Thursday 27 June 2013

Cerpen : Jangan Berpaling Dariku



Jari Aina laju menaip di atas keyboard. Sesekali dia menjeling jam yang berada di tepi meja. Hampir menginjak pukul dua petang. Peluh sudah mula merintik di dahi. Aina mula kalut bila dokumen yang perlu disiapkan masih belum lengkap sepenuhnya. Dari tadi dia duduk di kerusinya tanpa berginjak walaupun  sedikit. Konsentrasinya penuh untuk menyiapkan kerja yang diamanahkan namun Aina tidak yakin yang hasil kerjanya itu akan siap dalam masa yang telah ditetapkan.

Aina menelan liur. Dalam kepala sudah mula membayangkan hukuman yang akan dia hadapi. Seraut wajah yang serius akan muncul di hadapannya dan mulutnya akan mengeluarkan kata-kata yang sangat pedas untuk pendengaran telinganya.

Aina tersentak bila fail dihempaskan dengan kasar di atas meja kerjanya. Dia mengangkat muka. Wajah Benjamin sudah berada di depan mata. Matanya tajam menikam membuatkan jantung Aina seperti berhenti berdetak. Spontan dia berdiri tegak di hadapan Benjamin. Menunggu bicara Benjamin yang bakal menyiat sekeping hati miliknya…

“ Sampah apa yang kau bagi pada aku ni?” kasar suara Benjamin menyoal. Aina mengambil dokumen yang dilemparkan Benjamin di atas meja lalu dia membelek sekali lagi. Rasanya tiada kesilapan yang dia lakukan kerana dia telah menyemak berkali-kali sebelum menghantarnya kepada Benjamin.

“ Erk… ini kan dokumen yang Encik Benjamin suruh saya buat.” Aina membalas perlahan. Dan dia rasa ingin menampar mulut sendiri kerana menjawab.

“ Ini bukan dokumen yang aku suruh kau buat tapi ini sampah! Benda macam ni patut masuk dalam tong sampah, bukan kat atas meja aku!” Benjamin membentak kuat. Suaranya tinggi sehingga semua orang di dalam pejabat boleh mendengar.

Aina tunduk menikus. Dia tidak berani melihat pandangan berapi Benjamin yang boleh membuatkannya ketar lutut.

“ Nama je lepasan universiti tapi buat kerja simple pun tak reti.” Benjamin meluahkan rasa tidak puas hati. Tali leher yang terasa mencengkam lehernya dirungkai kasar.

“ Maafkan saya Encik Benjamin.” Hanya itu yang mampu Aina ucapkan. Biarlah dia mengaku salah jika itu yang Benjamin mahukan. Jika dengan sebuah kata maaf mampu melembutkan hati Benjamin yang diamuk marah, dia sanggup menuturkannya sepanjang hari.

Benjamin mendengus kasar.

“ Aku tak nak dengar maaf kau.”

“ Saya minta maaf.” Sekali lagi Aina meminta maaf untuk menghilangkan rasa bersalah yang berhimpun di dalam dada.

Bahu Aina terhenjut bila Benjamin menghentak tangannya ke meja.

“ Aku dah cakap yang aku tak nak dengar kau minta maaf kan!” suara Benjamin tinggi mengherdik Aina yang masih lagi tunduk memandang kaki sendiri. Dia mengetap bibir menahan air mata dari jatuh. Sungguh, Aina sangat terasa dengan herdikan daripada Benjamin. Tidak bolehkah Benjamin bercakap elok-elok? Dia juga ada hati dan perasaan.

“ Aku nak kau buat balik dokumen ni. Letak kat meja aku sebelum pukul tiga.” Benjamin berlalu setelah mengeluarkan arahan baru.

Aina terduduk di kerusi. Pandangan kasihan yang rakan sepejabat lemparkan kepadanya ditelan pahit.



*****************


Lampu rumah yang sudah terpasang menandakan bahawa si dia sudah pun pulang. Aina melangkah lambat-lambat ke arah pintu utama. Jika dia ada pilihan, dia lebih rela bermalam di tempat lain daripada pulang ke rumah besar ini. Namun kakinya telah terikat. Tiada lagi cara untuknya melepaskan diri.

Aina meniup kembali semangat yang sudah pudar kerana dia yakin, baru setapak dia melangkah masuk ke rumah besar itu si suami akan mula mencari jalan menyakitkan hatinya. Dari dulu lagi Aina sudah mengasuh diri agar tidak mudah terasa dengan kata-kata pedas yang dilemparkan oleh suaminya. Adakalanya air matanya menitis mengenangkan nasib hidup yang langsung tidak disayangi oleh si suami. Entah apa yang harus dia lakukan untuk buat si suami menerima dirinya.

“ Aku ingat kau dah lupa jalan balik sampai dah tengah malam pun tak reti-reti lagi nak balik.” Sinis Benjamin berbicara. Ya… Benjamin adalah suaminya. Suami yang tak pernah menganggapnya sebagai isteri. 

Namun semua orang di pejabat tidak tahu yang mereka suami isteri kerana Benjamin melarangnya keras daripada menghebahkan kepada sesiapa.
Semua yang terjadi bukanlah salahnya. Dia juga tersepit dengan keadaan yang menimpa dirinya dan juga Benjamin tetapi kenapa Benjamin meletakkan kesalahan seratus peratus di atas bahunya? Dia juga tidak ingin ini yang terjadi ke atas hubungan mereka. Suram dan dingin.

 Memang benar dia cintakan Benjamin. Dia sayangkan Benjamin sejak kecil lagi! Mukanya tebal bila Benjamin hanya mentertawakan dirinya di saat dia meluahkan perasaan pada Benjamin dulu. Terasa kerdil dirinya bila cintanya dipersendakan! Namun dia rela bila Benjamin dengan bongkaknya mengatakan tidak mencintai dirinya. Tidak mengapalah… Baginya biarlah dia tidak dapat memiliki Benjamin asalkan Benjamin bahagia. Dia tidak pernah berharap Benjamin membalas rasa yang sama. Dia hanya mahu lihat Benjamin bahagia walaupun bukan dia yang menjadi pilihan.

Tetapi segalanya berubah bila keluarga Benjamin datang menghantar rombongan meminang untuk dirinya. Dia menolak kerana dia sedar rombongan tersebut bukanlah di atas kemahuan Benjamin. Tetapi kedua-dua belah pihak iaitu keluarganya dan juga keluarga Benjamin telah bersetuju untuk menyatukan mereka berdua biarpun dia dan Benjamin membangkang. Hubungannya dengan Benjamin  yang dari dulu tak pernah elok bertambah keruh. Sehinggalah ke saat ini Benjamin masih belum boleh menerima dirinya.

“ Maaf. Saya ada kerja sikit. Sebab tu saya balik lambat.” Aina membalas.
Dia bukan sengaja balik lambat tapi kerja yang Benjamin sengaja memberikannya kerja membuatkan Aina  tiada cara lain selain daripada pulang lewat untuk menyiapkan kerja. Kadang-kadang Benjamin sengaja menyuruh dia menyiapkan tugasan yang langsung tiada kena mengena dengannya. Aina tidak hairan. Itu adalah satu cara Benjamin menunjukkan rasa bencinya.

“ Kalau kau tak balik pun aku tak hairan la…aku lagi suka kalau muka kau tak ada kat dalam rumah ni.  Dari dulu lagi aku tak suka kau dan sampai sekarang hakikat tu masih belum berubah.” Zappp…hatinya bagai ditusuk sembilu bila Benjamin dengan bongkaknya mengakui tidak menyukainya.

Aina hanya mampu tersenyum pedih. Sampai masanya dia akan meleraikan ikatan yang terbina di antara mereka jika hanya dengan cara itu dapat mengembalikan senyuman di bibir Benjamin.

“ Awak dah makan? Kalau awak belum makan saya nak masak sekejap.” Aina bertanya selamba seolah-olah ayat Benjamin tadi tidak terkesan di hatinya. Aina meletakkan beg kerjanya di ats meja di ruang tamu dan ingin melangkah ke dapur. Lengan baju kerjanya disinsing sehingga ke paras siku.

“ Tak payah. Aku tak pernah teringin nak makan makanan yang kau masak. Muka kau pun aku tak lalu nak hadap.” Sinis Benjamin berkata. Benjamin naik semula ke atas dan beberapa minit kemudian dia kembali turun. Di tangannya ada kunci kereta.

“ Awak nak pergi mana?” Aina bertanya polos. Sudah lewat malam. Ke mana Benjamin mahu pergi?

“ Kau tak payah sibuk nak ambil tahu aku pergi mana. Kau buat hal kau dan aku buat hal aku. Fullstop.” Pedas kata-kata Benjamin membuatkan sekali lagi Aina terdiam tanpa bicara.




*****************



“ Cuba tengok sana.” Aina menoleh bila rakan sepejabatnya iaitu Anis menyuruh. Hatinya hancur bila melihatkan suami tercinta bersama dengan seorang perempuan. Terpamer kemesraan di antara mereka.

 “ Minggu lepas dengan perempuan lain. Minggu ni dengan perempuan lain pulak. Dasyat betul bos kita tu.” Rungut Anis. Dia menggeleng kepala. Sudah tidak terhitung dengan jari perempuan yang dibawa oleh Benjamin. Dan setiap kali itulah perempuan yang dibawa oleh Benjamin adalah perempuan yang berlainan.

“ Biasalah. Orang ada banyak duit. Handsome pulak tu. Siapa yang tak terpikat.” Sampuk Amira. Dia turut melontarkan pandangan kepada Benjamin yang sedang enak menjamu selera dengan perempuan cantik itu. Dia mencebik. Sedikit geram dengan perangai Benjamin yang begitu mudah bertukar perempuan. Semudah memetik jari.

Aina hanya diam tanpa berniat untuk mengulas. Apa lagi yang perlu dikatakan jika dia langsung tiada hak untuk menegur Benjamin biarpun dia merupakan isteri Benjamin yang sah.

“ Yang perempuan-perempuan tu pun satu. Buta ke mata diorang sampai tak tahu yang encik Benjamin tu cuma nak mainkan diorang.” Kuat suara Anis meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Amira menyiku lengan Anis bila teman sepejabatnya itu bersuara dengan volume yang agak kuat.

“ Uish kau ni Anis… cakaplah slow sikit. Sekali encik Benjamin tu dengar habis kau nanti. Tak pasal-pasal kena buang kerja.” Sesekali Amira menoleh ke belakang untuk memastikan Benjamin tidak perasan yang mereka sedang bergosip mengenainya.

Anis mencebik tapi dalam hati takut juga jika Benjamin dengar apa yang dia cakap tadi. Big boss tu… nanti dia juga yang kena resign sebab sibuk jaga tepi kain bos sendiri.


“ Aku naik pejabat dulu.” Aina menolak mangkuk yang berisi mee bandung. Makanan kegemarannya tapi saat ini seleranya mati bila dihidangkan dengan pemandangan yang menyakitkan jiwa dan raga.

“ Eh, kau tak habis makan lagi ni.” Amira menegur.

“ Tak apalah. Aku tak ada selera.” Aina tersenyum. Dia bangkit dari duduk dan berjalan menuju ke pintu utama kedai makan itu. Dia menahan perasaan bila telinganya dapat menangkap suara manja si gadis yang bermesra dengan suaminya. Benjamin hanya berlagak selamba biarpun dia sedar yang Benjamin turut menyedari akan kewujudannya.

‘Benjamin… sampai bila kita harus begini?’ bisik hati kecil Aina.




*****************



Kerja yang bertimbun di atas meja dibiarkan seketika bila Benjamin menyuruhnya membuat air untuk tetamu istimewa Benjamin. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa supaya sabarnya dapat bertahan menghadapi kerenah Benjamin yang selalu saja membuatkan hatinya menangis sedih.

 Allahuakbar… Aina mengucap panjang di saat kakinya melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Benjamin. Sungguh, hatinya berdarah bila perempuan yang dia nampak makan tengahari bersama Benjamin sedang duduk di riba Benjamin sambil bermain tali leher Benjamin.

Sesekali tawa Benjamin beradu dengan wanita itu.  Dikuatkan hatinya supaya tidak menumpahkan air mata di hadapan Benjamin. Aina mengetap bibir. Disabarkan hati melihat kecurangan suami di depan mata.

“ Kenapa selekeh sangat pekerja you ni? Macam mana you boleh ambil dia bekerja? I nak tengok pun tak lalu.” Sindir wanita yang bernama Waniey itu. Bibirnya mencebik bila Aina masih berwajah selamba seperti langsung tidak ambil hati dengan sindirannya. Terbakar hatinya bila Aina masih tenang.

Aina diam. Kolot sangatkah dirinya dengan sepasang baju kurung yang dia kira agak sopan. Sekurang-kurangnya dia tidak mendedahkan sebahagian besar tubuhnya kepada orang yang bukan muhrimnya. Dia lebih selesa begini daripada terpaksa menanggung dosa kerana tidak menutup aurat.

“ You tak payah hiraukan dia. Dia memang macam ni dari dulu. Tak ada taste macam you.” Ujar Benjamin sinis. Dengan selamba dia bermain rambut lurus Waniey.

Waniey tergelak kecil dengan kata-kata Benjamin. Dia menampar perlahan dada sasa Benjamin sebelum mencapai air yang dibuat Aina. Tidak sampai sesaat dia meludah kembali air kopi tersebut. Mukanya bengis.

“ Air apa yang kau buat ni? Pahit! Kau tak rasa dulu ke sebelum bawa masuk?” sembur Waniey. Dia merenung Aina bagai nak ditelan sekujur tubuh Aina yang terkejut dengan tengkingannya.

“ Saya minta maaf. Biar saya buat yang lain.”

“ Bodoh. Buat air pun tak reti.” Serentak dengan itu Waniey menyimbah Aina dengan air kopi.

Aina terjerit kecil bila tangannya terkena air kopi tersebut. Tangannya merah. Namun sakit di tangan tidak setanding dengan sakit di hati bila Benjamin hanya membiarkan perlakuan Waniey tanpa ada niat untuk membela dirinya.  


Laju Aina keluar dari bilik Benjamin menuju ke tandas. Dia ingin menghamburkan tangisannya di situ bila suami yang dia sayang langsung tidak ambil peduli akan dirinya! Lebih rela lihat dia sakit dan dimalukan daripada membelanya. Benjamin memang kejam!




                                                         *****************




Setelah perasaannya sedikit lega, Aina keluar dari tandas. Dia mengusap perlahan tangannya yang sudah kemerahan. Nasib baik tidak melecur.

Dia kembali ke tempat duduknya dan dahinya berkerut bila ada minyak gamat di atas mejanya.

“ Kau punya minyak gamat ke?” Aina bertanya kepada Adawiyah yang duduk hampir dengannya.

“ Bukanlah. Kenapa?” Adawiyah bertanya kembali.

“ Tak ada apa-apa…” balas Aina. Dia memegang minyak gamat tersebut. ‘Siapa punya? Dan…kenapa diletakkan di atas mejanya seolah-olah tahu yang dia dalam kesakitan.

Aina pandang bilik Benjamin. Dia hanya dapat memandang cermin yang bertinted itu tanpa dapat menatap terus wajah Benjamin tetapi Benjamin boleh melihatnya dari dalam. Adakah ini kerja Benjamin? Benjamin yang meletakkan minyak gamat tersebut?

Sesaat kemudian Aina tersenyum sayu. Dalam mimpi pun Benjamin tak akan pernah mahu berbuat baik dengannya. Usah bermimpilah Aina…




*****************




 “ Hai cik adik manis.” Aina mengangkat kepala bila ada seorang lelaki muncul di depannya sambil tersenyum manis. Dia turut menggariskan sedikit senyuman untuk menjaga hati orang yang berada di depannya.

“ Encik Syafiq nak jumpa Encik Benjamin ke?” Aina bertanya. Sudah agak lama Syafiq tidak datang ke sini. Jika dulu, hampir hari-hari juga wajah Syafiq akan terjengul di syarikat ini.

“ Nope… saya datang nak jumpa awak.”

Aina menggaru kepala yang tidak gatal. Atas urusan apa Syafiq mahu berjumpanya?

 “ Dah lama saya tak jumpa awak. Saya rindu…” lembut Syafiq menuturkannya.

Aina tergamam dengan kenyataan itu. Syafiq sihat ke tidak sampai berani mengucap kata rindu padanya?

“ Fiq… kenapa tak masuk bilik aku?” Benjamin menegur sahabat baiknya. Matanya tajam menikam Aina yang kebetulan memandang Benjamin yang tiba-tiba terjengul di muka pintu.

“ Kejap… aku nak pandang Aina puas-puas. Rindulah dah lama tak jumpa dia. Kau pun tahu aku dah lama tak datang sini.” Balas Syafiq sambil tersengih.

Benjamin mendengus kasar. Rahangnya diketap geram.

“ Kalau kau datang sebab nak ayat staff aku lebih baik kau tak payah datang.” Kasar Benjamin bersuara sebelum menghempas pintu bilik.

“ Kenapa dengan bos awak tu?”

Aina menjungkitkan bahu tanda dia juga tidak tahu kenapa Benjamin bertindak begitu. Benjamin cemburu? Tidak mungkin...




*****************



 Muka Benjamin masam bila keluar dari bilik. Berbeza dengan Syafiq yang nyata ceria.

“ Jom lunch sekali.” ajak Syafiq bila mereka sampai di meja Aina.

Aina serba salah bila Benjamin langsung tidak lepas dari memandangnya. Dia telan liur.

“ Eh tak apalah Encik Syafiq. Saya nak makan lambat lagi.” Aina beralasan. Dia berpura-pura sibuk mengemas dokumen yang bersepah-sepah di rak belakang tempat duduknya.

“ Jomlah. I nak belanja you makan.” Sekali lagi Syafiq mempelawa.

“ Tak perlu kot sebab saya…”

Kata-kata Aina terhenti bila Syafiq mengangkat tangan menyuruhnya diam.

No more excuse. Sekarang ni you ikut I dan Ben pergi lunch. Lagipun bos you pun tak kisah kalau you ikut. Kan Ben?”

“ Hmmm” Benjamin menjawab sambil memeluk tubuh. Matanya masih tetap memandang Aina membuatkan 

Aina mengalihkan pandangannya sebelum mengangguk setuju. Dia tidak betah bila Benjamin merenungnya begitu. Bergetar hati perempuannya.




*****************



Aina hanya diam dari tadi. Membiarkan suasana diisi dengan suara Syafiq yang dari tadi ramah bersembang.
Aina menguis makanan yang berada di pinggan. Tak tertelan rasanya nasi yang disumbat ke dalam mulut bila Benjamin duduk di hadapannya. Serba tak kena duduknya. Masa yang berlalu terasa panjang.

“ Aina single lagi ke?”

Aina terkedu dengan soalan yang keluar dari mulut Syafiq. Dia pandang Benjamin yang turut mendengar soalan itu. Bila Benjamin buat-buat tidak mengerti akan pandangannya, perlahan-lahan Aina faham yang Benjamin langsung tidak kisah jika dirinya diintai oleh lelaki lain.

Aina mengangguk bila Syafiq masih menanti jawapan darinya.

“ Kalau macam tu boleh tak kalau saya nak pikat Aina sebab saya pun single lagi.” Luah Syafiq berani.

Tiada langsungkah perasaan cemburu di hati Benjamin melihatkan Syafiq secara terang-terangan memikat dirinya. Sejenak kemudian dia tersenyum pedih. Mustahil Benjamin akan berasa cemburu jika sekelumit perasaan pun langsung tiada untuk dirinya. Sudahlah Aina, berhenti berharap. Benjamin tidak mungkin akan cintakannya.

“ Aina sudi tak kalau saya…” kata-kata Syafiq terhenti bila Benjamin berdehem keras.

“ Jomlah gerak. Kita dah lewat ni.” Tiba-tiba Benjamin bersuara. Air mukanya keruh.

“ Eh, awal lagilah Ben. Sekarang ni baru pukul tiga. Lagipun aku belum puas lagi nak habiskan masa dengan Aina.” Syafiq beralasan. Sambil itu dia melemparkan senyuman manis untuk Aina.

“ Kalau kau tak nak pergi sekarang, aku pergi dulu.” Kasar Benjamin membalas. Matanya tajam merenung Aina yang berada di depannya. Aina telan liur. Apa kena? Dia ada buat salah ke?

“ Nantilah dulu Ben. Awal lagi ni.” Sekali lagi Syafiq memujuk Benjamin. Dia hairan dengan angin Benjamin yang tiba-tiba muncul.

“ Kau tengoklah puas-puas muka perempuan ni. Aku nak pergi dulu.” pedas sindiran yang Benjamin hadiahkan buat Syafiq menyebabkan Aina turut terasa. Lantas Benjamin bangkit diikuti oleh Syafiq yang terkejut dengan perubahan Benjamin.

“ Okay-okay… aku follow kau sekarang.” Syafiq beralah. Dengan berat hati dia mengekori belakang Benjamin yang menonong keluar meninggalkan Aina keseorangan.

Aina mengeluh perlahan.




*****************



Aina memeluk tubuh. Hujan yang lebat menyukarkan dirinya untuk menapak ke stesen bas. Sudahlah payung pun dia lupa nak bawa. Sudahnya dia hanya tercongok di bawah bangunan menanti hujan reda.

“ Awak balik naik apa?”

Aina menoleh bila Syafiq menegur dia di sebelah. Benjamin turut berada di sebelah Syafiq. Lelaki  itu selamba menyeluk tangan ke dalam kocek seluar. Mukanya dingin… sedingin cuaca pada petang itu.

“ Saya balik naik bas.” Aina menjawab. Pandangannya kembali dilemparkan ke hadapan. Hujan masih lagi lebat. Dia mengeluh perlahan. Jika beginilah keadaannya, bagaimana dia mahu pulang. Nak tumpang Benjamin balik sekali? Huh… jangan harap. Benjamin tidak pernah mahu menumpangkannya pergi dan balik bersama biarpun mereka tinggal serumah.

“ Jom saya hantar awak balik.”

“ Tak payahlah Encik Syafiq. Saya boleh balik sendiri.” Aina menolak lembut.

“ Awak nak balik macam mana? Hujan lebat sangat ni. Awak nak pergi stesen bas pun nanti boleh basah kuyup.”

“ Tak apa… saya dah biasa.”

“ Biarlah dia balik sendiri Fiq. Bukannya dia tak ada kaki nak balik sendiri. Yang kau sibuk nak tumpangkan dia buat apa?” dingin Benjamin bersuara. Tidak sedikit pun dia memandang Aina.

“ Agak-agaklah kau ni pun. Hujan lebat ni.” Terbias riak kerisauan di wajah Syafiq.

“ So? Apa masalahnya kalau hujan lebat? Dia bukannya tak biasa kena hujan.”

“ Nanti kalau dia demam macam mana?”

“ Biarlah kalau dia sakit pun, yang kau sibuk ambil berat pasal dia sangat kenapa?” kasar Benjamin membalas.

“ Encik Syafiq jangan risau. Saya dah biasa kena hujan dan saya dah biasa sakit. Saya balik dulu.” Serentak dengan itu Aina meredah hujan. Panggilan Syafiq tidak dihiraukan. Menggigil tubuhnya menahan sejuk. Sejuk sehingga mencengkam tulang. Di bawah hujan yang lebat mencurah-curah Aina menangis pilu. Air mata yang turun di pipinya hanya dibiarkan.

Biarlah air mata ini jatuh. Kerana dia sudah tidak cukup kuat untuk menghadapi kebencian suami sendiri!




*****************



Aina memeluk tubuh. Badannya basah lencun kerana terkena hujan semasa ingin pergi ke pondok menunggu bas.

Siulan beberapa lelaki yang turut berada di situ meresahkan hatinya. Aina gugup. Jantungnya bagaikan mahu pecah bila salah seorang dari mereka mula menghampiri dan cuba menyentuhnya.

“ Awak nak buat apa ni?!” soal Aina dengan nada tinggi. Matanya mencerun marah. Dia menjauhkan badannya daripada mereka. Jika tiada pilihan lain, dia akan berlari balik ke ofis. Dia lebih rela tidur di ofis daripada terpaksa menunggu bas dalam keadaan tidak selamat!

“ Cik adik seorang je? Nak abang temankan?” kata-kata lelaki tersebut mendapat sokongan daripada rakan-rakannya. Mereka langsung tidak takut dengan suara tinggi yang Aina lontarkan.

Aina mengetap bibir. Menahan takut dan sejuk yang sudah menguasai diri.

“ Cik adik tak sejuk ke? Kalau sejuk sinilah, abang boleh hangatkan dengan pelukan abang.” Soal lelaki yang berkumis nipis. Dia cuba menyentuh lengan Aina dan dia tergelak sinis bila Aina menepis kasar tangannya.

“ Sayang… kenapa tak tunggu abang?” soal satu suara berserta dengan rangkulan di pinggangnya. Aina terkejut. Pantas dia menoleh. Benjamin!

“Ben…” hanya itu yang mampu Aina sebut. Rangkulan erat Benjamin di pinggangnya membuatkan suaranya tersekat di kerongkong.

“ Habis sayang basah. Kalau sakit nanti siapa yang susah? Abang jugak…” lembut Benjamin berkata sambil mengelap muka Aina yang basah terkena hujan dengan menggunakan sapu tangan.

 Jika ini mimpi, dia lebih rela tidak bangun kerana ingin menikmati saat ini. Detik yang cukup dia impikan iaitu kasih sayang dari seorang suami.

“ Diorang kacau sayang ke?” Benjamin bertanya. Mata Benjamin sudah beralih ke arah tiga orang lelaki yang mengacaunya tadi. Pandangannya tajam.

“ Eh, kitorang tak buat apa-apa pun bang. Kan Arif?” lelaki yang berkumis nipis itu menjawab takut-takut. 
Dia menyiku kawannya meminta pertolongan.

“ Aah. Erk… ni isteri abang ke? Kitorang ingat anak dara tadi. Bahaya betul abang biar isteri abang seorang diri. Dah la cantik, saya tengok pun terpikat.” Lelaki yang bernama Arif tersenyum sambil menggaru belakang kepalanya.

“ Betul ke diorang tak kacau sayang tadi?” Benjamin bertanya Aina lagi berserta sebuah elusan di pipi Aina. Tergaris sebuah senyuman di bibir Benjamin.

Aina menahan debar di dada. Apa niat Benjamin perlakukan dirinya sebegini rupa? Kenapa Benjamin perlu hadir pada saat ini setelah melukakan hatinya tadi? Dan yang tak masuk akalnya, Benjamin memanggilnya sayang? Sudah hilang tabiatkah suaminya ini? Ah, jangan beranganlah Aina. Benjamin langsung tak memaksudkannya.

“ Eh betul lah bang. Kitorang tak sentuh pun isteri abang ni. Tak pe lah bang. Kitorang balik dulu.” Pantas mereka menjawab sebelum berlari keluar dari pondok menunggu bas tersebut meninggalkan Aina dan Benjamin berdua.

Benjamin meleraikan pegangannya di pinggang Aina. Dia mendengus kasar. Tangannya dikepal geram.
Aina senyap. Dia hanya menundukkan mukanya. Bibir bawah digigit perlahan. Dia rasa sangat kekok dengan kehadiran Benjamin di sisinya.

Dengan tidak semena-mena Benjamin merentap tangannya.

“ Ben…” Aina terkejut.

 Benjamin mengetatkan pautannya bila Aina cuba melepaskan cengkaman Benjamin di pergelangan tangannya. Lalu, dengan langkah yang berat Aina hanya mengikut ke mana Benjamin mahu membawanya pergi bersama meredah hujan!





*****************




Aina membuang pandang ke luar kereta. Tangannya masih memeluk tubuh. Sejuk yang dirasakannya sehingga ke tulang hitam. Walaupun Benjamin sudah menurunkan suhu air-cond tetapi sejuknya masih belum hilang.

“ Nah, pakai kot aku ni. Jangan ingat aku terliur tengok badan kau yang terdedah tu.” Benjamin mencampak kot di ribanya. Kasar.

Dalam diam Aina mencebik. Ingat dia sengaja ke nak tayang badan. Namun dia tetap menurut. Kot Benjamin yang lebih besar dari badannya dibuat sebagai selimut. Menutup badannya yang jelas nampak lekuk di tubuhnya.

“ Lain kali ada otak fikir. Dah tahu yang lelaki-lelaki tadi cuba nak buat tak senonoh kenapa kau tak lari. Ini tak, terpacak macam tunggul. Suka sangat agaknya kena kacau macam tu.” Benjamin memuntahkan kemarahannya. Dadanya berombak ganas.

“ Ingat saya suka sangat ke kena kacau. Saya cuma nak tunggu bas je. Mana saya tahu yang diorang nak kacau saya.”

“ Hah, menjawab. Sejak bila kau dah pandai lawan cakap aku ni?!” soal Benjamin dengan nada yang tinggi. Tangannya menggenggam erat stereng kereta.

Aina terdiam. Bibirnya terketar-ketar menahan sejuk dan takut. Takut dengan tingkah Benjamin yang tiba-tiba naik angin.

“ Lagi satu, sejak bila pulak kau ada hubungan dengan Syafiq?” Benjamin pandang sekilas wajah Aina yang sedikit pucat.

“ Saya tak pernah ada hubungan dengan dia.” Perlahan suara Aina membalas. Hampir tidak terkeluar suaranya. Pandangannya terus ke hadapan jalan raya tanpa menoleh ke sisi. Dia tidak sanggup melihat riak Benjamin yang sedang marah.

“ Kau ingat aku nak percaya. Entah-entah kat belakang aku kau sibuk main kayu tiga.”

Aina menahan nafas. Sampai begitu sekalikah Benjamin menganggap dirinya? Seorang perempuan yang begitu murah sekali menjalin cinta biarpun sudah bersuami?...

“ Kenapa kau diam?”

Aina tersentak bila Benjamin merentap tangannya. Tubuhnya ditarik rapat oleh Benjamin sehinggakan dia dapar rasa nafas hangat Benjamin yang menampar wajahnya. Sejak bila kereta yang dipandu Benjamin sudah tersadai di tepi jalan pun dia tidak sedar.

“ Jawab bila aku tanya! Jadi betullah kau ada hubungan dengan Syafiq kat belakang aku?!” suara Benjamin memetir.

“ Tak…saya langsung tak ada hubungan dengan dia.” Suara Aina bergetar. Jantungnya bagai mahu terkeluar bila berada sebegini rapat dengan Benjamin.

“ Habis tu kenapa dia ambil berat sangat pasal kau. Setiap masa sebut nama kau sampai naik bernanah telinga aku ni.” Rahang Benjamin diketap geram.  Benjamin semakin menarik Aina rapat dengannya.

“ Saya tak tahu.” Aina menelan liur bila Benjamin mengetatkan rangkulan. Dia menahan dada Benjamin dengan tangannya.

“ Kau tak tahu atau kau pura-pura tak tahu? Atau sebenarnya kau memang ada hubungan dengan dia kat belakang aku?” keras suara Benjamin.

 “ Saya tak ada hubungan dengan dia. Saya masih ingat yang saya sudah bersuami walaupun awak tak pernah anggap saya sebagai isteri awak.” Hati Aina pedih bila Benjamin menuduhnya curang. Siapa yang sebenarnya curang? Dia atau Benjamin? Benjamin terang-terangan berpelukan dengan perempuan lain di hadapannya tetapi dia yang tidak bergaul dengan lelaki pula yang diselar curang.

“ Kau ingat aku nak percaya cakap kau?” sinis senyuman yang tersungging di tepi bibir Benjamin.

“ Saya cakap benda yang betul. Saya…”

“ Aku tak sangka yang kau sebegini murah. Kalau tengok muka mesti orang tak percaya yang kau ni perempuan yang dah rosak. Berpura-pura baik dengan imej kau yang bertutup litup ni tapi kenyataannya kau ada hubungan sulit dengan lelaki lain.”

“ Ben…” mata Aina membulat. Tergamaknya Benjamin merendahkan martabat dirinya.

“ Siapa sangka yang perempuan macam kau ni lebih teruk daripada perempuan yang kat luar sana. Langsung tak bermaruah. Begitu mudah diusung ke tempat tidur.”

Pang…

Benjamin terkedu bila penampar Aina hinggap di pipinya. Dan dia semakin terkedu bila air mata Aina sudah mula turun menuruni pipi. Hatinya tiba-tiba rasa tersiat. Bagai direntap keluar dengan kasar.

Aina menolak kasar badan Benjamin. Air mata yang mengalir di pipinya dibiarkan. Biarlah, air matanya sudah langsung tidak berharga. Begitu mudah keluar sejak hidup bersama Benjamin.

“ Saya boleh terima kalau awak tak mengaku saya ni isteri awak. Saya rela awak lakukan macam-macam untuk sakitkan hati saya. Saya diam bila awak marah saya biarpun saya langsung tak bersalah. Saya buat kerja yang awak suruh walaupun saya tahu kerja tu langsung tak ada kena mengena dengan saya. Saya bertahan bila nampak awak dengan perempuan lain. Tapi saya tak rela bila awak tuduh yang saya ada hubungan sulit dengan lelaki lain!” Aina membentak kasar. Nafasnya turun naik menahan marah.

Aina menatap dalam-dalam mata Benjamin yang jelas terkejut dengan kemarahan yang tidak pernah dia tunjukkan selama ini. Bukan marah tapi dia terluka!

“ Saya sedar yang awak tak pernah sayang saya. Awak tak pernah anggap saya ni isteri awak. Perkahwinan kita langsung tak bermakna dalam hidup awak. Saya dah lama sedar itu semua.”

“ Tapi awak dah melampau kerana persoalkan kesetiaan saya! Awak boleh campak cinta saya. Awak boleh buang sayang saya. Awak boleh hina saya. Awak boleh berkasar dengan saya tapi saya tak boleh terima bila awak tuduh saya lakukan perkara terkutuk tu!”

Aina buka pintu kereta. Dia ingin keluar dari situ. Dia dah tak sanggup melihat Benjamin saat ini. Hatinya sakit. Bagai ditoreh berkali-kali di tempat yang sama. Ternyata Benjamin tahu bagaimana cara mahu menyakitkan perasaannya.

“ Kau nak pergi mana?” Benjamin merentap lengannya.

“ Saya nak balik.” Keras Aina membalas.

“ Jangan keluar. Kita balik.” Mendatar suara Benjamin.

Aina tetap menarik tangannya tapi dia terkejut bila Benjamin menarik lengannya dan menutup pintu kereta dengan kasar.

“ Apa awak buat ni? Saya nak keluar!”

“ Lebih baik kau duduk diam-diam.” Benjamin memberikan amaran.

“ Saya…” Aina ingin membangkang

Shut your mouth Aina atau kau nak aku yang diamkan mulut kau?” pangkah Benjamin pantas.

Aina memalingkan muka ke tepi. Pandangannya dihalakan ke luar. Air mata diseka perlahan.

“ Saya benci awak Ben.” Gumamnya perlahan.




*****************



Aina memeluk lutut. Dia merenung kosong cadar katil yang berwarna biru lembut. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi tetapi matanya masih belum mahu lelap.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata yang Benjamin lontarkan padanya petang tadi. Rasa bagaikan maruahnya diletakkan di bawah tapak kaki Benjamin! Begitu mudah Benjamin  memijak maruahnya sesuka hati. Jika dahulu dia dapat bersabar dengan segala yang Benjamin lakukan padanya namun kini sabarnya runtuh. Dia terluka bila orang yang dia paling sayang menghinanya sebegitu rupa. Dia fikir dia cukup kuat untuk menerima apa saja yang Benjamin lakukan. Ternyata dia gagal! Dia kalah dengan perasaan sendiri.

Sangkanya Benjamin akan berlembut dengannya jika dia turutkan saja kemahuan Benjamin. Hanya mengikut rentak Benjamin. Rupa-rupanya Benjamin masih tidak boleh menerima dirinya lagi setelah sekian lama. Perkahwinan yang sudah berusia 3 tahun ini langsung tidak bermakna.

Aina mengetap bibir menahan sebak yang melanda. Dia sayangkan Benjamin. Sayang sehingga perasaan ini melukakan hatinya sendiri. Apa gunanya perasaan ini jika rumah tangga mereka langsung tak bahagia sejak dari awak perkahwinan lagi. Mungkin perpisahan merupakan jalan yang terbaik buat mereka.

Nafas ditarik dalam-dalam menenangkan jiwa yang sedang berkecamuk. Dia membawa dirinya ke dapur. Tekaknya kering. Kepala yang berdenyut dipicit perlahan. Badannya juga panas membahang. Mungkin akibat terkena hujan tadi.

Bila dia sudah sampai di depan dapur tiba-tiba pandangannya berbalam. Tubuhnya hampir jatuh tersembam kalau tidak disebabkan ada tangan yang menghalangnya daripada terus tersungkur.

Aina kembali menegakkan badannya. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Dia lihat ada wajah di hadapannya. Mula-mula kabur dan makin lama makin jelas. Wajah Benjamin yang berada di depannya saat ini. Dia melepaskan badannya yang berada di dalam rangkulan Benjamin. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang.

 “ Kau demam ni.” Tutur Benjamin. Tangannya sudah melekap ke dahi Aina.

Aina menepis tangan Benjamin yang singgah ke dahinya. Dia tersenyum sinis. Dia tak akan terpedaya dengan
Benjamin lagi. Pasti Benjamin sengaja berbuat baik dengannya, ingin menghinanya lagi selepas ini mungkin. Tidak puas melihat dia terluka.

“ Jom, aku hantar pergi klinik. Muka kau dah pucat sangat ni.” Terpamer kerisauan di wajah tampan Benjamin. Dahinya berkerut.

Kalau dia tidak mengenali Benjamin sudah pasti dia akan sangka yang Benjamin memang risaukan dirinya tetapi bila mengenali diri Benjamin yang sebenar dia jadi tawar hati.

Aina tidak menghiraukan Benjamin. Kaki terus dibawa melangkah untuk masuk ke bilik.  Setelah Benjamin menghinanya tadi Benjamin masih ada hati lagi mahu menunjukkan kebaikan?

“ Kau nak pergi mana? Aku nak kau ikut aku pergi klinik.” Benjamin menghalang laluannya.

“ Kenapa?”

“ Kenapa apa? Kau sedar tak yang kau tengah demam sekarang ni?” muka Benjamin tegang.

“ Selama ni kalau saya sakit pun awak tak ambil peduli jadi kenapa sekarang awak tiba-tiba nak ambil berat.” Lirih Aina mejawab. Selama ini pun Benjamin tidak pernah ambil tahu mengenai dirinya tetapi mengapa malam ini Benjamin berlagak persis seorang suami yang begitu prihatin terhadap dirinya.

Benjamin terdiam.

“ Awak tak payah risaukan diri saya. Saya tahu jaga diri saya sendiri. Kalau selama ini pun saya boleh hidup tanpa awak ambil berat tentang saya, sekarang pun saya masih mampu hidup tanpa awak.” Aina membalas. Hatinya turut terkesan bila wajah Benjamin berubah bila dia menuturkan kata itu.

“ Aku tahu yang aku salah tapi aku… aku…” suara Benjamin tersekat. Mukanya resah.

“ Saya faham. Kalau awak tak cakap pun saya tahu malah saya dah lama sedar. Awak terluka dengan perkahwinan ni. Awak tak pernah bahagia sepanjang kita berkahwin. Jadi saya rasa lebih baik kita berpisah.” Aina menghela nafas berat. Rasa sesak jantungnya. Tapi hanya ini saja pilihan yang ada. Tiada gunanya lagi dia  mempertahankan perkahwinan ini.

“ Apa?” suara Benjamin bergetar.

Aina tunduk. Mungkin ini saja masa yang sesuai untuk mereka membicarakan tentang perkara ini.

“ Kita cerai.”

“ Aina Adira!!!”

Aina terkejut bila Benjamin merengkuh kedua belah bahunya.

“ Kau sedar tak apa yang kau tengah cakap ni?”

Aina tarik nafas sebelum menyambung kata.

“ Saya dah tak sanggup hidup macam ni lagi. Saya dah cukup terluka. Jadi saya nak awak…”

No!!!” suara Benjamin melengking kuat. Mukanya merah. Pautannya dibahu Aina semakin diketatkan.

“ Kenapa? Bukan ini ke yang awak nak selama ini? Dah lama awak nak saya pergi dari hidup awak kan? Malam ni saya akan tunaikan impian awak. Lepaskan saya.” Air mata yang mengalir lesu di pipi diseka perlahan. Esakannya hampir pecah. Dadanya berombak kasar melawan perasaan yang begitu bercelaru.

“ Kau nak kahwin dengan Syafiq lepas aku ceraikan kau?”

Aina meloloskan dirinya dari pegangan Benjamin. Agak tersentap bila nama Syafq disebut. Benjamin masih ingin menuduhnya ada hubungan dengan Syafiq?

“ Dengan siapa pun saya nak kahwin nanti saya rasa awak dah tak ada hak untuk tahu sebab masa tu saya dah bukan isteri awak. Kalau Syafiq sudi terima saya apa salahnya saya kahwin dengan dia.”

Benjamin menarik Aina ke dalam dakapannya. Tidak dihiraukan biarpun Aina meronta untuk dilepaskan.

“ Jangan harap aku akan lepaskan kau pada lelaki lain. Dengar sini baik-baik Aina Adira. Mungkin aku bukan suami yang baik untuk kau tapi kau jangan terfikir untuk keluar dari hidup aku. Sampai bila-bila pun kau akan jadi isteri aku.” perlahan Benjamin berbisik di telinga Aina. Sesekali tangannya mengusap rambut ikal mayang Aina.

Aina terkedu. Kenapa? Kenapa tiba-tiba Benjamin berubah laku. Dia sudah memberi Benjamin peluang untuk mencari kebahagiaan sendiri tetapi kenapa Benjamin enggan meleraikan ikatan ini? Aina buntu.




*****************



Aina membuka mata yang terasa kelat. Ngantuk masih lagi bersisa. Dia kerling jam yang berada di atas meja. Sudah menginjak pukul enam pagi.

Dia pusing ke kanan. Darahnya menyirap bila menyedari Benjamin sedang tidur pulas di sebelahnya. Enak memeluk dirinya. Bila masa Benjamin masuk? Rasanya malam tadi setelah mereka bertengkar dia terus masuk ke bilik dengan mengunci pintu.

Dengan perasaan yang sedikit berkecamuk Aina mengalih tangan Benjamin. Belum sempat dia turun dari katil Benjamin sudah menarik lengannya menyebabkan dia kembali terbaring. Benjamin kembali merangkulnya. Dagunya diletakkan di kepala Aina.

“ Ben!” Aina menjerit kecil. Cuba melepaskan diri dari rangkulan Benjamin yang terlalu erat. Akhirnya dia berjaya. Terus dia bergerak menjauhi katil.

Benjamin hanya terlentang di atas katil. Matanya lembut memandang Aina yang jelas tidak selesa bila dia turut berada di bilik itu.
“ Kenapa awak boleh ada dalam bilik ni?”

Benjamin menongkat tubuh dengan tangan.

“ Malam tadi badan kau panas sangat. Kau meracau masa tidur. Jadi aku lap sikit badan kau dengan tuala basah.”

“ Lap?” air liurnya terasa kesat. Jantungnya bagaikan berhenti berdenyut bila Benjamin tersenyum nakal.

“ Buat apa nak malu. Bukannya haram pun aku tengok.” Selamba Benjamin berkata. Dia bangun dari baring. 
Duduk di birai katil.

You are too much Ben! Saya tak izinkan awak sentuh saya!” rasa nak pitam bila Benjamin berani menyentuh dirinya dalam keadaan dirinya yang langsung tidak sedarkan diri. Demamnya memang teruk. Memang adakalanya bila dia demam, dia akan meracau ketika tidur. Tetapi perlu ke Benjamin buat itu semua?

Hubungan mereka ketika ini hanya retak menanti belah. Bila-bila masa sahaja hubungan ini akan terputus. Namun yang peliknya tiba-tiba sahaja Benjamin bertukar menjadi seorang lelaki yang dia langsung tidak pernah terfikir. Seorang lelaki yang benar-benar seperti seorang suami. Di saat dia sudah merelakan diri untuk keluar dari hidup Benjamin, Benjamin pula yang seperti berat hati untuk melepaskannya.

“ Lebih daripada sentuh pun aku boleh buat kalau aku nak. Nak tahu sebab apa?” Benjamin mendekati Aina yang semakin mengundurkan dirinya.

“ Sebab aku suami kau dan aku rasa tak salah kalau aku sentuh kau.” Terus Benjamin menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Aina sebelum keluar dari situ meninggalkan Aina yang jelas terpana.




*****************



Aina termenung panjang. Fail yang berada di atas mejanya hanya dipandang kosong. Sejak tadi lagi lagi kerjanya terbengkalai. Fikirannya terganggu dengan Benjamin. Dia masih tidak faham dengan sikap Benjamin yang tiba-tiba berubah. Kenapa boleh jadi begini?

“ Kenapa kau datang ofis?”

Aina menoleh ke arah suara itu. Benjamin… lelaki itu seolah-olah tahu yang dia sedang berfikir mengenainya.
Dia mengeluh bila Benjamin menarik fail yang berada di tangannya. Benjamin mahu apa lagi? Nak sakitkan hatinya lagi ke?

“ Saya tengah sibuk ni Encik Benjamin, tolong jangan ganggu kerja saya.”  Aina bersuara tegas. Dia cuba merampas kembali fail di tangan Benjamin tapi dia gagal bila Benjamin lebih cekap melarikan fail itu dari tangannya.

“ Aku dah suruh kau duduk rumah je tadi kan? Kenapa keras kepala sangat datang ofis? Badan kau bukannya sihat lagi.” Benjamin letak kembali fail itu di atas meja dan menarik kerusi Aina rapat dengannya. Dia menundukkan tubuh. Memegang pangkal kerusi Aina.

“ Saya dah cakap dengan Encik Benjamin supaya jangan ambil tahu pasal saya lagi. Saya tahu jaga diri saya sendiri. Encik Benjamin tak perlu susahkan diri kalau saya tak sihat sekalipun.” Balas Aina tenang. Mungkin di luar dia nampak tenang tapi saat ini hatinya rasa nak meletup kerana Benjamin begitu rapat dengannya.

“ Muka kau pucat. Bibir kau pun nampak pucat.” Spontan Benjamin mengusap bibir Aina lembut.

Aina menepis tangan Benjamin. Dijauhkan sedikit tubuhnya. Dia pandang keliling. Mujur juga ramai yang masih belum datang ke pejabat. Kalau tidak, terbongkar pulak rahsia yang disimpan kemas jika orang lain nampak perlakuan Benjamin tadi.

“ Kenapa? Takut orang lain nampak?” Benjamin ketawa kecil. Dia kembali berpeluk tubuh.

Aina menjeling. Benjamin nampak seperti tidak kisah jika orang lain tahu mengenai hubungan mereka sedangkan Benjamin juga yang ingin hubungan mereka dirahsiakan.

“ Aku nak kau kerja half day je hari ni. Kalau tengahari nanti aku nampak kau ada kat ofis ni lagi tahulah aku nak buat apa.” Benjamin mengugut. Mukanya bertukar serius.

Aina telan liur. Dia akan jadi gugup bila Benjamin serius. Hilang rasa beraninya.

“ Dengar tak?” Benjamin mengangkat dagunya. Sekali lagi Aina menolak tangan Benjamin. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala.

Tanpa sempat ditahan, Benjamin tunduk lalu mengucup pipi dan keningnya. Aina terkejut.

“ Bekal untuk aku buat kerja.” Benjamin tersenyum nakal.




*****************



“ Aina.”

Morning Encik Syafiq.” Aina menghadiahkan senyuman buat Syafiq. Lelaki itu tampak bergaya dengan sut berwarna biru gelap. Paras rupa Syafiq juga agak sempurna. Tapi yang peliknya, sehingga sekarang Syafiq masih belum ada pasangan. Mungkin juga Syafiq masih belum berjumpa dengan perempuan yang sesuai dengannya.

This is for you.” Syafiq meletakkan sejambak bunga ros merah di atas meja Aina.

“ Eh, apa ni Encik Syafiq?” Aina tergamam. Langsung tidak sangka yang Syafiq akan menghadiahkannya bunga.

“ Bunga ros. Bunga yang cantik untuk orang yang cantik macam awak.”

“ Kenapa bagi saya?” Aina mengerutkan dahi. Dia hanya memandang bunga tersebut.

Syafiq tersenyum manis, dia melabuhkan sedikit punggungnya di meja Aina.

“ Sebab awak istimewa.”

“ Apa maksud Encik Syafiq?”

“ Tak apalah. Nanti awak akan faham jugak.” Syafiq terus belalu meninggalkan seribu persoalan di benak Aina.

Aine merenung bunga itu seketika dan menoleh bila dapat dirasakan ada orang lain sedang merenungnya.

Benjamin merenung Aina tajam. Aina hanya buat tidak tahu. Berpura-pura sibuk dengan kerjanya.

Bunga pemberian Syafiq diambil oleh Benjamin. Dia membelek bunga tersebut sebelum mencampaknya ke dalam tong sampah.

Mata Aina bulat.

You have no right to touch my things!” Aina membentak. Bagai tidak percaya bila Benjamin dengan selambanya buang bunga tersebut.

Benjamin tersenyum sinis.

Do I care? Masuk bilik aku sekarang.” 

Aina merengus geram. Dia masih lagi diam tidak berkutik.

Now!” arah Benjamin lagi.

Dengan berat hati Aina mengikut Benjamin masuk ke bilik. Benjamin menghempas pintu.

 “ Aku tak suka kau rapat dengan Syafiq.” Tekan Benjamin serius.

Aina peluk tubuh.

“ Kenapa?” Aina menjungkitkan keningnya. Cemburukah Benjamin bila Syafiq mendekati dirinya?

“ Kenapa? Kau boleh tanya aku kenapa?” Benjamin menghentak tangannya  ke dinding. Rahangnya diketap marah.

“ Kau dah lupa ke yang kau isteri aku?”

Aina tergelak sinis.

“ Isteri? Baru sekarang awak nak mengaku yang saya ni isteri awak?”

“ Sebelum ni awak tak pernah nak mengaku yang saya ni isteri awak. Awak sakitkan hati saya. Awak biarkan saya seorang diri. Langsung tak pernah terfikir tentang diri saya.”

“ Awak hina saya, caci saya. Awak langsung tak hormat perasaan saya. Awak hanya fikirkan perasaan awak.”

Aina menarik nafas.

“ Saya dah tak sanggup hidup dengan awak lagi. Jadi saya harap awak dapat lepaskan saya dengan cara baik. Lagipun, awak dah ada Waniey.”

“ Waniey tak ada kena mengena dengan hubungan kita.” Pangkah Benjamin. Mukanya kelat. Tawar tak bergula.

Aina menggeleng kepala. Dia tergelak sinis. Tak ada apa-apa? Habis tu yang Benjamin bawa perempuan tu ke hulu ke hilir tu apa. Siap berpelukan lagi. Itupun Benjamin kata tak ada apa-apa?

“ Saya belum cukup buta untuk menilai hubungan awak dengan dia. Kalau awak nak kahwin dengan dia saya izinkan tapi sebelum tu awak kena lepaskan saya dulu. Lepas tu saya dah tak akan masuk campur urusan awak lagi. Saya dah tak nak ambil tahu.”

“ Kenapa? Dah hilang rasa cinta kau pada aku selama ni bila Syafiq muncul dalam hidup kau?”

“ Kalau saya cakap ya awak nak buat apa?” tanya Aina kembali. Dia menentang mata Benjamin yang jelas sedang marah.

“ Murahnya cinta kau. Semudah itu kau berpaling dari aku bila ada lelaki lain datang dalam hidup kau. Aku ingat kau betul-betul cintakan aku.” ejek Benjamin sinis. Dia berganjak ke depan membuatkan Aina berundur ke belakang.

“ Awak boleh kata apa saja yang awak nak. Saya cuma nak awak lepaskan saya.” Tahukah Benjamin yang dia sangat mencintai Benjamin sehinggakan dia tak sanggup lihat Benjamin berpaling dari cintanya. Kalaulah Benjamin tahu betapa dalamnya cintanya, pasti Benjamin tak akan berkata begitu.

“ Kau isteri aku Aina Adira dan akan terus kekal jadi isteri aku.” tegas Benjamin bersuara. Dia memegang erat tangan Aina bila Aina ingin melepaskan pegangannya.

 “ Saya hairan, apa yang buat awak mengaku yang awak ni suami saya.”

“ Kenapa? Dah gilakan jantan lain sampai kau tak sedar yang kau dah bersuami?” Benjamin membidas. Dadanya turun naik menahan marah.

“ Saya memang sedar yang awak suami saya tapi awak yang tak pernah ingat yang saya ni isteri awak!” lantang Aina menjawab. Kali ini dia sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi. Benjamin hanya fikir mengenai dirinya sahaja. Pernah ke walau sekali Benjamin fikirkan dirinya?

Benjamin melepaskan pegangannya dan meraup kasar mukanya. Wajahnya serabut. Matanya terpejam seketika sebelum kembali merenung Aina yang tersenyum pedih.

“ Walau apa pun yang terjadi kau tetap isteri aku. Selagi kau jadi isteri aku, selagi itulah aku tak nak kau rapat dengan mana-mana lelaki.”

“ Saya tak pernah halang awak rapat dengan mana-mana perempuan. Jadi, saya pun harap awak tak halang saya rapat dengan mana-mana lelaki.”

“ Jangan degil Aina Adira…” Benjamin menekan suaranya.

“ Awak buat hal awak dan saya buat hal saya. Itu yang awak pernah cakap pada saya dulu kan.” Aina memangkah ucapan Benjamin. Dia kembali berpaling untuk keluar dari bilik itu. Jika dulu dia hanya akan senyap dengan setiap bicara Benjamin namun sekarang ini dia tidak akan berdiam diri.

Baru Aina memegang tombol pintu dia tergamam bila Benjamin merentap tangannya dan memeluk erat dirinya. Tangan Benjamin ketat merangkul pinggangnya.

“ Aku tak akan lepaskan kau walaupun kau merayu untuk dilepaskan.” Benjamin berbisik perlahan di telinga Aina sebelum dia mengucup kepala Aina yang bersalut tudung.

Aina terpaku.




*****************



Rancangan di televisyen langsung tak menarik minatnya. Dari tadi kerjanya hanya menukar siaran.

Dengan tidak semena-mena Benjamin rampas remote tv di tangannya dan duduk di sebelahnya.

“ Tolong ambilkan dokumen aku kat dalam bilik. Ada kat atas katil.” Arah Benjamin selamba.

Aina mencebik namun dia turutkan saja arahan Benjamin.

Aina memulas tombol pintu bilik Benjamin. Dia sedikit berdebar kerana ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke bilik tidur Benjamin. Sebelum ini, dia langsung tidak pernah berpeluang untuk memasuki bilik ini. Benjamin langsung tidak membenarkannya  mencerobohi bilik ini.

Aina mengambil dokumen yang berada di atas katil Benjamin. Tiba-tiba kakinya pegun. Matanya tertancap pada frame gambar yang terletak elok di atas meja tepi katil. Gambarnya!

Dia melabuhkan duduk di birai katil. Timbul tanda tanya di dalam hati. Kenapa Benjamin meletakkan gambarnya di situ? Seolah-olah dia insan yang teristimewa dalam hidup Benjamin. Bagaikan wajah pertama yang Benjamin mahu lihat setiap kali bangun tidur adalah wajahnya.

Matanya beralih pula pada album yang turut berada di atas meja kecil itu. Tangannya mula membuka album tersebut, ingin tahu gambar apa yang istimewa sangat dengan album tersebut sehinggakan Benjamin tulis ‘ Kekal di Hati ’ di luar album tersebut. Dan Aina semakin tergamam bila semua gambar yang berada di dalam album tersebut adalah gambar dia. Aina menekup mulut. Air matanya bergenang. Apa maksud semua ni?

Ada kata-kata yang membuatkan Aina tersentuh bila dia membaca coretan Benjamin di atas sekeping gambarnya. Gambarnya yang terakhir di dalam album tersebut. Seingatnya itu adalah gambar ketika  dia mengikuti rombongan syarikat di pulau tioman. Ketika itu dia sedang termenung di tepi pantai. Dia menangis kerana baru dimarahi Benjamin tapi dia tak sangka pula yang Benjamin curi-curi menangkap gambarnya.

‘ Kenapa sukar untuk mengungkap cinta walau hati memang benar cinta?’- Benjamin

Kata-kata itu sungguh mendalam. Apa maksud Benjamin sebenarnya? Dia gagal menebak hati seorang lelaki yang bernama Benjamin. Benjamin cintakannya?

Aina tersentak bila ada tangan yang menyentuh lembut pipinya. Mengelap air matanya yang semakin lebat turun.                       

“ Aku tak suka tengok kau menangis.” Sayu suara Benjamin.

“ Kenapa?” Aina menunjukkan album di tangannya. Dia inginkan penjelasan.

Benjamin mengeluh perlahan. Dia menarik kepala Aina supaya bersandar di bahunya. Aina hanya membiarkan.

“ Susah bila hati dah sayang tapi tak tahu nak luahkan.”

“Apa maksud awak?” tanya Aina. Dadanya bagaikan nak pecah menahan debaran yang sedang menggila.

“ Aku cintakan kau.”

Aina terkejut. Rasa tak percaya bila kalimah yang dia sangat nanti-nantikan keluar dari mulut Benjamin.

“ Awak cintakan saya?” soal Aina kembali. Suaranya hampir tidak terkeluar.

Benjamin mengambil tangan Aina dan letak diribanya. Dia cium tangan itu beberapa kali sebelum kembali berbicara.

“ Aku nak kau dengar elok-elok apa yang aku cakap ni. Jangan menyampuk. Dengar je. Okay?”

Aina angguk kepala dia bahu Benjamin. Dia hanya membiarkan tangan kiri Benjamin memeluk bahunya dan tangan kanan memegang tangannya.

“ Aku memang tak suka kau. Dari kita kecil lagi aku memang tak suka kau. Aku rimas bila kau datang rumah aku. Aku tak suka bila kau cuba buat baik dengan aku. Aku bosan sebab asyik nampak muka kau hari-hari.

“ Aku sengaja belajar jauh, kat oversea sebab aku nak jauhkan diri dari kau. Bila aku habis study dan balik ke Malaysia kau confess perasaan kau kat aku. Kau tahu apa yang aku fikir?”

Benjamin ketawa sedikit.

“ Perempuan ni tak malu ke luahkan perasaan kat lelaki. Macam perigi cari timba. Yalah, sebab biasanya lelaki yang confess dulu. Aku gelak bila kau confess sebab masa tu kau nampak innocent sangat. Muka gemuruh habis tapi kau tetap berani luahkan perasaan kau. Aku kagum tetapi jujur aku katakan yang aku langsung tak ada simpan apa-apa perasaan pada kau.”

Aina hanya diam. Bila diingatkan balik peristiwa dia meluahkan perasaan pada Benjamin dulu, rasa macam nak sorok je kepala bawah bantal. Sampai sekarang segannya tak hilang kerana begitu berani meluahkan perasaan pada anak teruna orang.

“ Sampailah di saat papa dan mama usulkan cadangan untuk kahwinkan kita. Aku marah, rasa tak adil bila jodoh aku ditentukan oleh keluarga. Aku impikan hidup bersama perempuan yang aku cinta. Jalani hari-hari yang mendatang di samping perempuan yang aku kasih. Jadi, bila papa dan mama buat macam tu aku memang tak boleh terima tapi aku tak ada pilihan lain selain daripada menurut permintaan mereka.”

“ Papa cakap kau adalah calon yang terbaik untuk aku. Kau akan bahagiakan aku dengan kasih sayang kau. Mama cakap tak ada perempuan lain yang boleh jadi isteri aku selain kau sebab mama boleh nampak yang kau betul-betul ikhlas sayangkan aku. Tapi aku tak nak percaya sebab perasaan tak suka aku pada kau memang tak boleh nak kikis sejak kita kecil lagi.”

“ Bila kita dah kahwin aku sengaja lukakan kau, sakitkan hati kau…aku nak kau terseksa dengan perkahwinan ni. Aku tak nak tengok kau tersenyum pun.”

Benjamin menarik nafas perlahan sebelum menyambung kata.

“ Aku ingat aku puas bila tengok kau menderita tapi sebaliknya yang berlaku. Bila kau terluka, aku turut terluka. Hati aku sakit bila kau menangis walaupun aku sedar aku yang menyebabkan air mata kau jatuh. Macam-macam yang aku buat tapi kau tetap sabar. Sikit pun kau tak lawan aku, kau hormat aku sebagai suami kau biarpun aku cakap aku tak pernah anggap kau sebagai isteri aku.”

“ Lama-kelamaan aku mula sedar perasaan yang sedang berkembang di hati aku. Aku cintakan kau tapi aku ego! Aku tak nak mengaku…  tapi rasa terbeban sangat bila wujud perasaan sayang tapi tak mampu nak luahkan.”

“ Aku rasa cemburu bila ada lelaki lain cuba rapat dengan kau. Aku rasa marah sangat tapi aku tak mampu nak buat apa-apa sebab aku dah terlepas cakap yang aku tak akan jatuh cinta pada kau. Aku tak boleh terima bila Syafiq cuba rapat dengan kau. Rasa macam nak bawa kau jauh dari dia tapi aku tak mampu, aku hanya mampu pandang.”

Patutlah tiap kali Syafiq rapat dengannya Benjamin akan pendang dia semacam. Rupanya Benjamin cemburu. Aina tersenyum sedikit tapi sejenak kemudian senyumannya pudar. Dia angkat kepala dari bahu Benjamin. Dia meleraikan pegangan Benjamin di tangannya.

Benjamin hairan. “ Kenapa?”

“ Habis tu apa hubungan awak dengan Waniey?”

Benjamin mengeluh.

“ Aku tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Aku saja keluar dengan macam-macam perempuan sebab nak buat kau sakit hati.”

“ Awak memang bencikan saya sampai sanggup buat macam-macam cara untuk lukakan hati saya.” Aina bersuara perlahan. Dia benar-benar jauh hati.

“ Sayang, dengar sini…” Benjamin memegang pipi Aina dan mengelusnya lembut.

“ Aku tahu yang aku bersalah. Banyak sangat kesilapan yang aku lakukan sampaikan aku rasa aku ni tak layak dapat kemaafan dari kau. Aku silap sebab selalu buat kau kecewa tapi percayalah, aku dah sedar sekarang ni. Aku betul-betul sayangkan kau sampai aku rasa aku tak mampu nak buat kerja kalau sehari tak tengok muka kau. Kadang-kadang aku sengaja marah kau sebab aku rindu nak dengar suara kau. Aku suka tengok kau tahan geram, muka kau comel sangat.” Benjamin mencium pipi Aina membuatkan darah merah menyerbu ke muka Aina.

“ Nak tahu sesuatu tak?”

Aina menjungkit kening. Dia hanya pandang baju Benjamin bila Benjamin menarik tubuhnya supaya menghadap lelaki itu. Dia tak betah untuk melihat terus ke mata Benjamin. Mahu gugur jantungnya kerana panahan mata Benjamin.

“ Tiap malam sebelum tidur aku akan masuk ke bilik kau.”

“ Hah?” Aina bulatkan mata. Terkejut.

“ Aku tak boleh tidur kalau tak tengok muka. Cukuplah walaupun sekejap. Biasanya aku akan masuk bilik kau lepas kau tidur.”

“ Kenapa saya tak pernah tahu?” Aina mengerutkan dahi. Dia pernah juga macam ternampak kelibat seseorang di saat dia tidur. Megusap wajahnya dengan lembut sebelum melabuhkan ciuman di dahi. Sangkanya dia hanya bermimpi.

“ Nak sedar apa kalau dah tidur mati.” Benjamin mengusik.  

Aina gigit bibir. ‘ kalau dah tidur dia memang tak sedar apa.’

Benjamin mengambil tangan Aina dan menciumnya.

“ Disebabkan aku, tangan kau terluka.” Benjamin mula membangkitkan peristiwa di mana Waniey menyimbahnya dengan air panas.

“ Tak teruk pun, sikit je.”

“ Sikit apa kalau kena simbah air panas. Sesiapa pun yang kena mesti rasa sakit.” Benjamin membalas geram.

“ Aku memang tak sangka langsung yang Waniey boleh buat macam tu. Lepas je kau keluar, aku terus marah dia. Aku cakap yang kau isteri aku. Dia terkejut, tak percaya. Tapi aku peduli apa kalau dia tak percaya. Lepas tu aku halau dia balik. Aku memang nak bawa kau pergi klinik tapi disebabkan ego, aku hanya mampu tengok kau keluar daripejabat aku. jadi, aku letak minyak gamat kat atas meja kau. Hanya itu yang aku mampu buat.” Benjamin bersuara kesal.

Akhirnya terjawab juga misteri orang yang meletakkan minyak gamat tersebut. Rupanya Benjamin memang mengambil berat akan dirinya. Cuma dia saja yang tidak perasan.

“ Tak apa, benda dah lepas. Lagipun saya tak apa-apa.” Aina bersuara. Menenangkan Benjamin yang dilanda rasa bersalah.

“ Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa kau. Please, lepas ni jangan sebut pasal cerai sebab aku tak mampu nak bernafas pun kalau kau tak ada. Rasa nak gugur jantung aku bila kau suruh aku lepaskan aku.” Benjamin merayu.

Aina hanya mengangguk kepala. Dia tersenyum bahagia dan senyumannya mati bila Benjamin merapatkan wajah.  Menyapa lembut bibirnya. Aina pejam mata, menghayati sentuhan kasih dari seorang suami.




*****************



“ Aina, masuk bilik saya.” Interkomnya berbunyi. Dia baru saja melabuhkan duduknya di kerusi tapi Benjamin dah memanggilnya masuk.

Aina ketuk pintu dulu sebelum masuk. Baru saja dia melangkah ke bilik Benjamin tubuhnya sudah disambar ke dalam pelukan.

“ Ben…” Aina terkejut. Pelukan Benjamin cukup erat sehingga sukar dia hendak bernafas.

“ Abang rindu. Baru sekejap tak tengok sayang tapi abang dah rindu sangat-sangat.” Benjamin mengadu manja membuatkan Aina tergelak perlahan. Siapa sangka lelaki yang dahulunya begitu serius dan garang boleh bertukar menjadi lelaki yang begitu manja sekali.

“ Tapi kita kan baru sampai ofis, Aina baru je duduk kat kerusi tu abang dah panggil masuk.”

“ Abang tahu tapi abang tak boleh tahan. Rasa sakit je dada ni bila tak nampak sayang.” Benjamin merenggangkan pelukannya tapi dia tidak meleraikan pelukannya. Tangannya masih kemas berada di pinggang Aina.

“ Abang?” Aina pelik bila Benjamin membahasakan dirinya abang.

Benjamin ketawa. Dia membetulkan sedikit tudung Aina agar nampak lebih kemas.

“ Dah lama sebenarnya abang nak bahasakan diri sebagai abang. Teringin nak dengar sayang panggil abang. Sedap didengar dan abang rasa macam… entahlah tapi abang memang nak sayang panggil abang ‘abang’.”

Aina tersenyum. Dia menyangkut tangannya di leher Benjamin.

“ Aina pun dah lama sebenarnya nak panggil abang ‘abang’. Tanda hormat Aina pada seorang suami. Dan Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga impian Aina.”

Benjamin cium pipi kiri Aina sekilas.

“ Semalam Syafiq hantar kad jemputan kahwin dia. InsyaAllah hujung tahun ni majlis dia berlangsung.”

“ Dengan siapa?”

“ Dengan kawan kitorang masa sama-sama belajar dulu. Pandai dia sembunyikan hubungan dia daripada abang. Abang ingatkan dia ada hubungan dengan sayang, rupa-rupanya dia cuma nak buat abang cemburu je.”

“ Kenapa dia nak buat abang cemburu.”

“ Dia tahu yang abang sayang Aina tapi dia geram bila abang selalu tunjuk yang abang benci Aina. Abang pun tak tahu macam mana dia boleh tahu perasaan abang.”

Tidak hairanlah Syafiq selalu saja rapat dengannya. Rupanya dia ingin buat Benjamin cemburu.

“ Abang minta maaf.” Benjamin berkata perlahan.

“ Kenapa tiba-tiba minta maaf?”

“ Abang tuduh sayang ada hubungan dengan lelaki lain padahal abang tahu yang sayang bukan macam tu.” kata Benjamin kesal.

Aina mengusap pipi Benjamin. Dia geleng kepala.

“ Masa tu memang Aina marah sangat sebab abang tuduh Aina buat kerja terkutuk tu. Sabar Aina rabak. Aina jadi putus asa dengan hubungan kita sampaikan Aina bertekad untuk berlalu pergi dari hidup abang. Tapi… Aina dah maafkan abang. Biarpun berkali-kali hati Aina terluka, Aina tetap sayangkan abang. Selamanya perasaan ni akan terpahat kukuh di hati Aina. Aina hanya mahukan abang, bukan lelaki lain. Sebagaimana Aina tak mahu abang berpaling dari Aina, macam tu juga la Aina tak akan berpaling dari abang.”

Benjamin merengkuh Aina ke dalam pelukan.

“ Terima kasih sayang sebab terima abang walaupun abang dah lukakan hati sayang berkali-kali. Abang janji dengan nyawa abang yang abang akan jaga sayang sampai ke nafas abang yang terakhir. Abang cintakan sayang dan selamanya cinta ni akan terus kekal di hati abang sebab abang juga hanya mahukan sayang. Bukan orang lain.” Benjamin mencium ubun-ubun Aina.

Aina tersenyum bahagia. Benjamin merupakan lelaki pertama yang dia sayang dan dia harap agar perasaannya terhadap Benjamin akan terus kekal mewangi di hati. Dia berdoa agar sampai ke akhir hayat Benjamin akan tetap cintakannya.


Jika selama ini hidupnya diselubungi dengan kesedihan kerana suami sendiri membenci dirinya, kini tidak lagi kerana bahagia sudah mula muncul di dalam hidupnya. Semoga dia akan menjadi bidadari Benjamin di syurga nanti. Amin…




P/S : Cerpen ni saya dedikasikan kepada rakan2 saya ( geng Es D’corps) iaitu Aina, Amira, Anis dan juga   Wani. Hope, we’ll be friend forever.


Kepada readers,terima kasih sgt2 kerana sudi baca. Sebarang komen, akan saya terima dengan hati terbuka. Sebelum tu, saya nak ucapkan selamat berpuasa! J

24 comments:

  1. boleh kita kasi talaq pada mamat sengal ni...emosi betui akak ..bila baca cerpen ni..ya allah..kenapalah minah ni biarkan dirinya diperlakukan begitu..kenapa tidak bersemuka dan fight for yr right..walaupun tidak menyukai wifenya..adalah dayus..memperlakukan begitu..sebab tu talaq diharuskan dalam islam agar wanita seperti dirinya tidak diperlakukan sesuka hati..cepatlah sambung dik..rasa tak sabar pulak nak tahu kesinambungan ny

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg tgh bz sikit dgn final exm,
      dh siap nnti sy akn post kt dlm blog,
      insyaAllah akak akn suka endingnya...
      tggu k :)

      Delete
  2. kurang jaq btol mamat sengal tu.....sakit plak hati kita nie...cik penulis nk lagi...besttttt

    ReplyDelete
  3. smbng lagiii... jhatnya ben, aduih..

    ReplyDelete
  4. ooowhhhh sungguh keji lelaki begini... tak de nak ku hadap jika begini hazab prangai malaun nih... aina sampai bila nak maruah diri dipijak2 mcm tak der harga diri sgt2... melawan dowhhh.... cepat2 sambung yer dear...

    ReplyDelete
  5. macam2 perasaan baca cerita ni.. huhu..
    salam ramadhan cik writer.. =)

    ReplyDelete
  6. wah, best2. first time masuk blog ni, tajuk cerpen ni yg bt menarik minat sy. :)

    ReplyDelete
  7. ska sgt2 dgn cerpen ni .
    good job .

    ReplyDelete
  8. sedih sgt cite...tp akhir nye bahagia...
    1000 LIke

    ReplyDelete
  9. dah berulang kali bace cerpen ni..x pernh jemu....
    ttp menhayati...ada group fb x??nk join la..huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. group fb? erm...xde la nurul. sy tak rasa org akn follow kalo sy buat.. muahahaha

      Delete
  10. Bestnya cerpen ni...for your information kak,akak adalah orang pertama yg betul2 memenuhi khndak hati sy ketika membaca cerpen atau novel..teruskan menulis lagi ye kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak happy bila Nur suka karya akak :)
      insyaAllah akak akan terus menulis walaupun mmg lmbt giler akak update next entry (>_<)

      Delete
  11. awk menarik minat sy utk membaca cerpen :) tp xskela lelaki gini..kita ppuan ni bkn tahu membaca niat dorg...hmm..kalo tersalah tafsir, punah hbungan..

    ReplyDelete
  12. Mmg susah nk jumpa cerpen yg mcam ni
    Dlm blog, skali aku jumpa mmg nk baca sampai habis, by the way memang terbaik saya dh lama cari cerita kisah hidup macam ni, nk baca novel pnjg jenuh nk tggu tamat.skrg dh 2017 dh haha����

    ReplyDelete
  13. Da smbgn x?...jln cerita best sagt....tp nk taw jgk kwn2 office dia taw x yg dia wife ben...😊

    ReplyDelete
  14. I suka ngan cerpen ni terrbaiik

    ReplyDelete
  15. I suka ngan cite cerpen ni.bestt la

    ReplyDelete
  16. Citer cliche.. tpi best❤️❤️❤️
    Teruskan usaha kak

    ReplyDelete
  17. Sy bru je baca cerpen ni. Mcm air ujan dh dkt pipi ni. U make me feel complex bila baca dik. Keep writing 😉👍

    ReplyDelete
  18. Sy bru je baca cerpen ni. Mcm air ujan dh dkt pipi ni. U make me feel complex bila baca dik. Keep writing 😉👍

    ReplyDelete