Tuesday 17 November 2015

Hanya Kau dan Aku 3




Sara kerut dahi bila kereta Tengku Imran berhenti di sebuah banglo yang tersergam indah. Ramai orang berada di situ. Kereta berderet parking. Dan mereka semuanya berpakaian cantik seperti ada majlis perkahwinan yang sedang berlangsung.

“Keluar.” Tengku Imran memberi arahan tanpa memandang Sara. Seatbelt sudah dibuka. Air mukanya tegang.

Sara geleng kepala. Takut hidup dia jadi lagi buruk kalau dia melangkah keluar dari kereta ni. Tangannya erat menggenggam seatbelt.

Tengku Imran mendengus kasar. “Aku tak ada masa nak main-main dengan kau sekarang ni. Turun atau kau nak aku buat kau turun dengan cara aku?”

“Awak nak buat apa kat saya? Ini rumah siapa? Kenapa awak bawa saya kat sini?” dalam takut Sara bertanya. Peluh dah mula merintik di dahi. Dia dapat rasa yang lelaki di hadapannya sedang merencanakan sesuatu yang buruk untuknya. Sesuatu yang mungkin bakal merubah hidupnya!

Tengku Imran tak menjawab. Dia keluar dari kereta dan pergi ke bahagian penumpang. Pintu kereta dibuka. Sara tersentak dan tanpa sebarang kata Tengku Imran melepaskan seatbelt Sara lalu menarik kasar tubuh Sara keluar dari kereta.

Sara meronta-ronta ingin lepas dari cengkaman Tengku Imran namun dia gagal. Tubuhnya ditarik kasar masuk ke dalam rumah besar yang bagaikan istana itu.

Air mata Sara kembali mengalir. “Awak. Lepaskan saya. Saya minta maaf dah malukan awak tadi. Saya menyesal. Saya betul-betul menyesal. Tolong jangan buat saya macam ni.” dalam sendu Sara merayu. Malangnya rayuan Sara tidak diendahkan oleh Tengku Imran. Tubuhnya terus ditarik walau kuat dia meronta.

“Along pergi mana? Puas kami cari. Jangan buat perangai boleh tak? Inikan wedding Along. Yang pergi hilangkan diri tu kenapa? Nak biar si Julia bersanding seorang?” marah satu suara. Wanita itu bercekak pinggang.

“Julia? Siapa kata Along nak kahwin dengan Julia?” Tengku Imran mendengus. Marahnya semakin membara bila mendengarkan nama Tengku Julia disebut. Tengku Julia memang tak guna!

“Along cakap apa ni?” Tengku Zaiton dah mula berdebar. Janganlah anak sulungnya buat perangai hari ni. Malu dia dan suaminya nanti. Ini bukannya majlis kecil. Tapi majlis besar! Wartawan pun ramai yang datang. Inikan pula orang-orang kenamaan. Dah penuh membanjiri rumahnya. Malu besar dia nanti kalau Tengku Imran buat perangai keras kepalanya.

“Perempuan macam dia tak layak untuk jadi ahli keluarga kita.” Keras Tengku Imran bersuara. Tangannya masih erat mencengkam lengan Sara. Habis comot muka Sara dengan air mata. Biar… biar Sara mengalirkan air mata darah sekalipun dia tak akan berganjak dengan keputusannya! Dia dah nekad, Sara perlu diajar. Tengku Julia juga perlu diajar. Biar perempuan seperti Sara dan Tengku Julia tidak sesuka hati memijak kepalanya!

“Umi tak faham.” Tengku Zaiton melirik ke arah seorang wanita yang berada di sisi anaknya. Wajah keruh. Air mata membanjiri pipi wanita itu. Tengku Zaiton semakin keliru. “Ini siapa? Perempuan mana pula yang Along bawa balik ni?” Jangan Tengku Imran nak berkahwin dengan perempuan ni sudah. Entah siapa yang dikutipnya.

“Along akan kahwin dengan dia. Bukan dengan Julia.”

Tengku Zaiton tersentak.  Sara juga terkejut.

“Along jangan buat kerja gila! Keluarga Julia semua dah datang. Tetamu pun tahu yang Along akan kahwin dengan Julia. Jangan buat keluarga kita malu boleh tak Along?” Tinggi suara Tengku Zaiton membangkang. 

Suaminya Tengku Zainal datang menghampiri. Terkejut dia mendengar suara isterinya menjerit. Susah dia nak dengar isterinya marah-marah. Tapi kalau dah sampai begini pasti ada sesuatu yang buat isterinya naik darah.

“Umi nak Along kahwin dengan perempuan yang tak tahu jaga maruah diri? Yang tak hargai cinta Along? Macam tu?” Tengku Imran senyum sinis. Sinis tapi hatinya sakit kala ini!

“Along! Kenapa tuduh Julia yang bukan-bukan? Dia bakal isteri Along.”

“Baru bakal. Belum jadi isteri lagi. Along dah decide nak kahwin dengan perempuan ni. Bukan dengan Julia.”

“Auntie… saya tak nak kahwin dengan dia. Tolong saya Auntie. Saya tak bersalah dalam hal ni. Saya tak nak…” Sara merayu. Dadanya bagaikan mahu meletup  dengan debaran yang menggila. Dia terasa mahu pitam. Tengku Imran benar-benar mahu dia jatuh tersungkur kali ini.

“Shut up!” Tengku Imran semakin menguatkan cengkamannya menyebabkan Sara mengaduh kesakitan.

“Along. Apa ni? Abah tak faham. Kamu heret dia ke sini ke untuk ganti tempat Julia?” Tengku Zainal menyoal.  Anak sulungnya ini memanglah. Suka buat dia dan Tengku Zaiton pening kepala! Darah tinggi dibuatnya.

“Sara. Nama perempuan ni Sara. Dan Along akan berkahwin dengan Sara kejap lagi. Bukan Tengku Julia. Biar Along siapkan pengantin Along sekejap. Nanti kita jumpa lagi.” terus Tengku Imran mengheret Sara naik ke tingkat atas. Tegahan Tengku Zaiton tidak diendahkan.

“Kita nak buat macam mana ni bang? Kita nak cakap apa dengan Julia?” risau Tengku Zaiton. Dia dah ke hulu ke hilir. ‘Along…along… kenapa suka buat umi susah hati?’

Tengku Zainal menggeleng kepala. Nafas dihela berat. Sakit kepalanya. Soalan isterinya tidak mampu dia jawab. Kalau dah Tengku Imran kata hitam… maka hitamlah jawabnya. Tidak ada sesiapa yang boleh menukar keputusan Tengku Imran. Dia dan Tengku Zaiton juga tak mampu mengubah keputusan Tengku Imran..



*****


“Pakai baju ni.” Tengku Imran melempar sepasang baju pengantin yang berwarna putih ke muka Sara.

Sara terkedu.

“Untuk apa? Kenapa saya perlu pakai baju pengantin ni?” Sara menolak. Bagaimana lagi caranya untuk dia melepaskan diri dari cengkaman Tengku Imran? Sara buntu.

“Kahwin dengan aku. Itu hukuman yang kau harus terima sebab jatuhkan maruah aku.”

“Tapi perlu ke sampai berkahwin dengan awak?”

“Kau tahu aku siapa?”

Sara geleng kepala.

“Satu Malaysia kenal aku dan disebabkan tindakan bodoh kau tadi, nama aku boleh tercemar dalam sekelip mata! Dalam sesaat nama aku boleh jadi busuk sebab kau!”

“Saya boleh buat penjelasan pada mereka perkara yang sebenarnya. Tak perlu hukum saya dengan cara ini. This is nonsense!” balas Sara berani bercampur takut. Memang mengarut. Rasanya kesalahannya tak adalah besar mana sehingga Tengku Imran perlu membalas sebegini teruk!

“Diam! Kau tak layak cakap macam tu lepas apa yang kau dah buat kat aku tadi.” Tengku Imran merengkuh lengan Sara menyebabkan Sara mengerang kesakitan. Berkerut dahinya menahan sakit.

“Saya minta maaf. Saya sanggup bayar berapa saja yang awak nak tapi tolong lepaskan saya. Saya tak nak terlibat dengan semua ni.” Sara mengalah. Jika dengan duit, Tengku Imran sanggup melepaskannya… dia sanggup bayar berapa saja yang Tengku Imran mahu. Dia akan gadaikan apa saja harta yang dia ada untuk menebus kesalahannya.

“Aku tak hadap dengan duit kau. Dah terlambat untuk kau berundur sekarang ni. Patutnya kau fikir dulu kesannya sebelum kau malukan aku. Bukan sekarang. Dah terlalu lambat untuk kau berpatah balik. Hari ni juga kau akan jadi isteri aku.”

“Saya tak nak!Awak tak faham ke? Please…let me go…” Dalam sendu Sara merayu. Matanya berkaca. Sebak dadanya. Tolong…siapa-siapa pun. Tolong selamatkan dia dari Tengku Imran…

Fine…aku cakap elok-elok kau tak nak dengar kan.” Tengku Imran melepaskan pegangannya. Dia membuka butang bajunya. Satu persatu sehingga menampakkan dada bidangnya. Senyuman sinis terukir di bibir lelakinya. Kakinya merapati Sara yang sudah berada dihujung bilik.

“Awak nak buat apa ni? Awak jangan buat kerja gila!” Sara menjerit ketakutan. Mukanya pucat.  Nafasnya seakan mahu berhenti. Kakinya rasa lembik.

Tengku Imran semakin menghampiri Sara yang semakin terperosok di hujung bilik. Bila Sara mahu melarikan diri Tengku Imran pantas merentap tangan Sara dan menolak tubuh langsing itu ke katil. Belum sempat Sara bangun, Tengku Imran sudah berada di atas tubuh Sara. Mengunci tangan kanan dan kiri Sara.

“ Tolong jangan apa-apakan saya.” Rayu Sara dengan suara yang bergetar. Dia berusaha kuat ingin melepaskan pegangan Tengku Imran namun dia gagal. Nafas Tengku Imran panas menampar wajahnya.

“Aku bagi kau peluang. Kau nak ikut cakap aku atau kau nak tunjuk keras kepala kau.” Tengku Imran memberi Sara pilihan. Wajah Sara yang dalam ketakutan hanya dipandang tanpa ada belas.

“Lepaskan saya. Awak memang dah gila!” jerit Sara bersama air mata yang mengalir panas di pipi. Rasa takutnya buat dia hampir putus nafas.

“Diam! Jangan cabar aku. Jangan harap aku akan lepaskan kau kalau kau tak nak kahwin dengan aku.” Keras Tengku Imran bersuara. Hatinya sedikit geram bila Sara masih berdegil.

Sara menggelengkan kepalanya. Perit tangannya dicengkam kuat oleh tangan Tengku Imran yang dua kali ganda lagi besar dari tangannya.

“Okay, kau jangan menyesal.” Sinis senyuman Tengku Imran. Dia merapatkan mukanya di leher Sara. Nafasnya panas menampar leher jenjang Sara.

Sara terkejut. Rasa jantungnya mahu berhenti berdegup. “ Stop! Saya setuju!” laju ayat itu meluncur keluar dari bibirnya. Dia tak rela maruahnya tergadai. Biar dia tunduk seketika asalkan maruahnya masih terpelihara.

Tengku Imran melepaskan pegangannya dan bangun dari menghimpit Sara.  Bajunya kembali dibutangkan. Senyuman puas terukir di bibirnya.

Laju Sara bangun. Matanya kabur dengan air mata. Esakannya pecah.Tudung dan bajunya yang sudah kedut seribu tak dihiraukan. Menggigil tubuhnya kerana tindakan Tengku Imran tadi.

Tengku Imran mengelus pipi Sara lembut tapi laju ditepis oleh Sara. Tengku Imran ketawa sinis.

Don’t worry, berkahwin dengan aku tak bermaksud hidup kau dah berakhir. Ini baru permulaan.  Aku tak seteruk yang kau sangka.”

Sara diam membisu. Bibirnya bergetar. Dia ingin membalas tapi bibirnya seakan lumpuh.

“Kau nak bahagia?Aku boleh buat kau bahagia dengan perkahwinan ni. Kau hanya perlu setia. Ya..setia pada aku dan aku janji akan buat kau bahagia. I’m promise!” janji Tengku Imran. Kali ini bibirnya melontarkan senyuman senget. Tiada lagi senyuman sinis.

Sara pejam mata. Kepala ditundukkan. Tubuhnya bergetar hebat menanggung perasaan takut, sedih dan marah. Semuanya bercampur menjadi satu.  Bahagia? Akan bahagiakah dia dengan Tengku Imran? Dia tak tahu! Air mata makin lebat menuruni pipi. Pandangannya kabur. This is not right. Ini semua tak betul. Kenapa dia yang harus menanggung semua ini? Tangisannya pecah lagi.




Bersambung…

11 comments: