Ayu teragak-agak untuk mendekati tubuh yang baru sahaja
melabuhkan duduk di kerusi. Kepalanya dipusing kiri dan kanan mencari
kalau-kalau ada teman sekerja lain yang tidak sibuk. Malangnya masing-masing
sibuk melayan pelanggan. Nak tak nak Ayu menghampiri lelaki yang sedang
menunggu untuk diambil pesanan.
“ Nak makan apa encik?” Ayu bertanya perlahan. Risau jika
lelaki itu mengherdiknya seperti beberapa hari lepas.
“ Bagi saya nasi goreng ayam dan air laici.” Firyal memesan makanan sambil
matanya meliar ke sekitar kedai makan itu. Agak ramai juga yang makan tengahari
di situ. Suasana sedikit bising tapi dia tidak kisah. Ada sesuatu yang telah
direncanakannya. Bibirnya tersenyum nipis.
“ okay…” Ayu ingin
berlalu tapi dia memusing kembali badannya bila Firyal memanggilnya. Kenapa
pula ni? Salah apa pula yang dia lakukan kali ni? Jangan la lelaki itu
memarahinya seperti hari itu. Malunya masih berbaki lagi.
Firyal tersenyum sinis bila wajah gadis itu seperti takutkan
dirinya. Patut la macam kenal, rupanya gadis itu lah yang tumpahkan air pada
bajunya. Takut aku marah lagi la tu. Tu yang buat muka macam tertelan kapur.
“ Saya nak Alma yang
masakkan nasi goreng ayam tu untuk saya. Air tu pun biar dia yang bancuh. Lepas
tu awak suruh dia hantar sendiri makanan tu pada saya.”
“ Err…tapi encik.”
Gila apa nak suruh Alma yang buat semua
tu. Tak pernah lagi dia jumpa pelanggan macam ni. Over betul. Makan kat rumah
la kalau nak lebih-lebih. Suruh orang
gaji masakkan sendiri. Ini tidak, bosnya yang comel tu juga di suruh.
“ Dah, awak boleh pergi.” Firyal menghalau gadis itu
menggunakan isyarat tangan. Eh budak ni, yang dok tercongok je kat sini dari
tadi kenapa. Perutnya dah lapar ni. Ada juga yang kena sembur macam hari tu karang.
“ Encik…” Ayu masih tak berganjak. Dia ingin berkata lagi
tapi sempat dipotong oleh Firyal.
“ Jangan buat saya ulang dua kali.” Firyal memberikan
amaran. Suaranya didalamkan. Mukanya pula diseriuskan. Hatinya digeletek bila
dengan pantasnya gadis itu pergi ke bahagian belakang kedai. Tau pun takut.
Ingatkan berani sangat tadi.
*****************
Alma menarik kasar kerusi di hadapan Firyal. Menyampah bila
lelaki itu hanya selamba. Kenapa lelaki itu muncul lagi? Sudah dikatakan yang
dia tidak mahu lelaki itu muncul di depannya lagi. Besar sangat ke
permintaannya? Bukannya dia suruh Firyal kahwin dengan dia, itu pun payah
sangat ke nak tunaikan? Dah dapat penampar sulungnya hari tu pun masih tak
serik lagi ke munculkan dirinya di situ? Alma mengetap bibir. Kebenciannya
terhadap lelaki itu sampai bila-bila pun tidak akan berkurang malah semakin
hari kebenciannya semakin bertambah.
“ Mana benda yang aku order tadi?” Firyal mengerutkan
dahinya. Punya lama dia tunggu, alih-alih Alma muncul dengan tangan yang
kosong.
“ Handsome sangat ke aku ni sampai dari tadi kau pandang
muka aku?” Firyal tersenyum sinis bila dari tadi Alma hanya memandang mukanya
tanpa sebarang kata. Pasti Alma marah dengan kehadirannya di sini. Lebih-lebih
lagi pertemuan mereka yang sebelum ini berakhir dengan pertengkaran.
“ Awak jangan nak loyar buruk ! Kenapa awak datang sini
lagi?” Muka handsome tapi kalau perangai buruk nak buat apa.
“ Sepatutnya kau suka kalau pelanggan datang, ini macam nak
menghalau pulak. Macam mana la kedai ni nak maju kalau sikap kau macam ni.”
Entah kenapa Firyal suka melihat wajah itu bertukar merah. Nampak manis! Ah,
gila apa aku fikir macam tu.
“ Bisnes saya maju ke tak maju ke, tak ada kena mengena
dengan awak. Saya haramkan awak jejakkan kaki ke sini lagi.” Dia tak luak pun
kalau Firyal tak menjadi pelanggannya. Lagi dia suka ada la! Selagi Firyal ada,
selagi itu la sakitnya tidak hilang. Sakit yang telah menjadi parut. Parut yang
akan sentiasa kekal di hatinya. Bagaimana lagi cara untuk melenyapkan wajah itu
dari terus muncul di depannya?
“ Well…suka hati aku la sama ada aku nak datang ke tak nak.
Kau tak ada hak nak halang aku.” Mata
yang bundar itu dia renung penuh minat. Cantiknya mata dia…Firyal terleka
sejenak.
“ Ini kedai saya. Jadi saya ada hak untuk arah awak keluar
dari kedai saya sekarang jugak. Lagipun takkan la orang kaya macam awak ni dah
tak ada tempat lain nak makan. Kan banyak lagi hotel-hotel kat luar sana.
Setakat kedai saya ni, apa la sangat.” Alma mengalih pandangan bila mata coklat
cair itu menatap tepat ke dalam matanya. Suka sangat pandang orang macam nak
telan. Cungkil biji mata tu baru tau.
“ Aku nak rasa kau masak.” Firyal menopang dagu. Matanya
masih ralit merenung mata yang masih tidak sudi dipandang sepasang matanya.
“ Gila! Jangan harap saya nak masak untuk awak.” Dah buang
tabiatkah lelaki ini? Tiba-tiba dia disuruh masak. Jangan harap!
“ Kau nak ke kau tak nak ke, kau tak ada pilihan. Kau tetap
kena masak untuk aku.” Pasti Alma bengang dengan permintannya. Memang itu pun
tujuannya datang ke sini, mahu wanita itu naik darah. Dia akan sentiasa muncul
untuk mengganggu hidup wanita itu. Kenapa dia lakukan itu semua? Dia masih lagi
mencari jawapannya.
“ Awak jangan nak bermimpi di siang hari la. Bukan hari ni
je saya tak sudi masak untuk awak tapi selagi saya hidup, saya takkan buat apa
yang awak suruh. Awak tak ada hak untuk mengarah saya!” Alma menahan perasaan,
sedaya upaya ditahan untuk tidak menjerit. Selama ini dia begitu tenang bila berhadapan dengan apa jua situasi tapi
bila dihadapkan dengan Firyal ternyata ketenangan yang selama ini sebati dengan
dirinya tidak dapat bertahan dengan
lebih lama. Mudah saja darahnya naik.
“ Jadi aku boleh dapat hak tu kalau aku kahwin dengan kau?” Firyal
menyoal. Ingin melihat reaksi Alma.
“ Jangan nak mengarut kat sini boleh tak?” Alma membulatkan
mata. Kahwin? Mati hidup semula pun dia tidak sudi menjadi isteri lelaki itu.
“ Mengarut apa pula. Betul la apa yang aku cakap tadi. Kalau
kau jadi isteri aku mesti la kau kena masakkan untuk aku. Kan? Itu
tanggungjawab kau.” Firyal tersenyum senget. Lekuk di pipi kirinya kelihatan.
Dia bersandar ke belakang kerusi. Tangannya memeluk tubuh.
“ Yang awak melalut sampai isu suami isteri ni kenapa?
Lagipun siapa yang nak jadi isteri awak?” Alma mencerunkan matanya. Sinar
kemarahan jelas terpancar di sepasang mata bundar itu. Nafasnya turun naik.
“ Kau la yang jadi isteri aku. Kau tak nak? “ dia masih lagi
ingin menaikkan darah Alma. Wajah di depannya merah. Wajah itu selalu merah
bila mereka bertemu. Mana taknya kalau dia sering saja menaikkan kemarahan
wanita itu.
“ Mati hidup semula pun saya tak sudi. Sekarang ni saya
arahkan awak keluar dari kedai saya. Please…just
go.” Suaranya dikendurkan. Dia benar-benar mahu Firyal pergi dari situ.
Hatinya masih lagi terkenang akan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu.
Sakitnya masih terasa.
“ Aku takkan pergi selagi kau kau tak buat apa yang aku
suruh.” Firyal berkeras. Dia akan pastikan dia dapat apa yang dia mahukan.
Walaupun Alma tak rela tapi dia tak peduli. Kalau sudah dikata yang dia mahu,
dia tetap akan dapatkan tidak kira la bagaimana cara sekalipun.
“ Okay, fine. Awak nak sangat makan kan? Saya suruh pekerja
saya masak, lepas tu awak boleh pergi dari sini.” Alma beralah. Susah betul
bila bercakap dengan orang yang keras kepala macam Firyal.
“ Aku nak kau yang masak, bukan pekerja kau. Aku dah guna
bahasa yang mudah untuk kau faham, takkan tak faham-faham lagi.”
“ Saya dah cakap tadi kan, yang saya tak akan masak untuk
awak. Kenapa degil sangat?!” rasa macam nak je ambil gelas di meja sebelah dan
dituangkan di kepala lelaki itu. Biar padan muka!
“ Kalau macam tu, jangan harap aku akan keluar dari sini.
Aku akan tercongok kat sini sampai kau masak untuk aku.” Firyal tak mahu beralah.
Kalau Alma berdegil, dia juga akan berdegil. Nak suruh masak pun susah.
Bukannya disuruh berperang!
“ Awak jangan nak melampau.”
“ Hello miss Alma Nadira, aku ni customer kau. Kau patut layan aku dengan baik.”
“ Saya tak sudi ada customer macam awak.” Tanpa Alma sedari
dia memuncungkan mulut. Lagaknya begitu tak puas hati.
Firyal menelan liur. Entah kenapa bibir itu kelihatan begitu
menarik dipandangan matanya. Dadanya bergetar. Matanya dialihkan. Menahan
gelodak hati yang bergelora. Kenapa dengan aku ni?
“ Jangan buat muka macam tu.” perlahan suara Firyal menegur.
“ Kenapa? Ada masalah ke kalau saya buat muka macam ni?”
Alma mengerutkan dahi. Apa masalah lelaki ini?
“ Kalau kau nak aku cium kau kat sini kau buat la muka macam
tu.” Firyal senyum sinis bila wajah Alma berubah. Agaknya kalau tak dikenangkan
mereka berada di khalayak ramai pasti penampar Alma sudah hinggap di pipinya.
“ Awak jangan nak kurang ajar!”
“ Better kau masak
untuk aku sekarang dari kau buang masa membebel kat sini. Lagi lama aku kat
sini kalau kau tak buat apa yang aku suruh.”
“ Okay fine!” Alma menolak kerusi kasar. Sengaja dia langgar
meja itu biar bergegar. Firyal terkejut.
“ Ops…sengaja.” Alma mengejek.
Firyal menggeleng kepala. Alma ni…aishhh
*****************
“ Eh Alma buat apa kat dapur ni?” Hanif pelik bila Alma
masuk ke dapur. Kebiasaannya Alma akan duduk di meja cashier ataupun mengambil
order. Kalau tidak pun pasti Alma duduk di bilik kerjanya. Kadang-kadang je
Alma akan masak di dapur semenjak menambah beberapa orang pekerja.
“ Saya nak masak sekejap. Ada customer gila yang suruh saya
masak untuk dia.” Alma menuang minyak bila kuali sudah panas.
“ Tak apa. Biar abang Hanif je yang buat.” Hanif menegah.
Dia cuba rebut sudip dari tangan Alma tapi Alma mengelak.
“ Tak apa lah abang Hanif. Biar saya yang masak. Tahu la
saya nak buat apa.” Tangannya cekap melakukan kerja. Sesekali dahi yang
berpeluh dikesat dengan hujung lengan. Cili diambil segenggam dan dipotong
halus sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Dia tersenyum sinis. Nak sangat aku
masak kan? Kita tengok sama ada kau suka pedas ke tak.
*****************
“ Jemputlah makan. Saya masak khas untuk awak.” Alma
meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng ayam dan air laici di meja. Semerbak
bau itu membangkitkan selera Firyal. Alma tersenyum. Tak sabar menanti reaksi Firyal sesudah
merasa makanan itu.
“ Ha…macam tu la. Baru selera sikit aku nak makan.” Firyal
menyuap sesudu ke dalam mulutnya. Belum sempat dia telan mukanya sudah berubah,
merah padam. Pedas! Cepat-cepat ditelan. Laju tangannya menyedut air laici yang
berada di atas meja.
Purrr…. Air tersembur keluar dari mulut Firyal. Masinnya!
“ Air…aku nak air.” Firyal mengibas mulutnya yang terasa
pijar. Pedas dan masin! Alma memang sengaja!
Dia buat tak peduli pada Firyal yang mahukan air. Padan
muka! Nak sangat paksa dia masak. Alma mengelap tangannya menggunakan tisu.
Basah tangannya dengan semburan dari Firyal. Ceh, tak senonoh.
Firyal bengang bila Alma buat tak tahu. Pedasnya tak dapat
ditahan lagi. Berapa banyak cili yang Alma gunakan? Nak bagi dia mati ke? Tangannya panjang menjangkau air di meja
sebelah. Lalu diteguk rakus bagaikan setahun tak minum air. Bibirnya terasa
pijar dan tebal.
“ Hei, that’s my drink.”
Tegur orang sebelah. Tak puas hati bila air miliknya diambil oleh Firyal.
“ I’ll buy you a new
drink. Sorry…” Firyal meminta maaf. Tangannya diangkat. Sejenak kemudian
Ayu mendekat. Firyal memesan air yang baru untuk lelaki di meja sebelah. Ayu
hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu pergi.
“ Kau nak bunuh aku ke?!”
“ Kenapa? Tak sedap ke?”
Alma tersenyum sinis. Sengaja dia bertanya padahal memang dia tahu
masakannya itu memang tak boleh ditelan. Segenggam cili api dimasukkan ke dalam
nasi itu. Air laici pula dia bubuh garam satu senduk besar. Firyal patut
diajar! Bukan semudah itu untuk mengarahnya itu ini.
“ Kau memang sengaja nak kenakan aku.” Tak terfikir pun yang
Alma akan membalas begitu. Ingatkan Alma betul-betul masakkan untuknya. Pandai
pula dia berlakon. Dah la pedas gila! Air pula masin yang amat! Darah tinggi
pulak jadinya.
“ La… tadi awak jugak yang suruh saya masak. Bila saya dah
buat awak cakap macam tu pulak, menyesal saya masak untuk awak.” Alma pura-pura
mengeluh. Cepat la keluar dari sini. Hatinya berbisik.
“ Eh, apa ni?” Alma terkejut bila Firyal menyuakan sudu ke
mulutnya. Spontan kepalanya dijauhkan ke belakang.
“ Nasi la. Aku nak kau rasa. Kau jugak yang masak benda ni
tadi kan.” Firyal mendekatkan sudu ke mulut Alma. Biar Alma turut rasa
kepedasan yang sama.
“ Saya masak untuk awak, bukan untuk saya.”
“ Aku dah kenyang. Sekarang aku nak kau makan.” Firyal tetap
menyuakan sudu itu dekat pada Alma.
Alma menepis tangan Firyal tapi Firyal pantas mengelak.
“ Apa awak ni. Saya tak suka la. Jangan paksa saya buat apa
yang saya tak suka!” matanya dibulatkan. Kenapa lelaki ini begitu menyakitkan
hati?
“ Aku tak peduli. Aku nak kau makan jugak.” Siapa suruh
mainkannya. Firyal geram.
Alma mahu bangkit tapi tangannya sempat ditarik oleh Firyal,
membuatkannya terduduk kembali.
“ Jangan harap aku akan lepaskan kau. Cepat nganga mulut.
Kalau tak aku cium kau kat sini.” Firyal mengugut. Aku buat betul-betul kat
sini nanti baru tau.
Alma menelan liur. Gila apa nak telan nasi tu. Dia tak
sanggup. Dah la banyak cili yang dia masukkan. Tambah pula dia bukannya tahan
pedas. Menyesal pula permainkan Firyal. Alma mengeluh.
“ Kau tau kan yang aku boleh buat lebih dari tu.” Firyal
bersuara bila Alma masih mengelat untuk buat apa yang dia suruh. Masak lagi
pedas-pedas macam ni, biar Alma pula yang rasa.
Alma mengambil sudu dari tangan Firyal dan mengambil sedkit
nasi dari pinggan sebelum sumbat ke dalam mulutnya. Beberapa saat sahaja muka
Alma sudah merah. Matanya berair. Pedas! Pedas sampai ke kepala…
“ Sedap kan?” Firyal mengejek. Sejenak kemudian dia bangun.
Ambil air mineral water dalam peti
sejuk bersebelahan cashier. Lalu dihulurkan kepada Alma. Hatinya belas bila air
mata mengalir di pipi itu. Tak tahan pedas sampai macam tu sekali.
Alma mengambil air dari tangan Firyal dengan kasar. Tanpa
mempedulikan Firyal yang masih memandangnya, dia menelan air itu. Hampir satu
botol juga dihabiskan. Air mata masih lagi mengalir. Hidungnya juga sudah
berair. Dia memang tak tahan pedas! Begini la yang akan terjadi bila dia makan
sesuatu yang pedas. Pedas yang tak boleh ditahan.
“ Pedas sangat ke?” prihatin Firyal bertanya. Tak sangka
sampai begitu sekali reaksi Alma. Kalau dia tahu, dia tak akan paksa wanita
itu.
Alma menjeling. Rasa nak dihempuk je kepala Firyal dengan
botol ni.
“ Saya benci awak.” Keras Alma membalas. Sungguh, dia benci
dengan lelaki yang bernama Firyal ini.
“ Oh really? But I
like you…”
Bersambung…
No comments:
Post a Comment