Wednesday, 8 October 2014

Cerpen : Cinta Sempurna 2








Imbas kembali…

“ Redza Akif!!!” bergema satu kelas dengan jeritan Safina.

 “ Ye kodok. Kalau iye pun kau suka kat aku, tak payahlah sampai nak jerit-jerit nama aku sampai satu sekolah dengar.” Redza hanya ketawa. Geli hati dengan reaksi yang ditunjukkan Safina. Muka Safina yang cerah sudah bertukar merah. Geramkan dirinya.

Safina mendengus kasar. Rasa nak ditelan hidup-hidup tubuh Redza. Biar hilang terus dari alam semesta. Baru puas hatinya!

“ Berapa kali aku nak cakap yang nama aku bukan kodok! Nama aku Safina Adilea Hussin! Susah sangat ke nak panggil aku dengan nama aku sendiri?” tak sudah-sudah panggil dia kodok. Tahulah mukanya ada jerawat tapi tak adalah teruk mana sampai nak samakan dia dengan kodok.

“ Kau nak tau tak? Kau dengan kodok sama je tau, tak ada beza langsung! Muka kau sama hodoh dengan kodok!” gelak Redza lagi. Satu kelas turut tergelak sama.

“ Atau kau lagi suka aku panggil kau Miss Ugly?” soal Redza bersahaja.

Safina kepal penumbuknya. Ada juga penumbuk yang melayang ke muka Redza nanti. Dia sedar yang dia bukan kategori wanita cantik tapi perlu ke Redza menghina paras rupanya. Di hadapan satu kelas pula tu.

Tiada seorang pun yang membela Safina kerana tidak mahu masuk campur dengan urusan Redza. Mereka tidak mahu cari masalah dengan menyakitkan hati Redza. Redza merupakan anak Dato. Anak orang kaya. Macam-macam boleh dilakukan Redza termasuklah membuang mereka dari sekolah dengan pengaruh yang Redza ada.

“ Aku benci kau Redza!” jerit Safina penuh perasaan. Dia tak suka Redza! Bukan saja tak suka tapi dia benci!

But I love you kodok!” balas Redza main-main.

“ Lelaki gila!”



******************



“ Apa masalah kau sebenarnya ni? Kau ingat aku tak nampak kau sengaja hadang kaki kau supaya aku jatuh? Kau ni memang gilalah Redza. Kalau sehari tak menyusahkan hidup aku memang takkan pernah aman agaknya hidup kau!” marah Safina. Dia bangun dari jatuh. Habis laksanya berterabur di lantai. Bukan rezekinya untuk menikmati laksa hari ini disebabkan Redza. Tak habis-habis Redza mahu menyusahkan hidupnya. Tak boleh tengok dia senang langsung…

Well… memang aku rasa tak senang duduk kalau tak buat kau naik angin satu hari. Tengok kau marah merupakan satu terapi buat aku.” ujar Redza tanpa ada rasa bersalah. Senyuman sinis terukir di bibir. Rambutnya disebak ke belakang. Segak…

“ Kau memang dah tak betul. Lelaki psiko!” tak guna bertekak dengan Redza yang tak pernah mahu makan saman. Lebih baik dia bersihkan baju sekolahnya yang sudah terpalit kuah laksa.

“ Jalan elok-elok tau kodok jangan sampai terjatuh lagi sekali. Dah macam kodok kena sawan je masa aku tengok kau terjatuh tadi.” Pesan Redza mengejek beserta gelak yang menyakitkan hatinya.

“ Wayar putus.” Safina menjeling Redza yang sempat menyindirnya. Tanpa disangka-sangka kakinya terpijak kulit pisang yang berada di lantai dan…

Bukkk…

Sekali lagi dia terjatuh ditemani gelak tawa Redza. Merah muka Safina menahan malu dan marah.

“ Diamlah Redza!!!”



******************


Kini…

Macam mana dia boleh terserempak dengan Redza lagi setelah lapan tahun berlalu? Sangkanya dia memang tak akan bertemu dengan makhluk perosak ni lagi…

“ Dari gaya kau ni aku boleh agak yang kau still ingat aku. Am I right Kodok?” Redza jungkit kening. Dia berdiri dari mencangkung bila Safina dah berdiri tegak. Redza peluk tubuh. Senyuman sinisnya masih terukir.

Argh!!! Benci betul Fina dengan gelaran yang diberikan Redza untuknya. Jatuh maruahnya bila Redza dapat lihat air matanya sedangkan dulu teruk macam mana pun Redza buli, dia tak pernah menangis. Sekali pun tak pernah tetapi sekarang ni, bukan setakat air mata, siap dengan esakan sekali!

Do you miss me? Dari tadi renung aku sampai tak nak lepas.” Usik Redza. Dia melangkah merapati Safina membuatkan wanita itu menapak ke belakang sambil memeluk beg tangan ke dada.

“ Lelaki psiko.” Gumam Safina perlahan. Wajah tampan Redza dia pandang dengan rasa meluat.

Redza tergelak.

“ Ada pun suara. Ingatkan suara dah hilang sebab terpana tengok aku makin handsome.”

Safina mendengus perlahan. Cepat-cepat dia mengatur langkah menjauhi Redza.  Hari ni merupakan hari yang malang buat dirinya. Diperbodohkan Nazrin dan kini terserempak pula dengan Redza, lelaki yang dia paling nak elak sekali kalau boleh. Langkahnya terhenti bila Redza menghalang laluannya.

“ Kenapa kau menangis tadi?” soal Redza ingin tahu. Seingatnya dulu Safina tak pernah mengalirkan air mata walau teruk mana dia buli. Safina boleh dikatakan agak keras hatinya tapi tadi dia nampak sisi Safina yang rapuh. Lemah…

“ Tak payah sibuk. Itu bukan urusan kau.” Safina menjeling. Ah, untuk apa Redza menghalang laluannya? Nak sakitkan hatinya macam dulu?

“ Ada lelaki tinggalkan kau kan?” teka Redza tanpa menghiraukan kata-kata Safina.
Safina terdiam. Dia membiarkan Redza membelek tubuhnya dari kepala sampai kaki. Kemudian  Redza menggeleng kepala.

“ Aku tak hairan kalau lelaki tu tinggalkan kau bila aku tengok gaya kau macam ni. Tak selera langsung aku tengok. Macam rumah tak siap. Macam susu basi. Macam kodok kena sembelit. Macam…”

Stop it Redza!” keras suara Safina mematikan bicara Redza. Tajam matanya memandang Redza.

 “ Aku tak perlukan komen kau. Lantaklah gaya aku macam mana sekalipun, kau tak payah nak sibuk. Aku tak pernah masuk campur dalam hidup kau dan aku harap kau pun tak payah nak rajin sangat masuk campur urusan hidup aku. Okay? Now can you leave me alone?  Aku tak nak tengok muka kau lagi.” Luah Safina. Dia bahagia dengan caranya berpakaian. Orang lain tak ada hak nak tentukan bagaimana dia nak menggayakan pakaian yang dipakainya. Baginya tidak penting bagaimana cara pemakaiannya asalkan masih menutup aurat.

“ Pergi mana?” soal Redza. Tangannya diselukkan ke dalam poket.

“ Mana-manalah asalkan aku tak payah jumpa kau lagi.” Baru Safina perasan yang Redza memakai sut pejabat. Serba hitam dan nampak mewah. Kerja ofis ke? Ah, lantaklah. Bukan urusan dia…

Redza terdiam sejenak sebelum bersuara.

“ Apa kata aku bagi kau tawaran? Kau tak akan menyesal kalau kau terima tawaran aku.” Redza mengangkat kening menyoal. Dia boleh lakukan sesuatu untuk Safina.

“ Tawaran apa?” Safina kerut dahi.

“ Aku akan ubah kau jadi cantik. Biar lelaki yang tinggalkan kau rasa menyesal buat kau macam ni. Biar dia terbeliak tengok kau jadi cantik. Masa tu dia akan melutut depan kau, menagih cinta kau semula. ” Tenang Redza membalas.

“ Apa motif kau nak tolong aku? Kau pun nak main-mainkan aku juga? Kau ingat aku tak tahu yang kepala kau tu penuh dengan macam-macam agenda untuk kenakan aku. Kau kan suka malukan aku depan orang ramai. Kau suka persendakan aku. Tak pernah sekali pun kau buat baik dengan aku. So, kau ingat aku bodoh sangat nak terima tawaran merapu kau ni?” soal Safina sinis. Apa mimpi Redza nak buat baik dengannya? Pasti Redza mempunyai agenda yang tersembunyi. Mengenali Redza, dia tahu yang Redza tak pernah mahu lihat hidupnya bahagia.

“ Bukan… aku serius nak tolong kau.” Redza bersungguh.

“ Aku tak perlukan pertolongan kau. Tolonglah, lepas ni jangan muncul dalam hidup aku lagi. Aku dah cukup bahagia bila tak jumpa kau. Aku harap sangat yang ini adalah pertemuan kita yang terakhir. Tak akan ada pertemuan lagi selepas ni.” balas Safina pantas. Dia kembali mengorak langkah meninggalkan Redza di belakangnya. Nak transform dia jadi cantik supaya Nazrin melutut di kakinya? Huh, tak logik! Mustahil…




******************




Safina mengeluh kasar. Rasa bagaikan jatuh ditimpa tangga! Sudahlah semalam cintanya terkandas di tengah jalan. Bertemu pula dengan musuh lamanya semasa di zaman persekolahan dulu. Kini, keretanya pula pancit dalam perjalanan untuk ke pejabat!

Handphone dikeluarkan dari beg tangan untuk telefon Amad iaitu kawannya yang bekerja di bengkel. Safina tepuk dahi. Skrin telefon yang gelap dia pandang kosong. Handphone tak ada bateri. ‘Bagus sangat Fina! Macam manalah kau boleh lupa nak charge… padan dengan muka kau.’ Dia meraup wajah. Meredakan hati yang mula panas.

Safina keluar dari kereta dan mula menyingsing lengan baju kurung. Kepala yang bersalut tudung bawal hijau muda dia garu perlahan. Macam mana nak tukar tayar?

Tiba-tiba ada kereta BMW berhenti di depan keretanya. Yes, finally ada juga rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasibnya yang kurang baik. Bibir Safina sudah mekar dengan senyuman. Nak mintak tolong orang muka kena manis. Namun lama kelamaan senyuman di wajahnya kian pudar dan hilang terus senyuman Safina bila tubuh lelaki itu kini di depannya. Tersenyum sinis dengan kaca mata hitam yang terletak elok di wajah lelaki itu.

“ Kenapa dengan kereta?”

“ Tak ada apa. Aku saja parking kat tepi jalan. Rasa macam awal lagi nak pergi kerja.” Sinis Safina membalas. Dah nampak keadaan keretanya lagi mahu tanya. Argh, dalam banyak-banyak manusia kat dalam dunia ni kenapa mesti Redza juga yang muncul di depannya!

“ Bukan sebab tayar kereta kau pancit? Nak aku  tolong?” Redza buka spec hitamnya dan sangkut di baju.

Safina menggeleng laju.

“ Tak payah. Aku tak perlukan pertolongan kau. Aku boleh buat sendiri.”

Redza senyap.

“ Yang kau tercegat kat sini lagi kenapa? Kan aku dah cakap yang aku boleh buat sendiri. Pergilah kerja. Nanti lambat sampai bising pulak bos kau.” Safina menghalau bila Redza masih tak berganjak dari tadi. 

“ Aku half day.”

Half day?” Dahi Safina berkerut. Dia tak faham. Takkanlah Redza ambil half day semata-mata nak tolong dia betulkan kereta. Tak logik. Redza bukanlah kawannya yang akan membantu dia ketika susah tetapi Redza adalah musuhnya!

“ Yup. Sebab nak tengok kau tukar tayar macam mana.” Redza tersenyum lagi. Tangan di selukkan ke poket seluar dan dia bersandar sedikit di tepi kereta Safina. Nampak sangat kacak dan segak bila Redza buat pose macam tu tapi tidak di mata Safina. Dia rasa meluat!

“ Kau memang dah tak ada kerja lain ke? Seronok sangat sakitkan hati aku?” Safina mendengus kasar. Dia dapat tangkap senyuman sinis Redza. Ah, dia benci bila Redza senyum macam tu! Dia jadi panas hati.

“ Bila masa pulak aku sakitkan hati kau?” Redza angkat kening. Safina masih lagi seperti dulu. Pantang dicuit, pasti akan melenting. Dan dia sememangnya gemar melihat Safina marah-marah. Rasa tak lengkap hidup kalau tak buat Safina sakit hati dengannya.

“ Kau tak rasa ke yang sekarang ni kau tengah sakitkan hati aku?” Safina dah cekak pinggang. Redza tahu yang dia bukannya pandai tukarkan tayar kereta tapi sengaja nak tengok dia macam orang bodoh terkebil-kebil nak tukar tayar.

“Aku buat apa sampai kau nak sakit hati? Aku tak buat apa-apa pun.” Selamba Redza bersuara. Masih lagi dengan senyuman sinisnya.

“ Shut up Redza! Can you please leave me alone?! Tolong tinggalkan aku kat sini. Aku tak suka tengok kau!Suara Safina dah naik satu oktaf. Bukan setakat benci tengok Redza, dengar suara Redza pun dah buat darahnya menyirap. Tambah pula bila Redza memang sengaja menyakitkan hatinya. Lagilah darjah kepanasannya semakin meningkat.

Nope…aku tak akan pergi selagi kau tak tukar tayar kereta tu lagi.”

Safina ketap gigi geram. Rasa macam nak tolak Redza ke tengah jalan. Biar Reza kena langgar dengan kereta ke lori ke… baru padan dengan muka Redza!

Dengan hati yang bengkak Safina buka bonet kereta dan cuba untuk mengeluarkan tayar spare.Okay, berat gila tayar ni! Setelah beberapa kali percubaan barulah dia berjaya mengeluarkan tayar tersebut.

Safina mengeluh perlahan. Peluh yang merintik di dahi dia kesat dengan hujung lengan baju kurung.

“Baru angkat tayar dah penat. Belum tukar lagi.”

Safina menjeling tajam. Nak je dia cilikan mulut si Redza. Dahlah pandai tengok je, tak reti nak tolong. Mulut pulak tak habis-habis buat dia panas.

Tanpa pedulikan Redza yang masih memerhati tanpa ada niat menolong, Safina keluarkan pula alatan untuk menukar tayar. Setelah itu dia duduk mencangkung di tepi tayar dengan tangan memegang spanar. Dahinya berkerut hebat. Macam mana nak tukar tayar? Dia tak nak kelihatan lemah dan bodoh di depan Redza kerana tak pandai tukar tayar kereta tapi kenyataannya dia memang tak tahu tukar tayar kereta!

Setelah berteleku hampir lima belas minit lamanya, Safina campak spanar yang berada di tangannya. Mukanya merah. Rasa nak marah dan dalam masa yang sama dia rasa nak menangis! Benci bila dia berada dalam situasi di mana Redza ada sekali dengan dia… situasi di mana Redza boleh nampak kelemahannya.

“Lain kali kalau nak minta tolong dengan aku, cakap je. Aku dapat agak yang kau tak pandai nak buat benda alah ni tapi kau berlagak! Masih nak tunjuk ego depan aku. Bodoh sombong!” tanpa memikirkan Safina yang tengah panas hati Redza memuntahkan kata-kata sinis. Redza tak peduli. Memang pun Safina bodoh sombong!

“Hei…”

“Perangai  kau ni tak akan bawa kau ke mana. Bukan menyenangkan diri tapi lagi menyusahkan diri sendiri…” Redza potong bicara Safina. Dia lipat lengan kemejanya hingga ke siku. Kemudian dengan muka selamba dia tolong Safina tukarkan tayar kereta.

Stop it Redza.” Safina tarik lengan Redza. Tolak lelaki itu sedikit jauh.

“Aku tak perlukan pertolongan kau. Aku memang tak suka terhutang budi lebih-lebih lagi dengan kau. Aku lagi rela tersadai kat tepi jalan ni sampai ke malam daripada minta tolong dengan kau.” Keras suara Safina. Memang dia tak hadap pun dengan pertolongan dari Redza. Biar dia digelar bodoh sombong tetapi untuk meminta pertolongan dari Redza, itu adalah perkara terakhir sekali yang akan dia lakukan dalam hidupnya!

Berubah terus muka Redza. Perlahan-lahan dia menghampiri Safina.

Safina tergamam. Dia makin terkedu bila Redza makin menghampirinya. Mengepung dia rapat di kereta.

“Kau jangan nak buat kerja gila Redza!” Safina menjerit lantang. Dia jadi hilang arah bila Redza masih diam membeku dengan wajah serius. Dia tak berani nak menolak dada Redza, takut Redza tarik dia ke dalam pelukan.

“Teruk sangat ke aku ni sampai aku nak tolong pun payah kau nak terima?”Redza renung lembut  mata coklat Safina. Fina… kenapa sampai macam ni?

“Tepilah Redza!”Safina tak menjawab pertanyaan Redza. Dia malu diperlakukan seperti orang tiada maruah. Lupakah Redza yang mereka di tepi jalan ketika ini di mana semua orang boleh melihat?

“ Jawab dulu. Teruk sangat ke aku ni sampai kau tak boleh hilangkan rasa benci kau kat aku walau dah bertahun-tahun kita tak jumpa?” serius Redza menyoal. Dia tak peduli walau ada kenderaan yang membunyikan hon.

“Memang. Dari dulu aku benci kau dan sampai sekarang rasa benci tu masih ada dan kalau kau nak tahu… apa yang kau tengah buat sekarang ni makin buat aku bertambah benci pada kau.” Tegas Safina bersuara walaupun ada getar dalam suaranya. Dia tak tahu apa yang merasuk Redza tapi sejahat-jahat Redza dulu Redza tak pernah bertindak segila ini!

Tersentap dengan kenyataan dari mulut Safina, Redza melepaskan kepungannya. Dia meraup kasar rambutnya. Sesaat kemudian dia melangkah meninggalkan Safina dan masuk ke dalam keretanya. Tanpa menunggu lama, Redza hidupkan kereta dan berlalu meninggalkan tempat itu. Hatinya sedikit terkesan dengan kata-kata Safina.

Hadphone yang berada di kocek seluar Redza keluarkan sebelum mencari nama seseorang.


“ Haikal, can you do me a favour?” 



Bersambung...

P/S: Mesti ramai yang macam nak baling kerusi dekat saya sebab selalu sangat lambat update blog. kan...kan..kan.. saya tahu. hehehe. Nah, saya update entry lg sikit... (^_^)

9 comments:

  1. wahhhhhhhhhhh..rindu sgt ngan ent3 baru
    hari2 jengah blog ni...
    lepas dh rindu...

    ReplyDelete
  2. Wooo rinduuu lama tunggu entry dari akk :)

    ReplyDelete
  3. cant wait for a new entry.. please cecepat.. :)

    ReplyDelete
  4. Sambung.. walaupun jln crite cliche..tpi besttt... setiap hari bukak blog ni sbb nk tgk entry baru..

    ReplyDelete
  5. Adeiiiii bersawang dh blog....hihi

    ReplyDelete
  6. Please update soon. Best ceritanya.

    ReplyDelete
  7. Please sambung secepat mungkinnnnnnnnnnnnnnnnnnn
    Best sangat

    ReplyDelete