Monday, 12 October 2015

Cerpen: Menahan Rindu 2




“Hai Naufal. Awak nak jumpa saya ke? Okay saya tahu, mesti awak rindu saya kan?” mata Natrah bersinar terang. Bibirnya lebar dengan senyuman.

Naufal ketap gigi geram. Dia nak rindukan minah di depannya? Memang taklah!

“Awak ni tak habis-habis dengan perasan awak tu. Saya tak ada masa nak jumpa awak. Saya nak jumpa manager awak.”

“Saja bagi alasan padahal memang rindukan saya. Tak apa, saya faham.” Natrah masih lagi senyum. Naufal kalau tak kerek dengannya memang tak sah. Jual mahal sangat. Tapi dia tetap suka Naufal yang begini. Yang tak kontrol macho, yang tak bajet bagus.

“Malas saya nak layan awak.” Naufal tolak pintu bilik Aril Fahmi dan terus duduk di kerusi berhadapan dengan lelaki itu yang sedikit terkejut dengan kehadirannya.

“Aril, aku nak kau pecat account assistant kau tu sekarang juga.” Suara Naufal tegas. Kejam? Memang kejam tapi Natrah lebih kejam kerana mengganggu hidupnya yang selama ini tenang. Sungguh, dia tak suka Natrah! Full stop!

“Tak ada angin tak ada ribut kau nak suruh aku pecat si Natrah kenapa? Dia budak baiklah.” Aril kerut dahi. Setahunya Natrah tak pernah buat masalah pada syarikat. Jadi atas sebab apa mahu dipecat?

“Dia gila tahu tak?”  laju Naufal balas.

“Tahu…dia gilakan kau.”

Naufal mendengus kasar.

Please Aril… pecat dia. Hidup aku jadi tunggang langgang sebab dia. Aku rasa rimas sangat.” Naufal dah merayu. Rambutnya diraup kasar. Mukanya keruh.

 “No way. Dia pekerja yang bagus. Performance dia excellent. Rugi aku buang dia sebab susah nak cari pekerja macam dia sekarang.” Aril geleng kepala. Segarit senyuman diberikan kepada Naufal yang kelihatan kusut.

“Kau nak biarkan aku terus terseksa dengan Natrah? Kau memang tak sayang kawan.” Naufal merengus geram. Bukan besar mana pun permintaannya. Aril memang sengaja mahu hidupnya serabut kerana Natrah.

Aril dah ketawa.

Chill la… Bukannya Natrah buat jahat dengan kau. Gesel or pegang-pegang pun tak kan? Kau nak takut sangat kenapa?”

“Aku tak suka Natrah!” keras Naufal menjawab.

“Tapi saya suka awak.” Tiba-tiba Natrah mencelah.

Naufal tersentak.

“Awak tak reti nak ketuk pintu dulu sebelum masuk ke Natrah? Where is your manners?”

“Saya dah ketuk tadi tapi awak tak dengar kot sebab tengah seronok sangat kutuk saya.” Natrah mencebik.

“Awak ingat saya suka sangat bercerita pasal awak. Sila jangan perasan ye Cik Natrah.”

“Saya belum pekak lagi. Saya dengar apa yang awak cakap pasal saya. So sweet… tak sangka saya jadi perbincangan hangat awak dengan Encik Aril.”

“Dah-dah… jangan gaduh kat sini. Kalau nak gaduh, keluar dari bilik ni.”

Naufal tarik muka.

“Encik Aril takkan pecat saya kan? Encik Aril takkan ikut cakap Naufal kan?” Natrah kerut dahi. Bimbang pula kalau Encik Aril ikut cakap kawan baik dia ni.

No…you don’t worry.” Aril menggeleng.


Natrah menarik nafas lega manakala Naufal menjeling Aril tajam. Aril sembunyi senyum.



***


“Tunggu!”

Pintu lif yang hampir tertutup sempat ditahan oleh sepasang tangan. Naufal tahan nafas. Dalam banyak-banyak pekerja perempuan kat dalam ofis ni kenapa Natrah juga yang naik lif dengannya saat ini. Huh!

Natrah tersenyum lebar. Nasib baik dia sempat kejar Naufal. Dapat habiskan masa sekejap pun jadilah. Bagi hilang rindu. Esok hari sabtu. Cuti… maksudnya dua hari juga dia tak dapat tengok wajah kacak Naufal.

“Hai awak.” Tegur Natrah mesra. Muka kelat Naufal hanya menambahkan rasa suka dalam hatinya.

Naufal senyap. Pura-pura tengok handphone.

“Awak nak balik dah ke?” Natrah berdiri di sebelah Naufal. Tinggi betul lelaki ni. Dia dah pakai heels pun masih berada di paras bahu Naufal. Tapi takpe. Dia suka lelaki tinggi. Eh tak… dia suka Naufal tak kisahlah Naufal tu tinggi ke rendah.

Naufal masih lagi senyap. Malas nak layan Natrah.

“Esok awak buat apa?” Tanya Natrah lagi. Oh, awak buat sombong dengan saya ye Naufal.

None of your business.” Laju Naufal membalas tanpa mengangkat muka. Suaranya sinis.

“Jom kahwin.”

Naufal tersentak. Terus dia angkat muka pandang Natrah yang sedang senyum.

“Jangan mengarut boleh tak Natrah?” keras suara Naufal. Rasa nak ditolak jauh-jauh bayang Natrah supaya tidak lagi mengekorinya.

“Mana ada mengarut. Serius ni. Nak tak? Nanti saya suruh mama saya pinang awak.”

Naufal medengus kasar. Rahangnya diketap geram.

“Awak ni memang dah gila. Tolonglah kejar lelaki lain. Ramai lagi staf lelaki kat ofis ni yang awak boleh pikat. Berhenti kejar saya. Saya tak suka awak. Don’t u get it?”

“Tapi saya suka awak.”

“Tapi saya tak! Saya tak suka awak. Awak faham tak? Saya tak suka awak!” suara Naufal naik seoktaf.

Terkejut Natrah mendengarkan suara tinggi Naufal. Selama ni mana pernah Naufal menjerit sekasar itu padanya.

“Saya faham tapi saya dah tersuka kat awak. So, awak nak saya buat apa?”

“I don’t care with your feelings. That’s not my problem.”

Natrah ketap bibir. Mana boleh macam tu. Dia dah suka sangat kat Naufal. Naufal patut bagi dia peluang. Peluang tunjukkan cintanya. Mungkin dia jodoh Naufal.

“Tapi saya…”

Stop it! Kau tak nampak ke yang aku memang tak suka kau. Kau nak buat perasaan tak suka aku tu bertukar jadi benci? Kau nak macam tu?” soal Naufal bengang. Mukanya tegang.

Natrah menggeleng laju. Entah kenapa dia rasa sebak! Naufal guna bahasa aku-kau!

“Then stop chasing me if you don’t want me to hate you.” Naufal terus keluar dari lif sesudah menuturkan ayat itu meninggalkan Natrah di belakang.

Natrah tidak mengejar Naufal. Hanya matanya saja yang merenung kelibat Naufal sebelum lif kembali tertutup.

“Saya sayang awak Naufal.” Natrah bersuara perlahan. Matanya bergenang.


Bersambung...

7 comments:

  1. best sambung cepat yer hehe...........

    ReplyDelete
  2. Best sgt.. haraplah dpt sambung cepat

    ReplyDelete
  3. Hi writer... Bila nk smbung akan ku tawan cintamu?? Dah lama tggu smbungan.. Harap writer diberi idea yang mncurah2 utk siap cerita tu... Kipidap writer..

    ReplyDelete
  4. bile nk smbung...smbg cpt ye

    ReplyDelete
  5. Citer ni best sangat. Please sambung. Suka Natrah. Dia berani sebab dia betul2 suka. I can feel her. Tak salah rasanya kalau kejar apa yang dia nak.jadi tolonglahhhh sambung

    ReplyDelete