Monday, 20 March 2017

Cerpen: Menahan Rindu 4





“Kau okay tak ni Natrah?”

“Okay.”

“Tapi muka kau pucat sangat ni. Jom aku bawa pergi klinik.” Aimi tarik tangan Natrah untuk bangun tapi Natrah tetap kaku. Air muka keruh.

“Tak payah. Aku okay.” Natrah membalas lemah. Perutnya semakin berdenyut-denyut. Sah, gastriknya menyerang lagi. Lambat sangat dia makan pagi ni. Tadi pun makan sikit je. Mana taknya. Kena marah dengan Naufal. Ah,  Naufal sudah benci dengannya. Natrah ketap bibir. Hatinya terguris.

“Okay apa macam ni kalau dah sampai terduduk sakit. Kau gastrik ke? Kau tak sempat sarapan pagi ni?”

Natrah tak membalas. Badannya menggigil menahan sakit yang semakin berbisa. Tangannya memegang perut. Air mata yang tadi sudah berhenti kerana Naufal kini mengalir. Sakit…

“Wei dah teruk sangat kau ni. Kita kena pergi klinik ni Natrah.” Aimi cemas. Rasanya sudah lama dia tak nampak Natrah sakit teruk begini.

Natrah menangis tanpa suara. Mama, Naufal benci Natrah…

“Kenapa?” Aril Fahmi muncul. Kalut bila nampak Natrah seperti dalam kesakitan.

Air mata membanjiri pipi Natrah. Badan menggigil kesakitan. Pandangannya kabur dengan air mata yang tidak mahu berhenti.

“Encik Aril, kita kena bawa Natrah pergi klinik. Dia gastrik teruk.”

“Aku tak nak.” Perlahan Natrah membalas. Dia tak mahu pergi mana-mana. Hatta bergerak walau seinci pun dia tak mahu.

“Jangan degil Natrah. Kau sakit.”

Natrah lap air mata. Sesaat matanya terpejam kesakitan. Mukanya pucat tak berdarah. Biarkan. Biar dia begini. Biarkan!

Tiba-tiba tubuhnya rasa diangkat. Dalam dukungan seseorang. Hangat. Natrah buka mata. Naufal. Air matanya mengalir lagi.

“Kau sakit tapi kau degil. Kenapa suka susahkan orang?” keras suara Naufal. Muka tegang.

“Awak marah saya?” Suara Natrah tertahan. Dia cuba meloloskan dirinya dari Naufal. Dia malu menjadi tatapan staf-staf lain tapi dia sudah terlalu lemah. Cubaannya tak berhasil.

Naufal mendengus. Diam tak menjawab soalan Natrah. Laju kakinya pergi ke lif. Dia menahan nafas bila melihat ada nota di lif. Lif rosak. Rosak saat genting begini? What a day! Naufal geram.

Natrah mengetap bibir. Soalannya tak berbalas. Naufal masih marah.

“Saya minta maaf. Saya tetap suka awak Naufal.” Perlahan Natrah bersuara. Pandangannya jatuh di dada Naufal yang berombak kencang. Perlahan-lahan matanya terpejam.

Tipu kalau dia cakap yang dia tak tersentuh dengan perbuatan Naufal. Terharu. Dia rasa disayangi. Terasa seperti Naufal ambil berat akan dirinya. Ya, memang dia yang bodoh. Orang tak mahu, tetap juga dia tersua-sua.

“Diam Natrah…” dalam suara Naufal memberi amaran. Tanda tak mahu Natrah membangkitkan soal perasaan saat ini. Sesaat dia menatap muka Natrah yang pucat lesi. Peluh merintik di dahi Natrah. 
Mata Natrah tertutup rapat. Natrah pengsan! Jantungnya berdetak keras. Terus kakinya berpusing, menukar arah.

“Kau nak pergi mana tu Naufal? Lif rosak. Apa kata kalau kau…” belum sempat Aril Fahmi menghabiskan kata, Naufal sudah hilang di sebalik pintu kecemasan. Dia terkedu.

Aimi turut tergamam. Biar betul Encik Naufal nak dukung Natrah sampai ke bawah? Dari tingkat 17… Aimi telan liur.



Bersambung.... 

P/s: please jangan kecam saya sebab lambat update.... (^....^)

8 comments:

  1. sangat menarik cerpen-cerpen anda!..jenguk juga tau blog saya kat http://ceritaberemosi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Rindu tulisan awak
    pls sambung lg
    Best

    ReplyDelete
  3. I want it more. Pleasee sambung. ����

    ReplyDelete
  4. Bestttt..cpt sambung tau😉😉

    ReplyDelete
  5. nak lagi nak lagi..plezzzz

    ReplyDelete
  6. Nak lagi. I miss your writing sis. U shud write a novel at wattpad.

    ReplyDelete