Sunday, 9 September 2012

Akanku Tawan Cintamu! 5








BAB  5



“ Kenapa dengan pipi kau? Merah semacam je aku tengok.”

“ Tak ada apa-apa la.” Firyal memasang seat belt dan pandang lurus ke depan. Malas nak jawab pertanyaan Syamil. Hatinya masih lagi panas.

Syamil tengok tak ada la merah sangat  tapi jika diperhati dengan teliti, memang nampak ada kesan.

“ Kau dapat hadiah ke?” Alma tampar Firyal? Syamil dah mula tersengih. Firyal kena tampar? Rasa macam nak tulis dalam diari je, macam mana la Firyal yang macho ni kena tampar? Haha…

“ Hadiah apa?” Firyal mengerutkan dahi. Dia tak faham.

“ Hadiah penampar.” Serentak dengan itu bergema tawa Syamil di dalam kereta.

Just shut up…” panas hati betul la. Ni semua sebab perempuan tu. Kan dah kena gelak dengan Syamil. Pipinya yang masih berbekas diusap perlahan.

“ Aku tak tahu apa yang kau cakap sampai perempuan tu boleh tampar kau. Tapi aku rasa ni first time kau dapat penangan dari perempuan. Seronok tak?” Syamil masih lagi mahu mengenakan Firyal. Ini kali pertama ada perempuan yang berani mengapa-apakan muka kacak itu.

“ Kalau kau nak tahu seronok ke tak kau rasa la sendiri.” Boleh pulak tanya seronok ke tak. Penampar perempuan tu tak ada la sakit mana tapi egonya tercabar. Berani betul Alma menamparnya.

Nevermind…aku tengok pun aku dah tau. Tapi kau cakap apa sampai dia tampar kau?”
Firyal buat tak tahu. Takkan nak cakap yang dia perkecilkan maruah Alma? Baik dia diamkan je.

“ Lama aku tunggu kau kat kereta. Panas punggung duduk dalam ni. Kata sekejap je, lama jugak kau kat dalam tu. Memang lambat la kita nak pergi meeting tu.”  Syamil tahu yang Firyal berat mulut untuk bercerita. Syamil sudah menggerakkan kereta. Pedal minyak ditekan kuat.

“ Meeting tu cancel.”

“ Cancel? Kenapa tak cakap tadi?”

“ Saja…”

Saja? Senang betul Firyal cakap. Kan mudah kalau beritahu dia awal-awal. Tak ada la dia risau tak tentu hala, mana la tau kalau mereka betul-betul lambat pergi meeting tu. Firyal ni…suka sangat ikut kepala sendiri.






*********************************





“ Fir!” Lisa masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Terus je dia duduk tanpa disuruh. Direnung manja wajah tampan Firyal. Wajah yang buatkannya gila bayang.

“ Saya dah cuba halang dia Encik Firyal.” Jelas setiausaha Firyal yang turut masuk ke bilik Firyal. Mukanya memang jelas tak puas hati. Bengang dengan Lisa yang tak mahu mendengar kata. Suka hati je masuk bilik Firyal. Boleh pulak Lisa tolak badan dia yang menghadang pintu bilik Firyal tadi. Nanti tak pasal-pasal dia pulak yang kena marah dengan Firyal sebab tak halang Lisa.

Firyal mendengus kasar. Rosak harinya dengan kedatangan Lisa. Tak boleh ke kalau Lisa tak mengganggu 
hidupnya? Dia memang tak suka Lisa!

“ Its okay Ain. Awak keluar dulu.”

Ain menjeling tajam muka Lisa yang buat muka langsung tak bersalah. Lisa buat muka kayu. Langsung tak takut dengan jelingan maut Ain.

“ You nak apa datang ofis ni? Tak ada kerja lain ke nak buat?” sinis Firyal tanya. Tak peduli kalau Lisa kecil hati.

“ You ni… sampai hati you cakap macam tu. Kecil hati I tau.” Lisa dah muncungkan mulutnya. Firyal kalau dengannya memang selalu begitu. Asyik nak perli je. Tapi dia tak kisah sebab dia sayang Firyal. Kalau orang lain dah lama dia sembur.

“ I rindu you la. Dah lama kita tak jumpa.” Lembut Lisa bersuara lagi bila Firyal tak ada tanda nak membalas katanya. Sibuk  belek fail. Lisa mencebik.Baik tengok muka dia yang cantik ni daripada tengok fail tu.

“ I busy.” Firyal masih lagi tekun menghadap fail.

Lisa bangun dan menghampiri Firyal. Dia melabuhkan punggungnya di atas meja Firyal sedikit. Lisa senyum menggoda. Dia dekatkan tubuhnya pada Firyal. Lisa tersentak bila Firyal bangun dengan kasar dari duduknya. Terus je lelaki tu berdiri menjauhinya.

“ Kalau tujuan you datang ofis ni sekadar nak kacau I kerja lebih baik you tak payah datang langsung. Sekarang jugak you boleh keluar!” keras nada Firyal. Sedikit geram bila konsentrasinya terganggu dengan tingkah Lisa. Tahu sangat yang Lisa cuba menggodanya.

“ Ala you ni. I cuma nak manja-manja dengan you je. Itu pun tak boleh.” rajuk Lisa lagi. Nak manja-manja pun tak bagi. Apa la Firyal ni.

“ I bukan suami you untuk you manja-manja.”

But you’re my boyfriend.”

Firyal rasa nak tersedak dengan pengakuan berani mati Lisa. Biar betul Lisa ni.

Since when?” 

“ Tak kisah la sejak bila pun.Kita kan nak kahwin jugak nanti kan sayang.”

“ Siapa pulak yang setuju nak kahwin dengan you ni?” Firyal mengerutkan dahi. Rasanya dia tak pernah berjanji dengan Lisa yang dia akan berkahwin dengannya.

Your mom cakap kat I yang you dah ready nak kahwin dengan I. Bestnya! I dah tak sabar tunggu majlis kahwin kita. I nak buat besar-besar biar satu Malaysia tahu yang you dah kahwin dengan I. Biar semua…”

Pantas Firyal memotong. “ You jangan nak melalut kat sini. I tak peduli dengan apa yang mama I cakap kat you. Read my lips… I tak nak kahwin dengan you.”  Firyal menekan suaranya. Bukan mamanya yang akan hidup dengan Lisa nanti tapi dia! Dan dia tak mahu! Mati hidup semula pun dia tetap tak akan setuju.

“ Fir!”

“ Salah ke apa yang I cakap?” Firyal dah peluk tubuh.

“ I tak peduli. You setuju ke tak, you tetap kena kahwin dengan I. I tak kira!” bentak Lisa. Dia tetap akan pastikan yang Firyal akan berkahwin dengannya. Dan dia sanggup lakukan apa saja untuk pastikan impiannya itu menjadi kenyataan.

“ You tak ada hak buat keputusan untuk I. Bila I dah kata tak nak maksudnya I tak nak. Part mana lagi yang you tak faham ni?” kahwin dengan Lisa adalah perkara terakhir yang dia akan lakukan dalam hidupnya. Dia tak pernah bermimpi untuk hidup bersama dengan Lisa. Dan dia langsung tak ada hati untuk menjadikan Lisa sebagai suri hidupnya.

“ Fir…” Lisa cuba rangkul leher Firyal tapi Firyal pantas mengelak.

“ You jangan nak suka hati pegang-pegang I. I tak suka.” Kasar Firyal bersuara.

“ Tapi I sayang you Fir.” Lisa pegang lengan Firyal tapi sekali lagi Firyal mengelak. Lisa mendengus geram.

“ Dah la Lisa. Better you balik je sekarang ni. I ada banyak lagi kerja nak buat. I tak ada masa nak layan you.” Firyal buka pintu luas-luas. Lebih cepat Lisa pergi dari situ lagi bagus. Dia masih boleh lagi bersabar tapi kalau dia dah hilang sabar, memang dia tak kisah untuk menengking Lisa.

“ I tak nak.” Lisa memeluk tubuh. Mukanya tegang.

 “ Fir! You tak boleh buat I macam ni!” Lisa terkejut bila Firyal menolak tubuh dia keluar. Terus je Firyal hempas pintu dan kunci dari dalam.

“ Fir! Buka pintu ni. I tak habis cakap lagi.” Lisa ketuk pintu itu berkali-kali tapi Firyal buat tak dengar. Dia menyambung kembali kerjanya yang terbantut tadi.

“ Fir!!!”

“ Kalau orang dah tak nak tu tak payah la terhegeh-hegeh. Buat malu kaum perempuan je.” Ain bersuara dengan senyuman mengejek. Menyampah betul dia dengan Lisa. Tak habis-habis mengganggu bosnya. Dia pun naik rimas.

“ Kau diam la! Apa yang kau tahu. Sibuk je jaga tepi kain orang.” Lisa dah mencekak pinggang. Mukanya merah. Bengang sampai ke kepala. Berani betul Firyal tolak dia keluar macam tu je. Dah la setiausaha Firyal ni nampak. Buat malu dia je. Hisy…

“ Hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong. “

“ Kau ni memang tak reti jaga mulut la perempuan. Kau tunggu la satu hari nanti kalau aku dah kahwin dengan bos kau, jangan harap aku akan biarkan kau kerja kat sini lagi!” bentak Lisa. Matanya berapi.

“ Itupun kalau Encik Firyal nak kat Cik Lisa.” Sekali lagi Ain mengeluarkan kata-kata pedas.

“ Kau ni…” Lisa mendengus kasar. Mulut Ain memang tak ada insurans! Rasa nak je disumbat dengan cili biar padan dengan muka Ain. Huh!





Bersambung….

No comments:

Post a Comment