Firyal merempuh masuk bilik Alma tanpa pengetahuan sesiapa.
Kalau pekerja Alma nampak pun dia tak kisah. Dia ada hal yang lebih penting
untuk diberitahu pada wanita itu. Dia benar-benar terdesak ketika ini. Alma
perlu ikut serta dalam rancangannya. Dia tak peduli sama ada Alma membantah.
Dia tahu bagaimana mahu buat Alma tunduk dengan kemahuannya.
Alma yang sedang leka membuat kerja terkejut bila Firyal muncul di biliknya.
Berani betul Firyal terjah biliknya.
“ Siapa izinkan awak masuk sini?” Alma berdiri. Boleh tak
kalau dia baling cawan yang berada di mejanya ke muka Firyal? Jengkel sungguh
dia dengan lelaki itu.
“ Aku nak jumpa kau.” Kalau nak tunggu Alma izinkan dia
masuk alamatnya sampai ke tua pun dia tak akan dapat masuk berjumpa dengan Alma.
“ Keluar! Saya tak nak jumpa awak.” Kasar Alma membalas.
Untuk apa lagi Firyal bertemu dengannya? Nak sakitkan hatinya lagi? Tak cukup
ke dengan kesakitan yang Firyal hadiahkan dulu? Agaknya Firyal tak boleh hidup
tenang tanpa mengganggu hidupnya.
Firyal meletakkan tangannya di meja Alma. Tubuhnya
dicondongkan ke depan, hampir dengan Alma.
“ Kahwin dengan aku.” Muka Firyal serius. Dia tak main-main
kali ini. Dia mahu Alma berkahwin dengannya. Dia lebih rela berkahwin dengan
Alma daripada berkahwin dengan Lisa. Otaknya serabut mengenangkan permintaan
mamanya yang mahu dia berkahwin dengan Lisa. Dia
hanya perlu melafazkan akad je. Yang lain semua mama akan uruskan. Bulan depan dia akan bergelar suami kepada Lisa. Dia tak nak! Dia tak mahu berkahwin
dengan Lisa yang hanya berpura-pura baik di hadapan orang lain. Lisa begitu
pandai mengambil hati mama. Berlagak polos. Kenyataannya dia tahu apa yang
disembunyikan oleh wanita itu!
“ What?” Alma
membulatkan mata. Kahwin? Firyal mengajaknya kahwin? Adakah Firyal sedar dengan
apa yang baru sahaja keluar dari mulutnya? Lelaki ni mengigau ke sampai melamar dia
tengah hari buta ni? Dia tak salah dengarkan?
“ Marry me.”
Firyal mengulangnya sekali lagi. Alma nampak terkejut. Dia tak peduli. Dia
perlu memaksa Alma. Dah tiada cara lain lagi. Dia tahu yang Alma tidak akan
bersetuju, dia dapat menjangkanya. Alma begitu membencinya setelah peristiwa
itu berlaku. Namun kala ini dia sudah menemui jalan buntu untuk mengelak
dirinya dari berkahwin dengan Lisa.
“ No! Awak dah
gila ke? Awak ingat saya ni siapa sampai senang-senang je awak nak suruh kahwin
dengan awak? Saya tak nak.” Firyal dah gila ke? Aku tak nak kahwin dengan dia
la! Seribu kali tak sudi! Alma menggeleng kepala. Nafasnya dihembus kasar.
“ Aku dah rosakkan kau jadi aku nak bertanggungjawab.” Dia
perlu tenang berhadapan dengan kemarahan Alma. Biarpun Alma menolak tapi dia
tak akan mengalah.
“ Saya tak minta awak bertanggungjawab pun kan?” Kenapa
perlu bangkitkan hal itu lagi? Cukup lah andai
Firyal pergi dari hidupnya, dia
tak akan meminta yang lain. Lagipun dah beberapa bulan berlalu. Dia tak
mengandung! Alma bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tak mengandungkan anak
Firyal.
“ Tapi aku tetap nak kahwin dengan kau.” tegas Firyal dengan
keputusannya. Saat ini, dia tidak akan tunduk dengan bantahan dari Alma. Dia
hanya perlu membuat keputusan dan Alma hanya perlu mengikutnya biarpun Alma
tidak bersetuju.
“ Saya tak nak! Jangan harap saya nak kahwin dengan awak.”
Alma membantah keras. Dia sudah mencekakkan pinggangnya. Nafasnya turun naik.
“ Sama ada kau setuju atau tak, kau tetap kena kahwin dengan
aku. Aku tak perlukan persetujuan kau.” Firyal buat tak endah. Apa yang dia
tahu Alma akan menjadi isterinya sedikit masa lagi.
“ Awak fikir awak tu siapa nak paksa saya? You are nobody!” tak perlukan
persetujuannya? Apa Firyal ingat dia ni anak patung ke? Tiada hati dan
perasaan. Lagipun Firyal bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Lelaki itu tak ada
hak untuk menentukan arah tuju hidupnya.
“ I’m your future
husband…” sinis Firyal mengucapkan kata itu.
“ Since when?”
Alma mengerutkan dahi. Firyal dilihatnya elok berdiri tegak di depannya. Siap
seluk tangan dalam poket lagi. Dengan sut pejabatnya. Lari dari ofis ke?
“ Baru je tadi.”
“ Ikut suka hati awak
nak buat apa. Just get lost from my life.
Jangan libatkan diri saya dengan hidup awak. Saya tak nak ada kaitan langsung
dengan awak.”
“ By the end of this month you’ll marry me!”
Tegas Firyal bersuara. Dia tetap mahu Alma menjadi isterinya. Jangan harap dia
akan pergi dari hidup wanita itu.
“ Nonsense ! Saya
tak akan kahwin dengan awak! Lelaki macam awak ni tak layak untuk dibuat suami.
Nak tengok muka awak pun saya benci inikan pula nak tinggal sebumbung dengan
awak.” Kasar Alma membalas.
“ Habis kau ingat ada lelaki lain yang sanggup terima kau?
Kau tak sedar ke yang kau dah tak suci?” Firyal rasa terhina bila Alma
mengatakan yang dia tak layak untuk dijadikan suami. Teruk sangat ke dia?
“ Firyal!!!” Alma mengetap gigi. Kesabarannya makin menipis.
Firyal tersenyum mengejek.
“ Kau patut bersyukur yang aku nak bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya aku tak lepas tangan.”
“ Lagi satu…”
Firyal mendekati meja Alma dan melabuhkan kedua tangannya di
situ. Badannya dicondong ke depan. Merapati Alma yang jelas marah.
“…ibu kau masih tak tahu yang kau dah tak suci kan?” penuh
makna Firyal bertanya. Dia tersenyum kemenangan.
“ Apa yang awak cuba nak buat?” Alma panik. Firyal nak
beritahu ibu? Tak boleh! dia tak mahu ibunya tahu. Pasti remuk hati ibunya jika tahu
tentang perkara ini. Kepercayaan ibu terhadapnya akan lenyap. Dahinya mula
merintik dengan peluh. Bilik yang sejuk sudah mula terasa bahang. Tangannya menggigil.
“ Kau nak ke kalau aku cakap kat ibu kau yang anak
kesayangannya ni dah rosak. Kau rasa, apa penerimaan ibu kau. Dia sanggup
terima tak?” Firyal dapat tangkap riak kerisauan dari riak muka Alma. Alma
pasti tak mahu dia ceritakan tentang peristiwa itu pada ibunya. Dia tersenyum.
Alma akan tunduk juga pada kemahuannya.
“ Awak jangan cuba nak ugut saya.” suara Alma hampir
tersekat di kerongkong.
“ Kalau kau tak nak ibu kau tahu tentang benda ni, better kau kahwin dengan aku. So, tak ada siapa pun yang akan tahu
pasal benda ni. Esok aku datang rumah kau, kita beli cincin.” Tanpa menunggu balasan
daripada Alma, Firyal keluar dari bilik itu.
Alma termangu seorang diri. Tiba-tiba je dia tak boleh
berfikir. Patut ke dia turutkan saja kehendak Firyal untuk mengahwini lelaki
itu? Alma buntu. Macam mana kalau Firyal mengotakan apa yang dia cakap tadi?
Firyal akan beritahu ibu yang dia dah tak suci lagi…Alma terduduk memegang
kepala. Kenapa mesti dia dipertemukan dengan dengan Firyal?
Bersambung...
No comments:
Post a Comment