut mula la nak melatah. Dan dia antara orang yang suka terkejutkan Mak cik Dayah.

Mak cik Dayah mengusap dadanya berombak. Berdebar jantungnya bila disergah dari belakang. Dia menarik telinga Hana Humaira yang bersalut tudung.

“ Adoi, sakit la telinga Hana mak cik.” Hana Humaira memegang tangan mak cik Dayah yang masih menarik telinganya. Dia buat muka comel biar mak cik Dayah tak sampai hati mendendanya.

“ Lepas ni janji jangan terkejutkan mak cik lagi tau.” Ugut mak cik Dayah. Dia bukannya pulas kuat pun telinga Hana Humaira. Gadis tu je yang terlebih manja, macam dia tarik kuat je gayanya.

Hana Humaira mengangguk laju. Terukir senyuman manis di bibir merahnya.

Mak cik Dayah melepaskan pegangannya dari telinga Hana Humaira.

“ Hana tak janji tau mak cik. Hana cuma angguk kepala je.” Spontan terluah lagi ketawa dari Hana Humaira. Suka dia bila dapat mengenakan mak cik Dayah.

Bulat mata mak cik Dayah bila Hana Humaira mempermainkannya sekali lagi. Tak lama kemudian dia turut tersenyum. Tak ambil hati pun.

“ Hana ni macam-macam la.” Mak cik Dayah kembali menyambung kerjanya yang terbantut. Tangannya ligat menggoreng karipap di kuali.

“ Mana ada Hana macam-macam. Hana satu macam je la mak cik.” Hana turut berada di sebelah mak cik Dayah. Karipap? Waaa… sedapnya dapat makan karipap pagi ni. Dah lama tak makan karipap. Jadi tak sabar dia nak makan. Dah la karipap yang mak cik Dayah buat memang sedap. Tak ada orang boleh lawan karipap yang mak cik Dayah buat la pendek kata.

“ Mak cik nak Hana tolong apa? Hana tengah rajin ni.”

“ Tak payah la. Pengantin baru kena rehat. Biar mak cik yang uruskan semua ni.”

“ Tak apa. Hana tak kisah. Lagipun Hana tengah tak buat apa pun ni.”

“ Tak payah la. Dah nak siap pun. Hana pergi main jauh-jauh.” Mak cik Dayah menghalau Hana Humaira menggunakan isyarat tangan. Memang dah tak banyak kerja yang tinggal. Hanya karipap ni je yang perlu 
digoreng. Yang lain semua dah siap terhidang di meja makan.

“ Riuhnya kat dapur ni. Sampai ke depan saya dengar.” Tegur Datin Aina. Dia pandang wajah Hana Humaira. Wajah itu nampak ceria. Adakah Hana Humaira bahagia dengan perkahwinan ini? Entah la, dia sendiri tak dapat membaca fikiran gadis itu. Dia sedar, Hana Humaira juga terpaksa dengan perkahwinan ini kerana ingin membalas budinya yang telah menjaga gadis itu dari kecil. Tapi, apa pilihan yang dia ada? Dia juga terpaksa.

“ Hana ni Datin. Pagi-pagi lagi dah sakat saya.”

“ Mana ada Hana sakat. Hana usik je la.” Hana Humaira menghulurkan pinggan kepada Mak cik Dayah untuk meletakkan karipap yang baru siap digoreng.

“ Am mana? Dia tak turun sekali ke?” Datin Aina pandang keliling. Dari tadi dia tak nampak kelibat anak lelakinya yang seorang itu.

“ Owh, dia… dia kat atas lagi. Tidur kut.” Kenapa pula dia tergagap ni.

“ Ish budak bertuah ni. Dah pukul berapa dah ni tak bangun-bangun lagi.” Datin Aina merungut. Namun pandangan matanya penuh makna.

Muka Hana Humaira dah merah. Jangan la mama fikir yang bukan-bukan pula. Tak jadi apa-apa pun malam tadi. Nak je dia luahkan kata-kata itu tapi dia senyap. Kau gila? Takkan la nak cakap macam tu pula kat mama. Nanti risau pula orang tua tu.

“ Hana pergi kejutkan Am. Semua dah ada kat meja makan. Suruh dia turun makan sekali.”
Hana Humaira mengangguk. Dia kembali menapak ke tingkat dua banglo tersebut di mana bilik dia dan Aidil Amsyar ditempatkan. Eh silap, bukan bilik dia sebenarnya tapi bilik lelaki itu.

Dia pun satu. Tak reti-reti nak turun ke? Bagus sangat la tu lepas subuh tidur balik. Rezeki lari baru tau. Dalam hati Hana Humaira tak puas-puas merungut.



**************************


Tombol pintu dipulas perlahan-lahan. Kepalanya dijengulkan untuk mengintai situasi di bilik itu. Kemudian seluruh tubuhnya masuk ke bilik itu. Kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Aidil Amsyar. 

Mana dia pergi? Bukan tadi dia tidur lagi ke? Hana Humaira mendekati tingkap yang dah terbuka. Dia menjengukkan kepala ke luar tingkap. Takkan la Aidil Amsyar terjun ikut tingkap kut? Tinggi ni. Patah juga kaki lelaki tampan tu.

“ Kau buat apa tu? Nak terjun dari tingkap ke?” muncul satu suara dari belakang Hana Humaira. Hana Humaira berpaling. Tiba-tiba je muncul kat belakang orang. Nasib baik dia tak ada sakit jantung. Kalau tak, mesti dia dah ‘ jalan ‘.

Aidil Amsyar kembali duduk di birai katil. Apa lagi la yang minah ni nak. Bukan tadi dia dah turun ke? Naik balik kenapa? Dah la aku benci tengok muka dia.

“ Mama suruh turun sarapan.”  Sejurus selepas itu Hana Humaira ingin keluar dari situ. Itu je yang ingin dia sampaikan. Dia pun tak nak Aidil Amsyar pandang muka dia lama-lama. Takut kebencian lelaki itu terhadapnya makin bertambah.

“ Tak nak.” Selamba jawapan yang keluar dari mulut Aidil Amsyar. Makan? Hilang seleranya bila memikirkan dia terpaksa menghadap muka Hana Humaira di meja makan nanti.

“ Eh kenapa pula?” berkerut dahi Hana Humaira dengan jawapan yang diberikan Aidil Amsyar. Kenapa tak nak makan? Sepanjang dia berada di rumah ni, tak pernah lagi Aidil Amsyar tidak turun bersarapan bersama keluarga ini. Jadi, bila Aidil Amsyar tidak mahu makan hatinya digaru tanda tanya.

“ Suka hati aku la nak makan ke tak nak. Kau tak payah sibuk la.” Kasar Aidil Amsyar membalas.

“ Tapi nanti mama bising la. Jom je la turun.” Hana Humaira memujuk. Terpaksa pujuk sebenarnya. Dia risau kalau dia turun tanpa Aidil Amsyar nanti mama syak yang bukan-bukan. Nanti dia nak jawab apa? Takkan dia nak jawab macam ni pula ‘ Am tak suka tengok muka Hana, sebab tu Am tak nak makan sekali’. Hana Humaira menggeleng kepala. Tak boleh cakap macam tu. Nanti risau pula mama kalau dia cakap macam tu.

“ Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap tak nak maksudnya aku tak nak la.” keras Aidil membalas.

“ Awak ni keras kepala betul la. Batu pun tak keras kepala macam awak. Nak suruh makan pun payah.” Hana dah memeluk tubuh di depan pintu bilik. Betul la, lelaki bernama Aidil Amsyar ni memang degil. Rasanya kalau dia cakap dengan budak tadika lagi senang agaknya. Tak ada la menyakitkan hati macam cakap dengan lelaki ni.

“ Apa kau cakap?”

“ Saya cakap batu pun tak keras kepala macam awak.” Memang pun. Agaknya batu pun tak keras macam Aidil Amsyar. Kalau keras sangat batu tu, dia hempas je biar pecah. Tapi takkan la dia nak buat macam tu kat Aidil Amsyar? Nanti dia pula yang jadi janda. Tak nak!

Aidil Amsyar menapak perlahan-lahan mendekati Hana Humaira yang berada di pintu.

Eh dia nak buat apa ni? Baru je dia nak bersuara Aidil Amsyar dah mengunci tubuhnya. Tangan Aidil Amsyar mengepungnya di tengah. Badannya tersandar kemas di pintu. Hilang sudah kata-kata yang ingin dia lontarkan tadi. Suaranya tersekat di kerongkong. Bulat matanya pandang wajah Aidil Amsyar yang semakin merapati mukanya. Dia menahan badan Aidil Amsyar guna tangan. Dia dapat tangkap senyuman sinis di bibir lelaki itu.

“ Boleh kau ulang balik apa yang kau cakap tadi.” Perlahan je suara Aidil Amsyar. Hatinya rasa ingin ketawa melihatkan wajah pucat Hana Humaira. Tadi berani sangat. Bila dah jadi macam ni tahu pula nak senyap.

Hana Humaira menelan liur. Rasa kesat. Dia silap cakap ke? Wajah Aidil Amsyar yang berada rapat dengan mukanya membuatkan jantung semakin laju berdenyut. Saluran nafasnya pula rasa sempit dengan tiba-tiba. Dapat dihidu bau sabun yang terbit dari tubuh Aidil Amsyar.

“ Tiba-tiba je tak ada suara? Tadi sedap sangat kau kutuk aku.” Bisik Aidil Amsyar di tepi telinga Hana Humaira. Dia mendekatkan lagi tubuh mereka. Biar Hana Humaira tahu siapa dirinya. Baru kena usik macam ni pun dah menggeletar badan.

Hana Humaira diam tak berkutik. Lantak la Aidil Amsyar nak cakap apa sekalipun . Apa yang dia tahu, dia nak terlepas dari situasi yang sungguh menyesakkan dadanya.
Aidil Amsyar mengelus wajah Hana Humaira dengan lembut.

“ Lain kali kalau kau kutuk aku lagi, tahu la aku nak buat apa dekat kau.” kata-kata yang berbaur amaran itu menyusup ke pendengaran Hana Humaira. Dia menarik nafas yang rasa tersekat.

Aidil Amsyar tersenyum sinis dengan kebisuan Hana Humaira. Dia menolak ke tepi tubuh wanita itu dan terus keluar meninggalkan wanita itu yang masih tergamam.

Hana Humaira memejam matanya rapat-rapat. Dia memegang dada kirinya. Jantungnya masih lagi berdegup laju. Boleh mati aku kalau hari-hari macam ni.


Bersambung...
Read More...

Sunday, 9 September 2012

Jangan Curi Suamiku 2











BAB 2




“ Kau tidur kat sana.” Aidil Amsyar menuding jari ke arah sofa yang berhadapan dengan katil. Tubuhnya yang penat dihempas ke katil.

What? Jangan harap.” Hana Humaira menjuihkan bibir. Tak seronok langsung tidur kat sofa. Mesti pagi esok badannya akan sakit-sakit kalau dia tidur kat sofa. Aidil Amsyar ni…tau la tak suka dia tapi jangan la kejam sangat. Gentleman la sikit…dia perempuan tau. Kalau dengan Milia mesti Aidil Amsyar layan dengan lembut. Dengan dia? Usah mimpi la…

“ Kau jangan nak tunjuk keras kepala kau kat sini. Kau sedar tak sekarang ni kau kat dalam bilik siapa?” bagi tidur kat sofa pun kira okay …lagi kejam kalau dia suruh Hana Humaira tidur kat lantai.

Hana Humaira terdiam. Dia sudah berdiri memeluk bantal. Tinggal landing je. Nak kena tidur kat sofa jugak ke? Teruk betul Aidil ni. Biasanya dia baca novel-novel melayu yang kena kahwin paksa, lelaki yang kena tidur kat sofa…bukan perempuan. Ini dah terbalik pula. Dia yang kena tidur kat sofa, Aidil Amsyar selesa kat katil empuk. Muka Hana Humaira dah cemberut.

“ Aku tak suka kongsi barang aku dengan orang lain. So, pandai-pandai la kau nak tidur mana malam ni. Yang penting bukan kat atas katil aku.” Aidil Amsyar memejamkan mata. Badannya benar-benar letih.Dia cuma mahu tidur sekarang ni. Dia tak nak ambil tahu Hana Humaira tidur kat mana. Yang penting bukan kat sebelah dia. Dia masih belum boleh terima wanita itu lagi.

“ Berkira!”

“ Terpulang la apa kau nak cakap. Jangan tidur kat sini.”

“ Saya tak kira, awak bagi ke tak bagi ke saya nak tidur kat atas katil tu jugak.” Hana Humaira turut membaringkan badan di sebelah Aidil Amsyar. Dadanya berdebar kuat bila haruman dari tubuh lelaki itu menusuk hidungnya. Namun Hana Humaira berlagak selamba seperti tiada apa-apa. Janganlah Aidil Amsyar dengar degupan jantungnya. Malu dia nanti.

“ Kau jangan buat aku bengang la malam-malam macam ni.” Aidil Amsyar dah duduk dari baring. Ada jugak yang kena tolak dari katil ni karang.

Hana Humaira tetap tak berganjak. Dia peluk bantal erat. Matanya pandang pada dada Aidil Amsyar yang tersarung t-shirt putih. Baju pengantin tadi Aidil Amsyar campak kat mana entah.

“ Awak pun jangan buat saya bengang malam-malam macam ni. Saya penat.” Hana Humaira tayang muka kelat. Dia memang penat pun. Layan tetamu separuh mati. Lain lah Aidil Amsyar. Buat hal sendiri je.

“ Kau tak malu ke baring sebelah lelaki? Mana letaknya maruah kau? Dah hilang?” sinis Aidil Amsyar bertanya. Pelik dengan tingkah Hana Humaira yang terlalu berani. Selalunya Hana Humaira menjaga tingkahnya.

Nak je Aidil Amsyar halau Hana Humaira keluar dari bilik ni. Biar Hana Humaira tidur kat mana-mana bilik yang ada kat rumah ni tapi nanti mesti papa dan mamanya bising. Nak tak nak dia terpaksa menghadap muka Hana Humaira.

“ Kenapa mesti malu? You’re my husband. Tak salah kalau saya nak tidur kat sini, saya kan isteri awak.” Hana Humaira tak nak kalah.

“ Isteri atas kertas! Kau hanya isteri aku di atas kertas. Kau patut ingat tu.” keras Aidil Amsyar membalas.

“ Isteri atas kertas pun tetap isteri juga.” Hana Humaira menjawab.

Serentak dengan itu Aidil Amsyar tolak tubuh Hana Humaira menggunakan kakinya.

Gedebuk!!!

Hana Humaira dah jatuh tersembam kat lantai.

“ Sakit la Am. Awak ni teruk betul la.” Sakit punggungnya! Aidil Amsyar memang tak patut!

“ Kan aku dah suruh kau tidur kat tempat lain tadi. Kau yang degil sangat. Padan muka.” Aidil Amsyar tersenyum kemenangan. Terus dia rebahkan kembali badannya.

“ Kejam!” Hana Humaira bangun dan campak bantal yang dia pegang ke muka Aidil Amsyar tapi Hana Humaira bertambah berang bila Aidil Amsyar sempat menangkap bantal itu lalu dipeluknya.

“ Kau yang baling bantal ni kan. So, jangan harap aku nak pulangkan balik. Malam ni kau tidur tak payah guna bantal.”

“ Eleh, tak heran langsung.” Hana Humaira mencebik. Dia lebih rela tidur tak berbantal daripada merayu Aidil Amsyar  pulangkan kembali bantalnya.

Hana Humaira merebahkan badannya ke sofa. Mata dipejam rapat.

“ Saya benci awak.” Bibirnya menggumam.

“ Aku lagi benci kau.” Aidil Amsyar membalas.




Bersambung….
Read More...

Monday, 13 August 2012

Jangan Curi Suamiku 1





BAB 1




Hana Humaira melabuhkan duduk di birai katil. Katil yang dihiasi dengan kelopak mawar merah dipandang sepi. Semerbak haruman menusuk ke hidungnya. Tangannya lembut menyentuh kelopak mawar merah yang bertaburan di atas katil. Baru beberapa jam lepas dirinya sudah sah menjadi isteri kepada Aidil Amsyar. Dia sudah pun menjadi tanggungjawab lelaki itu. Syurganya kini di bawah redha suaminya.


Matanya terpejam seketika. Dadanya berdetak hebat. Menghalau rasa sedih yang bermaharajalela dalam diri. Untuk apa mereka disatukan andai cintanya bertepuk sebelah tangan? Dia lebih rela menyimpan cinta ini sendiri. Aidil Amsyar tidak perlu tahu mengenai rasa cintanya yang sudah lama tersimpan buat lelaki itu. Dia tidak pernah mengharapkan Aidil Amsyar membalas cintanya. Cukuplah dia dapat memandang lelaki itu dari jauh. Cukuplah andai dia dapat melihat sinar kebahagiaan di wajah lelaki itu sekalipun bukan dirinya yang menjadi suri di hati itu.

Tapi kuasa Allah lebih hebat. Walaupun mereka tidak menyimpan rasa yang sama namun jalan hidup mereka tetap bertemu. Tanpa diduga, mereka disatukan dengan ikatan yang suci. Hana Humaira pasti, tidak pernah sesaat pun dalam hayat lelaki itu akan terfikir untuk mengangkatnya menjadi isteri. Dirinya bukan sesiapa. Dia juga sedar, malah sudah lama sedar.

Pintu bilik yang dikuak dari luar membuatkannya menoleh. Aidil Amsyar masuk tanpa menghiraukan dirinya. Hana Humaira menggigit bibir. Tidak tahu mahu tunjukkan reaksi yang bagaimana. Hana Humaira diam tidak berkutik. Jantungnya berdenyut lebih pantas dari biasa. Tangan yang terasa menggigil digenggam erat. Gerak 
geri Aidil Amsyar diperhati dari ekor mata.

 Aidil Amsyar duduk di sofa yang berhadapan dengan katil. Lelaki itu masih lagi dalam persalinan pengantin. Aidil Amsyar cukup segak di matanya. Hatinya jatuh berkali-kali bila berhadapan dengan lelaki ini. 


“ Kau suka dengan semua ni?” sebuah pertanyaan dilontarkan oleh Aidil Amsyar. Dia mahu tahu sama ada wanita itu menyukai perkahwinan ini. Perkahwinan ini satu kesilapan!

Suka? Sukakah dia dengan keadaan mereka sekarang ni? Hana Humaira menggeleng perlahan. Jujur diakui yang dia langsung tidak menyukai dengan apa yang berlaku. Sudah dapat diagak begini reaksi Aidil Amsyar padanya. Dingin…

“ Sekali pun saya tak pernah terfikir yang perkara ni akan terjadi.” Hana Humaira membalas pertanyaan Aidil Amsyar. Memang dia sendiri tak pernah terfikir untuk menjadi isteri lelaki itu. Sekali pun dalam mimpi dia tidak pernah terfikir.

Aidil Amsyar tersenyum sinis. Benarkah apa yang dikatakan oleh Hana Humaira? Habis tu kenapa sepanjang majlis tadi wanita itu nampak begitu bahagia sekali? Atau matanya yang salah pandang? Hana Humaira begitu ramah sekali melayan para tetamu yang hadir. Sedangkan dirinya langsung tak mampu untuk tersenyum walau dengan segaris senyuman! Apatah lagi bersembang mesra dengan tetamu  yang datang. Sukakah Hana Humaira pada perkahwinan ini? Perkahwinan yang menghancur lumatkan sekeping hati miliknya.


“ Betul kau tak suka? Habis tu kenapa masa majlis tadi aku nampak kau senyum? Kau nampak bahagia seolah-seolah kita berkahwin atas dasar suka sama suka.”

“ Salah ke saya senyum? Habis tu awak nak saya buat muka masam? Apa yang saya tahu, saya nak jaga air muka keluarga yang selama ini dah banyak berbudi pada saya. Saya tak nak orang luar fikir yang bukan-bukan. Fikir yang kita ni macam kena kahwin paksa.” Adakah Aidil Amsyar nampak dia seperti orang yang bahagia? Kalau ya pun mungkin itu hanya luaran semata-semata. Dalamannya begitu sakit sekali.

“ Tapi kita memang kena kahwin paksa!” Aidil Amsyar membentak. Tidak fahamkah Hana Humaira dengan situasi yang melanda diri mereka? Mereka bukannya kahwin pondok-pondok macam dulu-dulu, di zaman kanak-kanaknya. Tapi mereka benar-benar berkahwin! Perkahwinan yang sukar untuk dileraikan simpulannya.

“ Saya tahu…tapi perlu ke dicanangkan pada semua orang yang awak tak rela dengan perkahwinan ini? Perlu ke awak lukiskan semua kesedihan itu di muka awak? Awak tak fikir bagaimana perasaan papa dan mama 
bila lihat awak macam tu? Awak fikir mereka tak sedih?” bukannya dia tak nampak riak muka yang dipamerkan oleh Aidil Amsyar. Masam dan kelat! Segarit senyuman pun payah untuk dilontarkan dari bibir milik lelaki itu. Jelas rasa terkilan yang terlukis di wajah papa dan mama akan anak sulung mereka itu. Sedikit sebanyak hatinya turut tersiat bila kedua wajah orang yang cukup disayanginya itu mendung.

Shut your mouth! Kau cakap pasal kesedihan papa dan mama aku. Kau tahu ke apa perasaan diorang? Kau tahu apa yang diorang rasa? Kau cermin diri kau sikit, kau sendiri pun tak ada keluarga. Jangan cakap macam kau faham sedangkan kau pun tak tahu apa yang diorang rasa! Benci aku dengar.”

“ Memang saya tak ada keluarga. Tak perlu awak ingatkan sebab saya memang sedar siapa diri saya. Saya hanya anak yatim piatu yang menumpang kasih pada keluarga awak. Dah terlampau banyak jasa papa dan mama awak taburkan buat saya. Jadi, biarlah saya berkorban sedikit demi mereka.” Hana Humaira menajamkan matanya. Aidil Amsyar tidak perlu mengingatkan dirinya tentang itu. Dia sudah lama sedar.

“ Walaupun terpaksa berkahwin dengan aku?” Aidil Amsyar tidak puas hati. Kenapa Hana Humaira begitu senang sekali menerima perkahwinan ini? Tidak sedarkah Hana Humaira yang perkahwinan ini bukan satu mainan?

“ Saya rela…walaupun terpaksa berkahwin dengan awak.” Yakin sahaja Hana Humaira membalas. Dia 
rela…walau sekelumit cinta langsung tiada buat dirinya.

“ Bodoh.” Spontan kata-kata itu keluar dari mulut Aidil Amsyar. Tidak peduli sama ada Hana Humaira berkecil hati atau tidak.

Watch your mouth Am !” Hana Humaira mengetap gigi. Rasa sedih berganti dengan perasaan geram.

“ Aku tak sangka harga diri kau terlalu murah. Senang sangat kau terima perkahwinan ni. Kau tahu tak yang aku terseksa dengan ni semua. Aku tak cintakan kau! Kenapa susah sangat semua orang nak faham?! Kenapa mesti paksa aku terima ikatan yang langsung tak ada makna ni?” Aidil Amsyar meraup rambut. Wajahnya begitu kusut sekali.

Hati Hana Humaira pedih. Aidil Amsyar nampak begitu terseksa sekali. Aidil Amsyar tak pernah merelakan perkahwinan ini. Jelas yang tiada cinta di hati Aidil Amsyar buatnya. Mungkin tindakannya selama ini dengan menyembunyikan perasaan cinta itu betul. Aidil Amsyar tidak perlu tahu. Biarlah rahsia itu tersimpan kemas di sudut hatinya yang paling dalam.

“ Awak ingat saya rela? Walaupun saya terima perkahwinan ni tapi tak semestinya saya cintakan awak. Jangan ingat hanya awak seorang yang saja yang terseksa. Saya turut terseksa sama tapi saya belajar untuk terima takdir. Saya belajar untuk terima awak.” Hana Humaira menafikan apa yang dia rasa. Ah, Aidil Amsyar tak perlu tahu tentang perasaannya.

“ Kau ingat semudah tu ke aku nak terima kau. Kau ingat perasaan aku senang beralih arah? Aku dah ada Milia dan aku tak perlu orang lain lagi. Kau langsung tak layak untuk aku.” Teringat kekasih hatinya, Milia. Apa agaknya penerimaan Milia bila dapat tahu yang dia sudah menjadi suami orang? Wanita itu akan menuduhnya curang sedangkan hatinya tak pernah menginginkan ini semua terjadi.

 “ Layak atau tak, itu dah tak menjadi soal sekarang ni. Kenyataannya awak dah pun jadi suami saya dan saya dah pun jadi isteri awak.” Milia…nama itu yang sering Aidil Amsyar sebut sejak dia menjejakkan kaki ke rumah itu. Cemburu? Tipu kalau hatinya tidak dijentik rasa cemburu. Tiba-tiba sahaja dia rasa kemenangan berpihak bagi dirinya. Milia sendiri tak mendapat hak itu. Hak menjadi seorang isteri kepada lelaki yang bernama Aidil Amsyar.
  
“ Isteri atas kertas. Kau hanya isteri aku atas kertas, tak lebih dari tu. Aku nak ingatkan kau, jangan simpan apa-apa harapan dari aku sebab aku tak akan jatuh cinta pada kau.” Isteri? Dia tak pernah impikan Hana Humaira untuk menjadi isterinya. Orang yang sepatutnya menjadi isterinya adalah Milia, bukan Hana Humaira!

“ Saya pun nak pesan benda yang sama pada awak. Jaga hati awak baik-baik, jangan sampai jatuh sayang pada saya sebab sekelumit pun rasa sayang saya tiada untuk awak.” Hana Humaira rasa tercabar. Betapa egonya lelaki itu. Begitu yakin sekali tidak akan jatuh cinta kepadanya. Jadi dia juga akan melakukan perkara yang sama. Biarlah dia bepura-pura bahawa dirinya juga tidak cintakan Aidil Amsyar walaupun pada hakikatnya cinta itu sudah lama berkembang mekar di hatinya.





Bersambung…






Read More...