“ Saya milik awak?” Alma tuding jari pada muka sendiri
lantas tergelak sinis. “ Dalam mimpi pun saya tak akan jadi milik awak. Jadi,
berhenti berangan wahai Encik Firyal.”
Firyal menopang dagu dan melepaskan pandangannya pada Alma
yang duduk di sebelahnya. Senyuman sinis sudah terukir di bibirnya.
“ Aku tak perlu bermimpi untuk dapatkan kau sebab dalam masa
beberapa minggu saja lagi kau akan jadi milik aku. Kau lupa? Aku, Azhan Firyal…
akan jadi suami kau dalam masa tak sampai sebulan pun lagi.
Bersiap sedialah
wahai Cik Alma Nadira.” Penuh bersahaja Firyal mengingatkan. Dia puas bila muka
Alma berubah dengan kata-katanya.
Alma terdiam. Nafas dihela berat. Dia masih belum dapat
terima kenyataan yang dia akan berkahwin dengan Firyal. Dia sangat berharap
agar apa yang dilaluinya sekarang ini adalah mimpi semata-mata. Bila dia
terjaga dari tidur, hidupnya akan kembali aman seperti dulu. Seperti mana
kehidupan yang dilaluinya sebelum mengenali insan bernama Firyal.
“ Apa kata kalau… kalau awak fikirkan semula mengenai
rancangan awak yang nak kita berdua berkahwin. Saya rasa kita memang langsung
tak sesuai menjadi suami isteri. Lagipun awak sendiri tahu yang saya ni bukan
anak kandung ibu bapa saya. Saya hanya anak angkat. Saya tak tahu mengenai asal
usul saya. Takkan awak nak kahwin dengan orang macam saya? Awak tak takut kalau
orang lain mengata?” luah Alma setelah diam beberapa ketika. Bila teringat
kenyataan mengenai dirinya yang bukan anak kandung ibu, sedih menggigit tangkai
hati.
Firyal tergelak sinis. Dia sudah dapat mengagak isu ini akan
dibangkitkan oleh Alma. Alma sengaja menggunakan isu tersebut sebagai alasan
untuk membatalkan rancangannya. Biar seribu alasan dibentangkan Alma, dia tetap
tidak akan berganjak dari keputusannya!
“ Aku langsung tak kisah tentang status hidup kau. Biar
semua orang mengata. Itu hak dia orang sebab dia orang ada mulut. Aku tak ada
hak untuk tutup mulut orang lain dari terus berbunyi. Cuma aku nak kau tahu
yang aku tak peduli dengan apa yang orang lain nak cakap.”
Alma mengeluh perlahan. Mudahnya Firyal berkata. Firyal
mungkin tidak peduli tetapi dia peduli. Hatinya bukan diperbuat daripada batu
untuk tidak berasa sakit dan terluka bila ada orang mengata tentang dirinya.
“ Tapi kita hidup bermasyarakat. Awak tak risau kalau semua orang asyik mengata awak sebab
kahwin dengan perempuan macam saya yang tak tahu mengenai asal usul sendiri?”
tanya Alma perlahan. Dia tak nak suatu hari nanti Firyal akan mengungkit
mengenai asal usulnya.
“ Aku tahu yang kau
memang tak nak kahwin dengan aku. Sebab tu kau bagi macam-macam alasan supaya
aku batalkan niat aku untuk kahwin dengan kau. Kau ingat aku tak tahu?” Soal
Firyal kasar. Tubuh Alma direnung tajam
bagai nak ditelan hidup-hidup.
“ Bukan macam tu…” Alma menggeleng. Dia telan liur. Gentar
dengan pandangan berapi Firyal.
“ Habis tu apa? Aku dah malas nak bertekak dengan kau pasal
hal yang sama. Tak boleh ke kau terima kenyataan yang kau akan jadi milik aku?
Susah sangat ke nak faham yang kita akan berkahwin? Kau nak aku hebahkan pada
semua orang mengenai malam pertama kita barulah kau nak terima aku. Macam tu?”
tegang suara Firyal namun suaranya masih lagi perlahan. Jelas di pendengaran
Alma seorang saja.
Alma menggigit bibir. Tubir matanya rasa panas. Dikerdipkan
berkali-kali agar air matanya tidak tumpah di hadapan Firyal. Bila Firyal
mengungkit mengenai ‘malam pertama mereka’ hatinya terasa seperti disiat-siat.
Pedihnya tak terhingga. Rasa menyesal dengan apa yang telah terjadi antara
mereka berdua. Seandainya peristiwa itu tidak berlaku, dia pasti tidak akan
terikat dengan Firyal.
Firyal mendengus dengan kebisuan Alma. Dia tak bodoh untuk
meneka apa yang ada di hati Alma. Dia sedar yang dia memaksa Alma menerima
dirinya sedangkan Alma begitu bencikannya. Kalau boleh, pandang mukanya pun
Alma tak mahu. Setelah apa yang berlaku di antara mereka dia tahu bukan mudah
untuk Alma lupakan kesalahan yang dia lakukan.
Alma hanya membiarkan bila Firyal bangun dari kerusi. Dia
tak ambil pusing ke mana Firyal mahu pergi. Namun dia terkedu bila Firyal
kembali duduk di depannya.
“ Tuam ais ni kat pipi kau. Pipi kau dah mula merah.” Firyal
menghulurkan kain yang berbungkus ais.
Dahi Alma berkerut. Firyal pergi ambil ais kat dapur ke?
“ Kau nak tuam sendiri atau aku yang tuamkan? Aku memang tak
kisah kalau kau nak aku buat.” Firyal mula mendekatkan ais di tangannya ke pipi
Alma bila tiada tanda Alma ingin mengambil ais yang dihulurkannya.
“ Saya buat sendiri.” laju Alma mengambil ais yang berada di
tangan Firyal lalu ditekapkan ke pipinya perlahan. Sejuknya!
“ Aku minta maaf sebab Lisa tampar kau disebabkan aku. Aku
tak jangka dia akan tampar kau.”
“ Saya faham kenapa dia tampar saya. Siapa yang suka bila
orang yang kita cinta nak kahwin dengan orang lain. Lisa pun macam tu juga.”
Luah Alma mengerti.
“ Saya tengok dia
cantik, pandai bergaya dan nampak macam loaded.
Sesuai sangat kalau nak digandingkan dengan awak. Saya rasa dia adalah
calon yang paling sesuai untuk jadi isteri awak berbanding saya. Tapi kenapa
awak tak kahwin dengan dia?”
“ Sebab aku tak cintakan dia.” jawab Firyal tanpa perasaan.
“ Awak pun tak cintakan saya tapi kenapa nak paksa saya
kahwin dengan awak?”
“ Stop asking that
question. You already know the answer.”
“ Tapi…”
“ Alma!” Firyal menekan suaranya.
Alma terdiam. Kalau Firyal dah sampai tekan suara, itu
maksudnya Firyal memang tengah bengang dengan dia.
“ Kita dah setuju yang kita akan berkahwin. Jadi, berhenti
bagi alasan yang boleh buat aku menyirap. Faham?”
Dengan berat hati Alma menganggukkan kepala.
“ Dah cakap kat ibu kau ke belum tentang kita?”
Alma geleng kepala. Alma senyap merenung ais di kain yang
mula mencair.
“ Belum lagi? Habis tu bila kau nak cakap? Kau nak tunggu
esok kita kahwin dan hari ni baru kau nak
beritahu dia? Macam tu?”
“ Saya perlukan masa. Saya takut ibu terkejut.” Perlahan Alma
bersuara.
“ Kita dah tak ada masa sekarang ni. Aku nak kau beritahu
dia hari ini juga. Atau kau nak aku sendiri yang beritahu dia?”
“ Jangan! Biar saya sendiri yang cakap.” Laju Alma membalas.
Mahu pengsan ibunya kalau Firyal yang beritahu.
“ Okay… make sure
kau cakap hari ni juga. Kalau tak, kau jangan terkejut kalau muka aku muncul
kat rumah ibu kau malam ni.” Firyal dah mula mengugut. Cakap baik-baik dengan
Alma memang tak boleh jalan kalau tak ada ayat ugutan.
“ Awak jangan nak buat kerja gila. Saya tahulah beritahu dia
sendiri. Jangan suka hati nak datang rumah ibu saya. Saya tak suka.” Alma benci
bila Firyal suka memaksa dirinya. Tidak fahamkah Firyal yang dia memerlukan
sedikit masa untuk memberitahu ibu? Ini bukannya perkara kecil. Ini melibatkan
hidupnya.
“ Bakal ibu mertua aku juga…” balas Firyal selamba.
“ Bakal… belum jadi lagi.” Ujar Alma tidak mahu kalah.
Firyal tersenyum penuh makna.
“ Aku akan pastikan yang benda tu akan terjadi. Bila kau dah
termaktub menjadi isteri aku, aku akan pastikan yang kau akan tetap jadi milik
aku sampai bila-bila. Walau ketika itu perasaan benci kau masih lagi menggunung
tinggi, aku tetap akan ikat kau di sisi aku…”
Alma terdiam seketika dengan bicara Firyal. Ikat dia sampai
bila-bila? Firyal memang mahu hidup dengan dia sampai ke hujung nyawa?
Bersambung…
sambung lg...best2
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDeletehuhuhu..lama nye nk tgu entri baru..sob sob
ReplyDeletenk lagi bole??
best2...
ReplyDeletecepat2 sambung,tak sabar nak tggu apa yang jd... ^_^
lm kan nk tggu next entry??? haha.... soul dh tak ada (-_-)
ReplyDeletefighting akak penulis....
Deletegoodluck..we will wait wlpn dri 2015 lgi
Deletestay safe jugak
Jejaki soul mu kak..menanti akan ku tawan cintamu 18..
ReplyDeleteLm tggu...akhirnya....sambung la plzzz
ReplyDeleteSalam dari Brunei. Dah tak update entry ke? :)
ReplyDeletePlis...dh 2 month sya menanti new n3... i miss alma n firyal so much
ReplyDeleterindukan������ 2021 dh
Deletesis dah lama benorr saya tunggu nii. sambung leww T.T
ReplyDeletehaI.cite best sgt2.harap2 dpt update
ReplyDeletedah ada smbungn kew ni?best sgt!! :)
ReplyDeletealmost 1 year tggu sambungan.. :(
ReplyDeleteBest...smbunglah kak
ReplyDeletesmbung please >_<
ReplyDeleteTakde sambungan ke atau dah dibukukan ??
ReplyDeleteHarap dibukukan..best citanya
ReplyDeleteSambunggg!!!
ReplyDeletex de sambungan lagi ke...dr 2015 lagi tunggu
ReplyDeleteMna sambungan diaaaaaa. 4 tahun dah tunggu ni 😭
ReplyDeletemana sambungannya������������
ReplyDeletex de sambungan lagi ke���������� dri 2015 tunggu
ReplyDeleteMana dia sambungannya? Cepatlah...
ReplyDeleteSorry sangat-sangat... saya memang dah lama betul berhenti menulis. Kesian pada semua yang tertunggu sambungan cerita ni
ReplyDeleteSambung please, akk penulis🙏🏻🙏🏻.. nak sangat tahu sambungan cerita ni😢
DeleteKak smbung la dh brpa thun sy tunggu ni 😭
ReplyDelete