Saturday 28 March 2015

Cerpen : Cinta Sempurna ( Ending )



“Kau ugut aku?” soal Safina tak percaya.

“Kau rasa aku ugut kau ke?” sinis Redza menyoal.

Safina mendengus kasar. Redza sudah keterlaluan. Menyentuh dirinya sesuka hati bagaikan dirinya milik Redza. Tidakkah Redza tahu yang dia begitu meluat dengan sikap Redza yang satu itu?

“Kenapa diam? Takut aku cium kau betul-betul?”

Safina ketap gigi geram. Ah, tidak ada gunanya dia berlawan cakap dengan Redza kerana apa saja yang keluar dari mulut Redza pasti akan membuatkannya panas hati. Sudahnya Safina melangkah melepasi Redza… dia harus pergi. Dan… biarlah pertemuannya dengan Redza, Nazrin dan juga Liyana pada hari ini merupakan pertemuan yang terakhir. Dia mahu lupakan segalanya dan mulakan hidup baru. Namun Safina makin tersentak bila Redza merengkuh lengannya.

“Kita tak habis lagi. Kau nak pergi mana?”

Safina merentap lengannya, melepaskan diri dari cengkaman Redza. Dia pandang Redza tajam.

“Ini amaran terakhir aku Redza Akif bin Dato Ruzman. Lagi sekali kau sentuh aku, aku tak akan teragak-agak untuk tampar pipi kau. Kau jangan ingat kau anak Dato aku tak berani nak buat apa-apa pada kau. Kau belum kenal lagi aku siapa.” Tegas Safina bersuara. Dia tidak main-main kali ini.

“Kau pun belum kenal aku siapa.” Redza cuba meraih tangan Safina ingin mendekatkan jarak mereka, dia tak ingin Safina berlalu pergi meninggalkannya tetapi Safina pantas mengelak dan dengan hati yang membungkam Safina menampar pipi kiri Redza menyebabkan Redza sedikit tergamam.

“Aku minta maaf tapi tolong jangan ganggu hidup aku lagi.” sesudah menuturkan ayat itu Safina melarikan diri. Kelibatnya hilang di sebalik orang ramai.

 “ Kau tampar pipi aku tapi  kenapa aku rasa hati aku yang sakit?” Redza tersenyum sinis sambil pegang dada kirinya. Detak jantungnya berdegup pantas.





******************




“Hello Fina!” Safina menjauhkan sedikit telinga kiri dari telefon bimbitnya. Kuatnya budak ni jerit!

“Assalamualaikum. Dah lupa nak bagi salam ke sampai main terjah je Farah sayang?” Safina senyum senget. Entah apa yang dikejarkan Farah sampai tak sempat nak bagi salam. Spontan dia terdengar suara Farah gelak di hujung talian.

“Ops…sory. Aku lupa… Waalaikumsalam Safina Adilea Binti Husin. Ha… cukup?” Okay, dengan nama Bapak sekali Farah sebut. Sengaja nak mengenakan Safina.

“Ha… tu baru betul. Nak apa kol aku  ni?” rasanya hampir lima bulan juga Farah tidak menelefonnya. Sibuk mungkin.

“Aku nak cakap sesuatu ni tapi please… jangan nak mengelat lagi. Dah lapan tahun tapi kau tetap tak nak follow.” Farah bersuara tegas. Dia tak nak Safina mengasingkan diri lagi. Cukuplah lapan tahun. Tempoh itu sudah terlalu lama.

Safina kerut dahi. Ni apa kes cakap serius sangat ni?

“Apa benda? Cuba cakap straight. Cakap guna bahasa yang aku faham. Tak payah nak senget-senget.”

“Minggu depan kelas kita ada buat reunion. Aku nak kau….”

“Aku tak nak pergi.” Safina potong ayat Farah. Mukanya bosan. Dia memang tak akan pergi. Muktamad. Dia benci bila mengingatkan dirinya dimalukan di hadapan budak kelas oleh Redza dan kini rasa malunya masih belum padam!

“Fina! Kan aku dah cakap aku tak nak dengar  kau mengelat lagi kali ni. Please… apa salahnya kali ni kau datang. Dah lapan tahun Fina. Sekali pun kau tak pernah datang reunion kelas kita. Apa masalahnya sebenarnya ni?” penat pujuk orang degil seperti Safina.

Safina mengeluh. Tolonglah jangan paksa dia.

“Aku malas. Alah, kalau aku tak pergi, budak lain still pergi. Aku tak datang pun majlis tu tetap berlangsung. So aku ada ke tak tetap tak membawa makna apa-apa.” Dia juga tak mahu berjumpa dengan Redza, Nazrin dan Liyana di majlis itu nanti. Entah bala apa pula yang akan menimpa hidupnya kelak.

“Janganlah cakap macam tu Fina. Kau tak nak jumpa aku, Suzie dengan Laila ke? Kitorang rindu kau. Rindu sangat-sangat dengan kau.” Suara Farah sayu.

“Bukan aku tak nak jumpa tapi…”

“Dah lapan tahun... Kau langsung tak nak jumpa dengan kitorang. Aku asyik dengar suara kau, tak pernah jumpa kau depan-depan. Kau memang dah tak nak jumpa kitorang sampai bila-bila ke Fina? Kau memang dah tak anggap kitorang kawan kau?”Suara Farah semakin mendalam. Hampir tidak kedengaran.

“Farah…” Safina sedikit tergamam. Dia dapat dengar esakan Farah. Sedikit sebanyak hatinya turut sedih. ‘Aku tak bermaksud nak buat kawan-kawan aku sedih.’

Fine… ni last aku ajak. Lepas ni aku dah takkan ajak kau lagi. Ikut kaulah nak buat apa dengan hidup kau. Aku dah tak nak masuk campur.”

“Okay, aku pergi.” Safina mengalah. Ni first and last dia akan pergi reunion kelasnya.

“Apa dia?”

“Aku cakap aku pergi.”

“Kau serius?”

“Okay aku tak jadi.” Safina tarik muka.

“Okay-okay, aku gurau je.  Janganlah sentap. Eh tapi make sure bawa pasangan tau. Kalau tak, tak boleh masuk.”

Safina kerut dahi. “Apasal pulak? Siapa yang buat peraturan bodoh ni? Malaslah aku nak pergi.” Time dia nak pergi banyak pulak songehnya. Spoil betul…

“Kau bawa je siapa-siapa. Sepupu kau ke. Kawan lelaki kau ke.” Farah memberi cadangan. Dia tak sabar menanti gerangan lelaki yang akan dibawa oleh Safina nanti. Mustahil Safina masih 
keseorangan.

“Aku mana ada kawan lelaki.” Fina membangkang. Memang dia tak pergi jugak reunion ni karang. Menyusahkan!

“Aku tak peduli. Aku nak kau datang juga reunion kita kali ni dengan pasangan kau. Kalau tak aku akan hasut Suzie dengan Laila putus kawan dengan kau.” Farah mengugut.

Pap! Terus Farah matikan talian.

Safina merengus perlahan. Ah, kusut! Menyusahkan betul reunion ni!





******************




Safina cepat-cepat ingin menghabiskan Nasi goreng paprik di pinggannya. Dia ada lagi setengah jam sebelum meeting bersama client. Dahlah jalan menuju ke ofis clientnya tu sesak.

“Hai Miss Ugly…” tegur satu suara.

Safina angkat muka. Berubah terus air mukanya namun cepat-cepat Safina mengawal kembali air mukanya supaya beriak seperti biasa.

“Kau nak apa?” Safina suap satu lagi sudu nasi ke mulutnya. Ah, rasa tawar pulak nasi ni tiba-tiba. Mungkin seleranya terus mati bila Liyana begitu rajin menyapanya.

“Seorang je? Kesiannya… kau dari dulu sampai sekarang masih lagi lonely. Sedih aku dengan hidup kau.” Liyana senyum mengejek. Dia bahagia melihat hidup Safina. Sepi tanpa siapa di sisi.

“Seorang? Mana ada seorang. Tunang aku baru je balik tadi. Kau terlambat sikit.” Sejak bila pulak kau bertunang ni Fina? Gasaklah… memang dia tipu sebab sakit hati dengan Liyana. Suka sangat perkecilkannya dari dulu.

“Siapa? Redza?”

Safina senyap. Malas nak jawab.

“Kau ingat aku percaya Redza nak kahwin dengan kau? So funny… kau jangan nak mimpilah. Kau kena sedar diri sikit yang kau langsung tak layak dengan Redza. He’s a Mr Perfect but you are Miss Ugly. Langsung tak kena. Kau tak cermin diri kau ke? Buatlah macam mana pun, kau tetap tak layak untuk bersama dengan Redza.”

“Oh yeke? Tapi kalau kau nak tahu, Miss Ugly yang kau hina dari dulu sampai sekarang nilah yang Redza tergila-gilakan. Miss Ugly nilah yang Redza gila bayang sampai cari aku walau aku cuba hilang dari mata semua orang. Dan Miss Ugly ni jugalah yang buat Redza jatuh cinta dari zaman sekolah hingga sekarang.” Yakin Safina membalas. Dia dah tak peduli dengan penipuan yang dibuatnya asalkan dia tak nampak lemah di mata Liyana yang selalu mahu melihat dia jatuh.

“Kau buat lawak antarabangsa ke? Redza cintakan kau? Kau berangan ke Fina?” Liyana ketawa sinis. Dia memang tak akan percaya yang Redza sukakan Fina. Nonsense!

Well, aku tak peduli dengan apa yang kau atau orang lain cakap sebab by next month, aku dan Redza, Mr Perfect kegilaan sekolah kita tu akan berkahwin. Nanti aku bagi kad jemputan. Walau aku tak suka kau, aku tetap jemput kau datang ke majlis aku dan Redza.” Sesudah habis menuturkan ayat itu, Safina bangkit dan bayar bil di kaunter. Dia tak menanti jawapan balas dari Liyana yang sememangnya akan menyakitkan hati.  Dia tak pandang belakang langsung.





******************




Safina merenung baju kurung sutera penuh sulam  yang berada di tubuhnya. Agak mahal juga duit yang dikeluarkan untuk membeli baju ini tetapi bukan selalu dia berbelanja untuk tampil anggun begini. Anggun? Safina senyum sedikit. Kalau orang lain dengar pasti mereka akan gelakkannya. Anggun langsung tak pernah sesuai dengan dirinya yang digelar Miss Ugly oleh rakan sekelasnya.

Safina angkat wajah. Dari jauh dia nampak kelibat budak kelasnya masuk ke dalam dewan. Mereka nampak matang kerana lapan tahun sememangnya membawa perubahan besar kepada diri masing-masing. Itu tak menjadi isu buat masa ni. Isunya yang terbesar sekarang ni ialah dia tak mempunyai pasangan! Kenyataannya dia memang tiada siapa untuk dibawa bersama. Biarlah…Dia kira cukuplah dia nampak kawan-kawannya dari jauh. Lepas semua orang dah masuk, dia akan pulang.

“Kau tunggu aku?”

Safina menoleh ke arah suara yang menegurnya dari belakang. Bibir bawah digigit perlahan.’ Macam mana dia boleh nampak aku kat sini? Bukan aku dah menyorok bagi tak ada seorang pun nampak aku ke?’ hati kecil Safina merungut.

“Fina…Kau tunggu aku?” sekali lagi Redza melontarkan ayat yang sama berserta dengan senyuman sinis.

Safina senyap. Redza ni mengarut apa? Bila masa pulak dia tunggu Redza? Dia nak balik dah la.

“Merajuk dengan aku lagi ke?Hmm?” Redza mencari mata coklat cair Safina yang langsung tak nak pandang mukanya dari tadi. Fina marah lagi?

Safina tetap senyap. Istilah merajuk takkkan pernah ada dalam kamus hidupnya untuk Redza. Kalau benci, meluat, marah dan menyampah tu memang bergunung!

“Jom masuk. Budak kelas kita tengah tunggu tu.” Redza tarik hujung lengan baju kurung Safina bila wanita itu masih diam tanpa sebarang kata.

“Aku tak nak.” Safina merentap lengannya. Matanya tajam.

Redza angkat kening menyoal. Senyuman sinis masih lagi terukir di bibirnya.

“Kau memang tak serik dapat penampar aku hari tu kan Redza? Nak kena penampar lagi sampai lebam pipi kau tu?” tegas Safina menyoal. Jumpa balik terus nak sentuh-sentuh dia. Alamatnya, 
Redza bukan makan penamparnya malam ni tapi makan kaki terus!

“Aku tak kisah asalkan kau bercakap dengan aku.”

“Gila…”

“Memang aku gila…”

“Aku tak sangka Mr Perfect kelas kita ada penyakit gila. Kesian peminat-peminat kau kalau diorang tahu yang kau dah tak waras. Confirm jatuh saham kau nanti.” Safina mengejek tapi hatinya pula yang rasa sakit bila Redza langsung tak terkesan dengan kata-kata sinisnya.

“Kita sambung cakap kat dalam nanti. Jom masuk.”Tanpa sebarang amaran Redza tarik lengan Safina yang beralas baju kurung menuju ke pintu masuk dewan.

“Redza, lepas! Aku cakap lepas!” Safina semakin kalut bila dirinya semakin hampir dengan pintu masuk. Dadanya rasa nak pecah. Dia belum bersedia untuk berjumpa dengan budak kelasnya lagi.

“Redza! Please…”  Safina merayu namun semakin kemas Redza mengeratkan pegangannya.

Syhhh… Don’t worry. I am here. I will always protect you, dear. Just trust me…” Redza bersuara perlahan di tepi telinga Safina. Entah kenapa, hati Safina sedikit terbuai dengan bisikan halus itu. 

Safina geleng kepala. Kau jangan fikir yang bukan-bukan Fina!

Finally… datang juga kita punya Mr Perfect dengan…” kata-kata Fakhrul selaku MC malam itu terhenti seketika sebelum menyambung.

“…dengan Miss Ugly. What a surprise.” Ada nada terkejut di situ.

Safina tunduk. Berjalan di sebelah lelaki yang boleh dikatakan idaman ramai menyebabkan dirinya sedikit rendah diri. Lebih-lebih lagi bila dia mula dengar bisikan yang mengutuk dirinya langsung tak sepadan dengan Redza. Tiba-tiba dia rasa nak menangis.  Dia nak balik. Dia tak nak tunggu lama!
Redza tarik Safina ke sebuah meja kosong.

“Jangan pedulikan cakap orang lain. Tak boleh buat kau kenyang pun.” Memang tak boleh buat kenyang tapi boleh buat sakit hati! Senang je Redza cakap. Yang dikutuknya ialah dia. Bukan Redza!

”Kenapa muka takut sangat ni? Kan tadi aku dah cakap aku ada. Selagi aku ada, kau tak perlu takut dengan orang lain. Okay?”  

Belum sempat Safina membalas tubuhnya dah dipeluk oleh Farah, Suzie dan Laila.

“Ya Allah Fina… rindunya kitorang kat kau. Sampai hati kau tak nak jumpa kitorang. Kitorang rindu separuh mati tau.” Suzie senyum. Dapat juga dia bertemu kawan baiknya yang seorang ni. Payah benar!

“Kau dah lupakan kitorang ye Fina?”Laila merajuk.

Safina geleng kepala. Air mata hampir menitis. Sumpah, dia juga rindukan kawan-kawannya ni!

“Hilang lapan tahun lepas tu tiba-tiba muncul dengan Redza. Terkejut kitorang tau tadi. Pandai kau sorokkan hubungan kau dengan Redza kan? ” Farah mula mengusik menyebabkan Safina terkedu. Redza pula hanya selamba.





******************





Jam di tangan Safina jeling sekilas. Dah hampir pukul 11.30 malam. Lewat dah ni. Kalau dia balik sekarang okay jugak kut. Rasa pelik bila ditinggalkan seorang diri. Redza entah ke mana. Kawannya yang tiga orang tu pun hilang tanpa dapat dikesan.

“Apa hubungan kau dengan Redza sebenarnya?” Nazrin memuntahkan bicara. Tiba-tiba duduk di hadapan Safina di meja besar itu.

“Kenapa sibuk nak tahu?” Safina membalas acuh tak acuh.

“Aku tak percaya kau dengan Redza ada hubungan. Kau guna-gunakan dia?”

Safina ketap gigi geram. Ini lagi seorang. Tak nak percaya sudah. Tapi apa kes sampai tuduh dia yang bukan-bukan. Dah teringin sangat nak kena simbah dengan air kat atas meja ni ke?

“Ikut suka kau nak cakap apa. Yang penting aku bahagia. Tak kira dengan siapa aku bersama.”

“Tapi kau cintakan aku!” Nazrin menekan suaranya.

“Itu dulu! Masa aku bodoh sebab tak dapat nak bezakan perasaan kau yang palsu tu. Dulu mungkin aku cintakan kau tapi cinta tu dah terkubur saat kebenaran muncul. Sekarang bukan rasa cinta yang ada tapi rasa benci. Rasa benci yang sampai nak tengok muka kau pun aku rasa nak muntah!” Nah! Nak tahu sangat perasaan dia yang sebenarnya sekarang ni. Memang itu pun yang dia rasa. Sekelumit cinta pun dah tak wujud untuk Nazrin. Semua rasa indah buat Nazrin sudah menjadi tawar.

Safina bangun. Balik lagi bagus. Boleh tidur awal. Esok kena kerja pagi.Tiba-tiba lampu terpadam.  Gelap. Safina kaku. Tak pasti mahu terus melangkah ataupun tidak.  Telinganya dapat menangkap bunyi piano. Bunyi piano memenuhi suasana di dalam dewan. Semua senyap menghayati bunyi piano tersebut.

Lampu kecil terpasang. Menyuluh tubuh Redza di atas pentas bersama dengan sebuah piano. Mata Redza terpejam namun jari-jemarinya sempurna di atas keyboard piano dan menghasilkan bunyi yang sungguh merdu membuatkan orang ramai turut menikmati bunyi indah tersebut. Saat Redza membuka mata. Matanya bersabung pandang dengan Safina yang berada dekat dengan pentas. Fina…



Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu


‘Redza, aku tak suka kau kutuk aku!’ suara Safina tinggi.
‘Tapi aku suka…”Redza senyum sinis. Tapi di sebalik senyuman sinisnya tersimpan satu perasaan di mana hanya dia saja yang tahu. Tidak orang lain. Tidak Safina sendiri.


Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki


‘Kau pergi mana Fina?’ Redza merenung gambar kelasnya. Gambar Safina berdiri di belakangnya! 
Puas Redza cari ke mana hilangnya Safina setelah tamat SPM. Seorang pun tak tahu. Redza jadi hilang arah. Semua yang dilakukan serba tak kena. Dia asyik terbayangkan wajah Safina yang geramkan dirinya. Sungguh dia rindu!


Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu


“ Wei buta ke?” Safina terduduk bila tubuhnya dilanggar kasar.
 “ Kat mana kau letak mata sampai aku yang besar macam ni pun kau tak nampak?” marah Redza. Geram bila tubuhnya dilanggar namun dia tergamam bila dihidangkan dengan seraut wajah yang selama ini dia cari.
“ Kejap… kau ni Safina Adilea kan?” dia yakin yang wanita ini adalah Safina. Dia sangat pasti!
Safina lap sisa air matanya. Wajah yang berada di hadapannya kini dia renung tanpa berkelip.
“ Aku Redza Akif. Do you still remember me?” Ya Allah… rasa seperti ingin ditarik tubuh Safina ke dalam pelukannya! Aku dah lama cari kau Fina. Please… lepas ni jangan hilang dari aku lagi!


Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku


“ Kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak pernah susahkan hidup kau. Aku tak pernah cari pasal dengan kau tapi kenapa kau suka sangat buat hidup aku tunggang langgang? Kau rasa bahagia ke bila tengok aku macam ni?” air mata Fina mengalir lesu.
“ No… jangan salah faham. Aku boleh terangkan, Fina.” Dia benci melihat air mata di wajah Safina. Ingin saja dia menyapu air mata itu dan menarik Safina ke dalam rangkulannya namun semua itu mustahil. Safina bukan miliknya. Sudahnya Redza hanya meraup kasar rambutnya.
“ Kau nak terangkan apa lagi? Mengaku je yang kau memang tak suka tengok aku bahagia dari dulu sampailah sekarang. Apa yang kau cuba buat tadi? Aku bakal isteri kau?” Safina ketawa lirih. Dia menggeleng perlahan.
“Fina…” Redza menelan air liur sendiri. Ah, Safina benar-benar terluka dengan perbuatannya. ‘Apa yang kau buat ni Redza? Tapi aku ada sebab. Aku sayangkan kau Fina. Aku tak bergurau bila aku cakap aku nak kahwin dengan kau. Aku cintakan kau! Kenapa kau tak pernah faham?’


Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…


“Kau memang tak serik dapat penampar aku hari tu kan Redza? Nak kena penampar lagi sampai lebam pipi kau tu?”
“Aku tak kisah asalkan kau bercakap dengan aku.”tahukah Fina yang dia begitu rindukan suasana ini? Suasana Safina marahkan dirinya. Dia rindukan kenangannya bersama Safina seperti dulu.
“Gila…”
“Memang aku gila…” aku gilakan kau. Sungguh! Setiap helaan nafasnya membisikkan nama Safina. Satu nama yang terpahat di hati lelakinya dari zaman remajanya lagi…





******************




Tepukan gemuruh dari orang ramai menyebabkan Safina tersentak. Tadi dia hanyut merenung Redza. Lelaki itu nampak lain. Nampak sedih. Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan kepadanya. Lagu tadi ditujukan khas buatnya ke? Jangan berangan Fina! Redza cuma terpandang kau. Bukannya dia tuju lagu tu untuk kau. Sila jangan perasan!

“Fina…” Redza berbisik. Mikrofon di tangannya membolehkan semua orang di dalam dewan mendengar. Langkah kakinya semakin menghampiri Safina yang masih lagi kaku memandangnya.

Safina kaku. Entah mengapa. Kakinya seolah-olah digam. Tak boleh nak bergerak. Denyut jantungnya pula semakin laju bila Redza semakin dekat.

“Fina…” sekali lagi Redza berbisik halus bila dia sudah berdiri di depan Safina. Betapa dia bahagia menyebut nama itu berulang kali di bibirnya.

Safina diam. Suaranya seakan tak keluar. Kenapa aura Redza rasa sangat berbeza saat ini? Dan hatinya mahu terlompat keluar bila Redza tiba-tiba menghadiahkan senyuman. Senyuman manis yang tak pernah Redza pamerkan kepadanya.

“Mungkin kau perlu tahu sesuatu malam ni. Sesuatu yang mungkin akan mengubah persepsi kau terhadap aku. Sesuatu yang mungkin akan mengubah kehidupan kau selepas ini. Dan sesuatu yang mungkin akan mengubah kehidupan kita selepas ini.”

‘Kita? Kenapa ada kita?’ Safina ingin bertanya tapi lidahnya seakan dipasung.

Redza menarik nafas panjang. ‘Ya Allah. Kau berilah aku kekuatan untuk luahkan segalanya kepada Fina malam ini. Jika benar dia tercipta dari tulang rusukku, jika benar dia jodoh yang tercipta untukku dan jika benar dia cinta pertama dan terakhirku….kau permudahkanlah segalanya untukku. Aku mohon kepadaMu Ya Allah…’

“Fina…” Untuk kali ketiga Redza menyebut nama wanita pujaannya. Wanita idaman kalbu. Dia pandang mata Fina dalam-dalam.  Dia berdoa supaya dia dapat menatap mata indah itu sepanjang hidupnya.  

Safina pula hanya menanti. Dia tak tahu kenapa dia begini tetapi dia rasa ada sesuatu yang ingin Redza sampaikan kepadanya.

“Aku minta maaf. Aku minta maaf sebab aku selalu kutuk kau, hina kau dan jatuhkan air muka kau  masa kita sekolah dulu. Aku tahu perbuatan aku memang teruk. Dan aku juga tahu… perbuatan aku tu juga yang buat kau makin jauh dari aku.”

‘Memang kau teruk! Baru nak sedar ke? Hati aku sakit sebab kau!’ hati kecil Safina berbicara.

“Semua yang aku buat tu bersebab. Semuanya sebab aku cintakan kau…”

“Apa kau cakap ni Redza?”Suara Safina bergetar.  Kakinya melangkah setapak ke belakang. Dia terkejut.

Redza geleng kepala. Dia turut melangkah setapak ke hadapan bila Safina mula menjauhkan diri.’Fina…  bagi aku peluang luahkan semuanya dulu.’

“Dengar dulu cakap aku Fina. Aku tak merepek dan aku tak gila bila aku cakap aku cintakan kau. Perasaan ni dah lama hadir. Bukan baru lagi, bukan lapan tahun tapi dah sepuluh tahun Fina.” Redza dah tidak ambil pusing  dengan kawan-kawannya yang turut mendengar luahan perasaannya. Dia hanya nampak Fina sahaja sekarang ini.

Safina makin tergamam.

“Aku suka kau dah lama Fina. Sejak kau pindah masuk sekolah kita lagi. Tapi kau tak pernah nak berkawan dengan aku! Aku buntu… aku tak tahu cara apa lagi untuk dekati kau sebab kau tutup semua peluang dari aku berkawan dengan kau. Jadi, aku tak ada cara lain selain daripada selalu cari gaduh dengan kau sebab aku tahu,hanya dengan cara itu baru kau akan nampak aku. Dan memang aku berjaya! Kau nampak aku… tapi kau tetap jauh dari aku.”

Stop! Aku tak nak dengar lagi.” Safina tutup telinga dengan tangan. Ini semua mimpi. Mustahil Redza sukakannya. Ini memang tak masuk akal!

“Aku tak main-main Fina.” Redza masih tenang. Memang dia dapat jangka ini respon yang akan diberi oleh Safina.

“Kau nak apa lagi Redza? Tak cukup ke dengan apa yang kau buat dalam hidup aku? Kau nak aku betul-betul tersungkur kat kaki kau baru kau berhenti? Itu ke yang kau nak?!” Safina menjerit sedikit. Dia tak boleh nak hadam semua yang baru Redza luahkan. Redza hanya berlakon. Ya… Redza hanya berpura-pura di depan semua orang!

“Aku nak kau Fina! Kenapa kau masih tak faham lagi? Aku cintakan kau!”

“Tipu… Kau penipu. Kau memang berdendam dengan aku dari dulu lagi. Kau benci aku… kau memang benci aku!” Safina menjerit lagi. Dia ingin lari. Dia ingin pergi dari sini. Dia ingin hilang dari pandangan ramai. Sumpah! Lepas ni dia akan terus ghaib dari semua yang mengenali dirinya.

“Fina, stop! Dengar cakap aku dulu.” Redza  kalut bila Safina melarikan diri. Redza terus mengejar Safina yang keluar dari dewan menuju ke jalan raya. Dan dia semakin berdebar bila Safina melintas tanpa melihat kiri dan kanan.

“Fina!”

“Pergi! Aku benci kau Redza, aku…” kata-kata Safina terhenti bila dia nampak sebuah kereta laju ke arahnya sebelum dia dirempuh dan tercampak jauh. Badannya sakit. Sayup-sayup dia nampak Redza berlari ke arahnya sebelum tubuhnya di bawa ke dalam rangkulan Redza. Dia dapat rasakan air mata Redza yang menitis ke mukanya sebelum semuanya menjadi gelap…





******************




9 bulan berlalu…

Safina menangis teresak-esak. Sungguh dia sedih. Air mata tak henti-henti mengalir menuruni pipinya. Sebak rasanya. Mata yang bengkak sudah tak dihiraukan.

“Sayang, kenapa ni?” Suaminya menegur sebelum duduk di sebelah dan merangkul bahunya mesra.

“Cerita ni sedih sangat.” Safina ketap bibir. Sejak berbadan dua ni memang dia menjadi terlebih sensitif. Nasiblah dia berkahwin dengan suami yang sanggup melayan segala jenis kerenahnya yang bukan-bukan.

“Kalau dah tahu sedih kenapa tengok juga? Kan dah menangis. Teruk pulak tu. Habis sampai bengkak-bengkak mata.” Redza cium kedua belah mata Safina sebelum merangkul tubuh isterinya ke dalam pelukan. Haruman dari rambut Safina buat dia rasa tenang. Sungguh, dia sayangkan Safina…

“Orang cakap cerita ni best. Tu yang Fina tengok. Tak sangka pula cerita ni sedih sangat-sangat.”  Miracle in cell no 7. Sebuah cerita korea di mana seorang ayah yang mempunyai penyakit autism disabitkan kesalahan membunuh seorang kanak-kanak perempuan dan dijatuhkan hukuman mati.

Redza ambil remote control dan terus tutup tv.

“Abang! Kenapa tutup?”

“Abang tak suka tengok Fina menangis. Dah. Berhenti menangis. Dah macam budak kecil je abang tengok. Mata merah, hidung merah, bibir merah… “

“Habis tu Fina nak tengok apa? Bosanlah kalau macam ni.” Safina tarik muka.

Redza merenggangkan pelukan. Dia pegang kedua belah pipi Safina dan menatap dalam-dalam mata isteri kesayangannya. Isteri yang baru dikahwini lima bulan.

“Sekarang abang izinkan sayang renung muka abang puas-puas. Dah tak payah nak tengok curi-curi lagi. Now, I’m  yours…” Redza mengusik.

Safina senyum. Memang sejak berkahwin dengan Redza dia tak pernah menatap terus muka Redza. Dia malu! Sejak dia sayang Redza, dia tak betah merenung muka itu lama-lama. Jadi, dia ambil peluang curi-curi pandang wajah kesayangan yang sudah mendapat tempat dihatinya. Kini dia cuba memberanikan diri memandang terus muka Redza. Dibuang ke tepi rasa malunya.

Tangan Safina mula mengusap pipi Redza. Lelaki inilah yang sanggup menunggu dirinya selama sepuluh tahun. Lelaki inilah yang memendam rasa tanpa seorang pun tahu akan perasaan sebenarnya. Lelaki inilah yang menjaga dirinya di hospital setelah dia dilanggar kereta pada malam Redza meluah rasa buat pertama kalinya. Sungguh dia terharu kerana Redza berusaha membuktikan cintanya. Dia yang pada mulanya menolak akhirnya kalah juga dengan cinta Redza. Safina gigit bibir. Air mata mula bertakung di birai mata sebelum kembali jatuh menodai pipinya.

Muka Redza berubah. Hatinya tersiat bila Safina mula teresak kecil. Adakah usikannya membuat isteri kesayangannya ini kecil hati.

“Sayang, abang  minta maaf.”

Safina geleng kepala. Dia peluk tubuh Redza erat-erat. Redza terkedu.

“Terima kasih sebab sayang Fina banyak. Fina rasa macam tak layak dapat cinta abang. Fina tak ada apa yang boleh diberi sebagai balasan cinta abang.” Safina teresak di dalam pelukan Redza. Sungguh, dia cintakan Redza sangat-sangat.

Redza senyum. Isterinya masih lagi rasa rendah diri. Belakang tubuh isterinya diusap perlahan. Penuh kasih sayang. Kepala Safina dikucup lembut. Penuh menggebu perasaannya. Andai Safina tahu, pasti Safina tidak akan pertikaikan lagi perasaan cintanya yang menggunung terhadap Safina.

“Sayang… abang tak harapkan apa-apa balasan daripada sayang. Cukup sayang sudi hidup dengan abang. Yang lain abang dah kisah. Sayang adalah segala-galanya untuk abang.  Please… jangan rasa rendah diri. Abang pun tak sempurna mana. Abang hanya rasa sempurna bila dengan Safina Adilea Husin. Abang tak nak orang lain. I just want you…”

I love you abang.” Luah Safina penuh perasaan.  

“And I love you too sayang…” Redza membalas. Tiba-tiba Redza tolak tubuh Safina sikit. Dia kerut dahi. “ Sayang, you love me more than Nazrin, right?” tanya Redza sedikit cemburu. Siapa tak cemburu bila dapat tahu Fina pernah sukakan Nazrin. Bernanah hatinya.

Safina tergelak kecil. Air mata di pipinya dikesat oleh tangan kasar Redza. Tak sangka Redza masih mencemburui Nazrin. Rasa kelakar pun ada!

“Fina dah tak ada perasaan kat Nazrin. Tu semua kisah silam Fina. Sekarang ni Fina cuma sayang abang seorang je. Serius… sekarang ni Fina gila bayang kat abang je tau. Abang jampi Fina ye?” Safina mengusik dan Redza menarik pipinya sedikit. Lelaki itu turut tersengih.

Okay good. Lega abang dengar. Eh, esok kita pergi rumah Haikal ye sayang. Isteri dia baru lepas bersalin. Kita jenguk dia ye.”  Ucap Redza.

Safina teringat. Haikal… lelaki yang tolong repair keretanya. Kedatangannya tak disangka. Tak minta charge langsung. Patutlah pun… Redza yang suruh rupanya. Banyak sungguh sayang Redza padanya.

“Mesti comel anak diorang sebab Haikal handsome. Isteri dia pun cantik.”

“Eh nanti anak kita keluar nanti pun mesti comel punya sebab papa dia kan hansomejuga. Bukan setakat handsome tapi kacak, tampan, macho dan banyak lagilah. Tapi kalau ikut mama dia…” Redza berhenti sejenak. Dia pandang Safina yang menunggu dia menyambung kata.

“Kalau ikut mama dia, abang takut muka keluar macam kodok je nanti.” Pantas Redza lari sebelum sempat Safina cubit pahanya.

“Abang, Fina tak kira. Abang tidur luar malam ni!” Safina menjerit geram. Sempat lagi Redza kutuk dia. Ingatkan dah pencen,  dah letak jawatan  dari kutuk dia seperti dulu-dulu.

Redza kembali dengan ketawa besarnya dan mencium pipi isterinya pantas.

“Mana boleh. Fina kan bantal peluk abang. Tak lena tidur abang kalau Fina tak ada.”

“ Abang tidur luar… “

“Abang tak kira. Abang nak tidur dengan Fina juga.” Tanpa sebarang amaran Redza mencempung tubuh Safina menuju ke bilik mereka.

Safina ketawa manja. Dia senang berada di dalam rangkulan Redza. Mungkin dulu, sejauh boleh dia nak Redza jauh dari hidupnya. Perasaan bencinya dulu memang tak dapat dinafikan tapi kini semua rasa benci, marah dan meluat untuk Redza sudah hilang. Hilang di saat hadir rasa cinta. Sesaat Redza hilang dari mata pun dia sudah kerinduan.

Mungkin dia tak sempurna seperti wanita lain. Dia tak cantik dan anggun seperti mereka tapi cukuplah dia ada Redza dalam hidupnya. Dia dah rasa cukup sempurna. Dia rasa bagaikan dialah wanita terbahagia di dunia ini. Terima kasih abang, sebab sudi hadiahkan Fina kebahagiaan ini. Fina cintakan abang…



----------------- THE END ---------------


P/S: Yeay dah habis pun cerpen ni!!! Cepat tepuk tangan…hehe. Sy pun tak tahulah sama ada ualls semua suka ke tidak dengan ending citer ni. Sy tahu sy hanya penulis biasa-biasa yang suka menulis. Mungkin ada yang rasa penulisan sy tak menarik, biasa-biasa dan membosankan… tak seperti penulis lain yang lebih best penulisannya tapi suka atau tidak… inilah sy. Hanya ini yang mampu saya hasilkan.  Hanya ini yang mampu saya hidang untuk anda semua.


Akhir kata, maaf sekiranya karya saya tak memenuhi cita rasa ualls. Dan maaf juga sebab saya memang suka update entry lmbt. Bila my next entry? Okay… sy sndiri xde jawapannya. Bye guys… I love ualls!!!

20 comments:

  1. Bestt sesangat..xsabaar tunggu next entry hehe

    ReplyDelete
  2. Cerpen kau dan aku takde sambungan ke?

    ReplyDelete
  3. Akak trlmpau mrndah dri..best ape cerpen akak..btw keep it up yer..

    ReplyDelete
  4. Akak trlmpau mrndah dri..best ape cerpen akak..btw keep it up yer..

    ReplyDelete
  5. best certa ni....i like it....

    ReplyDelete
  6. bole bikin tidur mlm xlena ni...

    ReplyDelete
  7. wach bagus sekali ceritanya,jangan luka jga mampir d http://shortscien.blogspot.co.id/ sya tunggu...hhhee

    ReplyDelete
  8. terjatuh cinta jap ngan redza nie. apa pun.. i like it so much..

    ReplyDelete
  9. Allhamdulillah.best.sukaaaaaa.

    ReplyDelete
  10. Allhamdulillah.best.sukaaaaaa.

    ReplyDelete
  11. Allhamdulillah.best.sukaaaaaa.

    ReplyDelete