Showing posts with label Novel: Akanku Tawan Cintamu. Show all posts
Showing posts with label Novel: Akanku Tawan Cintamu. Show all posts

Monday, 10 March 2014

Akanku Tawan Cintamu! 17



“ Saya milik awak?” Alma tuding jari pada muka sendiri lantas tergelak sinis. “ Dalam mimpi pun saya tak akan jadi milik awak. Jadi, berhenti berangan wahai Encik Firyal.”

Firyal menopang dagu dan melepaskan pandangannya pada Alma yang duduk di sebelahnya. Senyuman sinis sudah terukir di bibirnya.

“ Aku tak perlu bermimpi untuk dapatkan kau sebab dalam masa beberapa minggu saja lagi kau akan jadi milik aku. Kau lupa? Aku, Azhan Firyal… akan jadi suami kau dalam masa tak sampai sebulan pun lagi. 

Bersiap sedialah wahai Cik Alma Nadira.” Penuh bersahaja Firyal mengingatkan. Dia puas bila muka Alma berubah dengan kata-katanya.

Alma terdiam. Nafas dihela berat. Dia masih belum dapat terima kenyataan yang dia akan berkahwin dengan Firyal. Dia sangat berharap agar apa yang dilaluinya sekarang ini adalah mimpi semata-mata. Bila dia terjaga dari tidur, hidupnya akan kembali aman seperti dulu. Seperti mana kehidupan yang dilaluinya sebelum mengenali insan bernama Firyal.

“ Apa kata kalau… kalau awak fikirkan semula mengenai rancangan awak yang nak kita berdua berkahwin. Saya rasa kita memang langsung tak sesuai menjadi suami isteri. Lagipun awak sendiri tahu yang saya ni bukan anak kandung ibu bapa saya. Saya hanya anak angkat. Saya tak tahu mengenai asal usul saya. Takkan awak nak kahwin dengan orang macam saya? Awak tak takut kalau orang lain mengata?” luah Alma setelah diam beberapa ketika. Bila teringat kenyataan mengenai dirinya yang bukan anak kandung ibu, sedih menggigit tangkai hati.

Firyal tergelak sinis. Dia sudah dapat mengagak isu ini akan dibangkitkan oleh Alma. Alma sengaja menggunakan isu tersebut sebagai alasan untuk membatalkan rancangannya. Biar seribu alasan dibentangkan Alma, dia tetap tidak akan berganjak dari keputusannya!

“ Aku langsung tak kisah tentang status hidup kau. Biar semua orang mengata. Itu hak dia orang sebab dia orang ada mulut. Aku tak ada hak untuk tutup mulut orang lain dari terus berbunyi. Cuma aku nak kau tahu yang aku tak peduli dengan apa yang orang lain nak cakap.”

Alma mengeluh perlahan. Mudahnya Firyal berkata. Firyal mungkin tidak peduli tetapi dia peduli. Hatinya bukan diperbuat daripada batu untuk tidak berasa sakit dan terluka bila ada orang mengata tentang dirinya.

“ Tapi kita hidup bermasyarakat. Awak tak risau  kalau semua orang asyik mengata awak sebab kahwin dengan perempuan macam saya yang tak tahu mengenai asal usul sendiri?” tanya Alma perlahan. Dia tak nak suatu hari nanti Firyal akan mengungkit mengenai asal usulnya.

 “ Aku tahu yang kau memang tak nak kahwin dengan aku. Sebab tu kau bagi macam-macam alasan supaya aku batalkan niat aku untuk kahwin dengan kau. Kau ingat aku tak tahu?” Soal Firyal  kasar. Tubuh Alma direnung tajam bagai nak ditelan hidup-hidup.

“ Bukan macam tu…” Alma menggeleng. Dia telan liur. Gentar dengan pandangan berapi Firyal.

“ Habis tu apa? Aku dah malas nak bertekak dengan kau pasal hal yang sama. Tak boleh ke kau terima kenyataan yang kau akan jadi milik aku? Susah sangat ke nak faham yang kita akan berkahwin? Kau nak aku hebahkan pada semua orang mengenai malam pertama kita barulah kau nak terima aku. Macam tu?” tegang suara Firyal namun suaranya masih lagi perlahan. Jelas di pendengaran Alma seorang saja.

Alma menggigit bibir. Tubir matanya rasa panas. Dikerdipkan berkali-kali agar air matanya tidak tumpah di hadapan Firyal. Bila Firyal mengungkit mengenai ‘malam pertama mereka’ hatinya terasa seperti disiat-siat. Pedihnya tak terhingga. Rasa menyesal dengan apa yang telah terjadi antara mereka berdua. Seandainya peristiwa itu tidak berlaku, dia pasti tidak akan terikat dengan Firyal.

Firyal mendengus dengan kebisuan Alma. Dia tak bodoh untuk meneka apa yang ada di hati Alma. Dia sedar yang dia memaksa Alma menerima dirinya sedangkan Alma begitu bencikannya. Kalau boleh, pandang mukanya pun Alma tak mahu. Setelah apa yang berlaku di antara mereka dia tahu bukan mudah untuk Alma lupakan kesalahan yang dia lakukan.

Alma hanya membiarkan bila Firyal bangun dari kerusi. Dia tak ambil pusing ke mana Firyal mahu pergi. Namun dia terkedu bila Firyal kembali duduk di depannya.

“ Tuam ais ni kat pipi kau. Pipi kau dah mula merah.” Firyal menghulurkan kain yang berbungkus ais.
Dahi Alma berkerut. Firyal pergi ambil ais kat dapur ke?

“ Kau nak tuam sendiri atau aku yang tuamkan? Aku memang tak kisah kalau kau nak aku buat.” Firyal mula mendekatkan ais di tangannya ke pipi Alma bila tiada tanda Alma ingin mengambil ais yang dihulurkannya.

“ Saya buat sendiri.” laju Alma mengambil ais yang berada di tangan Firyal lalu ditekapkan ke pipinya perlahan. Sejuknya!

“ Aku minta maaf sebab Lisa tampar kau disebabkan aku. Aku tak jangka dia akan tampar kau.”

“ Saya faham kenapa dia tampar saya. Siapa yang suka bila orang yang kita cinta nak kahwin dengan orang lain. Lisa pun macam tu juga.” Luah Alma mengerti.

 “ Saya tengok dia cantik, pandai bergaya dan nampak macam loaded. Sesuai sangat kalau nak digandingkan dengan awak. Saya rasa dia adalah calon yang paling sesuai untuk jadi isteri awak berbanding saya. Tapi kenapa awak tak kahwin dengan dia?”

“ Sebab aku tak cintakan dia.” jawab Firyal tanpa perasaan.

“ Awak pun tak cintakan saya tapi kenapa nak paksa saya kahwin dengan awak?”

Stop asking that question. You already know the answer.”

“ Tapi…”

“ Alma!” Firyal menekan suaranya.

Alma terdiam. Kalau Firyal dah sampai tekan suara, itu maksudnya Firyal memang tengah bengang dengan dia.

“ Kita dah setuju yang kita akan berkahwin. Jadi, berhenti bagi alasan yang boleh buat aku menyirap. Faham?”

Dengan berat hati Alma menganggukkan kepala.

“ Dah cakap kat ibu kau ke belum tentang kita?”

Alma geleng kepala. Alma senyap merenung ais di kain yang mula mencair.

“ Belum lagi? Habis tu bila kau nak cakap? Kau nak tunggu esok kita kahwin dan hari ni baru kau nak 
beritahu dia? Macam tu?”

“ Saya perlukan masa. Saya takut ibu terkejut.” Perlahan Alma bersuara.

“ Kita dah tak ada masa sekarang ni. Aku nak kau beritahu dia hari ini juga. Atau kau nak aku sendiri yang beritahu dia?”

“ Jangan! Biar saya sendiri yang cakap.” Laju Alma membalas. Mahu pengsan ibunya kalau Firyal yang beritahu.

“ Okay… make sure kau cakap hari ni juga. Kalau tak, kau jangan terkejut kalau muka aku muncul kat rumah ibu kau malam ni.” Firyal dah mula mengugut. Cakap baik-baik dengan Alma memang tak boleh jalan kalau tak ada ayat ugutan.

“ Awak jangan nak buat kerja gila. Saya tahulah beritahu dia sendiri. Jangan suka hati nak datang rumah ibu saya. Saya tak suka.” Alma benci bila Firyal suka memaksa dirinya. Tidak fahamkah Firyal yang dia memerlukan sedikit masa untuk memberitahu ibu? Ini bukannya perkara kecil. Ini melibatkan hidupnya.

“ Bakal ibu mertua aku juga…” balas Firyal selamba.

“ Bakal… belum jadi lagi.” Ujar Alma tidak mahu kalah.

Firyal tersenyum penuh makna.

“ Aku akan pastikan yang benda tu akan terjadi. Bila kau dah termaktub menjadi isteri aku, aku akan pastikan yang kau akan tetap jadi milik aku sampai bila-bila. Walau ketika itu perasaan benci kau masih lagi menggunung tinggi, aku tetap akan ikat kau di sisi aku…”

Alma terdiam seketika dengan bicara Firyal. Ikat dia sampai bila-bila? Firyal memang mahu hidup dengan dia sampai ke hujung nyawa?



Bersambung…

P/S: Sedikit sambungan buat yang menanti... (^_*)



Read More...

Sunday, 17 November 2013

Akanku Tawan Cintamu! 16





“ Sayang…” pintu dikuak dari luar dan muncul wajah Lisa yang berseri-seri.

“ You nak apa lagi ni datang ofis I?” Firyal mendengus. Tangannya berhenti daripada berlari di atas keyboard. Kedatangan Lisa benar-benar mengganggu tumpuannya.

Lisa masuk dengan lenggok menggodanya. Bibirnya tersenyum manja. Dia duduk tanpa disuruh. Kakinya disilang menampakkan pehanya yang putih gebu.

“ Jom kita lunch sama-sama. Dah lama kita tak lunch sekali. I rindu nak makan sekali dengan you.” Ujar Lisa sambil bermain dengan rambut ikalnya. Sesekali dia mengenyit matanya pada Firyal.

Firyal kembali menatap skrin computer. Tak nak pandang muka Lisa yang terang-terangan ingin menggodanya. Datanglah seribu orang macam Lisa, dia tetap tidak akan tergugat. Godalah macam mana sekalipun hatinya tetap tidak akan jatuh. Ingat mudah ke nak tawan sekeping hati milik Azhan Firyal?

“ You tak nampak ke kerja I tengah berlambak sekarang ni? I tak ada mood nak makan.” Muka Firyal serius. Memang dia sibuk . Banyak projek yang memerlukan perhatiannya sekarang ini. Adakalanya dia terpaksa balik lewat malam kerana beban kerja yang berlambak.

“ Sayang, walaupun you banyak kerja tapi you tetap kena makan. Nanti kalau sakit siapa yang susah? I jugak…” manja Lisa membalas.

“ Kalau sakit pun perut I, bukan perut you. Bukannya kita kongsi perut pun. You tak payah sibuk nak risau sama ada I makan ke tak.” Firyal tersenyum sinis. Rasa loya bila Lisa cakap macam tu. Apa kaitan Lisa dengannya? Langsung tiada kaitan. Lisa berlagak macamlah dia tu suami Lisa. Padahal mereka tidak ada apa-apa hubungan. Hanya Lisa yang mengharapkan dirinya. Sedangkan sekelumit pun perasaannya langsung tiada buat Lisa.

“ You tak boleh macam ni. Memang la kerja tu penting tapi makan pun penting jugak. You makan lah dulu baru you ada tenaga nak buat kerja.” Lisa tidak menghiraukan sindiran Firyal. Dia dah biasa sangat dengan layanan kasar Firyal padanya. Sikit pun dia tak hairan kerana hatinya sudah terlalu buta dengan cintanya yang menggunung tinggi terhadap Firyal.

“ I tak ada masa nak lawan cakap dengan you sekarang ni. You nampak tak pintu tu? Dari tadi I dengar pintu tu panggil you suruh keluar.” Sindir Firyal.

“ You ni Fir… saja nak buat I marah. I tak akan keluar selagi you tak ikut I keluar makan sekali.” Muka Lisa dah kelat. Nak ajak makan pun payah.

“ You jangan buat I bengang tengahari buta macam ni. Sebelum fail ni melayang kat muka you lebih baik you keluar.” Kasar bicara Firyal. Dia betul-betul tak ada mood untuk melayan kerenah Lisa. Kepalanya tengah serabut dengan kerja yang tak pernah siap.

“ Fir… cuba kali ni you dengar cakap I. Bukannya I suruh you buat benda tak elok pun. I cuma ajak you makan je. Salah ke?” Lisa menjungkit kening.

Salah tu tak tapi seleranya jadi tumpul bila Lisa yang akan menemaninya makan. Tiba-tiba kepalanya terlintas sesuatu.

“ You nak pergi mana ni Fir?” kening Lisa terjungkit bila Firyal tiba-tiba bangkit dan mengemas sedikit mejanya yang berselerak.

“ Lunch. You yang nak sangat lunch dengan I tadi kan? Jomlah.” Firyal menyingsing lengan kemejanya sehingga ke siku. Tali leher dirungkaikan sedikit.

Lisa menguntum senyum. Akhirnya Firyal mendengar juga katanya. Lisa turut bangun tapi matanya tak lepas dari pandang Firyal. Dia tak pernah lihat lelaki setampan Firyal. Firyal cukup lengkap untuk dijadikan sebagai lelaki idaman. Atur langkahnya saja sudah cukup sempurna. Susuk tubuhnya yang tegap boleh melunturkan hati setiap wanita. Seringkali perempuan pandang Firyal sampai tak berkedip mata. Mereka akan toleh beberapa kali sekiranya Firyal lalu di depan mata. Dan dia cukup bangga bila bergandingan dengan Firyal.

“ Kita nak makan kat mana? Dekat hotel kawan I nak? Tempat tu memang best. Makanan dia memang sedap-sedap.” Tanya Lisa bila mereka jalan beriringan keluar dari bilik Firyal. Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam buat Ain yang ketika itu turut memandangnya.

Ain hanya tersenyum sinis. Dia tak mati pun dengan jelingan Lisa. Lainlah kalau mata Lisa boleh memancarkan laser. Itu lain cerita.

“ You ikut je. Kita pergi tempat special.” Acuh tak acuh Firyal membalas. Firyal tekan butang lif untuk turun. Sesekali dia senyum bila pekerjanya menghadiahkan senyuman kepadanya.

“ Okay.” Lisa merangkul erat lengan Firyal. Tubuhnya dirapatkan ke badan sasa itu. Mahu merasai kehangatan dari tubuh Firyal.

“ Tangan you tu, tak reti nak duduk diam ke?” Firyal menjeling tangan Lisa yang erat merangkul lengannya. Suka sangat pegang dia sesuka hati. Ingat dia ni suami Lisa ke?

Laju Lisa melepaskan genggamannya. Risau pula kalau Firyal sembur dia di depan orang ramai. Firyal ni bukan boleh kira. Kalau dia nak buat, dia tetap buat. Langsung tak fikir perasaan orang lain.

“ Ops, tak sengaja.” Lisa tersengih namun dalam hatinya menggerutu geram. Baru pegang sikit Firyal dah bising. Tak romantik betul Firyal ni. Hatinya mendongkol tak puas hati.




********************************


“ You nak makan kat sini?” Lisa menyoal tidak percaya. Dia pakai cantik-cantik tapi Firyal bawa dia pergi kedai makan macam ni? Firyal memang tak patut!

Biarpun ramai yang makan di situ tapi Lisa tetap tak mahu jejakkan kaki ke dalam kedai makan itu. Jatuh standard dia nanti.

“ Kenapa? Apa masalahnya?” Firyal senyum sinis.

“ Tak class langsung la makan kat sini Fir. Air cond pun tak ada. Panas I nanti.” Ini pun dia dah terasa bahang. Tangannya dikipas ke muka.

Firyal senyum sinis.

“ Kalau you nak makan dengan I, you ikut je. Kalau tak nak you boleh balik. I tak larang.” Selamba Firyal membalas. Malas dia nak layan kerenah Lisa yang entah apa-apa. Tapi dia tahu yang Lisa akan masuk juga
mengekorinya. Dah masak sangat dengan perangai Lisa.

“ Tapi Fir…”

Panjang langkah Firyal meninggalkan Lisa di belakang. Lisa dah menghentak kaki. Mukanya cemberut. Ingatkan Firyal nak bawa dia makan kat hotel lima bintang tapi tempat macam ni pula Firyal bawa dia. Jatuh standard dia nanti kalau ada kawan-kawannya nampak dia makan di kedai makan macam ni. Firyal memang sengaja. Huh!

Dengan langkah yang berat Lisa melangkah juga mengekori Firyal yang sudah masuk.  Terus dia duduk berhadapan dengan Firyal. Belum sempat dia bersuara Firyal dah berdiri semula.

“ You tunggu sini kejap. Ada seseorang yang I nak kenalkan dengan you.”

“ Siapa?”

Firyal tak menjawab pertanyaannya. Lisa mencebik bila tubuh Firyal menghilang. Entah siapa la yang Firyal ingin perkenalkan kepadanya.



**********************



Bulat mata Alma bila Firyal muncul di hadapannya lagi. Dia tersentak bila Firyal tarik tangan dia. Alma merentap tangannya kasar.

“ Apa yang awak cuba buat ni? ” Alma bertanya kasar. Sudahlah malam tadi Firyal mengganggu tidurnya. Buat dia tidak lena tidur setelah panggilan diletakkan. Fikir mengenai bagaimana dia perlu memberitahu ibunya mengenai hal dia dan Firyal. Mengenai rancangan Firyal yang ingin membawa dia berjumpa dengan parents Firyal lagi…

Firyal tak menunjukkan sebarang riak. Dia rentap tangan Alma sekali lagi dan ditariknya pergi ke meja di mana Lisa sedang menunggu.

Alma kalut melepaskan cengkaman Firyal. Mukanya tebal bila pekerjanya pandang pelik. Hairan dengan situasi yang berlaku. Dadanya semakin berdetak hebat bila Firyal memaksanya duduk di depan seorang perempuan manakala Firyal duduk di sebelahnya. ‘ Apa lagi yang Firyal cuba lakukan ni?’ Alma bangun tapi dia tersentak bila Firyal tarik tangannya supaya duduk kembali.

Darah rasa menyerbu ke muka bila dengan selamba Firyal memeluk erat pinggangnya. Muka perempuan di depannya dah berubah.

“ Kenalkan, ini Alma Nadira. Bakal isteri I.” sekali nafas Firyal berkata. Ada senyuman nipis di bibirnya.

“ What?!” suara Lisa melengking kuat. Dia tak peduli biarpun pelanggan lain pandang . Yang dia peduli sekarang ni adalah perempuan yang baru dikenalkan kepadanya.

Alma juga terkejut dengan apa yang Firyal tuturkan. Dia cuba merungkai tangan Firyal yang berada di pingganggnya tapi gagal. Alma mendengus kasar. Dia sendiri tak faham dengan situasi yang berlaku sekarang ini. Dia masih belum bersedia diperkenalkan sebagai bakal isteri Firyal.

“ Jangan salah faham, saya..” kata-kata Alma tersekat bila Firyal menguatkan rangkulannya. Dia terkedu bila Firyal mendekatkan mukanya. Alma menelan liur.

“ Kalau kau tak nak rahsia kau terbongkar kat sini lebih baik kau diam.” Bisik Firyal di tepi telinganya.

“ Rahsia?” tanya Alma perlahan. Dahinya berkerut memikirkan rahsia apa yang Firyal maksudkan.

“ Rahsia malam pertama kita.” Sinis senyuman yang tersungging di tepi bibir Firyal.

Mulut Alma bagaikan terkunci bila Firyal membangkitkan kembali kisah malam itu. Darahnya mendidih dengan tiba-tiba. Nak ditengkingnya Firyal di situ juga tapi bagaimana kalau perempuan cantik yang duduk di depannya tahu tentang rahsia itu?

“ Betul ke apa yang Firyal cakap hah perempuan?” jerkah Lisa. Hatinya panas membara.

“ Lisa! Behave yourself… dia ada nama dan nama dia Alma. I tak suka you panggil dia macam tu. Dan perempuan yang kat depan you sekarang ni adalah bakal isteri I.” keras Firyal membalas. Tanpa sedar dia mengeratkan lagi rangkulannya bagaikan cuba lindungi Alma dari Lisa.

Alma menjeling. Pautan Firyal melemaskannya.

Lisa mengetap gigi. Nampak sangat yang Firyal lebihkan Alma darinya. Cemburunya memuncak. Firyal ingat dia tak ada hati dan perasaan? Sengaja menayangkan kemesraan di hadapannya padahal Firyal tahu yang dia cintakan Firyal. Kalau diikutkan perasaan marah, sudah lama dia tarik Firyal jauh dari Alma.

“ I tak peduli. Sekali lagi I tanya you. Betul ke you dan Firyal bercinta? You bakal isteri Firyal?” tanya Lisa lagi. Dia tidak akan berpuas hati selagi hubungan Alma dan Firyal belum dapat dikenalpasti.

Dalam terpaksa Alma menganggukkan juga kepalanya. Dia memang bodoh kerana turut serta dalam rancangan Firyal. Tak pasal-pasal dia dah ada seorang musuh gara-gara ingin selamatkan Firyal dari perempuan ini sekaligus menutup rahsia peristiwa hitam itu.

“ Apa lebihnya dia dari I?” Lisa bertanya sebak.

“ You tak kurang apa-apa pun cuma hati I yang tak boleh terima cinta you. I’m sorry tapi I cintakan Alma. I sayangkan dia. I tak boleh hidup tanpa dia.” Balas Firyal. Dia perasan wajah Alma sudah berubah bila dia berkata begitu. Geli mungkin.

Meremang bulu roma Alma. Gaya Firyal cakap macam mereka ni betul-betul bercinta sedangkan Firyal adalah orang yang paling dia benci sekali dalam hidupnya.

“ Tapi I cintakan you!” jerit Lisa. Tidak diendahkan akan mata-mata lain yang memerhati drama yang sedang mereka mainkan.

But I’m not! You kena faham yang I dah ada Alma dan I tak akan sesekali berpaling dari cinta dia. I tak dapat bayangkan macam mana hidup I nanti tanpa dia.”

Firyal melepaskan rangkulannya dan menggenggam erat jemari Alma yang berada di atas meja.
Alma meleraikan tangannya jauh dari tangan Firyal. Dia buat tak tahu bila Firyal menyepak kakinya di bawah meja. Ingat dia ni anak patung ke boleh pegang suka-suka hati?

“ I pun takkan mampu hidup tanpa you. I cintakan you Fir. Dari dulu sampai sekarang tapi you tak pernah pandang cinta I. I tak nampak mana kurangnya I. Kalau you nak I berubah I akan berubah. I akan ikut apa yang you cakap. But please, don’t leave me.” Air mata dah menuruni pipi Lisa.

Kasihan Alma dengan wanita cantik di depannya. Begitu dambakan cinta dari Firyal yang begitu jelas sekali Firyal tidak mencintai wanita itu. Alma tersenyum sesaat. Bagaimana Lisa boleh jatuh hati pada Firyal? Dia hairan. Apa yang Lisa pandang pada lelaki seperti Firyal.

Tidakkah Lisa tahu yang Firyal bukanlah lelaki yang baik. Sepatutnya Lisa tidak perlu menghabiskan masa mengejar lelaki seperti Firyal. Lebih baik Lisa mencari lelaki lain. Lisa tidak akan bahagia dengan Firyal. Alma berani jamin.

“ I tak pernah tinggalkan you sebab I tak pernah bersama you. Macam yang I cakap tadi, Alma bakal isteri I dan I akan berkahwin dengan dia. Bukan dengan you, bukan dengan orang lain tapi Alma Nadira. I tak akan kahwin kalau pengantin perempuannya bukan Alma. I tak akan jadi suami sesiapa selain daripada suami Alma.”

Biarpun ayat itu kedengaran pelik di telinganya sendiri tapi Firyal tidak ada pilihan. Hanya ini saja cara yang dia nampak untuk menjauhkan Lisa dari dirinya. Dia dah bertekad untuk mengahwini Alma biarpun sekelumit perasaan sayang langsung tiada di hatinya.

Alma meggeleng perlahan kepalanya. Kalaulah Firyal itu orang yang dia sayang, tentu kata-kata yang Firyal ucapkan itu akan membuatkannya rasa terharu. Tapi perasaannya kosong.

“ You cintakan dia?”  tiba-tiba Alma bertanya.

No doubt.” Tanpa perlu fikir panjang Lisa memberikan jawapan.
Alma tersenyum nipis. Memang sah perempuan ni angaukan Firyal. Kalaulah Lisa tahu apa yang Firyal lakukan kepadanya, masih ada lagikah cinta di hati Lisa untuk Firyal? Atau… kesalahan itu akan diletakkan pada bahunya?

“ Kalau betul you cintakan dia you patut hormat dengan keputusan yang dia buat. Kalau you cintakan dia, you patut terima keputusannya untuk bersama dengan sesiapa pun walaupun bukan dengan you. Sebab, kebahagian dia adalah kebahagiaan you. Bukan macam tu?”

“ You cakap senang sebab you bukan kat tempat I.” tengking Lisa semula. Nak saja ditampar pipi Alma saat itu kerana berani memberikannya nasihat sebegitu rupa tapi dengan kehadiran Firyal yang setia di sisi Alma sejak tadi membantutkan niatnya.

“ Bukannya aku nak sangat Firyal ni pun.” Alma menggumam.

 Apa yang nak digilakan sangat dengan Firyal ni. Bagi free pun dia tak nak. Macam mana Lisa boleh jatuh cinta dengan Firyal? Ubat apa yang Firyal guna sampai perempuan secantik Lisa pun boleh jatuh cinta?

“ You cakap apa?” Lisa mengerutkan dahinya. Rasanya dia macam ada dengar sesuatu dari mulut Alma.
Firyal menatap tajam wajah Alma yang mencuka.

“ Dia cakap dia pun sayang I. Kan sayang?” Firyal cover balik apa yang Alma cakap tadi.

“ Hmm…” Uwekk…rasa nak termuntah bila Firyal panggil dia sayang. Sah… ada wayar putus kat kepala Firyal. Sungguh, ini adalah mimpi paling ngeri dia pernah dapat sepanjang hidupnya.

“ Fir! You tak boleh buat I macam ni. I tak nak you kahwin dengan dia.” Lisa dah mula merengek. Dia capai tangan Firyal tapi Firyal sempat mengelak.

“ Dia bakal isteri I dan hanya dengan dia I akan berkahwin.” Tegas Firyal. Merayulah macam mana sekalipun dia tetap tidak akan berkahwin dengan Lisa. Diberi sejuta pun dia tidak mahu.

“ Kenapa you suka Firyal?” soal Alma.

“ Why did you ask me that question.” Pelik dengar soalan yang tak dijangka itu dari Alma.

“ Cuma pelik… macam mana you boleh suka dia sedangkan I rasa meluat tengok dia.”

Firyal dah pandang Alma semacam. Alma ni sedar ke tak apa yang dia cakap? Sengaja nak bagi Lisa syak ke?

“ Hah.” Dia tak salah dengar kan? Lisa dah pelik.

“ I mean, dia bukannya handsome mana pun.” Alma siap mencebik lagi di akhir kata.

“ Sayang, you ni pandai betul bergurau.” Firyal pura-pura ketawa tapi dalam masa yang sama dia memberi isyarat pada Alma ‘ siap lah kau lepas ni.’

Alma mengetap bibir. Bergurau apanya. Dia serius tahu.

“ You ni memang tak ada mata la. Macam mana you boleh cakap yang Firyal ni tak handsome? Dialah lelaki yang paling kacak sekali I pernah jumpa.”

“ Macam ni ke kacak?” Alma gelak menyindir.

Firyal berdehem. Alma memang sengaja mahu rahsia mereka pecah ke?

“ I harap, lepas ni you tak perlu cari I lagi sebab I akan berkahwin dengan Alma. Antara kita tak pernah ada hubungan dan tak akan pernah ada hubungan. I harap you faham.” Firyal ubah topik. Kalau dibiarkan Alma bercakap, boleh pecah tembelangnya nanti.

“ No, I tak nak faham! I tak rela you dengan perempuan lain. Langkah mayat I dulu.” Ujar Lisa garang. Dia tak akan melepaskan Firyal dengan begitu mudah. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Firyal. Biarpun nyawanya menjadi taruhan!

Firyal peluk tubuh. Dia pandang wajah Lisa yang sudah merah kerana marah. Susahnya nak bagi Lisa faham. Dari dulu lagi dia tidak pernah ada perasaan pada Lisa namun sampai sekarang Lisa masih tidak mahu memahami.

“ You tak boleh halang dengan siapa yang I nak kahwin. Itu hak I. Walau satu dunia menentang I daripada memperisterikan Alma, I tetap akan berkahwin dengan dia. “

“ I tunggu you dari dulu lagi Fir. I cintakan you.  Mustahil you tak nampak cinta yang I bentangkan untuk you. I langsung tak pandang lelaki lain sebab dalam hati I hanya ada you.” Tekan Lisa kegeraman. Payahnya nak menawan sekeping hati milik Firyal!

“ I tak cintakan you. Dah beribu kali I cakap yang I tak cintakan you. Mustahil you tak nampak yang sekelumit perasaan cinta pun I tak ada pada you. I tak benci you, I sayang you tapi I tak cintakan you. Not more than that. Orang yang I cinta dan I nak habiskan seluruh hidup I dengannya ialah Alma. Bukan you atau perempuan lain. “ Firyal berkeras. Dari dulu lagi sudah dibilang yang dia langsung tidak ada hati pada Lisa. Hanya Lisa yang tidak mahu mengerti sedangkan dia pasti yang Lisa tahu akan kedudukan hatinya. Hatinya tidak pernah tercuit dengan kehadiran Lisa. Biarpun dia sedar akan harapan Lisa yang menggunung tinggi terhadapnya, dia tetap tidak terusik untuk menerima cinta Lisa.

“ Ini semua salah kau!” Lisa menjerit lantang dan tangannya laju menampar pipi Alma tanpa sempat Alma mengelak.

“ Lisa! Apa kena dengan you ni?” marah Firyal. Mukanya tegang. Tidak sangka Lisa boleh bertindak sebegitu rupa. Dia tidak sempat menghalang dan kesannya Alma terpaksa menerima habuan daripada Lisa. Merah di pipi Alma sedikit sebanyak membuatkan hatinya diterjah rasa geram. Geram dengan perempuan yang bernama Lisa!

Lisa ketap gigi dengan muka yang merah menyala. Sakit hati bila Firyal membela Alma di hadapannya.

“ I tak akan berdiam diri tengok kebahagiaan you. You jangan ingat I akan biarkan you terlepas dari genggaman I sebab sama ada you rela atau pun tidak, you tetap akan jadi milik I. Kalau you fikir untuk lari…”belum sempat Lisa menghabiskan ayat pipinya terlebih dahulu ditampar oleh Alma. Matanya bulat. Pipi kiri yang terasa perit dipegang dengan rasa tak percaya. Berani Alma sentuh dia?

How dare you…”

“ Sekarang ni I persilakan you keluar dari kedai ni. I langsung tak sudi nak ada pelanggan kurang ajar macam you.” Sinis Alma bersuara. Terus hilang simpatinya pada Lisa bila Lisa bertindak menamparnya. Jangan fikir dia hanya akan membiarkan Lisa perlakukan dirinya sesuka hati. Kalau dia dihukum bukan kerana kesilapan yang dia lakukan, dia tak akan teragak-agak untuk melawan. Itupun kira baik dia hanya menampar Lisa, kalau diikutkan hatinya yang panas nak saja dia buat lebih daripada itu.

“ Aku akan pastikan…”

“ Kau nak pastikan apa? Nak pastikan yang kau dapat Firyal? Dari tadi kau cakap benda yang sama sampai naik bosan aku dengar. Dah macam tak ada ayat lain kau nak sebut.” Sekali lagi Alma memotong bicara Lisa. Bahasanya juga sudah bertukar menjadi kau dan aku. Tidak guna dia hormat orang lain yang tak reti nak menghormati dirinya.

“ Firyal…” Lisa meraih simpati Firyal.

Firyal hanya angkat bahu tanda tidak mahu masuk campur. Dia kagum dengan keberanian yang ditunjukkan Alma.

“ Sebelum aku sendiri yang halau kau keluar dari sini lebih kau keluar. Kau mesti tak nak tengok aku buat drama kejap lagi kan?” Alma mengugut bila Lisa masih lagi tidak berganjak dari kerusi.

Lisa mendengus geram. Dia mula bangkit. Dadanya semakin terbakar bila melihatkan senyuman sinis yang terukir di bibir Alma. Ingin saja dia koyakkan senyuman di bibir itu biar tiada lagi senyuman yang boleh terukir di bibir Alma.

“ Sebelum kau balik aku nak ingatkan kau. Firyal milik aku dan aku tak akan biarkan sesiapa rampas dia dari aku. Kau patut ingat ayat tu sampai bila-bila.” Tekan Alma dengan senyuman sinis yang masih lagi terukir di bibir merahnya. Hatinya menjerit suka bila wajah Lisa semakin cemberut mendengarkan ayat itu sebelum berlalu dengan muka yang tegang.

“ Dan kau pun milik aku. Kau kena ingat ayat tu sampai ke nafas kau yang terakhir.” Firyal berbisik perlahan di tepi telinga Alma.

Alma tergamam.



Bersambung…

Read More...

Thursday, 12 September 2013

Akanku Tawan Cintamu! 15





Alma keluar dari kereta sambil menghempas pintu kereta Firyal. Tidak dipedulikan Firyal yang sudah meradang dari dalam kereta.

Firyal mengetap gigi. Perempuan ni memang sengaja mahu menyakitkan hatinya. Dengan hati yang panas membara, Firyal menekan pedal minyak dan keretanya menderum laju meninggalkan kawasan perumahan Alma.

Masuk saja di rumah terus Alma melabuhkan punggungnya di sofa.  Cincin diletakkan di atas meja. Tudung dan cardigan yang dipakainya pula ditanggalkan dan diletakkan di sebelah. Dia mengeluh berat.

“ Kau keluar dengan siapa tadi Al?”

Alma terperanjat bila ada satu suara menegurnya dari arah belakang. Hampir luruh jantungnya. Kalau jantungnya tidak kuat, sudah lama dia ‘jalan’.

Alma  pandang Husna yang muncul dari belakang. Dia menjeling.

“ Dah berapa kali aku cakap jangan sergah aku dari belakang. Terkejut aku. Aku tak puas lagi hidup tahu.” Alma membebel. Dia mengusap perlahan dadanya.

Husna garu kepala yang tidak gatal. Dia turut melabuhkan duduk di sebelah Alma. Bantal kecil yang berada di sofa dia rangkul.

Sorry… aku ingat kau perasan aku tadi. Tu yang aku main tegur je.” Husna tersengih. Manalah dia tahu yang Alma tidak perasan akan kehadirannya.

Sorry naik lori la.” Balas Alma geram.

“ Itu pun nak sentap. Kau datang bulan ke?” duga Husna pula. Dia tersengih kambing.

“ Tak.” Tadi pun Firyal menuduhnya datang bulan kini Husna pula cakap benda yang serupa. Takkanlah nak tunggu datang bulan baru boleh marah?

“ Kau belum jawab lagi soalan aku tadi. Dengan siapa kau keluar. Senyap-senyap keluar tak cakap kat aku pun. Pergi dating ye?” tanya Husna lagi. Sebelum ini kalau Alma keluar, Alma tidak pernah lupa untuk memberitahunya. . Dia juga ingin tahu dengan siapa Alma keluar. Tadi dia hanya nampak Alma keluar dari kereta mewah itu saja tanpa sempat dia nampak kelibat lelaki yang menghantar Alma pulang. Dia mengintai melalui tingkap dan bersembunyi di sebalik langsir bagi mengelakkan Alma sedar yang dirinya sedang diintai.

“ Banyaklah kau punya dating. Itu kawan aku. Ada hal sikit. Sebab tu aku keluar. Aku malas nak cakap kat kau sebab masa tu kau tengah tidur.” Alma mencebik. Dating dengan Firyal? Tak ada maknanya. Disogok dengan wang pun dia tak mahu.

“ Betul ke sekadar kawan? Tak baik tipu aku. Tak berkat hidup kau nanti.”

“ Kawan aku je lah.”

“ Tapi aku tak pernah nampak pun kereta tu sebelum ni? Dah lah pakai kereta mewah. Dia anak orang kaya ke Al?”

“ Hurm…” Alma malas mahu mengulas lebih lanjut. Firyal memang kaya. Contohnya seperti tadi, dengan tanpa berfikir panjang Firyal membayar cincin yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit. Begitu mudah, lagak nak beli coklat cadburry. Main ambil aje. Tapi kaya pun nak buat apa kalau tak ada budi pekerti. Ego tinggi melambung.

“ Aku kenal ke kawan kau tu? Kawan kita masa kat U dulu ke?” tanya Husna. Dia begitu ingin tahu akan lelaki yang menghantar Alma pulang tadi. Alma seperti ingin merahsiakan sesuatu darinya membuatkan perasaan ingin tahunya begitu tinggi.

Alma geleng kepala.

“ Bukan. Aku pun baru je kenal dia. Dia buat hidup aku bertambah serabut.” Ada keluhan berat di hujung kata.

“ Hah?” Husna dah kerut dahi. Dia tidak berapa dengar akan ayat Alma yang terakhir.

“ Tak ada apa-apalah.”

“ Alma!” tiba-tiba Husna menjerit.

“ Yang kau menjerit ni kenapa? Sakit telinga aku.” Alma mengusap telinganya. Husna jerit macamlah jarak di antara mereka sebatu. Padahal duduk sebelah aje pun.

“ Kau keluar pakai macam ni je tadi? Kau biar betul?” Husna menggeleng tak percaya. Keadaan Alma sangat selekeh dan tidak terurus. Keluar jumpa lelaki yang dia rasa bukan calang-calang orang dengan sebegini rupa?  Sah, Alma sudah buang tabiat!

Alma sudah mengagak yang Husna akan menegur pakaiannya. Dia pun malu sebenarnya berpakaian sebegini. Jika keluar berhampirandengan rumah  tidak mengapalah juga tapi masalahnya Firyal membawa dia ke shopping Mall! Tempat orang ramai membeli belah. Pandangan pelik dan juga sinis orang ramai lemparkan kepadanya hanya ditelan pahit. Dia bukan sengaja mahu keluar dengan pakaian yang begini, Firyal yang memaksa!

“ Apa masalahnya kalau aku keluar macam ni. Bukannya aku pakai baju koyak rabak.” Alma berkata selamba. Ingin menutup rahsia yang dia tiada pilihan lain selain daripada megikut kehendak Firyal yang hanya memberinya masa selama lima minit sahaja!

“ Selekeh kau tahu. Wait, kau dah mandi ke belum ni?”

Alma geleng kepala sambil tersengih.

“ Al, kau keluar dengan lelaki lepas tu kau tak mandi. Otak kau ada wayar putus ke? Aku tak tahu apa yang lelaki tu fikir pasal kau.” Husna menepuk paha Alma geram. Alma yang selama ini dia kenal sentiasa menjaga penampilan diri bila keluar dari rumah.

“ Aku peduli apa kalau dia nak kutuk aku pun, aku tak kisah. Asalkan aku selesa dengan diri aku, pandangan orang lain aku dah tak ambil tahu.” Alma mengusap pahanya yang ditepuk oleh Husna. Tak adalah sakit mana Husna tepuk. Tepuk-tepuk manja gitu.

“ Dia tak ada cakap apa-apa ke bila kau pakai macam ni?”

Sekali lagi Alma geleng kepala. Ketika ini Husna tak ubah seperti polis pencen. Menyoal siasat dirinya.

“ Siapa nama lelaki tu?”

“ Firyal.” Menyebut nama lelaki itu saja sudah boleh buat darah Alma mendidih.

“ Sedap nama tu. Mesti Firyal handsome kan?” Husna mengagak.

Handsome? Langsung tak. Kau ingat lagi tak orang yang jual ayam kat pasar? Macam tu lah muka Firyal.”

“ Muka tak handsome tak apa asalkan hati baik.” Husna membayangkan wajah seorang lelaki muda yang kerap dia lihat menjual ayam di pasar. Muka penuh dengan jerawat batu. Kulitnya pula agak gelap. Tapi untuk apa diukur pada paras rupa. Yang penting ialah budi pekerti.

Alma diam. Firyal handsome cuma hatinya saja yang tidak baik.

 “ Eh, apa ni? Dia bagi kau hadiah ke?” Husna ternampak bungkusan di atas meja. Cantik! Belum sempat dia lihat isi di dalamnya Alma sudah mengambilnya. Wajah Alma yang sudah berubah dia pandang pelik.

“ Bukan… ni aku beli masa keluar dengan dia tadi. Okaylah, aku nak naik bilik dulu. Nak rehat kejap.” Terus Alma bangun dan masuk ke biliknya. Dia turut mengunci pintu bilik. Badan direbahkan ke katil. Matanya terkedip-kedip memandang siling.

Nasib baik dia sempat ambil kotak cincin yang Firyal hadiahkan kepadanya. Jika tidak, pasti dia perlu bersoal jawab dengan Husna. Lihat pada bentuk cincin tersebut pun sudah boleh buat orang lain mengagak yang harganya bukan sekadar ratusan ringgit tetapi mencecah ribuan ringgit.

Alma mencongak dalam hati. Dalam masa sebulan dia akan bergelar seorang isteri. Isteri Firyal. Mampukah dia harungi hidup bersama Firyal yang seringkali menyakitkan hatinya. Berjumpa sekejap pun ada saja pertengkaran yang terjadi inikan pula bila dah duduk serumah dan juga sebilik. Sebilik? Alma gugup. Mereka akan berkongsi bilik nanti bila sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Hari-hari menghadap muka Firyal di bilikpasti  boleh buat jiwanya semakin tertekan!

Alma pejam mata. Nafas ditarik perlahan. Perasaan sedih yang mula bertandang cuba diusir jauh-jauh. Mengenangkan peristiwa pada malam itu saja sudah membuatkan jiwanya merusuh. Kejamnya lelaki yang bernama Firyal kerana merampas sesuatu yang sangat berharga darinya hanya kerana sakit hati sedangkan kesalahan yang dia lakukan tidaklah besar mana. Busuk sungguh hati Firyal.

Dan kini dia perlu berkahwin dengan lelaki yang telah merosakkan hidupnya. Meragut maruahnya. Menghancur lumat sekeping hatinya sehingga tiada apa lagi yang tinggal. Takdir benar-benar sedang menduganya.



******************



Bunyi handphone yang berdering mengejutkan Alma dari tidur. Terpisat-pisat dia bangun. Jam yang berada di atas meja kecil di tepi katil sudah menunjukkan pukul dua pagi.

“ Hello.” Suara Alma sedikit serak kerana baru bangun dari tidur.

“ Hello. Aku nak cakap something.” Dahi Alma berkerut. Siapa yang sedang bercakap dengannya saat ini? Macam pernah dengar suara ni tapi siapa?

“ Siapa ni?” Alma tanya teragak-agak.

Your future husband, Azhan Firyal.”

“ Awak nak apa telefon saya pagi-pagi buta? Dah tak ada kerja lain ke kacau orang nak tidur. Kalau ye pun awak tak boleh tidur tak payahlah rajin sangat kejutkan orang lain yang tengah tidur.” Mata yang tadinya begitu susah untuk dibuka sudah pun bulat. Dengar suara Firyal saja sudah boleh menaikkan darjah suhu kemarahannya. Jika beginilah caranya, bagaimana keadaanya setelah kahwin nanti. Pasti tidak ada istilah aman di dalam hidupnya.

“ Tengah tidur ke? Aku ingat kau tengah makan tempoyak.” Sinis Firyal membalas membuatkan Alma semakin meradang.

“ Saya tak ada masa nak dengar awak loyar buruk. Bye!” Alma sudah berkira-kira untuk memutuskan panggilan.

“ Alma Nadira! Aku tak habis cakap lagi!” Firyal menjerit di hujung talian tapi Alma buat tak dengar. Dia tetap putuskan panggilan. Dadanya berombak kasar. Perasaan bencinya terhadap Firyal begitu sukar untuk dikikis.

Sekali lagi handphonenya kembali berbunyi. Alma merengus geram. Dia membiarkan handphonenya berdering sehinggalah ianya mati sendiri. Hampir lima kali panggilan Firyal tidak dijawab dan akhirnya Alma angkat juga.

 “ Kau memang sengaja nak buat aku marah kan. Aku tak habis cakap lagi kau dah letak phone.” Firyal memuntahkan kemarahan sebaik saja Alma mengangkat panggilannya.

“ Awak pun memang sengaja buat saya marah kan. Telefon saya pagi-pagi buta kalau nak menyakitkan hati saya baik tak payah telefon!” Balas Alma tidak ingin kalah. Dia tak ada masa nak layan loyar buruk Firyal pagi-pagi buta ni. Daripada mendengar suara Fiyal yang akan menyakitkan hatinya lebih baik dia tidur.

“ Kau ingat aku teringin sangat ke nak telefon kau. Tidur lagi bagus tahu tak?”

 “ So, tidur ajelah. Buat apa buang masa telefon saya. Saya pun nak tidur dari dengar suara awak yang tak berapa nak merdu ni.” Alma dengar Firyal mendengus. 

You really know how to drive me angry.” Tekan Firyal geram.

And you really know how to pissed me off.” Keras suara Alma.

Beberapa ketika Firyal dan Alma tidak bersuara. Kedua-duanya tidak puas hati di antara satu sama lain. Alma yang tidak suka akan kebisuan tersebut meluahkan bicara.“ Awak nak cakap apa sebenarnya? Cakaplah cepat. Saya mengantuk.”

“ Aku nak kau cakap kat ibu kau yang kita nak kahwin. Lagi satu, dalam masa yang terdekat ni aku nak bawa kau jumpa family aku sebelum kita kahwin.” Ujar Firyal menyebabkan Alma terkedu.

Alma terdiam. Nak beritahu ibu? Nak cakap macam mana? Risau juga dengan penerimaan ibu nanti. Kalau ibu tak bagi macam mana? Lagi bagus kalau ibu tak bagi! Eh, tak boleh, mesti Firyal akan buat sampai ibu setuju. Maknanya dia kena pujuk ibu supaya ibu mengizinkan dia berkahwin dengan Firyal.

“ Alma, kau dengar tak apa yang aku cakap?” suara Firyal di hujung talian hanya dibiarkan sepi oleh Alma.

Berkenan ke ibu dengan Firyal untuk diangkat menjadi suaminya? Kalau dilihat pada paras rupa Firyal memang dah terlebih layak. Masalahnya, sikap Firyal tu yang sering saja buat dia panas hati.

“ Alma, tidur ke?” sekali lagi Firyal bertanya. Alma memang cari pasal dengannya kerana membiarkannya bercakap seorang diri dari tadi.

“ Saya dengar.” Ujar Alma perlahan. Semangatnya hilang dibawa pergi bila mengenangkan yang dia perlu memberitahu ibu tentangnya dan Firyal. Dia juga perlu berjumpa dengan keluarga Firyal… kejap, jumpa keluarga Firyal? Alma berdebar. Rasa takut menyelubungi dirinya.

“ Kalau dengar kenapa tak menyahut?” tekan Firyal. Bengang bila Alma tidak menyahut. Umpama dia bercakap dengan tunggul kayu.

Sekali lagi Alma terdiam.

“ Alma!”

“ Saya belum pekak lagilah. Tak reti nak cakap slow ke?” pangkah Alma. Sakit telinganya mendengar jeritan Firyal.

“ Tahu pun tak pekak tapi buat-buat pekak. Betul-betul pekak baru kau tahu.”

“ Bukannya saya menyusahkan awak kalau saya pekak. Apa masalahnya?”

“ Memanglah kau akan menyusahkan aku sebab aku tak nak kahwin dengan orang pekak.” Sinis Firyal membalas.

Whatever…” malas ingin memanjangkan perbalahan kerana Firyal bukannya jenis suka mengaku kalah.

“ Jangan lupa apa yang aku pesan tadi. “ Firyal mengingatkan.

Alma dah picit dahi. “ Firyalare you sure about this?”

About what?” soal Firyal hairan.

“ About us…”

We already talk about this Alma.” suara Firyal berubah serius. Rasa nak melenting pun ada kerana dia sudah menyatakannya dengan jelas pada Alma.

But…”

I don’t want to hear anymore because you’re not allowed to change your mind. I really mean it.Goodnight!”  Laju Firyal memotong ayat Alma sebelum memutuskan panggilan meninggalkan Alma yang termangu-mangu.




Bersambung…
Read More...

Sunday, 28 July 2013

Akanku Tawan Cintamu! 14







Apa yang harus dia lakukan? Firyal begitu bersungguh ingin mengahwininya. Sedangkan dia langsung tak pernah bermimpi untuk hidup bersama Firyal biarpun Firyal adalah lelaki yang merosakkan hidupnya. Alma memicit kepala yang terasa pening. Kenapa ini yang harus terjadi di dalam hidupnya?

 Dahulu hidupnya bahagia seperti orang lain. Bermula dengan kebenaran yang dia ketahui daripada ibunya yang dia sebenarnya anak angkat dan peristiwa di mana Firyal meragut kesucian dirinya, sejak itulah hidupnya sudah tidak teratur. Ada sahaja yang tidak kena. Bagai jatuh di timpa tangga. Entah di mana silapnya.

Alma pandang wajahnya yang terbias di cermin. Selekeh! Tudung dah senget benget. Muka kusam tak bermaya. Ini semua salah Firyal!

Alma mengerling jam tangannya pula. Sudah hampir sejam berlalu. Lama juga dia bertapa di dalam tandas ni semata-mata nak mengelak daripada Firyal. Mungkin Firyal sudah pulang. Dia pun dah tak sabar nak keluar. Terperuk di dalam tandas, siapa yang suka…

Alma keluar dari tandas perempuan. Pasti Firyal sudah pergi. Mustahil Firyal akan menunggunya.

Baru beberapa tapak Alma keluar dari tandas tangannya direntap kasar menuju ke suatu tempat. Hampir luruh jantungnya. Alma pandang susuk tubuh di depannya. Firyal!

“ Kau ingat kau boleh lepas dari aku macam tu je? Jangan harap la. Aku dah cakap tadi yang aku akan cari kau sampai ke lubang cacing kalau kau cuba nak lari dari aku. Kau lupa?” Firyal mengetatkan cengkamannya. Dia tersenyum sinis bila Alma menyeringai sakit.

Firyal tak balik lagi? Bukan tadi Firyal cakap dia tak boleh lama di sini? Habis tu kenapa Firyal masih ada lagi di sini.  Firyal menunggunya dari tadi?

“ Saya tak tahu apa yang merasuk awak sampai terdesak sangat nak kahwin dengan saya. Kalau awak nak sangat kahwin silakan, tapi bukan dengan saya! Awak boleh cari perempuan lain. Saya memang tak pernah terfikir nak hidup bersama dengan lelaki macam awak ni.” Alma berang bila Firyal masih tidak melepaskan pegangannya. Firyal ingat tangannya ini apa? Pegang macam nak putus!


Firyal berhenti melangkah. Dia berpusing menghadap Alma yang sudah kelat mukanya.

“ Kenapa? Apa masalahnya kalau kau kahwin dengan aku? Kau nak lelaki yang macam mana untuk jadi pasangan hidup kau?”  Firyal jungkit kening bertanya.

“ Saya lagi rela kahwin dengan tukang sapu tu daripada berkahwin dengan awak. Dia lebih baik daripada awak yang nampak macam perfect tapi kenyataannya awak adalah lelaki yang hanya tahu mengambil kesempatan ke atas wanita.” Geram Alma membalas. Dia menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang menyapu berdekatan dengan mereka. Mukanya bersih biarpun hanya bekerja sebagai tukang sapu di Mall besar ini.

Hati Firyal panas bila Alma seperti mengejeknya. Lebih rela pilih tukang sapu tu daripada dia yang mempunyai segalanya ni? Ini memang satu penghinaan buat dirinya. Firyal menatap Alma dalam-dalam bagai nak telan.

“ Kau boleh cakap apa yang kau nak. Aku tak peduli sebab sama ada kau setuju atau tidak kau still kena kahwin dengan aku.”  Firyal kembali mengheret Alma menuju ke tempat mereka memilih cincin tadi.

Alma mengeraskan badannya. Firyal mengeluh keras.

 “ Firyal, I’m begging you. Saya tak nak kahwin dengan awak. Susah sangat ke nak ikut permintaan saya ni?” Alma buntu. Bagaimana lagi cara untuk menghentikan keinginan Firyal dari ingin mengahwini dirinya.

Sorry but you have no choice. Kau akan kahwin dengan aku.” tegas Firyal lagi.

Alma geleng kepala. Kan senang kalau dia mempunyai kuasa magik. Dengan mudahnya dia dapat lenyapkan Firyal dari hidupnya. Tak adalah dia pening kepala macam sekarang ni.

“ Tolonglah faham dengan keadaan saya. Saya tak cintakan awak. Macam mana saya nak hidup dengan awak kalau antara kita tak pernah wujud rasa cinta?”

“ Aku pun tak cintakan kau…” Firyal membalas selamba.

“ Habis tu kenapa mesti nak teruskan perkahwinan yang tak ada maknanya ni?” bentak Alma. Hampir gila dibuatnya. Kalau tak cinta, kenapa mesti kahwin? Firyal memang dah gila!

“ Kau ingat orang berkahwin sebab cinta saja ke? Banyak lagi sebab selain daripada cinta. Contohnya macam situasi aku dan kau sekarang ni. Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau kalau tak sebab…” kata-kata Firyal terhenti. Takkan dia nak cakap yang dia nak mengelak daripada berkahwin dengan Lisa. Dia hanya menggunakan Alma untuk melepaskan diri daripada berkahwin dengan wanita pilihan mamanya. Pasti Alma tidak mahu menolongnya. Jadi, ini sahaja cara yang dia ada untuk memastikan Alma bersetuju dengannya.

“ Sebab apa?” tanya Alma meluat.

“ Aku nak bertanggungjawab sebab dah ragut maruah kau. Aku nak tebus balik silap aku.” laju jawapan itu meluncur keluar dari bibir Firyal.


“ Saya dah cakap yang saya tak nak awak bertanggungjawab! Itu pun susah sangat ke nak faham?” Alma mengetap rahang. Penat bercakap dengan orang yang tak faham bahasa macam Firyal ni. Sudah dibilang tak mahu tetapi tetap tidak boleh menerima keputusannya.

“ Kau jangan banyak cakap boleh tak? Bukan susah pun kahwin dengan aku. Kahwin sajalah. Banyak sangat songeh.”

Alma semakin menyirap. Mudahnya Firyal cakap!

“ Hey… masalahnya orang yang awak ajak kahwin tu saya. Saya! Mestilah saya banyak songeh! Kalau awak nak kahwin dengan arnab lainlah cerita tapi sekarang ni saya yang awak pilih!” Alma menjerit lantang. Hampir terkeluar anak tekaknya kerana menjerit.

Banyak songeh? Memang la! Kahwin dengan lelaki yang dia benci, siapa yang suka!

Firyal melepaskan pegangannya di tangan Alma. Dia memeluk tubuh.

“ Okay… aku bagi kau pilihan. Sama ada kau setuju untuk kahwin dengan aku ataupun aku cerita kat ibu kau tentang apa yang dah terjadi di antara kita.” Firyal senyum sinis.

Alma terkedu bila Firyal mula mengugutnya. Peluh mula merintik di dahi. Tak boleh, ibu tak boleh tahu mengenai perkara tu. Dia tak akan benarkan cerita di sebalik malam itu sampai di telinga ibu. Dia tak mahu ibu kecewa dengannya.

“ Firyal… awak tak boleh buat macam tu.” Suara Alma bergetar. Sungguh dia takut jika ibu tahu mengenai dirinya. Di mana mahu diletakkan mukanya nanti?

Fine… kau boleh pergi dari sini. Tak perlu ikut aku cari cincin, tak perlu datang ke majlis perkahwinan kita nanti, tak perlu hadap muka aku lagi tapi satu yang kau perlu ingat. Kau perlu tanggung akibatnya nanti. Aku akan ceritakan pada ibu kau apa yang dah terjadi di antara kita pada malam tu. Jangan cuba cabar aku sebab aku akan kotakan apa yang aku cakap.” Keras suara Firyal. Dia tak akan berlembut dengan Alma jika mahu Alma mengahwininya.

Alma meraup mukanya. Perasaannya berbaur. Sungguh, dia tersepit dengan situasi yang melanda dirinya saat ini.

“ Saya tak tahu apa tujuan awak nak mengahwini saya. Saya tahu, bukan semata-mata kerana malam tu kan? Pasti ada sebab lain. Tapi walau apa pun sebabnya, saya tak mahu terlibat dalam hidup awak. Saya tak nak ada kena mengena dengan hidup awak. Awak dengan hidup awak dan saya dengan hidup saya. Besar sangat ke permintaan saya?” lirih suara Alma. Dadanya sebak.  Hatinya benar-benar tercedera parah dengan kehendak Firyal yang bakal menambahkan episod duka di dalam hidupnya.

Firyal terdiam seketika. Hatinya sedikit belas melihat wajah rusuh Alma. Bukan baru hari ini dilihat wajah rusuh itu tapi sejak dari mula pertemuan mereka lagi pasti wajah Alma akan merusuh bila berhadapan dengannya.

“ Terseksa sangat ke kalau kau kahwin dengan aku?”

Alma tersenyum pahit. Tanya soalan bodoh! Kalau Firyal ini lelaki yang dia suka pasti soal terseksa tak akan timbul. Masalahnya Firyal adalah lelaki yang dia paling benci sekali di dunia ini. Dia tak pernah berperasaan begini pada sesiapa pun sebelum ini. Firyal adalah orang pertama yang selalu merobek kesabarannya. Membuat hidupnya jadi tunggang langgang.

“ Awak sendiri ada jawapannya Firyal. Tak perlu saya jawab.” Gumam Alma perlahan namun tetap sampai di pendengaran Firyal.

“ Perasaan benci tu kau kena tolak ke tepi sebab aku tak akan tarik balik keputusan aku untuk berkahwin dengan kau. Macam yang aku cakap tadi, aku tak kisah kalau kau tak nak kahwin dengan aku tapi aku akan balas balik sampai kau tak akan berani nak angkat muka pun bila jumpa dengan ibu kau nanti.” Ugut Firyal.

Ya Allah, pilihan apa yang dia ada sekarang ini? Alma buntu.

Matanya terpejam seketika. Dapat dibayangkan wajah ibunya yang menangis hiba bila Firyal mengkhabarkan berita yang dia bukan lagi gadis suci seperti yang ibu sangkakan. Dia dah rosak! Pasti ibu akan kecewa. Hatinya turut terkoyak bila ibu berduka. Dia dah hancurkan hati ibu. Anak jenis apa dia ni? Lebih rela lihat ibu menangis daripada berkorban sedikit. Dia tak akan benarkan Firyal memberitahu ibu mengenai dirinya. Firyal boleh menyeksanya, membuatnya menangis tapi dia tak akan benarkan Firyal menceritakan mengenai peristiwa itu dan menyebabkan air mata ibu tumpah! Tak akan sekali-kali dia akan benarkan!

Kebahagiannya perlu ditolak ke tepi jika tidak mahu ibu menangis pilu disebabkan dirinya. Perlahan-lahan Alma membuka mata merenung Firyal yang berdiri tegap di hadapannya. Lelaki ini akan menjadi suaminya. Dia tak tahu nasib apa yang akan menimpa dirinya kelak.

“ Saya… saya setuju.” Perlahan suara Alma. Matanya dikerdip berkali-kali menahan air mata yang mahu tumpah.

Senyuman kepuasan terukir di bibir Firyal. Akhirnya, Alma akan menjadi miliknya. Dia sudah tidak perlu gusar dengan permintaan mamanya yang mahu dia mengahwini Lisa.


*******************************


“ Kau nak cincin yang mana? Yang ni okay tak?” Firyal menyuakan sebentuk cincin kepada Alma.

Alma menggeleng. Dia langsung tak berkenan dengan taste Firyal. Dia mula meliarkan matanya pada sederet cincin yang terpamer di hadapannya. Sesaat kemudian Alma mengambil sebentuk cincin dan menyerahkannya pada Firyal. Dia tersenyum sinis.

Firyal ambil cincin yang dihulurkan Alma. Mukanya tenang biarpun dia nampak harga cincin tersebut mencecah puluhan ribu. Dia pasti yang Alma sengaja memilih cincin yang mahal harganya supaya dia tarik balik keputusannya untuk mengahwini Alma. Alma silap orang. Ingat dia tak ada duit ke? Sebelah mata je dia boleh hulurkan duit tu. Tak luak mana pun duit dia.

“ Saya pilih ni.” Firyal menyerahkan cincin tersebut kepada jurujual yang bernama Sofea. Dari ekor mata dia nampak wajah Alma yang sudah berubah muka.

Alma telan liur. Biar betul Firyal ni. Bukan murah cincin yang dia pilih tadi. RM25,000…. Bukannya RM25 ringgit! Sangkanya Firyal akan memarahi dirinya tapi Firyal hanya tenang membuat bayaran. Langsung tidak kisah dengan harga cincin tersebut.

Dengan harga yang sebegitu rupa macam-macam yang dia boleh buat. Firyal tak sayang duit ke sehinggakan sanggup melaburkan duit pada diri dia yang langsung tak bermakna dalam hidup Firyal. Oh lupa pula dia yang Firyal datang dari golongan berada. RM25,000 setakat kat celah gigi Firyal je. Kecil saja nilainya.

“ Ambil cincin ni.” Firyal memberi bungkusan yang berisi cincin kepada Alma setelah mereka sudah berada di luar kedai.

Alma menyambut dengan berat hati.

“ Kau jangan sengaja nak hilangkan cincin ni pula sebab sakit hati dengan aku.” sindir Firyal. Alma bukan boleh kira. Tak mustahil Alma boleh menghilangkan cincin tersebut bagi membalas sakit hati kepadanya yang  memaksa Alma berkahwin dengannya.

Alma menjeling geram. “ Buat apa nak hilangkan. Kalau saya gadai lagi untung. Bukan murah cincin ni.” Alma membalas. Dia hanya sekadar cakap sahaja. Tak adalah sampai nak buat betul-betul. Dibuatnya Firyal saman, nahas dia.

Firyal tersenyum nipis dan senyuman itu memualkan hati Alma. Ingin saja dia robek muka Firyal. Biar puas hatinya. Dari awal pertemuannya sehinggalah sekarang Firyal tak habis-habis ingin musnahkan hidupnya.

“ Aku tak kisah kalau cincin tu hilang sebab aku boleh beli yang lain. Yang penting sekarang ni ialah kau. Kau jangan sesekali hilang dari aku sebab sejauh mana pun kau pergi aku tetap akan cari kau. Aku akan jadi bayang-bayang dalam hidup kau.” ujar Firyal tegas membuatkan Alma semakin mendongkol geram. Dia bagaikan sudah diikat oleh Firyal. Tiada lagi cara untuknya melepaskan diri.



Bersambung…
Read More...

Monday, 17 June 2013

Akanku Tawan Cintamu! 13





Alma melangkah dengan perasaan geram yang menggunung tinggi. Mulutnya terkumat-kamit mengutuk Firyal itu dan ini.

“ Ingat aku tak ada rasa malu ke pergi mall pakai macam ni? Dia pakai smart tapi aku mandi pun tak sempat. Sempat basuh muka je. Huh!” Alma bersuara perlahan. Dia menjeling Firyal yang berada di sebelah. Ingin saja dia menjulurkan kaki, biar Firyal tersungkur. Sepadan dengan sakit di hatinya saat ini.

“ Ikut kepala dia je. Dia ingat aku ni tunggul kayu agaknya. Langsung tak boleh nak bersuara.” Sekali lagi Alma merungut. Tangannya meramas geram hujung cardigan yang dipakainya.

Bayangkan dalam masa lima minit dia perlu berkejar masuk ke dalam rumah untuk mengambil dompet tanpa sempat dia membersihkan badan terlebih dahulu! Siapa yang tak geram. Tengoklah apa yang dia pakai sekarang ini. Seluar tidur dan baju kartun mickey mouse berserta cardigan berwarna hitam. Dengan tudungnya yang sudah senget benget, membuatkan Alma ingin menggali lubang untuk bersembunyi di dalamnya.

Dia benar-benar tidak selesa dengan keadaannya sekarang ini. Tak pernah-pernah dia keluar rumah tanpa mandi terlebih dahulu. Tapi disebabkan Firyal, dia telah mencipta satu rekod baru. Keluar rumah tanpa mandi! Ini memang kerja gila.

Hampir saja dia tidak mengangkat kepala kerana malu dengan pandangan orang ramai, dia nampak akan pandangan sinis yang orang ramai lemparkan kepadanya.

Alma mengeluh. Disebabkan kehendak gila Firyal, dia pula yang terpaksa menanggung malu. Firyal pulak, hanya selamba. Memanglah Fiiryal tak rasa malu sebab bukannya Firyal yang menjadi dirinya.

“ Sudah-sudahlah tu kutuk aku. Kau jugak yang dapat dosa kering.” Sindir Firyal.

Whatever…” Alma mencebik. Kalau Firyal tak buat perangai, dia pun tak ada hati nak mengutuk Firyal. Nak sebut nama lelaki itu di bibirnya pun dia tidak mahu.

“ Mulut kau tak penat ke dari tadi bercakap. Aku yang dengar dari tadi pun penat.” Tegur Firyal. Bukannya dia tidak dengar dari tadi Alma mengutuknya. Terbakar jugaklah hatinya tapi dia tidak berniat untuk menyuruh Alma diam. Dibiarkan wanita itu membebel seorang diri. Sangkanya Alma akan senyap tapi Alma masih lagi merungut. Firyal menggeleng kepala.

Dia dengar ke dari tadi aku kutuk dia. Ah, pedulikan. Kalau Firyal kecil hati sekalipun dia tidak mahu ambil peduli.  Bukan Firyal yang menanggung malu.

“ Lepas beli cincin kita terus balik. Aku tak boleh lama-lama. Aku ada hal kejap lagi.” Firyal bersuara sambil menelek jam yang dipakainya di pergelangan tangan. Dia hanya mempunyai masa selama dua jam sahaja untuk diluangkan bersama Alma kerana setelah itu dia perlu pergi untuk menyelesaikan sedikit urusan.

Firyal menoleh di sisi bila Alma hanya diam. Tiada tanda Alma ingin membalas.  ‘Aku cakap dia buat pekak pulak.’ Rungut hati Firyal.

“ Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” sedikit keras Firyal bertanya bila Alma tidak menjawab.

“ Hmmm.” Alma mengetap bibir sebelum menjawab. 

Alma membuang pandang. Fikirannya kembali sesak bila memikirkan dia perlu berkahwin dengan Firyal. Dia tidak berani mengambil risiko untuk hidup bersama dengan lelaki itu. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana hidupnya kelak bersama Firyal. Dengan perangai Firyal yang begini, mustahil dia boleh hidup bahagia.

“ Ada emas ke kat dalam mulut kau tu sampai nak jawab pun berat mulut?”

“ Memang ada emas pun. Sebab tu saya malas nak jawab. Takut emas ni terkeluar.” Balas Alma tidak mahu kalah.

“ Cakap sikit nak melawan. Kalau dah kahwin nanti tahulah aku macam mana nak diamkan mulut kau. Masa tu kau nak menjawab pun kena fikir dua tiga kali.” Firyal mengugut.

“ Pleaselah…itu pun kalau kita jadi kahwin.” Alma mencebik. Dalam hatinya berdoa panjang supaya jodohnya tiada dengan Firyal.

“ Bukan kalau tapi kita memang akan kahwin. Aku akan jadi suami kau dan kau akan jadi isteri aku. Kau patut ingat benda tu dalam otak kau yang tak berapa nak besar tu.”

Alma diam. Dia tiada hati untuk bertekak dengan Firyal. Walau macam mana pun dia tetap akan kalah kerana Firyal bukannya lelaki yang suka beralah. Jadi berdiam diri adalah lebih baik untuk mengurangkan sakit hatinya.

Tiba di sebuah kedai kaki Alma terpaku. Hanya Firyal yang masuk. Alma masih lagi berkira-kira sama ada dia patut serta dalam rancangan Firyal untuk mengahwininya.

“ Yang kau tercongok lagi kat luar tu kenapa? Nak suruh aku bentang red carpet baru kau nak masuk ke?” Firyal kembali muncul bila menyedari  Alma masih berdiri di luar.

“Aah.. memang pun saya nak awak bentang red carpet baru saya nak masuk.” Alma memeluk tubuh.

“ Kau tak payah nak loyar buruk sangatlah. Masuk cepat. Aku tak ada masa nak layan kerenah kau.” Firyal menekan suaranya. Tidak boleh ke Alma menurut sahaja arahannya tanpa banyak soal. Dari tadi Alma hanya tahu melawan cakapnya. Pening kepala dibuatnya.

“ Siapa suruh layan. Tak ada siapa pun yang suruh kan.”

Firyal mendengus kasar.

“ Baik kau masuk sebelum aku yang dukung kau masuk.” ugut Firyal geram. Alma memang nak kena sangat dengan dia agaknya.

“ Buatlah kalau berani.” Alma mencabar. Dia tersenyum mengejek. Firyal tidak akan berani menyentuhnya di hadapan khalayak ramai. Namun senyumannya mati bila Firyal datang menghampirinya dan sedikit menunduk seolah-olah ingin mencempungnya.

Don’t touch me!” Alma menjerit kecil.  Dia menjarakkan dirinya dari Firyal. Dadanya yang terasa ingin meletup kerana marah. Firyal memang sengaja mahu menjatuhkan maruahnya di hadapan orang ramai.

 “ Tadi kau jugak yang suruh aku dukung kau. Bila aku nak dukung kau marah pulak. Cakap tak serupa bikinlah kau ni.” Firyal puas bila wajah di hadapannya sudah bertukar merah. Ingat dia tak berani ke? Jangan dicabar lelaki sepertinya kerana dia tak akan teragak-agak untuk melakukannya.

“ Awak memang dah gila.” Tertahan-tahan nafas Alma menahan marah. Sungguh, jika dia mempunyai kuasa sudah lama dia melenyapkan Firyal dari bumi!

 “Kalau kau tak nak aku dukung kau baik kau masuk cepat.” Ujar Firyal tegas. Alma mengecilkan matanya. Hatinya panas bila Firyal tersenyum sinis. Rasa nak disiat-siat mulut lelaki itu biar tak boleh tersenyum lagi!

Dengan perasaan yang menggunung marah terhadap Firyal. Dia tetap masuk ke dalam kedai tersebut. Dia belum cukup gila untuk membiarkan Firyal mencempungnya di hadapan orang ramai.

Di hadapan mereka kini terpamer pelbagai jenis dan bentuk cincin. Juru jual wanita itu mengeluarkan
kesemua jenis cincin yang dikatakan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan lain.

“ Kulit your wife putih. Jarinya pun cantik dan runcing.  Semua design masuk dengan dia.” Puji jurujual yang bernama Sofea itu. Dia tersenyum manis. Kena la senyum manis, nak beli jiwa pelanggan la katakan!

Alma dah memandang tajam wajah wanita itu. Membara hatinya bila digelar isteri Firyal.

I’m not his wife.” Alma menjawab geram. Tak pasal-pasal je jurujual ni ingat dia ni isteri Firyal. Hancur hidupnya jika dikurniakan suami seperti Firyal. Muka memang perfect, badan sasa tapi akhlak? Zero… entah dah berapa ramai anak dara yang dah Firyal rosakkan agaknya.

Owh, I’m sorry. Bakal isteri ya?” teka jurujual itu lagi. Dia masih lagi tersenyum mesra. Sesekali matanya jatuh pada wajah tampan Firyal. Hampir tergelincir hatinya kerana paras rupa Firyal yang begitu sempurna . Beruntung gadis di hadapannya ini kerana memiliki lelaki seperti Firyal. Pasti ramai yang cemburu.

“ Bakal isteri pun tak.” Pantas Alma membalas. Kenapa jurujual ni banyak mulut pula hari ni. Bikin hatinya semakin panas je hari ni.

Sofea dah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Pasangan di hadapannya ini bergaduh ke? Wajah gadis di hadapannya ini sangat kelat tapi wajah si lelaki hanya tenang. Langsung tidak terkesan dengan bicara si gadis. Mungkin mereka sedang bergaduh dan sekarang ini si lelaki sedang dalam proses memujuk hati si gadis dengan menghadiahkan cincin. Berharap agar hati si gadis akan reda dengan cincin yang harganya bukan sedikit.

Firyal berdehem sedikit. Dia langsung tidak mengalihkan pandangannya daripada cincin di hadapannya.

“ You jangan ambil hati sangat dengan apa yang tunang I cakap. Biasalah, perempuan memang macam ni bila bendera jepun dia tengah naik. Kan?” selamba Firyal bersuara.  Dia tersenyum sinis.

Terbeliak mata Alma dengan kenyataan berani mati Firyal. What? Bendera jepun? Firyal memang dah lebih…

“ Awak jangan nak cari pasal dengan saya . Saya smackdown awak kat sini baru awak tahu.” Alma berbisik perlahan. Tajam matanya menikam tingkah Firyal yang selamba.

“ Try la buat kalau kau berani. Badan kurus macam ni ada hati nak ‘belasah’ aku. Sedar diri sikit. Nanti bukan aku yang kena dengan kau tapi kau pulak yang kena dengan aku.”

“ Kenapa? Awak nak pukul saya?” Tanya Alma berani. Dia menentang mata Firyal yang berwarna coklat itu. Kalau dia tak mengenali Firyal mungkin dia juga akan jatuh hati pada paras rupa Firyal yang sangat tampan. Firyal memang cukup sempurna sebagai seorang lelaki. Dengan hanya sebuah renungan, pasti banyak hati wanita yang akan cair tetapi bila dia sudah mengenali siapa sebenarnya lelaki bernama Firyal, hatinya sedikit pun tak terjentik untuk jatuh hati pada lelaki itu. Malahan, dia rasa ingin mencampak Firyal jauh-jauh dari hidupnya!

“ Bukan pukul tapi mungkin lebih  dari tu.” Firyal mendekatkan mukanya dengan Alma.

Alma tersentak. Hampir terhenti nafasnya bila Firyal mendekatkan muka. Badannya dijauhkan sedikit dari Firyal. Mukanya merah menahan malu dan marah. Tiada langsungkah perasaan malu dalam diri Firyal sehinggakan berani perlakukan dirinya di hadapan orang lain? Oh lupa pula dia… lelaki seperti Firyal memang tidak pernah tahu malu. Langsung tidak fikir pasal orang lain.

“ Gila…” hanya itu yang terpacul dari ulas bibir merah Alma.

“ Memang aku gila. Dan kau akan berkahwin dengan orang gila ni. Jadi secara tak langsung kau pun gila.” Bidas Firyal selamba. Dia tersenyum senget.

Alma menggigit bibir. Ringan saja tangannya ingin singgah di muka Firyal tapi dia meniupkan sedikit kesabaran di hatinya. Dia membuang pandang. Lebih baik dia tengok orang yang lalu lalang kat luar kedai daripada tengok Firyal yang hanya tahu menaikkan darahnya.

“ Pakai cincin ni.” Arah Firyal. Di tangannya ada sebentuk cincin.

Alma membatukan diri. Dia merenung kosong cincin yang Firyal hulurkan kepadanya.

“ Kenapa? Tak cukup cantik? Atau tak cukup mahal?” Firyal menyindir.

Firyal meletakkan kembali cincin tersebut dan mengambil cincin yang lain. Kali ini cincin tersebut lebih cantik dan besar permatanya.

“ Kau nak yang macam ni ke? Atau yang ni pun tak menepati cita rasa kau?”

Ini bukan soal cincin tetapi ini mengenai perasaannya. Mengenai hidupnya.  Kenapa Firyal begitu terdesak ingin berkahwin dengannya? Atas dasar tanggungjawab? Dia langsung tidak pernah mengungkit supaya Firyal bertanggungjawab ke atas dirinya. Jadi, kenapa perlu dipaksa dirinya untuk melibatkan diri dalam perkahwinan yang tiada maknanya ini?

“ Saya tak nak cincin tu.” Suara Alma mendatar.

“ Habis tu kau nak cincin yang macam mana?” soal Firyal. Dia menyuruh Sofea mengeluarkan sejenis lagi cincin yang dirasakannya agak cantik.

“ Saya tak nak terima apa-apa cincin daripada awak. Saya tak nak kahwin dengan awak. Fullstop!”  lantas Alma keluar dari kedai emas tersebut. Jiwanya kacau. Perasaannya jadi tak menentu. Baru beberapa tapak dia mengorak  langkah, Firal sudah merentap kasar lengannya.

“ Kau nak pergi mana?” pertanyaan Firyal tidak dijawab oleh Alma. Dia kembali menarik lengannya yang dipegang kemas oleh Firyal. Dia kembali pusing untuk berlalu pergi tetapi kali ini Firyal mencengkam erat kedua bahunya. Muka Alma berkerut sedikit bila dirasakan pegangan Firyal terlalu kuat.

“ Sakitlah!” suara Alma tinggi.

“ Aku tak peduli. Selagi kita tak beli cincin selagi tu lah kau tak boleh balik.”  Suara Firyal turut naik.
Dia menarik tangan Alma kembali ke tempat tadi namun pegangannya terlepas bila Alma meronta kuat. Firyal menyumpah di dalam hati.

Alma bergegas lari bila pegangan Firyal terlepas.

“ Alma stop.” Marah Firyal sambil mengejar Alma.  

No!” Alma menjerit.  Jantungnya rasa nak tercabut kerana takut Firyal dapat menangkapnya. Apa yang dia tahu, sekarang ini dia hanya mahu jauh dari Firyal. Jauh dari realiti yang dibentangkan di hadapannya. Dia tak nak kahwin dengan Firyal! Dia benci Firyal! Firyal yang merosakkan hidupnya… Firyal yang merampas kesucian dirinya…

I said stop!” lantang suara Firyal menyuruh Alma menghentikan lariannya.

Alma berlari laju. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk melihat sama ada Firyal masih berada di belakang mengejarnya ataupun tidak. Dan dia rasa nak menangis bila Firyal sudah semakin menghampirinya.

Tiba-tiba dia ternampak sesuatu. Langkahnya dilajukan. Dia berharap dia sempat sampai di tempat tersebut sebelum Firyal berjaya menangkapnya.

Sedikit lagi dan dia akan berjaya melarikan diri daripada Firyal. Beberapa saat kemudian kakinya melangkah masuk ke dalam tandas perempuan. Alma mengunci pintu tandas. Dia menyandar belakang tubuhnya di pintu. Dahi yang berpeluh di seka dengan belakang tangan. Nafasnya mengah. Jantungnya masih lagi berdegup pantas.

Biarlah untuk seketika ini dia menyorok di sini dahulu. Firyal tidak akan berani untuk masuk ke sini. Dia berani jamin. Setelah beberapa ketika baru dia akan keluar. Saat itu pasti Firyal sudah pergi. Mustahil Firyal sanggup menunggunya. Alma tersenyum sedikit. Walau apa pun yang terjadi, dia tak akan berkahwin dengan Firyal!



Bersambung…


Read More...