Tuesday, 23 May 2017

Cerpen: Fall For You 1





“Hey! You ingat you seorang je ke yang ada kereta kat dunia ni? Tak boleh ke bawa kereta elok-elok? Tengok apa yang you dah buat? I nak pergi kerja tau tak?!” aku menjerit bengang. Habis baju yang aku pakai lencun terkena lopak. Busuk pula tu!

“You yang jalan tak pakai mata. Dah tau kat situ ada lopak yang you jalan area situ buat apa? Buta ke apa?” Jason membalas tanpa rasa bersalah.  Bibirnya senyum sinis.

What the… you ni psiko ke gila? Dah terang lagi bersuluh you yang salah tapi you nak salahkan orang lain pulak. Just what is wrong with you?” Dengan spec hitam, dengan senyuman sinis dia. Sumpah aku rasa nak cepuk muka lelaki cina ni. Berlagak nak  mampus. Eh kalau mampus lagi bagus. Tak susahkan hidup aku lagi dah.

“Diamlah pendek. I tak ada masa nak layan orang macam you. I dah lambat.”

“I punya lambat you tak fikir pulak. Serius you ni memang lelaki…” belum sempat aku habiskan ayat, tiba-tiba Jason campak tin kosong ke arah aku. Tepat kena kepala. Sakit!

“Tak guna! You lelaki tak guna Jason!” Aku menjerit marah.  Fail yang berada di tangan aku campak ke kereta Jason tapi tak kena pun kereta mewah Jason. Laju berdesup lelaki tu pecut lepas perdajalkan aku. Dasar lelaki… haih, nak je aku carutkan dia. Dari dulu kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah.

Kepala yang bersalut tudung bawal berwarna biru laut aku usap perlahan. Nasib tak bocor. Kalau tak memang aku saman Jason. Pedulilah kalau dia mampu bayar pun. Aku nak saman juga!

Aku kutip fail yang aku baling tadi kat tepi jalan. Tak pasal-pasal bercalar fail ni. Dia tak bersalah pun sampai kena lempar. Yang bersalah tu Jason. Aku menapak ke stesen bas. Ini lagi satu hal. Nak kena naik bas dengan baju yang macam ni. Adoi… apa punya malanglah nasib aku hari ni.

“Adik okay ke?” Akak yang berdiri sebelah aku menegur. Oh, mungkin dia nampak drama aku dan Jason tadi. Aku tengok sekeliling. Ops, rupanya ramai orang kat stesen bas ni. Konfirm diorang pun tengok apa yang jadi kat aku tadi. Dahlah tadi aku menjerit sampai nak terkeluar anak tekak. Tak sopan langsung. Habis jatuh imej aku.

“Okay kak. Hidup lagi ni. Nasib baik balingan tin dia tak buat saya maut. Kalau tak malam ni masuk beritalah saya. Tajuknya, seorang wanita maut gara-gara dibaling tin. Famous kejap saya.” Lepas tu aku gelak besar. Tapi kalau sungguh aku mati, aku nak jadi hantu yang akan buat hidup Jason tak aman. Siang malam aku akan buat hidup dia susah. Serius aku tak main-main!

Akak yang aku tak tau nama tergelak dengar aku mengarut. Mungkin dia fikir otak aku bergegar sikit lepas kena baling  dengan tin tadi gamaknya.

“Adik kenal ke lelaki tadi tu siapa. Biadap betul akak tengok lelaki cina tu. Dia yang salah dia pulak yang marah adik. Tak patut sungguh.”

“Kenal kak. Seteru saya dari dulu lagi. Memang dia tak beradap sikit. Biasalah kak, otak dia ‘weng’sikit. Wayar putus.”

“Dia gila?” Akak tu terkejut. Mukanya seakan tak percaya.

“Macam tulah ceritanya.”

“Sayangnya. Muka dah handsome.”

Aku mencebik. Muka handsome tapi perangai mengalahkan anak hantu buat apa. Handsome lagi Pak Atan yang jual buah tembikai tepi jalan tu. Muka hitam manis, baik dengan semua orang. Jason memang kalah teruk kalau nak dibandingkan dengan Pak Atan.


*****


Langkah kaki aku berat. Dah ramai yang datang ofis. Aku tunduk kepala. Senyuman aku sumbing. Sumpah aku malu. Dengan baju yang jelas bertompok. Dalam banyak-banyak hari kenapa hari ni juga aku pakai baju putih. Lagilah nampak jelas kotoran kat baju aku ni. Lepas ni aku mogok tak nak pakai kemeja putih dah.

Dari hujung mata aku nampak lif hampir tertutup. Aku berlari anak dengan  harapan sempat naik. 

“Tunggu!” aku menjerit kuat.

Mungkin orang kat dalam lif tu dengar suara aku menjerit suruh tunggu, jadinya pintu lif yang hampir terkatup terbuka semula. Tapi bila aku sampai depan lif dan tengok muka Jason Si Durjana, terus sakit hati aku datang balik.

“Cepatlah masuk. You ingat I tukang jaga lif ni untuk you ke? You tu bukannya puteri raja jadi jangan buang masa I.” Jason buat muka. Gayanya macam menyampah benar dengan aku. Hei, aku lagi menyampah dengan kau!

“You tak reti nak minta maaf  ke apek sepet? You dah buat salah kat I dua kali hari ni. Tak rasa bersalah ke?” aku cekak pinggang. Panas hati tak hilang lagi. Serius aku rasa nak pelangkung lelaki cina ni.

“Whatever.” Dengan senyuman sinis Jason terus tutup pintu lif. Aku terlopong. Damn it Jason!


*****


“Kenapa dengan baju kau Mawar? Kotornya. Kau berenang dalam lumpur ke?” Tegur Kaisara. Wajahnya pelik tengok baju aku yang tak semenggah ni.

“Oit, ayat tu cerdik sikit. Tak ada masa aku nak pergi berenang dalam lumpur. Tadi ada malaun senget pergi langgar lopak air. Terkena baju aku. Bawa kereta tak pandang kiri kanan. Bawa kereta macam jalan tu ayah dia yang punya.” Semangat aku cerita. Bila ingat balik insiden tadi, huh… serius aku rasa nak pelangkung kepala Si Jason tu.

Kaisara melopong.

“Kau tak marah dia ke? Ish, kalau aku… memang siaplah orang tu.”

“Marah pun tak guna. Dia tak makan saman. Dahlah. Malas aku nak cakap pasal dia. Buat naik darah tinggi je.” Aku mencebik. Memang Jason tu jenis yang tak makan saman. Menyakitkan hati.

“Kau tak ada baju spare? Kejap lagi ada meeting. Bukan kau ada presentation ke dalam meeting tu?”

“Alamak, aku lupa! Aku tak ada baju spare. Kau ada?” Adoi, macam mana aku boleh lupa kejap lagi ada presentation? Penting pula tu!

Kaisara geleng. “Baju tak ada tapi telekung ada. Kau nak?”

Terus aku ketuk bahu Kaisara. Main-main pula budak ni. Kaisara gelak.

“Kau nak semua orang kat ofis ni lari bertempiaran terkejut? Haih, cuba cari idea bernas sikit.” Aku tengok jam di pergelangan tangan. Meeting lagi 30 minit. Habislah aku…
Staf-staf kat ofis pandang aku sambil gelak-gelak. Ketawakan aku lah tu. Huh, lantak koranglah.

“Kenapa dengan baju you, Mawar?”

Aku menoleh. Jason si mata sepet bertanya. Aku menjeling. Sajalah tu!

“Oh, tadi ada…”

“Geli I tengok muka you. Eh silap, geli I tengok baju you. Kembang tekak. Why not you balik rumah hari ni atau pergi mana-mana mall beli baju. Serius Mawar. You look awful.” Jason sengih sinis. Keningnya diangkat. Mencabar aku.

Aku mendengus. Geram. “You jangan nak macam-macam ye apek. You…”

Jason angkat tangan. Isyarat ‘talk to my hand’ dan berlalu pergi. Aku gigit bibir. Geramnya!

“Kau memang tak takut dengan Mr Jason kan Mawar. Aku tengok kau rajin nak balas cakap dia. Kau jangan macam-macam. Dia tu pangkat besar kat sini. Jangan sampai silap langkah, kau juga yang hilang kerja kat sini.” Widad perli. Sambil mengirai rambut perang dia. Kalau nak tahu, inilah dia sotong gedik kat syarikat ni. Aku memang tak suka dia. Tersangatlah busybody minah kepochi ni. Dan dia tersangatlah perasan. Dia rasa dialah perempuan paling cantik kat dalam syarikat ni. Oh please…

“Kalau hilang kerja pun bukan kau yang susah tapi aku. Jadi, kau  tak payah sibuk. Just mind your own business.” Selamba aku menjawab. Dengan Widad tak payah nak cakap kias-kias.

Widad tolak bahu aku kasar. Aku tahan nafas. Sabar Mawar…

“Berlagak ye kau. Harap je nama bunga Mawar tapi muka bukannya cantik mana. Bahasa pulak kurang ajar. Memang patutlah tak ada lelaki nak kat kau. Pity you.”

“Wei korang… dah lah. Semua orang pandang. Kita bukannya budak-budak lagi dah nak bergaduh 
macam ni.” Kaisara dah tarik tangan aku. Menjauhi Widad. Aku keraskan badan. Tak berganjak.

“Aku lagi kesian kat kau Widad. Serius aku kesian. Kau buat gedik macam sotong pondan pun still tak ada lelaki  nak kat kau. Tak rasa malu ke tergedik sana sini tarik perhatian lelaki. Dengan pakaian tak cukup kain. Kalau tak ada duit cakap, aku boleh belikan kain bagi tutup kaki kau yang tak berapa nak gebu tu.” Aku senyum sinis. What? Ingat dia seorang je yang boleh sakitkan hati aku? Aku pun bolehlah.

“Kurang ajar!” Widad tarik tudung yang aku pakai. Aku pun tarik rambut perang dia. Ingat aku nak jadi perempuan melayu terakhir? Diam bila kena tindas. Memang taklah!

Bergema ofis dengan jeritan aku dan Widad. Kaisara cuba meleraikan tapi Widad tolak sampai jatuh terduduk.

“Stop it!” Jason menjerit lantang. Bila masa Jason sampai sini pun aku tak perasan.
Spontan tangan aku dan Widad jatuh. Nafas aku mengah. Mataku mencerun pandang Widad.

“Both of you. Come to my office. Now!” bahuku terangkat. Terkejut. Jason jarang marah. Sekali dia marah, kecut perut aku. Ketar lutut.

“This is all your fault.” Widad rempuh bahu aku kasar dan masuk ke bilik Jason. Aku mendengus. Hilang kesabaran betul aku dengan perempuan ni.

Aku betulkan tudung yang dah senget benget. Sebelum masuk bilik Jason sempat aku tegur Kaisara. 

“Kau okay tak? Jatuh terduduk macam nangka busuk.” Kaisara garu kepala. Dia berdiri depan aku. Mukanya tampak risau.

“Aku harap Mr Jason tak pecat kau sebab bergaduh dengan Widad. Kau tak bersalah. Aku boleh jadi saksi. Widad yang mulakan dulu.” Kaisara usap bahu aku. Mukanya dah nak menangis. Aku tergelak. Aku yang kena marah tapi dia yang terlebih risau.

“Jangan risau. Aku tak akan apa-apa. Chill…”

“You nak I bentang karpet merah baru you masuk bilik I ke Mawar?” Jason menyindir sinis. Dengan muka kerek dia tu lagi. Huh, serius aku rasa nak balik rumah sekarang ni. 

Tapi aku bawa juga kaki aku melangkah ke bilik dia. Lepas je aku masuk terus dia hempas pintu. Kuat. Mahu gugur jantung aku.

Jason duduk di kerusi besar dia. Widad berdiri depan meja Jason. Aku pun berdiri kat sebelah Widad tapi ada space antara kami. Dekat-dekat nanti ada juga yang makan kaki kalau aku dah hilang sabar.

Now tell me. What’s wrong? Kenapa bergaduh? You all tak malu ke dengan staf lain. Bergaduh macam budak-budak kat ofis. Kat mana letak otak? Kat lutut?” keras suara Jason. Marah.

“I tak bersalah. Mawar yang mulakan dulu. I cuma nak pertahankan diri I.” perlahan suara Widad. Takut. Tunduk tak angkat kepala.

Aku pegang dahi. Pening. Dah dapat agak Widad akan putar belitkan cerita. Kalau  Widad jadi pelakon confirm dia boleh menggondol pelakon wanita terbaik. Dengan air mata palsu lagi. Tersangatlah real. Kalah Emma Maembong.

“Apa yang Mawar cuba buat pada you?” Jason bersandar. Tegap memeluk tubuh sasanya.

“Dia tarik rambut I. Sakit. I merayu supaya Mawar lepaskan tapi makin teruk dia kerjakan I. I tak tahu apa salah I sampai dia sanggup buat I macam ni.” Widad teresak-esak menangis. Bergegar bahu. 

Aku senyap. Nak tengok juga sampai mana dia nak merapu. Memang tak takut dosa betul minah ni.

“Betul ke apa yang Widad cakap, Mawar?”  Lama Jason pandang aku.

“What do you think Mr Jason. Do you think I really do that?”  Aku membalas soalan Jason dengan soalan.

“Just answer me. I tak suka bila I tanya orang jawab dengan soalan juga.” Jason bengang. Nadanya tak senang dengan tingkah aku.

Aku senyap lagi. Lama keadaan sunyi sebelum Jason merengus kasar memecah keheningan.

“Say sorry to Widad, Mawar.”

“Execuse me?” Aku jungkit kening. Widad dah tersenyum sikit.

“I don’t like to repeat myself.” Langsung tiada senyuman di wajah maskulin itu.

 “I lagi rela berhenti daripada minta maaf.” Aku ketap bibir. Geram. Jason tak adil!

“Okay, if you say so. Put your resignation letter on my table within 24 hours. I don’t want to see you more. Now both of you. Get out.” Suara Jason tegas. Sumpah, aku benci dia!

Terus aku menonong keluar. Aku hempas badan kasar ke kerusi. Muka aku tegang. Tangan aku laju menari di keyboard.

“Mr Jason cakap apa, Mawar?” Kaisara berdiri sebelah aku. Risau.

“Dia suruh aku berhenti. Short notice. 24 hours!

“Apa?” Kaisara menjerit. Kemudian dia menutup mulut bila semua mata fokus ke arahnya.

“Aku tak kisah. Berlambak lagi kerja kat dunia ni. Ingat aku hadap sangat ke nak kerja dengan apek sepet tu.” Aku membalas geram. Sabar Mawar… Dunia ni luas. Banyak lagi tempat untuk kau.

“Kesian kau. Kena berhenti. Lain kali jangan cari fasal dengan aku.” Tiba-tiba Widad muncul. 
Seronok perli aku. Ada senyuman kegembiraan di wajah Widad.

Aku hempas fail kat meja. Widad terkejut. Aku pandang muka dia macam nak telan. Wajah dia berubah. Cuak dengan perubahan aku.

“Sebelum aku naik hantu, kerjakan kau kat sini, baik kau pergi. Jangan cakap aku tak bagi kau amaran.”aku menggertak. Sungguh, aku tak mood nak cakap baik-baik. Melayang juga penampar aku kat pipi Widad nanti.

Laju Widad pergi. Penakut juga minah ni. Aku baru gertak sikit dah lari macam lipas kudung. Tadi berani sangat berdrama.

“Biar aku cakap sendiri dengan Mr Jason. Kau cuma mangsa keadaan. Biar dia tahu yang kau tak bersalah.”

“Tak payah. Serius, tak payah. Biar aku handle benda ni sendiri. Aku pun dah lama nak angkat kaki dari sini.”

Tak sampai lima minit, surat perletakan jawatan aku dah ada kat tangan. Dari awal lagi aku dah siap simpan surat tu dalam computer. Tinggal print je.

“Jangan macam ni Mawar.” Kaisara pegang tangan aku. Halang aku dari tinggalkan syarikat ni.

Aku tarik tangan aku perlahan. Tepuk bahu Kaisara. “Kita still kawan even aku dah tak kerja kat sini nanti.” Aku cuba pujuk Kaisara. Muka Kaisara suram.

Aku melangkah ke bilik Jason. Masuk  tanpa mengetuk pintu. Dia angkat muka. Senyum sinis bila aku letak surat tu kat atas meja dia.

“Susah sangat ke nak minta maaf? You sanggup berhenti, hilang kerjaya disebabkan ego you. Berbaloi ke you buat macam ni?” Jason tongkat dagu. Pandang aku hingga boleh tembus ke belakang kepala.

 Maybe I should ask the same question to you. Susah sangat ke nak minta maaf? You buat dua kesalahan dengan I pagi ni tapi ada you minta maaf? No… you tetap dengan ego you. Betul kata kumpulan Blues. Sorry seems to be the hardest word.  Right?” Aku pandang wajah tampan Jason. Tampan sehingga ramai yang tertawan. Dengan tubuh sasa, Jason memang menjadi kegilaan ramai wanita.

“You tengah perli I ke sekarang ni?” Jason kerut dahi. Tangannya dijatuhkan ke meja. Mukanya tak puas hati. Tak senang dengan mulut lancang aku.

Ops, you terasa ke? Tapi kalau you terasa bagus juga. Memang I perli you pun.” Aku senyum sinis. Tak ada masa aku nak jaga hati Jason. Hati aku pun tengah sakit sekarang ni.

Jason ingin membalas tapi laju aku potong. “I tahu you memang tak suka I kerja sini. You memang nak I berhenti. Tak nak hadap muka I langsung kan. I tahu. So, you mesti suka bila I berhenti. Kan?” Aku tarik kerusi depan Jason dan duduk tanpa disuruh.

“Of course but are you sure I will let you go this easily?”

“You nampak tak surat kat depan mata you. Bacalah. I hantar surat notis berhenti 24 jam. By 6 pm this evening, you will not see me.” Aku tolak surat resign aku depan mata dia. Tak reti-reti baca sendiri ke? Nak aku juga yang bacakan? Huh!

Jason angguk. Dia tarik surat aku tapi tak baca. Matanya tetap terpaku di muka aku.

“Fine, I will accept your resignation but you need to pay the compensation. Do you know that?”  

Jason senyum dan aku rasa senyuman dia sangat keji!

Of course I know. One month salary, right? I’m aware of that.”

Jason ketawa sinis. Mukanya tersembunyi muslihat yang aku tak dapat nak teka.

 “You terikat dengan kontrak selama 6 bulan dengan syarikat ni. Kalau you berhenti dalam masa 6 bulan, you kena bayar kepada syarikat sebanyak RM20,000.”

“Apa? Rm20,000? You gila ke?” Aku terkejut. Terus aku berdiri tegak. Dua puluh ribu? Melampau! Mana aku nak cekau duit banyak tu?

“You tak baca dulu sebelum sign kontrak tu? What a girl…” Jason menggeleng kepala. Senyum sinis. Seronok melihat aku kalut.

Like seriously, you jangan nak tipu I dengan kontrak bodoh tu. You ingat I tak tahu yang akal you panjang. Sengaja nak kenakan I.” Aku dah cekak pinggang. Panas. Bilik ni rasa panas sangat walaupun penghawa dingin elok berfungsi.

Up to you. Terpulang nak percaya atau tak. Nak berhenti boleh tapi bayar dulu duit pampasan. Baru you boleh berhenti. Sebab you ada lagi 2 bulan sebelum cukup 6 bulan.” Jason tak peduli dengan kemarahan aku. Baginya kecil jumlah dua puluh ribu itu. Tapi bagi aku besar. Besar sangat!

“You memang suka cakap tak serupa bikin. Sekejap suruh I berhenti dalam masa 24 jam. Lepas tu tak bagi I berhenti pulak. Kena bayar pampasan bagai. You nak I buat apa sebenarnya?” Aku marah Jason. Dan aku bertambah marah bila Jason tak ambil pusing dengan kemarahan aku. Hanya senyum sinis sambil merenung muka aku dari tadi.

“You memang bos yang teruk kan Jason?”

“Execuse me? Berani you kutuk bos you? You memang tak sayang mulut kan Mawar?”

“You malukan I tepi jalan pagi tadi. Mandikan I dengan lopak busuk. Tak cukup dengan tu you baling tin sampai kena kepala I. Tak reti nak minta maaf. Pasal kes I dengan Widad…You sangat berat sebelah. You hanya dengar penjelasan dari sebelah pihak. You tak tahu cerita sebenar tapi mudahnya you menghukum. You suruh I berhenti. Then suddenly, you sebut pasal pampasan bagai.  Serius Jason. You bukan setakat bos yang teruk tapi you makhluk aneh yang sangat teruk! ” Aku meluah rasa. Aku tak pandang Jason yang dah berubah mukanya. Aku pandang luar. Rasa serabut sangat. Kenapalah hidup aku wujud Jason. Kalau tak mesti hidup aku tenang.

“Kerja sini lagi dua bulan Mawar. Lepas tu kalau you nak berhenti juga I tak akan halang you.” Jason tak ambil pusing dengan luahan aku.

Aku diam.

“Mawar…” Jason panggil tapi aku tak layan.

“Yes, I mengaku I memang teruk tapi this is me. I tak hipokrit. I tak akan ubah diri I demi orang lain. Suka atau tak you kena terima.”

Aku mengeluh. Penat nak berlawan cakap dengan Jason. Aku memang tak akan menang. Fine, aku akan cuba bertahan kat sini lagi dua bulan. Dua bulan je lagi… lepas tu aku harap tak akan jumpa Jason. Sampai bila-bila.

Tanpa membalas bicara Jason, aku melangkah keluar. Tak hadap nak lama-lama tengok Jason.

“Wait.” Jason menahan. Dia menghampiri aku.

“Take this. Buat beli baju baru.”Jason menghulurkan beberapa keping duit kertas. Aku pandang sepi duit Jason.

“I tak perlukan duit you tapi I nak you minta maaf dengan I.”

“That will never happen. Dalam mimpi pun I tak akan minta maaf dengan you. Berhenti berangan sesuatu yang you tak akan dapat.”

“Okay fine.”

Aku ambil duit Jason dan tanpa berfikir walau sesaat, aku koyakkan duit itu dan campak tepat ke muka Jason.

“Mawar!” Jason menjerit lantang. Merah padam mukanya. Mungkin rasa terhina dengan tindakan aku.

“You marah?”Aku gelak sinis.

Jason pandang aku tajam tapi sikit pun aku tak gentar. Aku dah penat dengan Jason. Penat sampai aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan.

“Sikit pun I tak peduli kalau you marah. You boleh bawa marah tu sampai bila-bila dan I tak nak peduli. Tapi jangan harap I akan minta maaf dengan you.”selamba aku bersuara. Tanpa menunggu balasan daripada Jason, aku melangkah keluar.


*****


Aku sedut air oren rakus. Marah aku masih belum surut. Muka aku masam mengalahkan cuka.

“Sabar Mawar. Ingat Allah.” Kaisara memujuk. Nadanya lembut.

 “Sebab aku ingat Tuhanlah aku diam macam ni. Kalau tak difikirkan dosa pahala, dah lama aku langgar lari Jason dengan minah gedik edisi terhad tu. Sumpah, aku tak suka dia orang.” Aku mencebik. Tak  makan dipujuk.

“ Tapi at least kau masih kerja kat sini lagi. Tak payah cari kerja lain.”

“Tu sebab apek sepet tu ugut aku. Suruh bayar pampasan. Gila! Aku tak ingat pun ada tulis dalam kontrak suruh bayar banyak tu kalau berhenti tak cukup bulan.”

Kaisara angkat bahu. “Tak tahu pula aku. Kau kena tanya bahagian HR. Tapi yang penting sekarang ni kau jangan marah-marah. Chill. Tak cantik muka masam-masam macam tu. Takut orang lain nak tegur.”

Aku diam. Nasi goreng cina yang sememangnya kegemaran aku rasa tak menyelerakan. Tiba-tiba aku rasa diperhati. Aku angkat kepala. Jason… Mata kami bersabung sebelum aku mengalihkan pandangan.  Aku tak suka kau Jason…


*****


“You pergi Syarikat Saujana Perkasa hantar dokumen ni.” Arah Jason. Dia tunjuk dokumen yang berada di atas mejanya sebelum menyambung kembali kerja. Tekun menghadap komputer.

Aku kerut dahi. Perlahan aku capai dokumen tebal itu. “Kenapa I yang kena pergi. Encik Rosman ada.” Aku tak puas hati. Ada banyak lagi kerja yang aku kena buat. Lagipun ini bukan skop kerja aku. Jason ni memang sengaja cari pasal.

“You jangan banyak bunyi boleh?” Jason tetap tak pandang aku.

“Tapi ini bukan kerja I.” Aku mendengus. Bengang betul dengan apek sepet ni. Rasa macam nak cili-cilikan mulut dia.

 “Shut up Mawar. Just do as I say.” Suara Jason tegas dan dia langsung tak pedulikan muka aku yang dah mencuka. Masam mengalahkan asam jawa.


*****


“Mawar!”

Aku tersedak. Kalut aku tepuk dada. Aku tengah minum air kot! Janganlah main jerit-jerit macam tu. Terkejut aku.

“Mawar!” sekali lagi jeritan Jason bergema. Macam nak terkeluar anak tekak panggil nama aku. Ye aku tahu nama aku sedap, tak payah panggil nama aku banyak kali. Aku pun belum pekak lagi.

Dengan rasa bengang, aku masuk ke bilik Jason. Dia pandang aku macam  nak telan. Eh hello, aku yang patutnya marah. Tak menyempat nak panggil aku. Panggil elok-elok tak boleh ke?

“You nak apa?” sepatah aku menyoal.

“Macam ni ke cara you layan bos you? Where is your manners?” Jason tegur. Dia campak pen yang dipegangnya ke atas meja. Bilik ni terasa hangat tiba-tiba.

“You nak apa? Panggil I sampai bergegar satu ofis dengan suara you. Apa yang urgent sangat?” aku tak jawab soalan Jason. Sibuk nak suruh aku hormat dia sebagai bos. Dia tak hormat pun aku sebagai pekerja.

Jason peluk tubuh. Matanya mencerun pandang aku. Marah bila aku seakan tak peduli dengan tegurannya.

“Sekali lagi I ingatkan you, Mawar. Do respect me! I’m not your friend. I’m your bos! You’re my staff, act like a staff.” Suara Jason keras.

Aku ketap bibir. Itu dia… Jason mengamuk.

“Pergi belikan I breakfast kat Oldtown seberang jalan.”

Aku ingin bangkang dan laju Jason pangkah.

“I give you 5 minutes to buy my breakfast, Mawar. You should go now.” Tegas suara Jason. Mukanya tegang. Tiada kompromi dan aku tahu… sekali lagi aku kena menurut arahan Jason dengan hati yang sebal. Belikan breakfast dia tak ada dalam skop kerja aku kot!


*****


“Jom lunch  sekali. I belanja.” Adif mempelawa. Jurutera. Handsome dan bergaya. Single? Yang tu aku tak tahu.

“Amboi Encik Adif. Takkan ajak Mawar seorang je. Tak nak ajak saya sekali ke?” Kaisara mengusik. Aku tergelak. Tahu yang Kaisara ada hati dengan Adif.

Adif senyum. “Boleh Kaisara. Jomlah join sekali.”

Aku angkat fail-fail yang berterabur di meja dan letak kat kabinet di sebelah Kaisara. Dalam kepala dah terfikir nak makan nasi goreng paprik dan telur dadar. Lama tak makan nasi goreng paprik.

 “Mawar, pack your things. Ikut I pergi site.” Jason mengarah. Mukanya tegang. Briefcase dan beberapa fail ada di pegangannya.

“Pergi site? Buat apa?” dahiku berkerut. Aku bahagian akaun. Nak pergi site buat apa? Aku bukan tahu ukur bangunan.

“Nak goreng cekodok kat sana.” Jason buat muka.

“Kalau setakat nak goreng cekodok I malaslah. Pagi tadi pun I dah makan cekodok.” Aku membalas loyar buruk Jason. Aku nak makan nasi goreng paprik! Dengan Adif dan Kaisara. Tak nak dengan Jason. Tak nak!

“You jangan banyak cakap boleh tak? Siapa bos sekarang ni? You atau I?” suara Jason tegang.

“You.”

Jason mengangguk puas hati dengan jawapan aku.

Lets go.”

“Mr Jason ajaklah Widad. Mesti dia suka.” Aku tambah. Minah sotong tu mesti suka kalau dapat berkepit dengan Jason.

Mata Jason dah mencerun pandang aku.

Another word from you Mawar, you will regret it.” Jason mengugut aku dengan nada serius. Berubah terus muka kacak itu. Macam nak telan orang. Aku telan liur. Gentar.

“Sorry Encik Adif. Next time I follow you lunch.” Aku pandang Adif. Rasa bersalah. Dah banyak kali dia ajak aku makan sekali tapi aku tak pernah ikut.

“Its okay. I will wait for that moment.” Adif senyum. Sempat dia kenyit mata untuk aku. 

“Mawar!” Jason menjerit dari dalam lif. Tak menyempat langsung! Terkocoh-kocoh aku kutip beg tangan aku. Aku berlari anak mendapatkan Jason. Dalam hati aku menyumpah geram.

“You memang jenis tak sabar kan.” Ujarku geram. Dahlah paksa aku ikut. Kerja yang tak ada kaitan dengan aku. Lepas tu tak menyempat nak pergi.

“Whatever.” Jason langsung tak pandang aku.

Aku menjeling. Nasiblah kau tu bos. Kalau kau pun kuli macam aku, dah lama aku ketuk kepala kau. Huh!

“Jadi perempuan jangan mengada sangat. Jangan asyik nak mengendeng dekat lelaki . Jaga sikit maruah you.”

“You cakap dengan I ke?”

“Eh taklah. I cakap dengan dinding.” Jason membalas sinis.

“Sah you dah gila. Sampai boleh bercakap dengan dinding.” Aku buat muka  kasihan.

Laju aku keluar dari lif. Tinggalkan Jason kat belakang. Mata meliar cari kereta Jason. Tapi aku tersentak bila Jason tarik beg tangan aku.

Jason mendengus. “You jangan buat tak tahu boleh tak?” Jason melangkah setapak ke depan dan aku ambil dua langkah ke belakang. Menjauhi Jason.

Whatever Jason. I malas nak layan you.” Aku menjawab malas. Tak ada masa aku nak layan. Paksa aku ikut dia lepas tu nak sakitkan hati aku. Baru dua langkah dengan tidak semena-mena Jason menarik lengan aku. Nasib beralas. Buang tabiat ke apek sepet ni?

 “You nak apa? Main Tarik-tarik. Nak kena penampar?” Mataku tajam pandang wajah sinis Jason.

“Kenapa you tak boleh cakap elok-elok dengan I tapi dengan orang lain bukan main lembut you layan? Discrimination?” Jason angkat kening menyoal.

“Sebab orang lain tu tak macam you.” Aku jawab sepatah dan sekali lagi Jason tarik beg tangan aku. Aku mendengus. Geram.

“Apa beza I dengan diorang? I pun manusia juga. Layanan you patutnya sama dan mungkin lebih lagi sebab I bos you.”

“Sebab I tak suka you. You jahat. Suka buli I. Suka kenakan I dan I tahu you pun tak suka I.” sekali nafas aku membalas.

“Mana you tahu I tak suka you? You boleh baca hati I ke?” balas Jason laju. Dia berdiri depan aku. Menghalang aku dari terus melangkah pergi.

Aku mendongak pandang Jason yang tinggi lampai. “Habis tu you suka I? Macam tu?” senyum sinis. Mustahil Jason ada hati padanya. Tak mungkin…

Yes. I suka you. Suka sangat sampai I tak boleh nak berjauhan dengan you. Suka sampai I tak boleh tengok ada lelaki lain rapat dengan you. Suka sampai tiap saat I teringatkan you. Suka sampai…”

Aku tergelak kecil.  “Ingat I nak percaya? Baik you simpan balik ayat tadi. Sikit pun I tak nak percaya.” Aku berjalan. Tinggalkan Jason kat belakang. Sah, Jason dah gila! Tiba-tiba cakap suka aku. Nak mainkan perasaan akulah tu!

“You pernah dengar tak Mawar?” Jason tahan aku lagi.

“Apa lagi Jason? You nak I follow you ke tak sebenarnya? Jangan cakap benda merapu lagi boleh tak?” aku ketap bibir. Naik rimas dengan tingkah Jason hari ni.

Jason tak menghiraukan kemarahan aku.

Once I dah cakap, I tak akan tarik balik.” Ujar Jason serius.

“I akan pretend yang I tak dengar. Now, lets go…”

“I suka you Mawar. You kena bertanggungjawab dengan perasaan I.”

“Shut up Jason or else…”

Or else what? You nak lari? I akan kejar you. You nak resign? I takkan izinkan. You nak bercinta dengan lelaki lain? Over my dead body.” Tiada segarit senyuman pun di wajah Jason.

“You ingat you siapa nak halang I bercinta dengan lelaki lain. You bukan siapa-siapa dalam hidup I.”

“Yes, I know I’m nothing in your life right now. But I want to be someone special.”

Aku geleng kepala. Tak boleh nak hadam luahan Jason.

 Mawar, I’m not joking right now. I’m dead serious. I tengah confess dekat you sekarang ni dan ini respon you? What the…”    

Belum sempat Jason habiskan ayat, aku dah berpusing ke belakang. Nak naik ofis. Aku tak bodoh lagi nak dengar Jason menipu aku tentang perasaan dia. Takkanlah dia yang tampan mengalahkan Danial Henney boleh suka aku. Tak logik. Dan tidak semena-mena, tangan aku terasa ditarik. Jason!

“Hey, jangan sentuh I!” Aku menjerit marah. Jason dah gila ke?

Fine, I takkan cakap pasal benda ni buat masa sekarang. Kita pergi site dulu. Tapi ingat, we’re not done yet.”

Jason sumbat aku masuk dalam kereta besar dia dan pecut laju. Aku pandang ke luar tingkap. Keadaan sunyi. Senyap. Jason turut diam. Aku hela nafas berat. Kata-kata Jason bermain di fikiran aku. Kalau Jason ingat aku akan percaya cakap Jason, Jason silap besar. Aku tak akan tertipu dengan ayat manis Jason sebab aku tahu di mana kesudahan cerita ini. Jatuh tersungkur di kaki Jason. Itu yang dia mahu…

Get lost Jason… Just stay away from my life.



*****


 “Nah, pakai ni.” Jason hulur topi keselamatan yang sangat tak menarik di pandangan mata aku.

“Perlu ke?” habis rosak awning tudung aku.

“Tak payah pakai kalau you nak kepala you pecah. Nyawa you memang ada sembilan macam kucing. Kan? Kalau you mati sekali, you akan hidup lagi lepas ni. Kan?”

Aku menjeling. Mulut Jason memang tak ada insurans. Suka cakap lepas.

Dalam protes, aku sarungkan juga topi keselamatan dekat kepala. Tiba-tiba Jason datang dekat. Spontan aku menapak ke belakang. Dan Jason tarik bahu aku sedikit sebelum pasang topi keledar aku betul-betul. Aku tolak bahu Jason. Kasar.

“I tak peduli kalau you dah biasa pegang perempuan lain tapi tolong… tolong hormat I. jangan suka hati pegang I macam I ni isteri you.” Aku marah Jason yang hanya senyum sinis. Tak ambil peduli dengan kemarahan aku.

“I tolong you pakaikan topi tu betul-betul tapi you tak berterima kasih dengan I. You marah I.”

“You jangan nak bagi alasan.”

Jason angkat bahu. Malas nak berbalah dengan aku. Dia tinggalkan aku. Seorang dekat situ. Aku tak kenal siapa-siapa kat sini. Dia tak risau ke kalau ada orang nak buat tak elok kat aku? Aku ketap gigi geram. Dengan langkah yang berat, aku ikut Jason. Aku nampak dia senyum sinis.

“Benci I tapi you ikut I. Suka I tapi tak nak mengaku. You memang perempuan yang complicated, Mawar.”

Aku buat muka. Nak muntah dengan ayat Jason.

“I belum buat apa-apa lagi tapi you dah mula rasa loya?”

“Shut up, Jason.”

Dan Jason tergelak





Bersambung lagiiiiii (^_^)


P/S: Saya baru perasan. hero2 dalam cerita saya semuanya Bad Boy Style. Uolls okay ke? or nak saya buat hero yang baik + sopan? hehe... feel free to comment

13 comments:

  1. Menarik...jgn lupa sambung ye...i' m waiting

    ReplyDelete
  2. Sis...bile nk smbng ni...dh lme tertunggu2

    ReplyDelete
  3. Sis bila nak sambung?😖😪

    ReplyDelete
  4. sambung plissssss...

    ReplyDelete
  5. Sis bila nak nak sambung?sambung plesss

    ReplyDelete
  6. Mana sambungannye... Aduyaiiiii... Da best tgh syok baca ni

    ReplyDelete
  7. Mana sambungannye... Aduyaiiiii... Da best tgh syok baca ni

    ReplyDelete
  8. sambung la lagi..... best ni :(((

    ReplyDelete
  9. Sambung plzzzz
    Sambung biar jason jd jas
    on da killer
    Hehe
    😜

    ReplyDelete