BAB 7
Alma masukkan handphone dan juga dompet ke dalam tas tangan lalu disangkutkan ke bahunya. Kunci kereta yang berada di atas meja dia ambil. Langkah kakinya menuju ke bilik sebelah iaitu bilik Husna. Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu dia memulas tombol pintu. Dilihatnya Husna sedang tersengih keseorangan di hadapan laptop. Tahu sangat dengan apa yang Husna tonton di laptop itu. Tak lain tak bukan mesti tengok drama korea.
Adakalanya Husna sanggup bersengkang mata kerana ingin menghabiskan drama korea. Seronok sangat ke cerita korea ni? Dia pun tak tahu sebab dia tak pernah layan.
Fikirnya dia ingin mengajak Husna membeli barang dapur. Banyak bahan mentah yang sudah habis. Memandangkan hari ini ahad dan kedai makannya sememangnya tidak beroperasi pada hari ini jadi dia mengambil keputusan untuk keluar menenangkan fikiran. Setelah itu baru dia ke pasar raya untuk membeli barang dapur.
“ Nak ikut aku pergi beli barang tak?” Alma bertanya sambil melabuhkan duduknya di sebelah Husna yang sedang elok berbaring sambil menghadap laptop.
Husna menggeleng kepala.
“ Tak nak lah. Aku nak duduk rumah je. Nak habiskan tengok drama korea ni. Handsome kan pakwe aku ni?” Dia tersengih lagi. Kalau dapat suami macam ni kan best. Tak keluar rumah hari-hari pun tak apa. Tak makan pun tak kisah. Hilang rasa lapar bila disaajikan dengan wajah yang sangat menyejukkan mata.
“ Handsome apa kalau mata sepet macam tu? Bukan taste aku lah.” Alma mencebik. Dia turut melontarkan pandangannya ke arah laptop Husna. Dia sengaja tekan butang pause. Ingin menyakat Husna.
Husna menjegilkan matanya. Lalu Husna kembali menekan butang play.
“ Aku rasa mata kau ada masalah sebab tak nampak muka dia yang tersangatlah handsome ni. Kalau aku tanya mak cik yang jual sayur pun mesti diorang cakap benda yang sama macam aku cakap ni.”
“ Kau kahwin je lah dengan mamat cina tu.”
“ Bukan cina tapi korea.” Husna membetulkan. Dia tersengih.
“ Yalah. Kau kahwin lah dengan mamat korea tu. Tapi mesti diorang pun tak berkenan dengan kau.” Alma berkata. Hatinya menggeletek keriangan bila wajah cantik Husna berkerut bila dia berkata begitu. Nampak sangat Husna percaya akan katanya.
“ Kenapa pulak?” Husna mengerutkan dahinya. Kenapa pulak diorang boleh tak berkenan dengan aku? Aku pun boleh tahan cantik. Husna memuji diri sendiri. Betul lah, lebih baik diri sendiri yang puji sebab kalau nak harapkan orang lain puji memang sampai ke sudah tak akan ada orang yang memujinya.
“ Sebab mesti lah diorang pun nak cari awek yang sepet macam diorang jugak. Bukan macam mata kau. Mata bulat!” serentak dengan itu tawa Alma bergema di dalam bilik itu.
“ Sampai hati kau.” Husna menarik muncung. Dia menekup bantal ke muka. Berpura-pura merajuk.
Alma ketawa kecil. Dah besar panjang pun nak merajuk lagi ke? Buruk tahu! Tarik muncung dah gaya macam budak umur 7 tahun.
“ Memang aku sampai hati pun.” Alma menarik bantal dari muka Husna dan dipeluknya bantal yang berbentuk hati itu. Husna masih lagi menunjukkan muka cemberut.
“ Tapi nanti kalau aku betul-betul dapat mamat korea baru kau terlopong. Masa tu kau jangan jeles dengan aku.”
“ Tak ada maknanya aku nak jeles dengan kau. Buang masa je.”
“ Kau tengok je nanti.”
“ Whatever. So, kau memang tak nak ikut lah ni?” Alma bertanya sekali lagi ingin mendapatkan kepastian. Mana tahu, nanti bila dia dah berada di dalam kereta tiba-tiba Husna berubah fikiran ingin mengikutnya.
“ Tak nak.” Laju Husna menjawab. Dia ingin menghabiskan masanya seharian dengan menghadap muka Lee Min Ho dalam City Hunter.
******************
Tiket wayang yang berada di tangannya dipandang sepi. Bosan lah kalau tengok wayang seorang diri. Kalau ada teman seronok lah sikit. Keluhannya bertambah kuat bila dia tersilap membeli tiket wayang. Sepatutnya dia ingin menonton filem aksi tapi entah macam mana agaknya semasa ingin membeli tiket tersebut fikirannya melayang. Hasilnya, tiket cerita hantu berada di pegangannya sekarang ini.
Kalau tak tengok nanti duitnya juga yang membazir kerana dia sudah pun membeli. Nak tengok pun jadi satu masalah juga sebab dia bukannya berani sangat menonton cerita seram. Mana pernah dia tengok cerita seram di panggung wayang. Ini kali pertama! Nak tengok cerita seram di rumah pun dia tidak tengok keseorangan. Selalunya Husna menemaninya menonton bersama-sama kerana Husna tahu yang dirinya ini seorang yang penakut.
Alma mengetuk kepalanya dengan tiket wayang.
“ Itu lah kau. Lain kali masa nak beli tiket jangan berangan. Tak pasal-pasal je kena tanggung akibatnya.” Alma memarahi diri sendiri.
Tiba-tiba matanya terpaku ke arah seseorang. Rasa geram semakin membuak-buak di dada bila lelaki itu turut berada di tempat yang sama. Laju Alma menyorokkan dirinya di balik tiang. Dia menjengulkan sedikit kepalanya untuk mengintai lelaki itu.
Apa yang dia buat kat sini? Nak tengok wayang jugak ke? Alma bertanya pada diri sendiri.
Firyal begitu santai sekali dengan t-shirt dan juga seluar jeans. Tapi dia tak dapat menafikan. Walau pun Firyal hanya mengenakan baju biasa namun ketampanan lelaki itu masih terserlah. Buktinya, dia dapat lihat ada beberapa gadis yang menoleh ke arah Firyal. Firyal pula hanya selamba seolah-olah sudah biasa direnung oleh wanita-wanita yang sentiasa terpaku dengan ketampanannya.
Hari yang dirasakan sungguh indah dia rasa sudah tidak lagi bercahaya bila kelibat Firyal muncul di depan matanya. Kenapa takdir selalu menemukan dia dan Firyal? Semakin benci dia terhadap Firyal semakin kerap mereka berjumpa. Semakin dia cuba mengelak namun semakin kerap mereka diketemukan. Adakah takdir ingin mempermainkannya?
Luka di hatinya masih lagi berdarah dengan apa yang sudah Firyal lakukan terhadapnya. Bukan mudah untuk dia bangkit daripada peristiwa yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita. Walau dia menangis air mata darah sekalipun ianya tidak akan mengubah kenyataan yang mahkotanya telah hilang diragut oleh lelaki tak guna tu!
Alma menahan sabar. Tiket yang berada di tangan sudah renyuk. Kan mudah kalau Firyal umpama tiket ini. Senang untuk dia hapuskan bila dia rasa sakit hati. Hatinya semakin bernanah bila telinganya mendengar gelak Firyal. Firyal masih lagi boleh bergelak ketawa setelah apa yang terjadi di antara mereka. Langsung tiada perasaan kesal atau pun rasa bersalah. Adakah Firyal merasakan perkara itu langsung tidak bersalah dan berdosa? Alma tersenyum pedih. Nampak sangat yang Firyal tidak kisah. Hanya dirinya yang menanggung derita ini seorang diri.
Mata yang terasa berair Alma kerdipkan beberapa kali. Dihalaunya perasaan sebak yang semakin menghimpit hati dan perasaan.
“ Aku tak boleh lemah macam ni. Aku kena kuat. Aku kena buktikan pada dia yang aku tak selemah yang dia sangkakan.” Alma meniupkan semangat buat dirinya. Ya… dia tidak boleh menunjukkan yang dirinya lemah. Firyal pasti akan ketawa keseronokan bila melihat semangatnya yang telah tewas.
******************
Suasana di dalam panggung ketika itu sudah gelap. Tangan Alma sudah mulai sejuk. Sejuk kerana air cond ditambah pula dengan ketakutan yang dia alami sekarang ini. Dia belum cukup kuat untuk menonton filem hantu di dalam panggung! Hilang semua semangatnya. Sudah lah tempat duduk di sebelahnya kosong. Baris ini hanya dia seorang sahaja. Baris lain boleh dikatakan penuh. Memang pelik tapi ianya benar-benar terjadi.
Nafasnya semakin sesak bila ada seseorang baru sahaja melabuhkan duduk di sebelahnya. Lelaki tu! Firyal… Dalam banyak-banyak cerita kenapa cerita ini juga yang Firyal mahu tengok dan dalam banyak-banyak tempat duduk kenapa Firyal boleh duduk di sebelahnya. Benarlah. Takdir memang sedang mengujinya.
“ Alma?” Firyal terkejut. Sesaat kemudia dia tersenyum sinis. Tak sangka dia boleh bertemu Alma hari ini. Dalam panggung pulak tu!
Sudah hampir seminggu juga dia tidak bertemu dengan Alma kerana kesibukannya di pejabat. Langsung tidak tercapai dek akalnya yang mereka akan bertemu di sini. Dia datang ke sini bersama Lisa. Jenuh dia mengelak untuk keluar bersama dengan Lisa. Atas desakan mamanya, dia terpaksa juga keluar bersama Lisa di hari minggunya.
Pada mulanya Lisa ingin menonton filem romantik komedi tetapi Firyal menyanggah. Filem berkenaan bukanlah minatnya. Bosan! Confirm dia tidur nanti. Jadi, Firyal membuat keputusan untuk menonton filem seram. Bukan main panjang muncung Lisa kerana tidak berkenan dengan cerita yang dipilihnya. Lisa seorang yang penakut. Tak berani tengok cerita seram. Tapi ada dia kisah? Sikit pun dia tidak ambil peduli dengan apa yang Lisa suka. Dengan muka yang mencuka Lisa tinggalkannya. Lagi bagus! Hidupnya lebih aman tanpa wanita itu.
Firyal menjeling Alma yang berada di sebelah. Alma pura-pura tak mengenali dirinya kerana dari tadi wanita itu hanya senyap di tempat duduknya. Dia sengaja meletakkan tangannya di belakang kerusi Alma.
Alma tersentak. Matanya mencerun memandang Firyal. Lelaki itu dilihatnya fokus menghadap skrin panggung yang besar.
“ Awak jangan nak cari pasal dengan saya kat dalam panggung ni.” Alma berbisik perlahan. Kalau tak dikenangkan yang sekarang ini mereka berada di dalam panggung, sudah lama dia menyembur Firyal. Dengan lelaki seperti Firyal, dia tidak perlu cakap berlapik kerana lelaki itu tidak layak dibuat baik.
Firyal senyum sinis. Seperti yang dia jangkakan, kemarahan Alma pasti akan tercetus dan dia suka melihat wajah Alma yang merah apabila marah. Hidupnya tidak tenang jika tidak menyakitkan hati Alma. Dia rasa satu kepuasan jika Alma sakit hati dengannya. Lagipun dia memang berniat untuk mengganggu hidup Alma. Dia tidak akan biarkan Alma hidup dengan tenang. Hatinya masih lagi bengkak dengan tamparan Alma hari itu. Ditambah lagi dengan insiden Alma mengenakannya dengan memberi dia makan makanan yang dia sendiri tak mahu ingat. Rasanya sangat teruk! Tak pernah dia makan masakan yang sebegitu rupa. Huh! Alma memang sengaja. Wanita itu mahu membalas dendam kepadanya.
“ Aku bayar tiket. Suka hati aku nak buat apa pun.” Jawab Firyal. Dia tidak mempedulikan kemarahan Alma.
Alma mendengus. Kalau boleh, nak je dia tarik tangan Firyal yang berada di kerusinya tapi dia tidak mahu menyentuh lelaki itu.
“ Awak bayar tiket untuk kerusi yang awak duduk tu. Bukannya kerusi saya. So, tolong alihkan tangan awak dari kerusi saya sekarang.” Alma menyepak sedikit kaki Firyal dengan kakinya. Boleh tak kalau dia pijak kaki Firyal macam yang dia pernah lakukan dulu di rumah lelaki itu? Biar Firyal menjerit kesakitan.
“ Do I care?” Firyal mengangkat keningnya. Dia tunjuk muka kemenangan. Alma tidak boleh buat apa-apa dalam situasi sekarang ini.
“ Firyal!” Alma menjerit. Dia sudah tidak peduli dengan pandangan orang lain yang jelas terganggu dengan jeritannya. Saat ini, dia sungguh sakit hati dengan Firyal.
“ Syhhh… tolong jangan bising. Kau mengganggu konsentrasi orang lain yang nak tengok cerita ni.” Firyal meletakkan jari telunjuknya di bibir Alma. Wajahnya rapat. Dia dapat menghidu haruman yang terbit dari tubuh Alma.
Darah merah menyerbu ke muka Alma. Jantungnya berdegup laju. Wajah Firyal yang rapat di mukanya dia pandang penuh kebencian. Pantas dia menepis tangan Firyal. Alma mengesat bibirnya dengan belakang tangan. Tak guna!
Alma bangun dari duduk. Lebih baik dia keluar dari sini daripada menanggung sakit hati. Belum sempat dia melangkah Firyal merentap tangannya membuatkan dia kembali terduduk.
Alma membulatkan matanya. Firyal dah melampau! Dia menarik tangannya dari genggaman Firyal namun lelaki itu makin mengeratkan lagi cengkamannya.
“ Let me go.” Keras suara Alma. Firyal lakukannya dirinya sesuka hatinya. Umpama dia tidak mempunyai harga diri. Cukuplah Firyal pernah menyentuhnya sekali iaitu pada peristiwa hitam tersebut. Dia tidak akan benarkan Firyal menyentuh tubuhnya lagi.
“ Aku akan lepaskan kau kalau kau tak keluar dari sini.” Firyal berbisik perlahan di telinga Alma. Alma menjarakkan tubuhnya.
“ Awak tak berhak nak halang saya lakukan apa yang saya suka. Hidup saya, biar saya yang tentukan.” Alma membalas kasar. Nafasnya turun naik menahan marah.
“ Kalau macam tu, jangan harap aku nak lepaskan tangan kau.” balas Firyal. Bukan senang dia dapat menyentuh Alma. Peluang yang ada dia tidak akan lepaskan biarpun dia tahu Alma sakit hati dengannya.
“ Awak memang melampau.” Alma memukul tangan Firyal yang masih lagi memegang tangannya. Tidak cukup lagi ke penderitaan yang Firyal hadiahkan kepadanya? Adakah Firyal masih belum puas melihat dia menderita? Luka yang lama masih belum sembuh tetapi Firyal dah berhajat untuk memberi kelukaan yang baru. Dia tidak pernah mengganggu hidup Firyal. Jadi kenapa Firyal sering saja mengganggu hidupnya? Kenapa Firyal tidak membenarkannya merasai manisnya kehidupan?
“ Aku melampau? Erm… aku tak pernah tahu yang aku ni melampau sebab orang lain tak pernah cakap aku macam tu.” ujar Firyal. Tangannya sedikit perit dengan pukulan Alma tapi dia langsung tidak berniat untuk melepaskan pegangannya.
“ Lepaskan saya.” Sekali lagi Alma meminta Firyal melepaskan tangannya. Pergelangan tangannya sudah merah akibat cengkaman Firyal.
“ Macam yang aku cakap tadi, aku boleh lepaskan tangan kau tapi kau tak boleh bangun dari tempat duduk kau.” Firyal memberi amaran. Dia pandang wajah Alma yang sudah cemberut. Sekarang ini, Alma lebih menarik minatnya daripada cerita yang sedang ditayangkan di skrin besar.
Alma terdiam. Dia berfikir sejenak. Mungkin dia patut beralah kali ini. Lepas ini, tahu lah dia nak membalasnya. Akhirnya Alma menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
“ Kalau kau bangun juga dari kerusi kau, aku akan buat lebih teruk dari apa yang aku buat sekarang ni.” Firyal memberi amaran. Alma merentap tangannya dan kali ini dia berjaya. Dia mengusap tangannya yang sedikit perit. Dah la tangan Firyal dua kali ganda lagi besar dari tangannya.
Firyal turut diam bila Alma diam. Alma memeluk tubuh. Sedang elok dia tengok skrin besar itu, masa itu lah hantu muncul. Terus Alma tekup muka dengan tangan. Semangatnya hilang bertebaran bila wajah hantu yang sangat hodoh menjelma. Sangat mengerikan. Dadanya berdebar kencang. Alma semakin takut bila ramai yang menjerit di dalam panggung. Yang pasti kebanyakan yang menjerit adalah suara wanita. Dia mengintai di celah jarinya. Kemudian dia kembali menutup matanya bila hantu itu masih ada.
Keluhan dilepaskan. Nak keluar dari sini pun tak boleh sebab Firyal tidak membenarkan. Saat ini Alma tidak cukup berani untuk membuka mata. Dia boleh dapat mimpi ngeri malam ini kalau dia melihat hantu tersebut. Matanya terpejam rapat. Lebih baik dia tidur. Dah habis cerita ni nanti baru dia bangun.
Tanpa dia sedari, tingkahnya diperhati oleh Firyal. Firyal senyum mengejek. Takut hantu rupanya minah ni. Tapi kalau dah tahu yang diri tu tak berani nak tengok cerita seram kenapa tengok juga. Siap tutup muka dengan tangan. Firyal menggeleng kepala.
Tiba-tiba bahu kirinya terasa berat. Firyal menoleh ke kiri. Kepala Alma sudah selamat mendarat di bahunya. Dia dapat menghidu haruman rambut Alma disebalik tudung yang Alma pakai. Mata Firyal terpejam sesaat menghayati haruman tersebut. Tangan kanannya mengelus wajah Alma manakala tangan kanan Alma sudah berada di dalam genggaman tangan kirinya.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment