BAB 2
“ Kau tidur kat sana.” Aidil Amsyar menuding jari ke arah sofa yang berhadapan dengan katil. Tubuhnya yang penat dihempas ke katil.
“ What? Jangan harap.” Hana Humaira menjuihkan bibir. Tak seronok langsung tidur kat sofa. Mesti pagi esok badannya akan sakit-sakit kalau dia tidur kat sofa. Aidil Amsyar ni…tau la tak suka dia tapi jangan la kejam sangat. Gentleman la sikit…dia perempuan tau. Kalau dengan Milia mesti Aidil Amsyar layan dengan lembut. Dengan dia? Usah mimpi la…
“ Kau jangan nak tunjuk keras kepala kau kat sini. Kau sedar tak sekarang ni kau kat dalam bilik siapa?” bagi tidur kat sofa pun kira okay …lagi kejam kalau dia suruh Hana Humaira tidur kat lantai.
Hana Humaira terdiam. Dia sudah berdiri memeluk bantal. Tinggal landing je. Nak kena tidur kat sofa jugak ke? Teruk betul Aidil ni. Biasanya dia baca novel-novel melayu yang kena kahwin paksa, lelaki yang kena tidur kat sofa…bukan perempuan. Ini dah terbalik pula. Dia yang kena tidur kat sofa, Aidil Amsyar selesa kat katil empuk. Muka Hana Humaira dah cemberut.
“ Aku tak suka kongsi barang aku dengan orang lain. So, pandai-pandai la kau nak tidur mana malam ni. Yang penting bukan kat atas katil aku.” Aidil Amsyar memejamkan mata. Badannya benar-benar letih.Dia cuma mahu tidur sekarang ni. Dia tak nak ambil tahu Hana Humaira tidur kat mana. Yang penting bukan kat sebelah dia. Dia masih belum boleh terima wanita itu lagi.
“ Berkira!”
“ Terpulang la apa kau nak cakap. Jangan tidur kat sini.”
“ Saya tak kira, awak bagi ke tak bagi ke saya nak tidur kat atas katil tu jugak.” Hana Humaira turut membaringkan badan di sebelah Aidil Amsyar. Dadanya berdebar kuat bila haruman dari tubuh lelaki itu menusuk hidungnya. Namun Hana Humaira berlagak selamba seperti tiada apa-apa. Janganlah Aidil Amsyar dengar degupan jantungnya. Malu dia nanti.
“ Kau jangan buat aku bengang la malam-malam macam ni.” Aidil Amsyar dah duduk dari baring. Ada jugak yang kena tolak dari katil ni karang.
Hana Humaira tetap tak berganjak. Dia peluk bantal erat. Matanya pandang pada dada Aidil Amsyar yang tersarung t-shirt putih. Baju pengantin tadi Aidil Amsyar campak kat mana entah.
“ Awak pun jangan buat saya bengang malam-malam macam ni. Saya penat.” Hana Humaira tayang muka kelat. Dia memang penat pun. Layan tetamu separuh mati. Lain lah Aidil Amsyar. Buat hal sendiri je.
“ Kau tak malu ke baring sebelah lelaki? Mana letaknya maruah kau? Dah hilang?” sinis Aidil Amsyar bertanya. Pelik dengan tingkah Hana Humaira yang terlalu berani. Selalunya Hana Humaira menjaga tingkahnya.
Nak je Aidil Amsyar halau Hana Humaira keluar dari bilik ni. Biar Hana Humaira tidur kat mana-mana bilik yang ada kat rumah ni tapi nanti mesti papa dan mamanya bising. Nak tak nak dia terpaksa menghadap muka Hana Humaira.
“ Kenapa mesti malu? You’re my husband. Tak salah kalau saya nak tidur kat sini, saya kan isteri awak.” Hana Humaira tak nak kalah.
“ Isteri atas kertas! Kau hanya isteri aku di atas kertas. Kau patut ingat tu.” keras Aidil Amsyar membalas.
“ Isteri atas kertas pun tetap isteri juga.” Hana Humaira menjawab.
Serentak dengan itu Aidil Amsyar tolak tubuh Hana Humaira menggunakan kakinya.
Gedebuk!!!
Hana Humaira dah jatuh tersembam kat lantai.
“ Sakit la Am. Awak ni teruk betul la.” Sakit punggungnya! Aidil Amsyar memang tak patut!
“ Kan aku dah suruh kau tidur kat tempat lain tadi. Kau yang degil sangat. Padan muka.” Aidil Amsyar tersenyum kemenangan. Terus dia rebahkan kembali badannya.
“ Kejam!” Hana Humaira bangun dan campak bantal yang dia pegang ke muka Aidil Amsyar tapi Hana Humaira bertambah berang bila Aidil Amsyar sempat menangkap bantal itu lalu dipeluknya.
“ Kau yang baling bantal ni kan. So, jangan harap aku nak pulangkan balik. Malam ni kau tidur tak payah guna bantal.”
“ Eleh, tak heran langsung.” Hana Humaira mencebik. Dia lebih rela tidur tak berbantal daripada merayu Aidil Amsyar pulangkan kembali bantalnya.
Hana Humaira merebahkan badannya ke sofa. Mata dipejam rapat.
“ Saya benci awak.” Bibirnya menggumam.
“ Aku lagi benci kau.” Aidil Amsyar membalas.
Bersambung….
Nk lg...
ReplyDelete