“Lepas. Lepaskan Hanis. Jangan sentuh Hanis!”
Karl mengetap rahang. Rontaan Hanis kuat. Bersungguh tidak
mahu disentuh. Karl tarik Hanis ke dalam pelukannya. Mengusap lembut belakang tubuh
isterinya. Dia melonggarkan pelukannya sedikit. Tak mahu Hanis sakit.
“Syh… relaks, Hanis. Jangan marah macam ni.” Kepala Hanis
dicium lembut. Sungguh, dia sayangkan Hanis. Hanya tuhan saja yang tahu betapa
berdebar hatinya bila teringatkan kejadian tadi. Dia hampir kehilangan
Hanis. Tak tahu apa akan jadi dengan hidupnya jika Hanis tiada. Dia tak akan
mampu hidup. Hanis adalah segalanya. Hanis adalah dunianya.
Hanis ketap bibir. Kuat. Hatinya sedih bukan kepalang. Mahu menangis
tapi ditahan air mata dari jatuh. Tak boleh, Karl tak boleh tengok dia
menangis. Hanis menolak dada Karl. Kuat. Karl yang tak bersedia terlepas
pegangannya. Bila Karl mahu dekat, Hanis menjauhkan diri. Hanis menggeleng. Tak mahu Karl rapat.
“Kenapa Hanis macam ni? Hanis tak sayang abang?” lembut nada
Karl. Wajah kesayangannya ditatap penuh kasih. Tak faham apa yang mengganggu
Hanis.
Hanis tunduk. Sesaat matanya terpejam. ‘Sebab Hanis sayang
abang Hanis buat macam ni. Hanis tak nak abang terluka. Hanis tak nak mereka
apa-apakan abang.’ Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati.
Bersambung…
P/S: Rasa macam nak buat Cinta Hatiku Pembunuh Upahan?!
Special Edition… Tapi jangan berharap sangat okayyyyy… hehehe .no...no... no... saya tahu, mesti ada yang cakap 'cerita lain tak siap lagi, kenapa buat cerita baru?' yup.. saya tahu tapi kan dear... saya... okay... saya pun tak ada jawapannya. Cia cia cia... - please jangan marah k, saya bergurau je.. love ualls!
Buat lah cerita ni special edition. I sukeeeeee. 😂😂😂😂 Btw i tak kisah yg mana dlu. Janji sambung cerita yang terbengkalai tuh😍😍😍
ReplyDeleteMohon sambung lagi sis. Can't wait to read ! 😘
ReplyDeletePlssss buat
ReplyDeleteWow suka citer ni... dah lama tunggu mana lah tau nnt sis nk sambung lg huhu... xsabar nk baca special editiom punya ni, ermm harap karl dn hanis ada anak nnt, apepun saya akn tunggu dn suppport sis and goodluck utk citer ni nnt. Akhir kata selamat berpuasa
ReplyDeleteAlaa bila nk update author??😔
ReplyDeleteEii lamanyaa updatelaaaaaa😭
ReplyDeleteCik writer, I really love your writing tapi kenapa banyak kisah (like akan kutawan cintamu and hanya kau dah aku) tak bersambung sambung lagi😭😭
ReplyDeleteSis kenapa dah tak update???
ReplyDeleteakak,sambung lh menulis..saya dh jatuh cinta sgt ii ngn semua cite akak😞☹
ReplyDelete