Alma keluar dari kereta sambil menghempas pintu kereta
Firyal. Tidak dipedulikan Firyal yang sudah meradang dari dalam kereta.
Firyal mengetap gigi. Perempuan ni memang sengaja mahu
menyakitkan hatinya. Dengan hati yang panas membara, Firyal menekan pedal
minyak dan keretanya menderum laju meninggalkan kawasan perumahan Alma.
Masuk saja di rumah terus Alma melabuhkan punggungnya di
sofa. Cincin diletakkan di atas meja. Tudung
dan cardigan yang dipakainya pula ditanggalkan dan diletakkan di sebelah. Dia
mengeluh berat.
“ Kau keluar dengan siapa tadi Al?”
Alma terperanjat bila ada satu suara menegurnya dari arah
belakang. Hampir luruh jantungnya. Kalau jantungnya tidak kuat, sudah lama dia
‘jalan’.
Alma pandang Husna
yang muncul dari belakang. Dia menjeling.
“ Dah berapa kali aku cakap jangan sergah aku dari belakang.
Terkejut aku. Aku tak puas lagi hidup tahu.” Alma membebel. Dia mengusap perlahan
dadanya.
Husna garu kepala yang tidak gatal. Dia turut melabuhkan
duduk di sebelah Alma. Bantal kecil yang berada di sofa dia rangkul.
“Sorry… aku ingat
kau perasan aku tadi. Tu yang aku main tegur je.” Husna tersengih. Manalah dia
tahu yang Alma tidak perasan akan kehadirannya.
“ Sorry naik lori
la.” Balas Alma geram.
“ Itu pun nak sentap. Kau datang bulan ke?” duga Husna pula.
Dia tersengih kambing.
“ Tak.” Tadi pun Firyal menuduhnya datang bulan kini Husna
pula cakap benda yang serupa. Takkanlah nak tunggu datang bulan baru boleh
marah?
“ Kau belum jawab lagi soalan aku tadi. Dengan siapa kau
keluar. Senyap-senyap keluar tak cakap kat aku pun. Pergi dating ye?” tanya Husna lagi. Sebelum ini kalau Alma keluar, Alma
tidak pernah lupa untuk memberitahunya. . Dia juga ingin tahu dengan siapa Alma
keluar. Tadi dia hanya nampak Alma keluar dari kereta mewah itu saja tanpa
sempat dia nampak kelibat lelaki yang menghantar Alma pulang. Dia mengintai
melalui tingkap dan bersembunyi di sebalik langsir bagi mengelakkan Alma sedar
yang dirinya sedang diintai.
“ Banyaklah kau punya dating.
Itu kawan aku. Ada hal sikit. Sebab tu aku keluar. Aku malas nak cakap kat kau
sebab masa tu kau tengah tidur.” Alma mencebik. Dating dengan Firyal? Tak ada maknanya. Disogok dengan wang pun dia
tak mahu.
“ Betul ke sekadar kawan? Tak baik tipu aku. Tak berkat
hidup kau nanti.”
“ Kawan aku je lah.”
“ Tapi aku tak pernah nampak pun kereta tu sebelum ni? Dah
lah pakai kereta mewah. Dia anak orang kaya ke Al?”
“ Hurm…” Alma malas mahu mengulas lebih lanjut. Firyal
memang kaya. Contohnya seperti tadi, dengan tanpa berfikir panjang Firyal
membayar cincin yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit. Begitu mudah,
lagak nak beli coklat cadburry. Main ambil aje. Tapi kaya pun nak buat apa
kalau tak ada budi pekerti. Ego tinggi melambung.
“ Aku kenal ke kawan kau tu? Kawan kita masa kat U dulu ke?”
tanya Husna. Dia begitu ingin tahu akan lelaki yang menghantar Alma pulang
tadi. Alma seperti ingin merahsiakan sesuatu darinya membuatkan perasaan ingin
tahunya begitu tinggi.
Alma geleng kepala.
“ Bukan. Aku pun baru je kenal dia. Dia buat hidup aku
bertambah serabut.” Ada keluhan berat di hujung kata.
“ Hah?” Husna dah kerut dahi. Dia tidak berapa dengar akan
ayat Alma yang terakhir.
“ Tak ada apa-apalah.”
“ Alma!” tiba-tiba Husna menjerit.
“ Yang kau menjerit ni kenapa? Sakit telinga aku.” Alma
mengusap telinganya. Husna jerit macamlah jarak di antara mereka sebatu.
Padahal duduk sebelah aje pun.
“ Kau keluar pakai macam ni je tadi? Kau biar betul?” Husna
menggeleng tak percaya. Keadaan Alma sangat selekeh dan tidak terurus. Keluar
jumpa lelaki yang dia rasa bukan calang-calang orang dengan sebegini rupa? Sah, Alma sudah buang tabiat!
Alma sudah mengagak yang Husna akan menegur pakaiannya. Dia
pun malu sebenarnya berpakaian sebegini. Jika keluar berhampirandengan rumah tidak mengapalah juga tapi masalahnya Firyal
membawa dia ke shopping Mall! Tempat
orang ramai membeli belah. Pandangan pelik dan juga sinis orang ramai lemparkan
kepadanya hanya ditelan pahit. Dia bukan sengaja mahu keluar dengan pakaian
yang begini, Firyal yang memaksa!
“ Apa masalahnya kalau aku keluar macam ni. Bukannya aku
pakai baju koyak rabak.” Alma berkata selamba. Ingin menutup rahsia yang dia
tiada pilihan lain selain daripada megikut kehendak Firyal yang hanya
memberinya masa selama lima minit sahaja!
“ Selekeh kau tahu. Wait,
kau dah mandi ke belum ni?”
Alma geleng kepala sambil tersengih.
“ Al, kau keluar dengan lelaki lepas tu kau tak mandi. Otak
kau ada wayar putus ke? Aku tak tahu apa yang lelaki tu fikir pasal kau.” Husna
menepuk paha Alma geram. Alma yang selama ini dia kenal sentiasa menjaga
penampilan diri bila keluar dari rumah.
“ Aku peduli apa kalau dia nak kutuk aku pun, aku tak kisah.
Asalkan aku selesa dengan diri aku, pandangan orang lain aku dah tak ambil
tahu.” Alma mengusap pahanya yang ditepuk oleh Husna. Tak adalah sakit mana
Husna tepuk. Tepuk-tepuk manja gitu.
“ Dia tak ada cakap apa-apa ke bila kau pakai macam ni?”
Sekali lagi Alma geleng kepala. Ketika ini Husna tak ubah
seperti polis pencen. Menyoal siasat dirinya.
“ Siapa nama lelaki tu?”
“ Firyal.” Menyebut nama lelaki itu saja sudah boleh buat
darah Alma mendidih.
“ Sedap nama tu. Mesti Firyal handsome kan?” Husna mengagak.
“ Handsome?
Langsung tak. Kau ingat lagi tak orang yang jual ayam kat pasar? Macam tu lah
muka Firyal.”
“ Muka tak handsome tak apa asalkan hati baik.” Husna
membayangkan wajah seorang lelaki muda yang kerap dia lihat menjual ayam di
pasar. Muka penuh dengan jerawat batu. Kulitnya pula agak gelap. Tapi untuk apa
diukur pada paras rupa. Yang penting ialah budi pekerti.
Alma diam. Firyal handsome cuma hatinya saja yang tidak
baik.
“ Eh, apa ni? Dia
bagi kau hadiah ke?” Husna ternampak bungkusan di atas meja. Cantik! Belum
sempat dia lihat isi di dalamnya Alma sudah mengambilnya. Wajah Alma yang sudah
berubah dia pandang pelik.
“ Bukan… ni aku beli masa keluar dengan dia tadi. Okaylah,
aku nak naik bilik dulu. Nak rehat kejap.” Terus Alma bangun dan masuk ke
biliknya. Dia turut mengunci pintu bilik. Badan direbahkan ke katil. Matanya
terkedip-kedip memandang siling.
Nasib baik dia sempat ambil kotak cincin yang Firyal
hadiahkan kepadanya. Jika tidak, pasti dia perlu bersoal jawab dengan Husna.
Lihat pada bentuk cincin tersebut pun sudah boleh buat orang lain mengagak yang
harganya bukan sekadar ratusan ringgit tetapi mencecah ribuan ringgit.
Alma mencongak dalam hati. Dalam masa sebulan dia akan
bergelar seorang isteri. Isteri Firyal. Mampukah dia harungi hidup bersama
Firyal yang seringkali menyakitkan hatinya. Berjumpa sekejap pun ada saja
pertengkaran yang terjadi inikan pula bila dah duduk serumah dan juga sebilik.
Sebilik? Alma gugup. Mereka akan berkongsi bilik nanti bila sudah sah menjadi
pasangan suami isteri. Hari-hari menghadap muka Firyal di bilikpasti boleh buat jiwanya semakin tertekan!
Alma pejam mata. Nafas ditarik perlahan. Perasaan sedih yang
mula bertandang cuba diusir jauh-jauh. Mengenangkan peristiwa pada malam itu
saja sudah membuatkan jiwanya merusuh. Kejamnya lelaki yang bernama Firyal
kerana merampas sesuatu yang sangat berharga darinya hanya kerana sakit hati
sedangkan kesalahan yang dia lakukan tidaklah besar mana. Busuk sungguh hati
Firyal.
Dan kini dia perlu berkahwin dengan lelaki yang telah
merosakkan hidupnya. Meragut maruahnya. Menghancur lumat sekeping hatinya
sehingga tiada apa lagi yang tinggal. Takdir benar-benar sedang menduganya.
******************
Bunyi handphone yang berdering mengejutkan Alma dari tidur.
Terpisat-pisat dia bangun. Jam yang berada di atas meja kecil di tepi katil
sudah menunjukkan pukul dua pagi.
“ Hello.” Suara Alma sedikit serak kerana baru bangun dari
tidur.
“ Hello. Aku nak cakap something.”
Dahi Alma berkerut. Siapa yang sedang bercakap dengannya saat ini? Macam pernah
dengar suara ni tapi siapa?
“ Siapa ni?” Alma tanya teragak-agak.
“ Your future husband,
Azhan Firyal.”
“ Awak nak apa telefon saya pagi-pagi buta? Dah tak ada
kerja lain ke kacau orang nak tidur. Kalau ye pun awak tak boleh tidur tak
payahlah rajin sangat kejutkan orang lain yang tengah tidur.” Mata yang tadinya
begitu susah untuk dibuka sudah pun bulat. Dengar suara Firyal saja sudah boleh
menaikkan darjah suhu kemarahannya. Jika beginilah caranya, bagaimana keadaanya
setelah kahwin nanti. Pasti tidak ada istilah aman di dalam hidupnya.
“ Tengah tidur ke? Aku ingat kau tengah makan tempoyak.” Sinis
Firyal membalas membuatkan Alma semakin meradang.
“ Saya tak ada masa nak dengar awak loyar buruk. Bye!” Alma
sudah berkira-kira untuk memutuskan panggilan.
“ Alma Nadira! Aku tak habis cakap lagi!” Firyal menjerit di
hujung talian tapi Alma buat tak dengar. Dia tetap putuskan panggilan. Dadanya
berombak kasar. Perasaan bencinya terhadap Firyal begitu sukar untuk dikikis.
Sekali lagi handphonenya kembali berbunyi. Alma merengus
geram. Dia membiarkan handphonenya berdering sehinggalah ianya mati sendiri. Hampir
lima kali panggilan Firyal tidak dijawab dan akhirnya Alma angkat juga.
“ Kau memang sengaja
nak buat aku marah kan. Aku tak habis cakap lagi kau dah letak phone.” Firyal
memuntahkan kemarahan sebaik saja Alma mengangkat panggilannya.
“ Awak pun memang sengaja buat saya marah kan. Telefon saya
pagi-pagi buta kalau nak menyakitkan hati saya baik tak payah telefon!” Balas
Alma tidak ingin kalah. Dia tak ada masa nak layan loyar buruk Firyal pagi-pagi
buta ni. Daripada mendengar suara Fiyal yang akan menyakitkan hatinya lebih
baik dia tidur.
“ Kau ingat aku teringin sangat ke nak telefon kau. Tidur
lagi bagus tahu tak?”
“ So, tidur ajelah.
Buat apa buang masa telefon saya. Saya pun nak tidur dari dengar suara awak
yang tak berapa nak merdu ni.” Alma dengar Firyal mendengus.
“ You really know how
to drive me angry.” Tekan Firyal geram.
“ And you really know
how to pissed me off.” Keras suara Alma.
Beberapa ketika Firyal dan Alma tidak bersuara. Kedua-duanya
tidak puas hati di antara satu sama lain. Alma yang tidak suka akan kebisuan
tersebut meluahkan bicara.“ Awak nak cakap apa sebenarnya? Cakaplah cepat. Saya
mengantuk.”
“ Aku nak kau cakap kat ibu kau yang kita nak kahwin. Lagi
satu, dalam masa yang terdekat ni aku nak bawa kau jumpa family aku sebelum kita kahwin.” Ujar Firyal menyebabkan Alma
terkedu.
Alma terdiam. Nak beritahu ibu? Nak cakap macam mana? Risau
juga dengan penerimaan ibu nanti. Kalau ibu tak bagi macam mana? Lagi bagus
kalau ibu tak bagi! Eh, tak boleh, mesti Firyal akan buat sampai ibu setuju. Maknanya
dia kena pujuk ibu supaya ibu mengizinkan dia berkahwin dengan Firyal.
“ Alma, kau dengar tak apa yang aku cakap?” suara Firyal di
hujung talian hanya dibiarkan sepi oleh Alma.
Berkenan ke ibu dengan Firyal untuk diangkat menjadi suaminya? Kalau dilihat pada paras rupa Firyal memang dah terlebih layak. Masalahnya, sikap Firyal tu yang sering saja buat dia panas hati.
“ Alma, tidur ke?” sekali lagi Firyal bertanya. Alma memang
cari pasal dengannya kerana membiarkannya bercakap seorang diri dari tadi.
“ Saya dengar.” Ujar Alma perlahan. Semangatnya hilang
dibawa pergi bila mengenangkan yang dia perlu memberitahu ibu tentangnya dan
Firyal. Dia juga perlu berjumpa dengan keluarga Firyal… kejap, jumpa keluarga
Firyal? Alma berdebar. Rasa takut menyelubungi dirinya.
“ Kalau dengar kenapa tak menyahut?” tekan Firyal. Bengang
bila Alma tidak menyahut. Umpama dia bercakap dengan tunggul kayu.
Sekali lagi Alma terdiam.
“ Alma!”
“ Saya belum pekak lagilah. Tak reti nak cakap slow ke?” pangkah Alma. Sakit telinganya
mendengar jeritan Firyal.
“ Tahu pun tak pekak tapi buat-buat pekak. Betul-betul pekak
baru kau tahu.”
“ Bukannya saya menyusahkan awak kalau saya pekak. Apa
masalahnya?”
“ Memanglah kau akan menyusahkan aku sebab aku tak nak
kahwin dengan orang pekak.” Sinis Firyal membalas.
“ Whatever…” malas
ingin memanjangkan perbalahan kerana Firyal bukannya jenis suka mengaku kalah.
“ Jangan lupa apa yang aku pesan tadi. “ Firyal
mengingatkan.
Alma dah picit dahi. “ Firyal…
are you sure about this?”
“ About what?”
soal Firyal hairan.
“ About us…”
“ We already talk
about this Alma.” suara Firyal berubah serius. Rasa nak melenting pun ada
kerana dia sudah menyatakannya dengan jelas pada Alma.
“ But…”
“ I don’t want to hear
anymore because you’re not allowed to change your mind. I really mean it.Goodnight!” Laju Firyal memotong
ayat Alma sebelum memutuskan panggilan meninggalkan Alma yang termangu-mangu.
Bersambung…
smbng lagiii... Best
ReplyDeletenk lgi plsssssssssssssssssssss... yg lain bila ada smbungan yerk
ReplyDeletebest nak lagi..
ReplyDeletebest..bla nk smbg lg..
ReplyDelete