Pandangan mereka terhenti bila pintu bilik diketuk dari luar. Tengku Imran pulas tombol dan tubuh Tengku Zaiton berada di luar biliknya. Wajahnya terpalit bimbang. Bimbang akan dirinya. Dia buat perangai di hari nikahnya. Ibu mana yang tak risau.
“Along okay? Sara okay?” tanya Tengku Zaiton. Dia bukan mahu masuk campur tapi nalurinya sebagai seorang ibu sukar untuk dibuat tak peduli.
“Yup. Okay… kenapa?” Tengku Imran angkat kening.
“Sampai ke luar mama dengar suara Along marah-marah.”
“We are definitely fine. Right dear?” Tengku Imran tarik Sara yang berdiri agak jauh darinya dan peluk bahu Sara. Mengusap lembut. Wajah Sara berubah bila dia menyentuh Sara. Dia senyum sinis.
Sara ketap bibir. Tak selesa dengan perlakuan Tengku Imran yang agak lepas.
“Along dengan Sara bergaduh?” Tengku Zaiton tanya lagi. Berat pula mulut menantu dia ni. Langsung tak keluar suara dari tadi.
“Nope. Tak gaduh. Mama jangan risau. Takkan baru sehari kahwin dah gaduh besar. Along tak nak nak jadi duda awal. Tapi lainlah kalau ada orang tu nak jadi janda awal. Kan sayang?”
Sara mahu tersedak. Tengku Imran sedang perli dia ke sekarang ini?
“Isteri Along tak ada suara ke? Senyap dari tadi.”
“Dia malu lagi dengan mama. Nanti kalau…”
Sara melepaskan diri dari Tengku Imran. Dia pegang erat tangan Tengku Zaiton. “Datin, Tengku, Puan Sri… saya nak balik rumah saya. Saya tak nak tinggal kat sini. Saya kena paksa kah…”
Tengku Imran tarik lengan Sara. Kasar. Sara menyeringai kesakitan. Sekejap saja dia dah berada di belakang tubuh sasa Tengku Imran.
“Apa maksud Sara?Along paksa Sara kahwin dengan Along?” Tengku Zaiton kerut dahi. Hatinya tak enak. Apa lagi yang Tengku Imran lakukan?
“Along nak rehat. Penat sangat. Mama pun mesti letih. Apa kata mama rehat dulu. Esok kita sembang lagi. Goodnite ma.” Tanpa menunggu balasan daripada Tengku Zaiton, Tengku Imran tutup pintu bilik. Meninggalkan Tengku Zaiton dengan seribu satu soalan yang tak terjawab.
“What are you trying to do?” soal Tengku Imran. Perlahan dan dalam. Pegangannya dilepaskan.
“Saya nak balik. Saya tak nak duduk sini.” Sara tunduk pandang kaki sendiri. Tak berani angkat muka. Ini bukan tempatnya. Dia mahu balik. Jumpa Kay dan Mia. Dia mahu menangis. Di bahu mereka. Bebanan ini terasa menyeksakan.
“How many times do I have to tell you, Sara. You are supposed to live here. You are my wife. My wife! “ bentak Tengku Imran bengang. Kesabarannya hilang. Dia sudah terlalu penat. Penat melayan Sara yang tak habis-habis mahu menduganya. Dan dia bukan lelaki yang penyabar. Kesabarannya yang nipis jangan dijentik.
“Tapi saya…”
Tengku Imran merengkuh bahu Sara. Kejap. “For god’s sake, Sara. Accept the reality that I’m your husband right now. Is it hard for you?” nada Tengku Imran keras. Dia tak nak terima sebarang penolakan daripada Sara lagi.
“Saya tak boleh…”
“Diam.”
“Imran…”
“Diam, Sara!”
Bahu Sara terhenjut. Terkejut. Kolam matanya panas.
“Macam mana saya nak jatuh cinta dengan awak kalau awak macam ni. Langsung tak nak faham saya.” Suaranya perlahan dan lemah.
Tengku Imran mengeluh. Dia melepaskan Sara. Setapak menjauhi Sara. Dia meraup muka. Untuk kesekalian kalinya, dia buat Sara menangis lagi. Sara yang menangis tapi kenapa hatinya turut rasa sakit? Rasa pedih?
*******************
Tengku Imran melangkah masuk bilik. Malap. Hanya lampu tidur yang terpasang. Dia cari kelibat Sara. Katil kosong. Matanya melilau lagi. Dan dia ternampak Sara. Mengerengkot di sofa. Kesejukan. Masih lagi dengan baju pengantin putih. Tak bertukar.
Dia keluar dari bilik ketika Sara menangis. Tak sanggup melihat air mata Sara jatuh. Tak tahu kenapa. Dan kini, pukul 2.30 pagi matanya masih belum mahu tidur walaupun badannya terlampau letih.
Tengku Imran duduk di bahu katil. Berhadapan dengan Sara yang pulas tidur. Dia dapat lihat ada kesan air mata di wajah Sara. Tanpa sedar keluhan berat dilepaskan. Baru sehari berkahwin dan Sara nampak sangat terseksa dengannya. Perlukah sebenarnya perkahwinan ini diteruskan?
Tengku Imran bangun dan penuh berhati-hati dia mencempung Sara. Kejap pelukannya. Wajah mereka rapat. Nafas Sara menampar panas lehernya. Spontan Tengku Imran tunduk dan mengucup dahi Sara. Lembut dan perlahan. Tak mahu Sara tersedar. Ini kali kedua dia mencium dahi Sara. Kali pertama tadi semasa akad dan dia tak rasa apa. Tapi kali ini hatinya sarat dengan rasa yang sukar untuk dia jelaskan.
“Hanya kau dan aku dalam perkahwinan ni, Sara. By hook or by crook, we need to make it successful. Aku tak akan lepaskan kau. Aku tak perlukan Tengku Julia. Aku tak perlukan perempuan lain. Dan aku maksudkannya. Kau faham tak, Sara? Aku tak pandai berkata-kata tapi cukup aku nak kau tahu yang aku nak kau tetap jadi isteri aku. Selamanya…” Tengku Imran berbisik lembut di telinga Sara.
Dia tahu Sara tak akan dengar. Tapi apa yang diucapkannya itu benar. Jujur dari hati. Tak salah rasanya kalau dia mahu bahagia hadir dalam hidupnya. Hidup dia dan Sara. Ya, hanya dia dan Sara.
Tubuh Sara diletakkan di katil besarnya. Dan Tengku Imran turut melabuhkan tubuhnya di sebelah Sara. Melabuhkan kepala Sara di lengannya dan memeluk erat pinggang Sara.
“Maaf sebab paksa kau masuk dalam dunia aku yang jauh berbeza dengan dunia kau. Maaf sebab berkasar dengan kau. Maaf sebab buat kau menangis. Maaf…” itu ayat terakhir Tengku Imran sebelum matanya turut terpejam erat. Lena yang tadi tak mahu datang, terus hadir tanpa dipaksa.
Bersambung…
P/S: The truth is saya tak pernah rancang nak tulis apa. Tak pernah ada plot or draft. Saya menulis on the spot. Masa tangan saya kat keyboard baru saya fikir apa yang saya nak tulis. DAN… another truth is, saya memang sangat malas menulis. Idea memang ada banyak dalam kepala tapi bila nak olah dalam bentuk ayat, saya sangat malas. Sebab tu kalau awak2 perasan, saya lambat update.
TAPI… saya sangat2 appreciate awak2 yang sanggup tunggu entry daripada saya walaupun satu entry makan masa berbulan or bertahun (my bad). Mesti ada yang rasa stress & tak sabar nak tunggu entry baru kan… ye saya tahu. Sorry tau…
Untuk cerita Hanya Kau dan Aku… sebenarnya saya pun tak pasti tentang cerita mereka tapi saya akan cuba habiskan cerita ni. (^_^) KBye. Sayang uolls!
Saya setia menunggu the new chapter.😂😂😂
ReplyDeleteTq yunk.... (^^)
Deletebila nak smbung lg ye?
DeleteSaya sentiase menunggu tp takpe menahan rindu dulu. Haha. Nanti sambung menahan rindu ye
ReplyDeleteAye aye captain... tahan dulu ye rindu tu. Hehe
DeleteSabar itu indah sis. Besttt.. next chapter plsss...❤️😘😊
ReplyDeleteHokay... sabar sikit lagi ye. Nnt sis sambung (^^)
DeleteXde ke hanya kau dan aku 7 sis??
Deletemana sambungannya
DeleteHari-hari saya bukak blog ni takut-takut ada next entry.. Huhu.. Fanatik betul dengan citer si penulis ni.. Haha.. Gud luck untuk next citer yang akan penulis continue..
ReplyDeleteYke? Wah.... terharu rasa. Tq2. Kembang hati saya
DeleteSis.. please smbung cerpen menahan rindu.. Sebab sy tgh menahan rindu dgn cerpen n karya sis...
ReplyDeleteDah sambung.... oh yeah!!!
DeleteAkak new entry plisss 😊😊
ReplyDeletePlease continue hanya kau dan aku
ReplyDeleteBuat habis cepat please!!😁😁😁😘
ReplyDeleteXsabar next entry
ReplyDeleteThank you for upload😚😚😚
cepat la sambung x x sabar nak tahu endingnya
ReplyDeletewhere's the new chapter ..can't wait...again, nice story..
ReplyDeleteTak sabar ni..sambunglah cepat😢
ReplyDeleteSambung pliz...
ReplyDeleteSambung pliz...
ReplyDeleteBila nk sambung lagi
ReplyDeleteSetia menanti sambungan :-)
ReplyDeleteNk smbugn plisss
ReplyDeleteSambung la kak
ReplyDeleteIndonesia menanti mu
Saya selalu ternanti-nanti karya akak walupun hampir 3 thn ....
ReplyDeleteHarap akak terus berkarya ....
DeleteHai. Saya dah jatuh cinta dgn karya akakk. Plis smbung
ReplyDeleteCite ni best!!!!! Sis Uglybetty taknak sambung chapter baru kee? T.T
ReplyDeletehi author, cerita ni best. dari dulu lagi asyik repeat baca setiap episod. boleh tahu mana saya boleh dapat versi complete? sebab jalan cerita dia best sangat! rugi tak sambung. i would like to know if ada version complete for this story. keep it up miss betty, your writing was so good 👍
ReplyDeleteDekatkan diri Kepada Allah dgn amalan.
ReplyDeletehttps://rezekimagik.com/