“Bos kau ada kat dalam ke Aimi?” Natrah berdiri di depan
meja Aimi. Dia cuba intai ofis Naufal tetapi perbuatannya sia-sia kerana dia
langsung tak boleh nampak kelibat Naufal disebabkan cermin yang bertinted.
“Ada tapi kau jangan kacau dia lebih-lebih hari ni sebab
mood dia tak berapa baik. Pagi ni muka dia kelat macam kopi pekat. Masam
mencuka. Gaduh dengan girlfriend agaknya.” Memang pun muka Naufal masam pagi
ni. Tegur dia pun tidak. Laju masuk bilik. Pintu pun Naufal hempas kuat.
Terkejut dia yang masa itu sedang makan biskut chipsmore. Nasib tak tercekik!
Natrah mencebik.
“Perkataan girlfriend jangan sebut. Alergik aku dengar.
Lagipun kan aku dah cakap yang bos kau tu akan kahwin dengan aku je. Ada
faham?” Dia dah separuh mati sayangkan Naufal. Jangan haraplah dia akan
benarkan Naufal kahwin dengan orang lain selain dia. Dia akan pikat Naufal
habis-habisan. Perigi cari timba? Ah, tak jadi kudis pun bagi dia…
“Kau jangan nak berangan sangat boleh tak Natrah? Dari dulu lagi kau cakap
ayat yang sama tapi aku tengok sampai sekarang bos aku tu tak pandang kau pun.
Ada faham?” pening kepala dia layan kerenah Natrah yang terlalu sukakan Encik
Bos. Sampai lelaki lain yang cuba ayat Natrah dipandang sepi oleh wanita itu.
Cuma sayang bila Encik Bos tak membalas cinta Natrah.
“Alah, memanglah sekarang dia tak pandang tapi nanti
lama-lama dia pandanglah. Lagipun kan orang cakap yang kata-kata tu satu doa.
Kau pun doa-doakanlah jodoh aku dengan bos kau panjang. Nanti aku suruh dia
naikkan gaji kau.”
“Siapa yang nak naikkan gaji?” Tiba-tiba Naufal muncul. Dia
hairan bila muka Aimi cuak semacam, Natrah saja yang masih lagi selamba.
“Erk…Encik Naufal.” Aimi dah tergagap. Alamak, macam mana
dia boleh tak perasan yang bos dia keluar dari bilik? Itulah… seronok sangat bersembang!
“Awaklah…” Natrah dah tersenyum manis. Mestilah kena manis.
Kekasih pujaan ada di depan mata!
“Apa awak-awak? Sekarang kita dekat pejabat dan awak sepatutnya panggil
saya Encik Naufal.” Tegas Naufal menegur. Dia merupakan salah seorang pengurus
di syarikat ini dan sememangnya Natrah patut memanggilnya Encik Naufal. Bukannya berawak-awak. Sakit hati dia dengan
minah senget yang tak faham bahasa ni.
Natrah tergelak kecil. Dia tak takut langsung dengan suara
tegas Naufal. Dia dah ketawa geli hati tengok Aimi yang dah diam menikus buat
kerja. Alah, Naufal tak makan orang, dia makan nasi!
“Tak romantiklah panggil Encik Naufal. Panggil awak barulah
romantik.” Lembut suara Natrah. Kenapa Naufal nampak sangat comel dan kacak
hari ni? Eh hari-hari pun Naufal kacak cuma hari ni je terlebih kacak di
matanya. Ah, parah kau ni Natrah!
Naufal mendengus. Mukanya bertambah kelat.
“Kalau dah gatal sangat nak beromantik, awak kahwin
cepat-cepat. Jangan nak menggatal dengan saya. Saya tak suka tahu.” keras ayat Naufal.
Memang pun dia tak suka Natrah. Dia rimas!
“Kalau macam tu…jom kita kahwin.” Natrah tersengih lagi. ‘Please…
setuju. Saya janji akan buat awak bahagia. 44kali janji…’ nakal bisikan suara
hati Natrah.
“Awak jangan nak mengarut pagi-pagi ni. Dah teringin sangat
nak makan kasut saya?” kasar ayat Naufal. Natrah memang dah hilang akal
agaknya. Boleh pula dia ajak kahwin. Depan staf dia yang lain pula tu…
bertambahlah bengang Naufal yang sememangnya bengang dengan Natrah dari dulu.
“Awak marah-marah macam ni pun saya tetap sayang awak tau.
Sebab awak nampak comel. Sangat!” betul dia tak tipu yang Naufal buatlah gaya
apa pun, di matanya Naufal tetap comel.
“Awak dah gila ke Natrah? Ada wayar putus kat kepala awak?”
boleh tak dia pecat Natrah sekarang juga?
“Saya gilakan awaklah Naufal.” Natrah senyum manis.
“Just shut up.”
***
“Jealous ke?”
“Tak langsung.” Tenang suara Natrah. Sesekali dia jeling juga
Naufal dengan wanita yang tak diketahui nama.
Selagi belum ada scene pegang-pegang, selagi itu dia boleh kekal tenang.
Tapi kalau sampai tangan perempuan tu naik pegang-pegang Naufal kesayangannya… dia
akan menyerang. Buat-buat tertampar ke. Tertumpah air ke. Tertendang ke dan
segala macam ‘ter’ lah ceritanya.
“Kata cinta tapi takkan tak ada rasa cemburu langsung. Dia
lunch dengan perempuan lain depan kau. Kalau aku…confirm perempuan tu dah kena jirus dengan air.” Aimi pelik. Bukan Natrah
cinta mati ke kat bos dia yang handsome tu
tapi kenapa riak cemburu langsung tak terbias di wajah lembut Natrah?
“Setakat lunch apalah sangat. Lainlah kalau dia bersanding
dengan perempuan tu. Kalau yang tu haruslah aku patah hati. Aku hantar notis
berhenti 24jam terus!”
“Tapi perempuan tu cantiklah Natrah. Kalah kau.” Aimi
pandang lagi wanita di samping Naufal. Memang cantik. Wajah pan asian … macam
model. Cantik sikitlah dari Natrah. Eh, tapi Natrah pun cantik juga.
Natrah mencebik.
“Cantik tu subjektif okay. Lagipun aku tak rasa yang Naufal
pandang pada rupa.”
“Mana kau tahu?”
“Sebab dia kan suka aku yang tak cantik ni.” Natrah tergelak
kecil. Hakikatnya sampai sekarang Naufal tak pernah pandang dia. Sabar ye
Natrah. Mama pesan, kalau kita nak sesuatu kita kena berusaha dan bersabar. Jadinya…
dia kenalah bersabar dalam memikat hati Naufal yang mahal tu.
“Sengal. Tak habis-habis dengan perasan dia. Jomlah balik
ofis. Dah nak habis waktu lunch ni.” Aimi tengok jam kat pergelangan tangan. Sudah
hampir pukul dua petang. Nasiblah ofis mereka dekat sahaja dengan restoran ini.
Kalau tak, jenuh juga nak terkejar-kejar.
Natrah nampak sesuatu di atas meja Naufal. Dahinya berkerut.
Eh, tak boleh jadi ni.
“Kau pergi bayar kat kaunter dulu. Aku nak pergi jumpa
Naufal kejap.” Terus dia bangun sebelum sempat Aimi menahan
“Eh, nak buat apa?” Aimi panik. Tapi Natrah tetap pergi
meninggalkannya termangu-mangu. Janganlah Natrah buat sesuatu yang bakal
memalukan diri sendiri.
“Hai awak…”
Naufal angkat kepala. Sudu dan garfu yang tadinya menguis makanan di pinggan turut terhenti. Dan bila wajah Natrah terpampang di depannya, wajah Naufal turut berubah. Masam…
“Awak makan spageti? Bukan awak tak suka makan spageti ke?”
Natrah duduk di depan Naufal dan tarik pinggan Naufal. Kemudian dia panggil Azman
yang kebetulan lalu di sebelah mereka. Pekerja di Restoran Singgah Selalu.
“Dik, akak nak order nasi goreng paprik satu. Cepat sikit
ye. Kesian cik abang akak, mati kelaparan dia nanti.” Dia tak pedulikan
renungan maut Naufal dan juga muka wanita cantik di sisi Naufal yang turut
berubah.
“Demi kak Natrah, sekarang juga saya suruh diorang masak.”
Laju Azman ke belakang demi memenuhi permintaan Natrah yang digelarnya Akak
cantik tapi selamba.
“Kenapa dengan awak ni Natrah?” soal Naufal geram. Tak
percaya sampai ke sini pun Natrah boleh kacau dia. Tak boleh ke walau sehari
Natrah tak mengganggunya? Gila dia jadinya!
“Kalau Cik Vogue nak tahu, Naufal tak suka makanan macam ni
sebab dia ni tekak melayu. Tak boleh nak makan makanan pelik macam spageti ni.”
Natrah buat tak dengar dengan soalan Naufal. Sebab dia sayang Naufal lah dia
order makanan lain. Itupun nak marah. Okay, dia akan anggap yang Naufal cuma marah-marah
sayang.
“So, apa kaitan dengan you?” Wanita yang bernama Syatilla
dah memeluk tubuh. Jengkel dan meluat dengan wanita bertudung di depannya. Kalau
tak dikenangkan Naufal ada sekali, mungkin pipi wanita yang bernama Natrah dah
berbirat kesan tamparannya.
“Of course ada
kaitan. Saya tak nak bakal suami saya sakit perut sebab makanan yang awak order
ni. Saya sayang dia tahu.” Natrah membalas. Senyuman terukir di bibir merahnya.
Nak kata dia tak tahu malu? Whatever…
ada dia kisah?
“Natrah!”
“Ya sayangku Naufal?” Natrah angkat kening pandang muka Naufal
yang sudah merah. Marah dan malu mungkin.
“Dear, you jangan
perasan boleh tak. Naufal tak suka you pun. Please,
jangan jatuhkan maruah you kat sini. Now,
can you please leave us? I rasa semak tengok you kat sini.”
“Whateverlah minah
celup.” Natrah angkat bahu. Dia bangun dari duduk dan ambil pinggan Naufal yang
masih lagi penuh dengan Spageti.
“Awak tunggu makanan awak sampai. Spageti ni biar saya bawa
balik bungkus untuk saya. Okay, jumpa awak kat ofis nanti.”
“Wait Natrah…”
“Yes dear? Oh… I forgot
that words.” Natrah menepuk dahi. Dia geleng kepala. Dia lupa nak cakap
pada Naufal hari ni.
“What?” Soal
Naufal. Dahinya turut bekerut.
“I love you.”
Natrah tersenyum lagi.
Dan Naufal terkelu manakala Syatilla betul-betul rasa ingin
menampar wajah Natrah.
Bersambung...
P/S: Just random story... saya main tulis je. no plot, xsure nak jln cerita yang macam mana tapi tangan gatal nak tulis walau tak banyak :)
memang saya nak stop tulis tapi entah... saya rasa...hmmm. nak menulis juga kadang-kadang tu. mengada sungguh saya ni kan? hahaha... jangan marah ye.. nanti kena jual (^_^)
sambunglah cepat....................
ReplyDeleteBesttt sambung cepat sikit :(
ReplyDeleteBesttt sambung cepat sikit :(
ReplyDeleteBesttt sambung cepat sikit :(
ReplyDeletesambung cepat please.................
ReplyDeletesambung cepat please.................
ReplyDeleteBila nak sambung? Apapun Selamat Kembali.
ReplyDeleteBila nak sambung? Apapun Selamat Kembali.
ReplyDelete