Wednesday, 1 June 2016

Hanya Kau Dan Aku 5



Sara memeluk kaki. Kesedihannya tak dapat dibendung lagi. Dia teresak-esak di katil besar yang terhias cantik. Bukan ini yang dia harapkan. Bukan ini yang dia impikan di hari bahagianya. Dia angankan berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Bukan lelaki seperti Tengku Imran. Siapa Tengku Imran sebenarnya? Dia tak tahu…

Bila Tengku Imran masuk bilik bersama dengan sepersalinan baju melayu di badannya, Sara semakin memeluk erat kakinya. Mukanya keruh. Dia teringatkan mama. Dia teringatkan teratak murni. Wajah-wajah yang meletakkan harapan tinggi di pundaknya. Dan dia telah hancurkan harapan besar mereka.

Tengku Imran hulur tisu. Bila Sara tak menyambut, Tengku Imran letak kotak tisu di sebelah Sara yang sudah bengkak mata kerana terlalu banyak menangis. Dia duduk di sofa yang berhadapan dengan katil. Pandang tepat ke wajah isteri yang baru dikahwininya.

Stop crying.”

Sara menjeling. Mudahnya Tengku Imran mengarah. Dia dah macam orang gila fikir nasibnya sekarang ni. Naik pecah kepala dibuatnya.

Stop crying Sara.” Sekali lagi Tengku Imran mengulang ayat yang sama.

“Habis awak nak saya ketawa macam orang gila sekarang ni? Hidup saya dah hancur. Dah tak bermakna dah. Puas hati awak sekarang?” bentak Sara. Air mata dikesar kasar. Tubuh tegap Tengku Imran yang bertentangan dengannya dipandang tajam. Namun Tengku Imran langsung tidak gentar dengan kemarahannya.

 “Hidup kau seorang je yang hancur? Hidup aku? Tak hancur? Lepas apa yang kau dah buat kat restoran petang tadi, kau ingat maruah aku tak jatuh? ” Soal Tengku Imran pula. Dia bersandar tenang sambil memeluk tubuh. Senyumannya sinis.

Sara mengeluh kasar. Tangannya mengepal penumbuk. Mahu saja dia layangkan penumbuknya ke muka kacak Tengku Imran. Biar Tengku Imran rasa sakit seperti mana hatinya kala ini.

“Saya dah minta maaf pada awak banyak kali. Tapi awak langsung tak nak terima. Oh saya tahu sebab apa. Sebab awak teruk! Jahat! Pendendam! Kesalahan saya yang tak seberapa tu awak besarkan. You know what? Saya tak suka jadi isteri awak!” suara Sara tinggi. Dia dah tak peduli lagi. Kenapalah dia begitu bodoh sangat ikut cakap Tengku Imran sampai kena berkahwin. Kenapa dia perlu takut dengan Tengku Imran? Lelaki itu bukan siapa-siapa. Dia tak patut tunduk dengan lelaki itu. Tapi kalau dia tak setuju tadi, Tengku Imran mungkin akan memperkosanya. Sara kusut.

“Jangan cakap gaya aku suka jadi suami kau. Kalau tak sebab terpaksa, jangan haraplah aku akan rendahkan martabat aku kahwin dengan kau. Sedar diri tu sikit. Kau siapa. Aku siapa.”

“Saya tak pedulilah pasal status awak. Sikit pun saya tak hairan. Awak dah tak ada perempuan lain ke yang awak boleh paksa jadi isteri awak? Kenapa mesti saya?”

“Really lady? You ask me why?” Tengku Imran duduk tegak. Keningnya dijongketkan.

Sara terdiam.

 “Siapa yang cari pasal dengan aku dulu? Siapa yang mainkan aku? Siapa yang malukan aku? Siapa?”

“It was just a game. I mean no harm. I have no bad intention at all.” Sara mempertahankan dirinya.

Dan disebabkan game bodoh tu kau sanggup canangkan pada semua orang yang kau mengandungkan anak aku. Kau tak kenal pun aku tapi tergamak kau malukan aku. Jatuhkan maruah aku depan orang ramai. Tu yang kau cakap tak ada apa-apa? Tak salah?” suara Tengku Imran perlahan dan dalam. Rahangnya diketap geram. Bilik yang berhawa dingin terasa panas.

Sara telan liur. Wajah Tengku Imran yang sudah berubah tegang menakutkannya.

“Saya minta maaf tapi saya tak ada niat nak malukan awak.”

“Pergi mati dengan maaf kau!” jerit Tengku Imran lantang. Tubuhnya bangkit. Dia berpaling. Menghirup udara malam di tepi jendela yang terbuka luas. Cuba disabarkan hati yang mahu meletup marah. Diingatkan hatinya, Sara bukan lagi orang luar tetapi isterinya. Isterinya yang sah.

Sara gugup. Sedikit takut dengan jerkahan Tengku Imran. Hilang berterbangan semangatnya.

Fine, saya salah. Saya mengaku. Semua tu salah saya tapi sekarang ni bukan awak seorang je yang jadi mangsa keadaan. Saya pun sama. Terjerat dalam perkahwinan ciptaan awak yang langsung tak masuk akal ni, salah siapa? Bukan salah awak?” Sara menjatuhkan kaki. Duduk bersila.

“Kalau tak sebab game bodoh kau tu, aku pun tak akan heret kau dalam perkahwinan ni.”

“Bukan sebab awak dah terdesak sangat nak cari orang gantikan tempat tunang awak ke?” Sara terbayang wajah perempuan cantik tadi. Dia sempat mendengar sikit. Tengku Julia nama bekas tunang Tengku Imran kalau dia tak silap. Dan wanita itu curang. Mungkin disebabkan itu Tengku Imran terdesak sangat mahu dia gantikan tempat Tengku Julia.

Tengku Imran senyap. Teringatkan Tengku Julia yang curang di belakangnya. Dia berani kerat jari. Pasti esok, mukanya akan terpampang di dada akhbar memperkatakan tentang perkahwinan tak jadinya dengan Tengku Julia. Diganti pula dengan perempuan lain yang entah siapa-siapa.

“ You know what? Saya tahu kenapa dia curang dengan awak.” Ucap Sara tiba-tiba bila Tengku Imran langsung tak bersuara.

“You better shut up lady if you know nothing.” Tengku Imran memberi amaran. Dia peluk tubuh menghadap Sara. Mukanya serius. Sungguhlah… Sara ni langsung tak reti senyap. Pandai membangkitkan kemarahan seorang Tengku Imran. Sara belum kenal dia lagi. Dan Sara buat silap besar bila Sara menjentik kesabarannya yang hanya senipis kulit bawang.

 “Memang patut pun tunang awak curang sebab awak memang bukan lelaki baik. Dia berkali ganda layak dapat lelaki yang lagi baik dari awak.”

“Diam!” suara Tengku Imran memetir.

“Saya cakap benda yang betul. Kalau awak lelaki yang baik kenapa dia curang? Kenapa dia tak setia? Kenapa dia pilih lelaki lain.” dalam takut Sara tetap bersuara dan dia menyesal bila wajah Tengku Imran berubah. Seperti ingin menelannya hidup-hidup. ‘You’re dead Sara. Kenapalah kau tak simpan sikit bodoh kau tu. Kau memang betul-betul cari pasal.’ Sara mengutuk diri sendiri. Kenapalah mulutnya terlalu lancang. Di hadapannya sekarang ni bukanlah kawannya tetapi Tengku Imran, suaminya yang sanggup melakukan apa saja. Rela tengok dia jatuh tersembam di kaki. Melihat kekalahannya.

Tengku Imran senyum sinis. Dia geleng kepala. Langkahnya mula mendekati Sara yang dah terketar tubuhnya. Kau memang suka cabar kesabaran aku kan Sara?

“Dari tadi kau sebut yang aku ni bukan lelaki baik. Lelaki jahat. Kau betul-betul nak aku tunjuk yang aku ni lelaki tak baik? Kau nak aku buktikan?” senyuman sinis masih terukir di bibir Tengku Imran.

“Tengku Imran!” Sara menjerit bila Tengku Imran menarik tubuhnya. Rapat dengan tubuh sasa Tengku Imran.  Mukanya pucat tak berdarah.

Well, kau yang minta semua ni. Aku cuma nak tunaikan permintaan kau.”

“Saya minta maaf. Saya janji takkan cakap macam tu lagi. Now can you please let me go?” rayu Sara perlahan. Dia lupa. Tengku Imran bukanlah seorang yang boleh dipermainkan. Mungkin dia patut ajar mulutnya supaya senyap.

“Sorry lady. I’m not letting you go.” Tengku Imran menarik tubuh Sara semakin rapat ke tubuhnya. Wajahnya tunduk mendekati muka Sara. Nafasnya hangat menampar muka Sara.

“I’m sorry!” Sara tutup mata. Tak sanggup dia bayangkan apa yang Tengku Imran akan lakukan terhadapnya. Beberapa saat berlalu namun masih tiada apa-apa terjadi. Sara membuka mata. Dia sedikit terkejut bila muka Tengku Imran rapat dengan mukanya.

Tengku Imran tersenyum mengejek. Dia melepaskan pautannya di pinggang Sara. Sara menarik nafas lega.

Jangan cabar aku buat benda yang kau akan menyesal. Masa tu kalau kau menangis air mata darah pun dah tak guna lagi dah. Faham?”

Sara telan liur. Suaranya tersekat di kerongkong. Jantungnya terasa mahu meletup.

“ Faham?” sekali lagi Tengku Imran menyoal bila Sara hanya diam tak berkutik.

Sara angguk perlahan.

“Saya nak balik.”

“Pardon?”

“Saya nak balik rumah saya. Dah lewat ni. Kawan saya mesti risau. Saya tak pernah balik lewat macam ni.”

“Kau memang tak faham lagi kan.” Tengku Imran mengeluh.

“Ha?”

“Mulai hari ni kau kena tinggal dengan aku. You’re my wife. Remember?”

Sara tersentak. Cepat-cepat dia geleng kepala. Dia tak nak duduk kat sini. Dekat dengan Tengku Imran. Dia tak nak! Baru berapa jam pun jantungnya dah mahu terkeluar dari soketnya.

Tapi saya tak nak. Saya ada rumah sendiri. Lagipun…”

“ Kau isteri aku sekarang ni Sara. Kau expect aku akan biarkan kita tinggal asing-asing buat hal sendiri? Macam tu?”

“Tapi perkahwinan kita ni cuma sementara je kan. Nanti-nanti kita akan bawa haluan masing-masing juga. Jadi, untuk apa saya tinggal dengan awak. Kita bukannya kahwin macam orang lain. Kita berkahwin pun bersebab.”

“What do you mean, Sara?” Tengku Imran kerut dahi.

“Kita akan bercerai juga nanti kan? 3 bulan, 6 bulan, setahun atau awak nak…” kata-kata Sara terhenti bila gelak Tengku Imran memenuhi ruang bilik. Sara garu kepala yang tak gatal. Rasanya dia tak ada cakap benda yang kelakar pun. Tapi gaya Tengku Imran gelak gaya dia ada buat benda yang kelakar.

Dan tawa Tengku Imran padam. Diganti dengan senyuman sinis.

“Tak sampai sehari kita kahwin dan kau dah sebut pasal cerai. Dah teringin sangat nak jadi janda?”

“Jaga sikit mulut awak Tengku Imran!”

“Mungkin kau patut tanam apa yang aku cakap ni Sara. I have no plan to let you go. Once you are my wife, forever you’ll be mine. Is that clear, lady?”

 “Maksud awak sampai bila-bila pun kita akan jadi suami isteri? Kita akan teruskan perkahwinan ni. Sampai ke anak cucu?” Sara seakan terhenyak dengan kenyataan Tengku Imran.

“Aku tak ada sebut pasal anak cucu tapi dah alang-alang kau sebut ni, hmmm… how many kids you wants? I don’t mind.” Tengku Imran tergelak kecil dengan kata-katanya. Dia belum merancang jauh lagi sampai ke anak cucu. Tak dapat dibayangkan imejnya mendukung bayi kecil. Rasa kelakar.

Darah merah menyerbu ke muka Sara. Mulutnya pun satu. Kalau sehari tak malukan tuan tak boleh ke.“Saya serius Tengku Imran. Sampai bila saya perlu jayakan perkahwinan ni?” malunya diketepikan.

“Sampai bila-bila.”

“Sampai bila-bila? Awak bergurau kan?” Sara ketawa kecil dan ketawanya mati bila Tengku Imran langsung tak gelak. Hanya memandangnya tunak.

“Nope. How about you make me fall for you and I make you fall in love with me. Then, we stay together as husband and wife. Loving each other until our last breath. Deal? ”

Dan Sara terkaku bersama dengan pandangan lembut Tengku Imran.


Bersambung..


P/S: macam tak ada tanda je cerita ni akan habis dalam masa terdekat ni. (-_-") nak jadikan novel or cerpen...






39 comments:

  1. Hope awk dpt smbung dgn cpt smpai finalnya. X sabar nk tau pengakhirannya

    ReplyDelete
  2. Cerpen lahh. Novel too long. Dh tak sabar nk tahu final dia gumana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najwa tau tak... malam tadi before tido sy baca komen najwa yg before this n lepas tu sy terus termimpi pasal najwa. dalam mimpi tu najwa jadi adik sy.. hahaha....

      Delete
    2. Hahahaha. Ye ka? K ini mmg lawak. Jd adik blogger lah saya ekk. Untungnyaaaa. Boleh lah mintak sis tulis cerpen baru. Kekekeke

      Delete
  3. jadikan cerpen please hehehe

    ReplyDelete
  4. cerpen la novel lama sangat nak habis hehe

    ReplyDelete
  5. cerpen? btw nice story ^_^ fighting!

    ReplyDelete
  6. Sambung please as soon as possible..haha best sangat cerita ni. :)

    ReplyDelete
  7. Bila nak sambung...best ni...

    ReplyDelete
  8. Bila nak sambung 😃😃😃😃

    ReplyDelete
  9. Aduhai cik writer...bila nak sambung ni...mcm lame aje

    ReplyDelete
  10. Mudah nya perkhawinan berlangsung..tanpa wali.. anak yatim ke sara tu

    ReplyDelete
  11. Huhu.. Cerpen la.. Tolongla sambung.. Please

    ReplyDelete
  12. Mn sambungan ni...lame bebenor aih.

    ReplyDelete
  13. Lamanye nak sambung... sis, teruskan usaha menyambung..caiiyok

    ReplyDelete
  14. nk tau ending dia bile nk smbung sis

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum sis. dah lama saya tunggu sis smbung cerita ni. ��

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum cik writer... continue please

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory yunk... tak tau kenapa boleh terdelete. Sory tau...

      Delete
    2. Sory yunk... tak tau kenapa boleh terdelete. Sory tau...

      Delete
  18. Bila nk sambung..dah lama tnggu.

    ReplyDelete
  19. sis sambung la sye tunggu nk baca karya sis

    ReplyDelete
  20. okay noted...nanti saya sambung. please jgn marah, nnt cpt tuaaa... hehehe

    ReplyDelete
  21. Usually..how long would you take to finish one chapter??..just asking...anwy...its getting interesting ...keep it up..and hope you'll finish it soon

    ReplyDelete
  22. Bila nak sambung cerpen ni
    Best sangat cerpen awak

    ReplyDelete