“Hei…let me go!” Sara menjerit kuat. Mahu putus lengannya bila ditarik kuat oleh lelaki di depannya. Dia cuba rentap lengannya tapi gagal. Kakinya pula terpaksa ikut langkah kaki lelaki itu yang dua kali lagi besar dari langkahnya.
Tengku Imran menolak tubuh Sara ke dalam sebuah kereta tapi
Sara sempat mengelak. Sara menutup kasar pintu kereta tersebut dan melepaskan
pandangan bengang pada lelaki tersebut.
“Awak nak culik saya ke? Dah hilang akal? Apa masalah awak
sebenarnya?” sedikit geram Sara menyoal. Tubuhnya ditarik sejak dari restoran
tadi. Segan dia pada orang yang memandang. Malah panggilan Mia dan Kay juga tidak
dihiraukan oleh lelaki di hadapannya ini.
“Memang! Memang aku
dah hilang akal sejak kau buat drama kat restoran tadi. Aku tinggalkan kau?Kau mengandungkan anak
aku? Bullshit!” Tengku Imran ketap rahang marah. Hatinya mahu meletup kerana marah yang
menggunung. Terasa maruahnya dipijak oleh Sara tanpa belas dan dia mahu Sara
balas kembali perbuatannya!
Sara gentar. Dia sudah mencipta musuh baru dalam hidupnya. Ini semua gara-gara terlalu ikutkan Mia dan Kay. Dia turut bersalah dalam hal ni. Berani sangat buat kerja gila tu siapa suruh! Inilah akibatnya... Serves you right Sara!
Sara gentar. Dia sudah mencipta musuh baru dalam hidupnya. Ini semua gara-gara terlalu ikutkan Mia dan Kay. Dia turut bersalah dalam hal ni. Berani sangat buat kerja gila tu siapa suruh! Inilah akibatnya... Serves you right Sara!
Tengku Imran mengusap
tengkuk perlahan dan ketawa sinis dilepaskan. Pandangannya kembali dilemparkan
kepada Sara yang dah berubah wajah. Takut! “Kau dah salah pilih orang. Aku
bukan lelaki yang begitu baik untuk maafkan salah yang orang buat pada aku.” Dalam
ayat Tengku Imran . Hanya dia yang faham.
“Tapi saya tak salah.” Sara dah telan liur. Kesat! Dia menyesal permainkan lelaki ini. Menyesal!
Tengku Imran tergelak
sinis. “Habis aku yang salah?” soalan sinis dilemparkan semula. Benci dia
melihat wajah takut Sara. Wanita yang telah menjatuhkan maruah dia di depan
orang ramai.
“Saya tak sengaja. Saya…”Sara tergamam bila Tengku Imran tiba-tiba
mencengkam rahangnya kasar dan bersuara penuh dendam.
“Kau dah malukan aku depan orang ramai tadi. Kau fikir aku
suka? Kau ingat aku enjoy dengan lakonan sebabak kau? Seronok kau berdrama kan? Macam pelakon hebat!” Tengku Imran menggeleng
kepala perlahan. Hilang sudah senyuman sinis di bibirnya.
Jantung Sara berdebar hebat. Sakit rahangnya diketap erat begitu.
Bila dia cuba meleraikan,tangan kiri Tengku Imran mencengkam kuat tangannya.
Air mata terasa ingin keluar.
“Aku nak kau balas balik apa yang kau dah buat kat aku tadi.
Kau nak mainkan aku? Fine… let’s start
our games. Kita main ikut cara aku pulak lepas ni.”
“Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Terketar-ketar suara Sara. Sungguh, kalau dia tahu begini
pengakhirannya… dia memang tak akan ikut kepala Mia dan Kay untuk main
permainan bodoh tu!
“Pergi mati dengan maaf kau tu! Kau kata kau mengandungkan
anak aku kan?” Tengku Imran meleraikan cengkamannya di wajah Sara lalu
melabuhkan tangannya di perut kempis Sara. Laju Sara menepis dan Sara makin
tergamam bila lelaki itu dengan kasar merangkul pinggangnya erat menyebabkan
wajahnya hampir-hampir saja tersembam ke
dada bidang itu.
“Bila masa aku tidur dengan kau?” Perlahan Tengku Imran
menyoal. Wajah pucat Sara yang berada di rangkulannya dipandang jelek.
Sara gigit bibir perlahan. Dia tidak menjawab. Memang dia salah menjolok sarang tebuan kali ini.
“Jawab bila aku tanya!” tengking Tengku Imran. Suaranya naik
seoktaf menyebabkan bahu Sara terhenjut kerana terkejut. Mata Sara kabur dengan
air mata dan perlahan-lahan tanpa dapat ditahan air mata itu mengalir lemah di
pipi mulusnya.
“Kenapa menangis? Aku tak suruh kau menangis tapi aku nak
jawapan. Bila masa aku tidur dengan kau? Jawab!” sekali lagi suara Tengku Imran
memetir bak halilintar. Mukanya merah padam. Tidak dihiraukan air mata Sara.
Baginya itu semua palsu! Dan dia tak akan sekali-kali tertipu dengan lakonan Sara
untuk kali yang kedua.
Sara menggelengkan kepala. Wajahnya ditundukkan. Hatinya
sebak. Tak pernah lagi dalam hidupnya orang menengking dia sampai begitu
sekali. Sedaya upaya dia cuba melepaskan diri dari rangkulan Tengku Imran dan
dia berjaya!
“Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Saya yang
bersalah dalam hal ni. Tapi saya tak ada kuasa untuk putarkan balik waktu dan
betulkan keadaan.” Sara mengesat air mata. Tak berani dia pandang wajah Tengku
Imran yang sedang kemarahan.
Tengku Imran pegang dagu Sara memaksa Sara pandang dia tepat
pada mata. Bila Sara mengelak, cengkaman itu makin kuat menyebabkan dia
kesakitan. Sudahnya dia hanya membiarkan. Menunggu bicara Tengku Imran yang
mungkin akan menyebabkan dia rasa semakin menyesal memalukan Tengku Imran tadi.
“Kau dengar sini baik-baik. Aku…Tengku Imran tak akan pernah terima maaf orang yang
buat salah pada aku dengan mudah. Kau kena bayar harga sebuah kemaafan yang kau
nak sangat tu.” Bisik Tengku Imran perlahan. Wajahnya sinis. Dengan kasar dia
lepaskan pegangannya dan menolak tubuh Sara masuk ke dalam kereta.
Sara tergamam seketika. Pintu terus dikunci oleh Tengku
Imran. Dari dalam kereta dia nampak kelibat Mia dan Kay yang berlari ke
arahnya. Tangannya cuba membuka pintu kereta tapi gagal! Ke mana pula Tengku
Imran mahu membawanya pergi?
“Awak… saya minta maaf. Tolong jangan buat saya macam ni.
Saya nak keluar dari kereta ni.” Sara merayu. Esakannya pecah. Tapi Tengku
Imran hanya diam. Sudah bersedia ingin membalas rasa terhinanya tadi kerana
dituduh melakukan seseuatu yang dia tak pernah buat terhadap Sara di hadapan
orang ramai. Itu dia tak akan lupa sampai bila-bila!
“Awak…” Sara mencuba sekali lagi.
“Diam! Aku tak akan lepaskan kau. Perempuan macam kau ni
patut diajar. Biar kau tahu langit tu tinggi ke rendah.” Balas Tengku Imran
keras. Stereng dipegang kemas. Dalam kepala dah memikirkan rencana untuk
mengenakan Sara!
“Lepaskan saya! Lepas!Tolonglah lepaskan saya!” Sara dah
mula menjerit ketakutan. Tangannya memukul lengan kekar Tengku Imran. Sedikit pun
Tengku Imran tak mengelak. Tak semena-mena Tengku Imran berpaling dan menutup
mulut Sara kasar.
“Kalau kau tak nak aku buat kau betul-betul mengandung baik
kau senyap. Kau tak akan terfikir dengan apa yang aku boleh buat pada kau.”
Tengku Imran menekan suaranya. Dan senyuman sinisnya terukir bila Sara kembali
senyap bersama dengan tubuh yang terketar-ketar ketakutan. Air mata laju turun
membasahi pipi Sara.
‘Dear, you want to
play? Okay, lets do it. You need to
follow my rules! This time… I'll make
sure that I win the games and you will regret for challenge me.’ Bisik
hati Tengku Imran penuh dendam.
Bersambung…
P/S: Saya pun tak tau nak tulis apa dengan cerita ni. enjoy je lah ye sayangku semua :)
Best best please sambung ye
ReplyDeleteSambung cepat please trseksa rasa menunggu smbungannye hehe
ReplyDeleteHuishh, scary gila tengku imran nih. Aishh. Nsib awak lah sara main dgn api. Nk smbungannya plssss.
ReplyDeleteLambat lagi ke nk smbung cepatlah smbung please,please,please.........................
ReplyDeleteScary. . Haha
ReplyDeletesmbung laaa ag ...best2...
ReplyDeletejgn la tengku imran to jhat..