Natrah merenung gambar Naufal di handphonenya. Macam mana
dia dapat gambar Naufal? Curi-curi la apa lagi. Tak adanya Naufal bermurah hati
nak bagi dia tangkap gambar depan-depan. Senyuman terukir di bibir Natrah. Cukuplah
walau hanya dengan menatap gambar. Sekurang-kurangnya terubat sikit rindu dia
pada Naufal.
Keluhan dilepaskan perlahan bila teringatkan kejadian yang
berlaku di lif petang tadi. Naufal sampai guna bahasa kasar dengannya. Pertama kali…
dan hatinya rasa dicarik. Sedih bukan kepalang. Itu baru Naufal bercakap kasar,
dia dah sedih sangat-sangat. Macam mana pula kalau ditakdirkan Naufal berkahwin
dengan perempuan lain. Mampukah dia bertahan? Masih mampukah dia bernafas
seperti biasa? Dia tak tahu.
Apa yang Natrah tahu, dia perlu pikat Naufal habis-habisan. Biar
Naufal jatuh cinta padanya. Biar Naufal tak mampu hidup tanpanya. Biar Naufal
mahu mendengar suaranya hari-hari.
‘Awak sombong dengan saya ye Naufal? Takpe, awak tunggu. Saya
akan buat awak jatuh cinta dengan saya. Sampai satu saat, awak takkan mampu
bernafas tanpa ada saya.’ Natrah senyum sedikit. Mata dipejamkan. ‘Selamat
malam Naufal.’
*****
“Good Morning dear.”
“Siapa benarkan awak masuk?” Naufal ketap gigi geram.
“Tak ada siapa benarkan. Saya yang benarkan diri saya masuk.
See, saya bawa air kopi kegemaran
awak.” Natrah letakkan roti bakar dan juga kopi di depan Naufal.
“Awak ingat saya akan minum air yang awak buat ni? No way! Entah-entah awak ada bubuh benda
yang bukan-bukan kat dalam kopi tu. Tak pasal-pasal nanti saya tergila-gilakan
awak.” Naufal menolak. Dalam diam dia menelek wajah Natrah. Tak terkesankah Natrah
dengan kemarahannya jumaat lepas?
“Ish awak ni. Tak baik tuduh saya tahu. Saya budak baik.
Mana main jampi-jampi ni. Saya nak pikat awak guna cara bersih.” Natrah
melabuhkan punggung di kerusi hadapan Naufal. Dia tersengih. Rasa kelakar bila
Naufal menuduhnya mahu buat benda tak elok.
“Tak payah pikat saya. Saya tak suka!” tekan naufal. Mukanya masam. Kelat.
“Tapi saya suka. Sangat!”
“Awak ni tak faham bahasa ke Natrah? Saya cakap tak nak
maksudnya saya tak nak!”
“Memang saya tak faham bahasa pun. Saya cuma faham bahasa
cinta je.”
Naufal raup mukanya kasar. Letih mahu berbalas cakap dengan
Natrah yang tak pernah mahu kalah.
“Saya tak cintakan awak and
please… bawa sekali kopi awak keluar. Tak nampak saya ada banyak kerja nak
kena buat?”
“Fine…kalau awak
tak nak minum biar saya minum. Awak sombong sangatlah Naufal.” Natrah mencebik.
Roti bakar disuap ke dalam mulutnya. Hmmm… sedap juga dia bakar roti ni. Erk…
bakar roti je kot. Apa yang istimewanya? Istimewa sebab dia bakar dengan penuh
kasih sayang untuk Naufal tapi Naufal pula jual mahal.
Mata Naufal bulat. Tubuhnya tegak. “Hey, ini bilik saya dan
kalau awak nak makan atau minum awak boleh pergi pantry. Now go!”
“Tak sakit tekak ke asyik jerit dari tadi? Sakit telinga
saya dengar awak bising pagi-pagi ni.” Natrah menghirup pula air kopi. Baru gigit
roti tu sikit, tu pun nak marah.
“Awak…”
“Okay-okay sekejap je. Saya nak minum kopi dengan makan roti
ni sekejap. Saya lapar sangat. Saya ada gastrik tau awak. Kalau saya pengsan nanti
siapa yang susah? Awak juga.” Natrah kunyah perlahan roti di mulutnya. Memang betul
pun dia ada gastrik. Cuma tak ada siapa yang tahu akan penyakitnya itu di ofis
ini. Eh jap, Aimi sorang je yang tahu.
Naufal merengus geram. Kecik je tubuh Natrah di matanya saat ini.
“Lantak awaklah nak pengsan ke nak apa ke saya tak peduli. Saya
nak awak keluar dari sini sekarang. Now
Natrah…” dalam suara Naufal. Sabarnya semakin menipis.
Tapi Natrah masih
buat selamba. Selamba menikmati roti bakar bersalut jem strawberry
kegemarannya. Sesekali disisip kopi yang masih panas. Nikmatnya!
“Saya dah tak tahu
nak guna ayat apa lagi bagi awak faham yang saya tak berminat, tak suka dan tak
cintakan awak. Berhenti kejar saya sebab saya memang tak akan pandang perempuan
macam awak.” Naufal geleng kepala. Sakit kepala dia dengan kerenah Natrah yang tidak faham bahasa.
“Just say I love you
and I will stop.”
Naufal merengus geram.
“In your dream Natrah.
In your dream…”
“ Nope, saya akan
pastikan yang awak jatuh cinta pada saya. Bukan dalam mimpi. Saya akan
jadikannya kenyataan. Masa tu awak takkan mampu hidup tanpa saya. Awak akan
sayang saya.”
Natrah tersentak bila Naufal menghempas cawan yang berisi air kopi ke lantai. Pecah… air kopi terkena kain baju kurungnya.
“ I will never ever
falling in love with you. I will never be yours. You should know your limit
Natrah. I’m your manager in this office. Not more than that. You should stop
chasing me. You make me sick with your attitude.” Penuh amaran Naufal
bersuara. Mukanya tegang.
Natrah menahan nafas.
Cawan yang pecah tapi kenapa dia rasa hatinya turut terhempas sama?
“ My love towards you
is not a crime. You should never push me without give me a chance. You don’t even
know me but you keep pushing me, avoid me. You just make things complicated. ”
“ You are the one who make
things complicated! Not me! I don’t love you. You should understand that.”
“ Saya tak nak
faham. Kenapa Naufal? Awak masih teringatkan Hanis? Masih cintakan dia? Sebab tu
awak tak boleh nak jatuh cinta pada saya… betul kan apa yang saya cakap?”
Natrah mengungkit nama Hanis. Wanita yang pernah buat Syed Naufal jatuh cinta.
“ Diam Natrah.” Semakin dalam suara Naufal. Bila Natrah
menyebut nama Hanis, dadanya bagaikan ditikam dengan pisau. Kecewanya masih
belum hilang.
“ Forget her… dia dah
berkahwin. Dan dia dah bahagia dengan Karl. Awak patut fikirkan kebahagiaan
awak. Saya rasa Hanis pun nak tengok awak bahagia macam dia.”
“Stop Natrah!”
Suara Naufal memetir. Terangkat bahu Natrah terkejut.
“ Berambus … mulai sekarang, jangan tunjuk muka kau depan
aku. Jangan cuba bercakap dengan aku. Jangan masuk bilik aku. Jangan pandang
aku. Lupakan segalanya tentang aku…” turun naik nafas Naufal menahan marah.
Natrah geleng kepala. Hatinya merusuh melihatkan wajah marah
Naufal. Marah dan kecewa. Dia nampak semua tu. Marah akan dirinya. Dan kecewa
kerana masih sayangkan Hanis.
“Saya sayang awak Naufal.” Perlahan suara Natrah. Dia bangun
dari duduk.
“Aku benci kau Natrah. You
just don’t know how much I hate you right now.” Sesudah menuturkan ayat itu
Naufal mencengkam lengan Natrah dan menolak Natrah keluar dari biliknya sebelum
pintu dihempas kuat.
Natrah tergamam. Semuanya terjadi dengan begitu pantas.
“Natrah…” Aimi memanggil. Natrah diam.
“Natrah, kau okay?” Aimi mendekati Natrah yang masih
memandang pintu bilik Naufl yang tertutup rapat. Tertutup rapat sama seperti
hati naufal yang tertutup rapat untuknya. Langsung tiada ruang untuk perempuan
bernama Natrah.
“ Dia benci aku Aimi. Naufal… benci aku.” Air mata Natrah
menitis dan esakannya pecah.
Bersambung...
Ksiannya dkt natrah. Hishh. Berlagak je naufal nih. Rasa mcm nk hempuk kpala dia je. Nak lagi ekk sis.
ReplyDeletesis sambung cepat
ReplyDeletesis sambung cepat.
ReplyDeletePleaseee sambunggg :):) *muka penuh mengharap* hehehe
ReplyDeleteCik writer...this one pun best....lama tggu tau
ReplyDeleteakak bile nk sambung citer nie..... xsabar dh nie..xcited habiss..best gilerr citer nie.. lbh2 lg citer camnie jarang org buat.. hehe cepat2 tau kak������
ReplyDeleteBila nk smbung cite nie???xkn nk biar tergantung jew???smbung la cpt please :(
ReplyDeleteNak sambungannn ;(
ReplyDelete