“ Maya.” Alma
berdebar. Tubuh adiknya semakin mendekati mereka. Alma semakin resah bila
Firyal masih lagi tercegat di sebelahnya. Tiada tanda yang lelaki itu akan
berlalu pergi.
“ Maya buat apa kat sini?” Alma melontarkan pertanyaan.
Hampir terbeliak juga dia dengan penampilan yang dikenakan Maya. Pakaian yang
mendedahkan sebahagian besar tubuh Maya menyebabkan Alma sendiri malu untuk
memandangnya. Maya memang keras kepala. Sudah ditegur berkali-kali pun masih
tetap tidak mahu berubah. Masih lagi mahu memakai pakaian yang menjolok mata
biarpun dia sudah menegur.
“ Siapa lelaki ni?”
Maya bertanya tanpa menjawab soalan yang diutarakan oleh Alma. Matanya lebih
berminat dengan lelaki yang begitu tampan di sebelah Alma. Tengok baju yang
tersalut di tubuh lelaki itu pun dia sudah tahu yang lelaki itu terdiri daripada
golongan berada. Tapi apa hubungan Alma dengan lelaki ini? Kekasih?
“ Erk…dia…dia ni.” Alma gagap. Tidak pasti mahu perkenalkan
Firyal dengan status yang mana kerana sememangnya dia tidak mempunyai hubungan
dengan Firyal langsung.
“ Saya sebenarnya…”
“ Dia kawan akak.” Alma memotong kata-kata Firyal. Dia
menjeling tajam Firyal yang berada di sebelah. Memberi amaran supaya Firyal
tidak mengeluarkan suara. Jelingan Alma dibalas dengan senyuman sinis Firyal.
Keningnya diangkat tinggi. Tanda dia tidak takut dengan pandangan tajam Alma.
“ Kawan? Aku tak pernah tahu yang kau ada kawan lelaki pun.”
Balas Maya. Kawan? Dia seperti tidak percaya. Kalau kawan kenapa dia lelaki ini
memegang tangan Alma sebentar tadi. Muncul perasaan cemburu di hati Maya.
Timbul niat untuk memalukan Alma di hadapan lelaki ini. Biar hubungan mereka
putus!
“ Lagipun…” Maya meleretkan suaranya. Badannya merapati
Firyal yang masih lagi berada di samping Alma. Maya mula menjalarkan tangannya
ke lengan sasa Firyal dan dia tersenyum lebar bila Firyal hanya membiarkan
perbuatannya.
“ Dia tahu ke pasal status kau?” soalan tanpa amaran itu
menyebabkan Alma tergamam. Langsung tak tercapai dek fikirannya yang Maya
sanggup memperkatakan mengenai hal tersebut di hadapan Firyal. kenapa Maya
melakukan dirinya sedemikian rupa? Tiada langsungkah perasaan sayang Maya
terhadap dirinya sehinggakan rahsia hidupnya itupun Maya mahu canangkan kepada
semua orang.
“ Maya… “
“ You tahu ke pasal kawan you ni?” Maya menyoal Firyal.
Suaranya dilunakkan.
Firyal menjungkitkan keningnya tanda menyoal. Dia rasa
tertarik dengan apa yang Maya mahu bicarakan. Dia rasa ingin tahu lebih-lebih
lagi bila wajah Alma sudah berubah pucat. Rahsia apa yang mahu Maya khabarkan
sehingga Alma menjadi sebegitu rupa?
“ Dia ni bukan kakak kandung I. Entah dari mana ibu I kutip
pun I tak tahu. Pasal status dia pun I sendiri tak pasti sama ada dia lahir
dari hubungan yang sah atau haram. Pendek kata mungkin dia juga anak hasil
hubungan haram mak bapak dia. Well…you know what I mean.”
“ Owh… I tak tahu pulak pasal cerita ni.” Firyal agak
tersentak dengan kenyataan yang baru didengarnya. Dia sudah mengetahui rahsia
besar Alma dan pasti saat ini Alma berasa malu dengannya. Pasti Alma akan malu
untuk mengangkat kepalanya saat ini.
Firyal memeluk tubuh. Tangan Maya yang melingkari lengannya
dibiarkan seketika. Ingin lihat sejauh mana Maya berani menyentuhnya. Dia
tahu sangat dengan perempuan seperti Maya. Pantang lihat lelaki sepertinya!
“ Alma tak pernah cerita?” Maya tergelak mengejek.
Firyal menggeleng. Untuk apa Alma memberitahunya? Hubungan mereka
bukannya baik mana pun.
“ Mestilah dia malu pasal status dia yang sebenarnya. Dia
takut you tak nak terima dia as a friend
lagi dah lepas you tahu kebenaran.” Sambung Maya. Muka Alma yang merah menahan
malu dan marah dia pandang dengan jelek. Dia semakin panas bila tanpa
pengetahuannya Alma dapat memancing lelaki yang begitu tampan dan kaya.
Tercabar egonya selama ini yang sentiasa lebih daripada Alma dalam bab lelaki.
Alma menarik tangan Maya supaya jauh dari Firyal. Dia tidak
rela Maya menjadi mangsa Firyal pula tetapi wajahnya bagaikan disimbah dengan
air longkang bila Maya menepis kasar tangannya di hadapan Firyal.
“ Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau!” tengking Maya
tanpa rasa belas kasihan. Dia menjeling ingin melihat reaksi Firyal akan
tindakannya . Wajah Firyal beku tanpa sebarang riak. Sedikit sebanyak Maya bangga
bila Firyal hanya melihat tanpa berniat untuk membela Alma.
“ Apa yang Maya cuba lakukan ni? Kenapa mesti jaja cerita akak
pada orang lain?” lirih suara Alma. Sungguh, saat ini dia begitu malu untuk
memandang reaksi Firyal. Pasti terpamer wajah jijik di muka lelaki itu. Yang
penting bukan wajah simpati.
“ Kau bukan kakak kandung aku! Dan kalau kau nak tahu aku
memang tak suka kau dari dulu lagi.”
“ Dah la Maya. Kalau Maya tak puas hati pun kita bincang
benda ni kat rumah. Akak tak nak orang lain tengok kita berbalah kat sini.”
Pujuk Alma lembut. Dia tidak memandang Firyal yang masih menonton drama sebabak
dia antaranya dan Maya.
“ Kenapa? Kau malu bila lelaki ni tahu pasal hidup kau? Malu
sebab kau tak sesuci yang dia sangka?” bidas Maya. Rambutnya yang diwarnakan
perang diselak kasar ke belakang bila
ianya menutup matanya.
“ Stop it Maya.”
Bergetar suara Alma.
Alma membuang pandang. Tubir matanya rasa panas tapi sedaya
upaya dia menahannya supaya tidak gugur di hadapan Firyal. Dia tidak akan
menangis di hadapan Firyal, itu janjinya! Biarpun dia begitu sebak dengan
keadaan yang berlaku sekarang ini. Hatinya luruh bila adik yang dia sayang
sanggup membuka rahsia hidupnya kepada lelaki yang langsung tiada kena mengena
dengan hidup mereka. Sanggup membiarkannya malu di hadapan lelaki yang Maya
baru berjumpa sekali.
“ You suka dia?”
Firyal hanya tersenyum sedikit tanpa berniat untuk menjawab pertanyaan Maya. Sama ada dia suka Alma atau tidak itu bukannya ada kaitan
dengan Maya. Jadi, Maya tidak perlu tahu tentang kedudukan hatinya.
“ I rasa lebih baik you fikir banyak kali sebelum jatuh suka
pada dia. Tak berbaloi nak habiskan masa dengan perempuan macam ni. Belum tentu
dia mampu bahagiakan you. You boleh dapatkan yang lebih baik lagi. Setakat
perempuan macam dia, sesuai untuk buat alas kaki saja!” kasar Maya bersuara.
Bibirnya masih tersenyum sinis.
Alma mengetap gigi menahan perasaan. Jika tidak dikenangkan
yang Maya ini adiknya sudah lama penamparnya singgah di pipi mulus itu. Dia
tidak faham akan tujuan Maya menghinanya sebegitu rupa di hadapan Firyal. Mahu
lelaki itu meninggalkannya setelah tahu akan perkara sebenar? Adakah itu yang
Maya mahukan?
“ Sudahlah Maya. Dia dengan akak tak ada apa-apa hubungan
pun. Kalau Maya ingat yang kami ada hubungan Maya memang silap besar. Dia langsung…”
“ Siapa kata kita tak ada apa-apa hubungan?” potong Firyal
laju. Tangannya melepaskan pautan Maya yang dari tadi bergayut di lengannya.
Dia menghampiri Alma yang nyata tergamam dengan kata-katanya. Firyal menjentik
sedikit hidung mancung Alma dan dia ketawa kecil bila Alma menepis kasar
tangannya dan membulatkan matanya.
“ Kita memang tak ada hubungan! Awak jangan nak reka cerita
yang bukan-bukan kat sini.” Marah Alma. Marahnya
menggunung bila di hadapan Maya pun Firyal berani menyentuh dirinya. Dia sedikit
resah bila Maya mengerutkan dahi dengan perbuatan Firyal yang menjentik
hidungnya. Janganlah Maya fikir yang dia mempunyai hubungan dengan Firyal. Dia
tidak rela!
“ Setelah apa yang terjadi kat rumah aku pada malam tu kau
rasa kita masih tiada hubungan lagi?” Firyal berbisik perlahan di telinga Alma.
Hanya untuk pendengaran Alma seorang.
“ Saya…saya…” suara
Alma tersekat di celah kerongkong. Alma menelan liur. Sekali lagi Firyal
membangkitkan peristiwa hitam itu.
Firyal tersenyum bersahaja. Dia berdiri di sebelah Alma dan
memeluk tubuh sasanya. Kemudian dia memandang Maya yang dari tadi tidak lepas
memandang dirinya.
Maya menahan nafas yang semakin turun naik. Marahnya
memuncak bila Firyal melepaskan pegangannya dan berdiri di sebelah Alma. Dia
rasa terhina bila Firyal menolak dirinya dan pergi pada Alma yang dirasakannya
langsung tidak layak untuk Firyal!
“ Aku tak sangka masih ada lagi lelaki yang berkenan dengan
kau setelah tahu sejarah hidup kau.” Ujar Maya pedas. Matanya tajam menikam
riak serba salah Alma.
“ Maya dah salah faham. Firyal bukan…”
“ Aku bukan kawan dia.” Sekali lagi Firyal memangkah Alma. Alma mendengus geram. Apa masalah Firyal
sebenarnya? Mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh?
“ You bukan kawan dia? Habis tu apa hubungan you dengan dia?
Kekasih?” lantas Maya tergelak sinis dengan kenyataannya. Mustahil Firyal
sanggup menerima Alma. Namun gelaknya mati bila Firyal menikam matanya dengan
pandangan tajam. Bibir lelaki itu juga sinis.
“ Terpulang… kau boleh fikir apa yang kau nak.” Balas
Firyal.
“ I hairan…apa yang you nampak dalam diri dia sehinggakan
you butakan mata you. Buta yang dia tak sempurna!”
“ Kalau kau nak tahu, sebenarnya aku memang dah lama tahu
pasal status Alma. Cuma aku tak sangka yang kau sanggup hebahkan cerita tu pada aku. Aku yang langsung tak ada
kena mengena dengan hidup kau pun kau boleh ceritakan dengan begitu mudah. Dari
situ pun aku boleh tahu kau jenis perempuan yang macam mana.”
“ I perempuan yang macam mana?” Tanya Maya berani. Dalam
diam dia mencabar Firyal untuk menyatakan dia jenis perempuan yang bagaimana.
“ Kau…” kata-kata Firyal terhenti bila Alma menarik sedikit
hujung bajunya. Dia berpaling. Alma menggeleng kepala, tanda dia tidak mahu
Firyal meneruskan bicara. Bicara yang bakal melukakan hati Maya.
Alma sangat yakin yang Maya akan terasa hati dengan bicara
yang akan Firyal katakan kerana dia cukup mengenali Firyal biarpun tempoh
perkenalan mereka tidak lama. Firyal langsung tidak berlapik bila bercakap.
Langsung tidak ambil peduli akan hati orang lain yang mungkin akan terkoyak
dengan tutur katanya.
“ Tak penting pun kalau aku cakap. Kau bukan orang penting
dalam hidup aku sampai aku nak kena jelaskan segalanya pada kau.”
Alma tersentak bila
Firyal menarik beg tangannya. Secara tidak langsung dia turut mengikut tarikan
Firyal. Bila dia cuba menarik kembali beg tangannya, Firyal menarik kasar
lengannya meninggalkan Maya yang merah padam mukanya kerana marah.
‘Aku akan biarkan kau lepas kali ni Alma. Lepas ni, jangan
harap aku akan biarkan kau hidup bahagia.’ Desis Maya penuh dendam.
*************************
“ Hei lepaslah!” suara Alma tinggi. Dia semakin geram bila
Firyal langsung tidak mengendahkannya. Dia menyumpah di dalam hati bila Firyal
menolak kasar tubuhnya ke dalam lif. Mujur juga tiada orang lain yang bersama
mereka ketika itu.
“ Sepatutnya kau berterima kasih dengan aku sebab bela kau
depan adik kau tadi. Ini tak, kau langsung tak hargai pertolongan aku.” luah
Firyal tidak puas hati.
“ Hello, Mr Firyal… ada saya minta pertolongan awak tadi?
Tak ada kan? Siapa suruh pandai-pandai tolong saya tadi.” Alma mengurut
perlahan lengannya yang sedikit sengal. Rasanya dia perlu lakukan sesuatu
supaya Firyal tidak lagi menyentuh tubuhnya sesuka hati.
“ Kau ni memang…”
“ Dan satu lagi… hal keluarga saya, awak tak payah sibuk nak
masuk campur. Its none of your business.”
Tekan Alma. Sungguh, dia benci bila mengenangkan Firyal cuba masuk campur
urusan peribadinya tadi.
“ Kau ni memang orang yang tak reti nak kenang budi.” Firyal
menyindir sinis.
“ Saya tak nak terhutang budi dengan awak sebab takut
tergadai body.” dan Alma mahu
menampar mulutnya sendiri kerana bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
“ Kau memang dah tergadai body kan...”
“ Bukan dengan
kerelaan saya.” Perlahan Alma membalas. Peritnya hati, pedihnya jiwa bila
mengenangkan kesuciannya yang telah diragut oleh Firyal pada malam durjana itu.
Dan kini… dia berada di dalam satu lif dengan lelaki yang telah musnahkan
hidupnya. Mainan takdirkah ini?
Firyal terdiam. Dia mengurut belakang tengkuknya.
“ Kau anak angkat.” Firyal
bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri.
Sebaris perkataan itu menyebabkan Alma terdiam. Memang dia
anak angkat Puan Fatimah. Tapi apa masalahnya? Hal itu tiada kena mengena
dengan Firyal. Itu urusan di antara dia dengan keluarganya. Bukan dengan
Firyal!
“ So?” soal Alma bersahaja.
“ Mana keluarga asal kau?”
Keluarga asal? Dia sendiri tidak tahu siapa keluarga
asalnya. Jika dia tahu sekalipun, dia tidak akan menceritakan kepada Firyal
kerana Firyal bukanlah siapa-siapa bagi dirinya.
“ Mind your own
business Firyal…” hanya itu yang mampu Alma lontarkan. Suaranya sayu. Badannya
disandarkan di dinding lif dan dia memejamkan mata seketika. Mengharapkan ketenangan
hadir biarpun untuk sekejap cuma.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment