Sunday, 28 May 2017

Cerpen : Menahan Rindu 5




Natrah buka mata. Perlahan. Perutnya terasa pedih. Tapi tidak seteruk tadi. Matanya melilau. Dan pandangannya terhenti bila lihat kelibat lelaki itu. Tertidur di kerusi sebelahnya. Naufal… hati Natrah berbaur.

Tangannya naik. Mahu mengusap rambut lebat Naufal tapi terhenti. Jatuh kembali di sisi. Naufal sudah benci dia. Tak mahu ada apa-apa kaitan dengan dia lagi. Sudah tak mahu tengok dia tapi kenapa Naufal ada di sini. Menemani dia sehingga tertidur. Natrah tiada jawapan.

Bila Naufal bergerak sedikit dan mula angkat kepala, spontan Natrah tutup mata. Hatinya berdebar. Ah, hatinya memang tak pernah mahu diam bila dekat dengan Naufal. Seminit, dua minit… suasana sunyi. Tiba-tiba Naufal mengeluh. Natrah terkedu bila Naufal mengusap kepalanya yang bersalut tudung dan membetulkan selimutnya.

“Lupakan aku, Natrah. Kejar cinta lelaki lain. Aku tak boleh terima cinta kau. I’m sorry but I just can’t.” perlahan Naufal berbisik. Sedikit sayu suara Naufal.

Natrah menahan sebak. Sungguh, dia mahu menangis. Matanya dipejam rapat. Tak mahu Naufal tahu yang dia dengar suara Naufal. Berbisik tak mahu dirinya. Suara Naufal ... seperti sangat terseksa dengan kehadirannya dalam hidup Naufal. Sangat tak mahu dia mengganggu hidup Naufal.

“I’m sorry , Natrah.” Naufal bangun. Hangat tubuh Naufal semakin jauh darinya. Dan Natrah buka mata bila Naufal keluar dari wad itu. Mata Natrah pandang pintu yang tertutup rapat. Sebagaimana hati Naufal yang tertutup untuknya. Tak pernah ada ruang untuk dia.

“Awak memang sangat tak suka saya, Naufal? Awak terbeban dengan cinta saya? Awak nak saya lepaskan awak? Atau awak nak saya terus hilang dari hidup awak? Itu ke yang awak nak?” air mata lesu mengalir dari pipi mulus Natrah. Esakannya pecah. Tangan menutup muka. Hatinya…. Kenapa terasa begitu sakit? Cinta ini… sepatutnya indah bukan? Tapi kenapa dia terasa menyeksakan?

 “Natrah, kenapa ni? Kau sakit lagi ke? Tunggu jap, aku panggil doktor.” Suara Aimi cemas. Terkejut bila lihat Natrah menangis teresak-esak. Dia mahu tekan butang kecemasan yang berada di tepi katil Natrah namun tangan Natrah menghalang.

Natrah geleng. Muka merah. Air mata membanjiri pipi. Dan … Natrah nampak sangat sedih. Aimi kerut dahi. Kenapa dengan Natrah?



*****


“Termenung apa?”

Naufal diam. Tak membalas. Tubuhnya tegak menghadap cermin di belakangnya. Nampak suasana sibuk kota. Tangannya diseluk ke poket. Riak mukanya kosong.

“Aku tak faham. Kau cakap kau tak suka Natrah tapi perbuatan kau bercanggah dengan apa yang kau cakap.”

“Aku tak pernah suka dia.” Mendatar suara Naufal.

“Kau pasti?”

Naufal diam lagi. Dia mahu membalas tapi bibirnya terasa kelu. Dia teringat kejadian dua hari lepas. Dia keluar sebentar dari wad Natrah. Mahu membeli makanan untuk Natrah. Dan bila dia kembali, telinganya dapat tangkap esakan Natrah. Menangis teruk. Pertama kali dia lihat Natrah menangis. Selama ini, Natrah sentiasa ceria di depannya. Selalu ketawa . Seperti tiada masalah.

Badannya disandarkan ke dinding. Suara Natrah menangis menggigit tangkai hati. Kenapa awak menangis, Natrah? Awak dengar apa yang saya cakap tadi?

“Encik Naufal?” kepalanya diangkat. Aimi…

“Tak nak masuk?”

Naufal geleng kepala. Langkah diatur. Meninggalkan Aimi di belakang yang pelik dengan tingkahnya. Rahang diketap. Jantungnya berdegup laju daripada biasa. Rambut disebak ke belakang. Rimas. Apa kena dengan hatinya?

“Kau pasti kau tak suka dia?” Aril tanya lagi bila Naufal seakan tidak dengar soalannya.

“Aku tak tahu.”

Aril senyum sedikit. Naufal nampak serabut. Pelik, biasanya Naufal sentiasa tenang. Tapi dia tahu sebab apa. Mungkin kerana Natrah.

“Kau nak tahu sesuatu? Masa Natrah pengsan, first time aku tengok kau macam tu. Kalut sangat. Nampak risau sangat dengan Natrah. Aku tak pernah tengok kau macam tu. Selalunya kau tenang. Tapi hari tu…”

“Aku cuma nak tolong dia.” Naufal memotong ayat Aril.

“Dan kau sanggup turun tangga dari tingkat 17. Aku tak sempat cakap yang lift tu tinggal lagi lima minit, siap repair… tapi kau dah terjun tangga dukung Natrah. Apa maksudnya tu?” Aril angkat kening. Menyoal. Tembakannya mengena bila raut Naufal berubah.

Naufal menyumpah. Tak suka bila Aril mendesaknya begini. Dia buka tie leher yang terasa mencengkam dan dicampak ke meja.

“Kau suka dia tapi sekarang ni kau tengah tipu hati kau sendiri. Kenapa?” soal Aril lagi. Dia tahu Naufal tak suka dikaitkan dengan Natrah tapi dah kalau hati Naufal sudah mula melekat dengan Natrah, tak salah rasanya dia sedarkan Naufal.

Drop it, Aril. Soal hati aku, kau tak payah masuk campur. I can handle it myself.” Tegang suara Naufal. Sungguh, dia tak mahu berbicara tentang Natrah saat ini.

Nope…  sebab sekarang ni kau tengah tak sedar.  Aku tak nak kau menyesal. Bila Natrah hilang nanti baru kau hilang akal. Aku tak nak kau macam tu.”

Damn it! Aku tak pernah cintakan Natrah. In fact, aku lagi suka kalau dia tak ada dalam hidup aku. Aku rimas! Dia buat aku benci nak datang ofis ni. You know what?  Sumpah, aku rasa…” suara Naufal mati bila Natrah muncul. Entah bila Natrah ada di situ, dia tak tahu. Bukan Natrah MC lagi ke? Kenapa datang ofis?

Muka Natrah tenang. Bibirnya senyum pedih. Air mata yang bergenang ditahan daripada luruh. Please…jangan menangis depan Naufal. Jangan… dia tak nak nampak lemah di mata Naufal.

Dah banyak kali Naufal cakap tak cintakannya tapi hatinya tetap mahu percaya yang Naufal akan jatuh cinta dengannya satu hari nanti. Tapi bila dengar luahan hati Naufal tadi, rasanya dia patut mengalah.  Lepaskan Naufal… dengannya Naufal tak akan bahagia.

“Natrah, saya…”

Natrah tak menunggu. Dia letak fail kat atas meja Naufal lantas keluar dari situ. Pintu ditutup perlahan.

Well, itu yang kau nak sebenarnya kan? Natrah mengalah. You should be happy. Congrats, Naufal.” Aril tepuk bahu kawannya. Bibirnya senyum sinis. Sayang… Naufal memang buta hati.

Naufal diam. Tahniah pada diri sendiri… kerana berjaya menyakitkan hati seorang Natrah. Naufal senyum tawar. Biar Natrah hilang, biar Natrah pergi… dia mampu hidup sendiri. Benarkah?

Ya… memang dia patut seronok. Gembira bila Natrah mengalah. Lepaskan dia tapi kenapa dia rasa berat. Tak boleh terima. Natrah tak patut lepaskannya dengan mudah. Kalau benar cinta, Natrah patut tawan hatinya sehabis daya… Ah, dia sendiri tak tahu apa yang hatinya mahu…



Bersambung...

P/S: Saya sambung sikit lagi... cepat senyum (^^)

         Sebelum terlambat, saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Selamat berpuasa... 

35 comments:

  1. Kesiannya dkt natrah. Gramnya dgn si naufal ni. Jual mahal sngt knapa😭😭😭😭

    ReplyDelete
  2. Sis...bla nak sambung...tak sabar ni...bagi panjg skit

    ReplyDelete
  3. Sis sambung lagi....lama menunggu cerita ni

    ReplyDelete
  4. Awak bila nak sambung. Hari hari jenguk sinii mana tahu ada yang baru.

    ReplyDelete
  5. Sambung lagi..huhuhu...best2

    ReplyDelete
  6. sambung lagi please

    ReplyDelete
  7. Bila nak sambung....lama bebenor

    ReplyDelete
  8. Aisemen.....awat lama sgt ni..Bila nak sambung.

    ReplyDelete
  9. Hope new year ada new entry....lama sungguh

    ReplyDelete
  10. Huhuhu...mn N3 baru ni....

    ReplyDelete
  11. Sambunglah nk thu mcm mne natrah nge naufal tu .. Sambunglah sis please

    ReplyDelete
  12. Bila naka smbung sis. I is sedih dok jenguk blog ni tiap2 hari takut2 ada update.😢😢😢

    ReplyDelete
  13. Tu la....hari2 jenguk....sgt2 berharap ni...semua story best2 belaka

    ReplyDelete
  14. Jgn seksa sy��sy wondering apa sambungan dia.... curious sngt nk tahu...pleas cepat la sambung

    ReplyDelete
  15. Cik writer......sambung please

    ReplyDelete
  16. sambunggggg la plssss!!!!!!

    ReplyDelete
  17. Sis....ke mana menghilang ni....lame bebenor

    ReplyDelete
  18. Sis tlg la sambung...pleaseee

    ReplyDelete
  19. Bila nak sambung cerita ni 😭

    ReplyDelete
  20. Bila nak sambunggggg? ������

    ReplyDelete
  21. Bila nk sambung..please smbung citer ni Best sgt

    ReplyDelete
  22. Sis bila nk sambung?? Tak tahan rasanya....Please dont play with my heart...I want to know the ending of this cerpen T-T.....

    ReplyDelete
  23. Where r u writer 😢😢

    ReplyDelete
  24. Please sambung balik sis ������...

    ReplyDelete
  25. As a reader, I wanna asking u..why u love create ur story without ending?..so hurtful. ..

    ReplyDelete
  26. Please sambung balik sis ������

    ReplyDelete
  27. Kenapa dh takde sambungan dia nii

    ReplyDelete
  28. Sis bila nk sambung...🤗

    ReplyDelete
  29. Still waiting sis

    ReplyDelete