Friday 7 December 2012

Cerpen : Cinta Hatiku Pembunuh Upahan?! ( Ending )








Hanis menggenggam erat tangannya. Rentak jantungnya juga semakin tak menentu. Sesekali dia menelan liur. Cuba menghilangkan rasa gemuruh yang menguasai diri. Setelah sekian lama dia menunggu akhirnya hari yang dia nantikan tiba juga. Hari di mana Karl keluar dari tirai besi. Dan dia masih lagi berpegang pada janji lamanya. Janji yang dia akan setia menunggu Karl sehinggalah Karl keluar dari penjara.

Bukan tiada yang datang melamar dirinya sepanjang ketiadaan Karl namun hatinya telah dibawa pergi oleh Karl. Dia cuma mahukan Karl dalam hidupnya. Bukan lelaki lain. Biarlah yang datang tu anak menteri 
sekalipun tapi hatinya tetap tidak akan tergugat.

Paluan jantungnya semakin kuat sehingga dia sendiri boleh mendengar degupan jantungnya bila matanya semakin nampak kelibat Karl. Makin lama makin jelas dan akhirnya Karl berdiri tegap di depannya. Hanis senyum sedikit.

Muka Karl tak banyak berubah. Masih sama seperti dulu. Mata Karl tajam memandangnya. Muka Karl serius. Hanis menarik nafas dalam-dalam. Tiba-tiba je dia rasa tak cukup nafas. Kenapa Karl pandang dia sebegitu rupa? Tidak sukakah Karl dengan kehadirannya?

“ Kenapa kau datang?” dingin Karl bertanya. Mahu luruh jantungnya bila dia menangkap kelibat Hanis yang menunggunya. Sangkanya Hanis tidak akan menunggunya tapi sangkaannya meleset. Ternyata Hanis mengotakan janjinya. Ah, Hanis tak sepatutnya mengharapkan dia lagi.

“ Kenapa saya tak boleh datang?” tersentak Hanis dengan pertanyaan Karl. Sudah lama dia menantikan saat ini. Saat di mana dia boleh bertemu Karl kembali tapi harapannya musnah bila Karl melontarkan pertanyaan sebegitu rupa. Ternyata Karl masih lagi mahu dia pergi dari hidup Karl.

“ Aku dah cakap jangan tunggu aku kan. Kenapa degil sangat nak faham?” sedikit keras Karl membalas. 
Bagaimana lagi cara yang patut dia lakukan untuk buat Hanis faham yang dia tak mahu Hanis simpan perasaan lagi padanya? Dia tak layak untuk Hanis! Masih tak faham lagikah Hanis dengan situasi yang melanda diri mereka?Dia bekas banduan! Title itu akan  dipegangnya sehingga akhir hayatnya. Tidak fikirkah Hanis tentang penerimaan orang lain nanti?

Karl mula mengorak langkah. Dia mendengus perlahan bila Hanis mengekori langkahnya.

“ Saya yang tak faham atau awak yang  tak faham? Saya dah cakap pada awak yang saya akan tetap tunggu awak walau apa pun yang terjadi. Saya tak peduli sama ada awak suka atau tak tapi saya tetap nak tunggu awak.” Tegas Hanis menuturkan ayat itu. Mukanya juga sudah bertukar riak. Serius macam Karl.

“ Aku tak suruh pun kau tunggu aku kan.” Sinis Karl berkata.

Hanis terkedu. Hatinya rasa macam dihiris-hiris bila Karl bagaikan tak menghargai penantiannya selama ini. Memang Karl tak suruh dia tunggu tapi dia sudah kata yang dia akan tunggu karl. Karl ingat dia bergurau ke bila dia kata yang dia akan tunggu Karl? Kenapa Karl susah sangat nak faham?

Karl tersentak bila Hanis merentap kasar tangannya. Wajah Hanis yang sudah merah dipandangnya tanpa berkelip. Wajah yang paling dia rindu sepanjang hayatnya. Sungguh, dia rindukan Hanis. Namun beban rindu yang tersimpan lama di dadanya ini tak dapat diluahkan. Biarlah, lebih baik begini. Hanis tak perlu tahu. Biar dia menyimpan rasa ini seorang diri.

“ Awak nak pergi mana?”

“ Aku nak balik.” Karl masih memaparkan wajah dingin. Walaupun dia rasa macam nak tarik Hanis ke dalam pelukannya tapi dia sabarkan hatinya. Dia perlu kuat. Perasaan ini harus dikawal sehabis boleh biar Hanis tak tahu.

“ Saya hantar awak.” Pantas Hanis menjawab.

“Aku tahu balik sendiri. Tak perlu susahkan diri kau. Just get out from my sight.” Karl senyum sinis. Sedikit sebanyak hatinya tercarik bila wajah Hanis dah berubah mendung. Tapi dia terpaksa!
Hanis terkedu. Sampai hati Karl cakap macam tu padanya. Benci sangatkah Karl padanya?

“ Karl…”

“ Dengar sini baik-baik Cik Hanis. Aku tak nak kau dan aku tak ada hati dengan kau. Tak pernah sesaat pun dalam hidup aku pernah rindukan kau. Kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku. Dari dulu lagi aku rasa kau ni cuma beban yang aku terpaksa tanggung. Kau tahu tak betapa meluatnya aku tengok muka kau lagi setelah 7 tahun berlalu. Cukuplah dulu aku kena jaga kau, takkan sekarang pun kau nak aku jaga kau lagi? Tolong… kali ni aku merayu. Tolong pergi dari hidup aku. Aku tak nak jumpa kau lagi.”

“ Tapi Karl, saya…”

“ Aku harap lepas ni aku dah tak perlu tengok muka kau lagi. Antara kita tak pernah ada apa-apa. Kalau kau sayang aku, itu hak kau. Terpulang pada kau sama ada masih nak sayang aku atau tidak. Tapi aku, sikit pun aku tak pernah sayang kau. Kau langsung tak ada makna dalam hidup aku. “

“ Tak sangka yang kau betul-betul kotakan janji kau dulu untuk tunggu aku…” Karl senyum sinis.

“… tapi tindakan kau ni memang bodoh! Sebab aku tak pernah berharap untuk jumpa kau lagi.” Karl kembali menyambung kata bila Hanis seakan-akan terkejut dengan apa yang dia kata.

Terlepas genggaman Hanis di lengan Karl. Pedihnya hati. Rasa macam hatinya ditikam berkali-kali di tempat yang sama. Betulkah kata-kata itu keluar dari mulut Karl? Hanis tak nak percaya tapi dalam masa yang sama dia tak dapat nak membohongi kenyataan yang terbentang luas di matanya. Memang Karl, iaitu lelaki yang dia paling cinta itu yang mengeluarkan kata-kata yang menghiris hatinya. Menusuk ke dalam jantungnya.

Tak semena-mena kakinya rasa lembik. Sesaat kemudian Hanis dah terduduk. Dia mengetap bibir. Dibiarkan air mata yang mengalir deras menuruni lekuk pipinya. Tidak dihiraukan orang yang lalu lalang memandang pelik gelagatnya. Dia tak mampu untuk berdiri tegak bila Karl sanggup melontarkan kata berbisa. Rasa macam seluruh nyawanya di bawa pergi.

Karl risau bukan kepalang bila tubuh Hanis melurut jatuh ke tanah. Dia menahan perasaannya yang mahu mengusap pipi Hanis dan menghapuskan air mata yang menodai pipi mulus itu. Setelah sekian lama, dia masih lagi menjadi insan yang membuatkan Hanis menangis walaupun dia tak pernah berniat mahu Hanis bersedih kerananya.  Kalau boleh dia hanya mahu lihat Hanis tersenyum bahagia. Untuk itu, Hanis perlu berlalu pergi dari hidupnya. Dia tak dapat memberikan kebahagiaan itu kepada Hanis.

Langkahnya dipakukan daripada meluru ke arah Hanis sedangkan itulah perkara yang dia mahu lakukan sekarang ini. Matanya terpejam sesaat bila telinganya dapat menangkap tangisan Hanis. Hatinya lebih sakit kerana terpaksa melukakan hati insan yang dia sayang. Kata-katanya memang kejam tapi hanya itu saja caranya yang boleh mematikan impian Hanis dari mahu terus hidup bersamanya.

Perlahan-lahan Karl memusingkan tubuhnya dan melangkah jauh dari Hanis.

“ Karl…”

Sayup-sayup Karl mendengar Hanis memanggil namanya namun Karl masih melangkah. Dia menumbuk perlahan dadanya yang terasa sakit. Sakit kerana dia yang menyebabkan Hanis menangis lagi.

“ Karl...”  sekali lagi Hanis memanggil Karl namun Karl tetap tak berpaling.

Tiba-tiba Karl berlari. Dirempuhnya orang yang berada di depannya. Dia tak peduli bila ada yang menghamburkan kemarahan. Dia mahu hilang dari pandangan Hanis. Dia tak mahu mendengar tangisan Hanis yang mampu merubah keputusannya. Langkahnya panjang. Dia hanya berlari tanpa arah tujuan. 

Kakinya berhenti berlari bila tiba di satu lorong kecil. Karl menyandarkan badannya ke dinding. Kepalanya ditundukkan. Nafasnya mengah. Tubir matanya rasa panas.

“ Aku pun sayangkan kau Hanis tapi aku terpaksa.” Perlahan Karl bersuara. Cakap pada diri sendiri. Kalaulah Hanis boleh dengar suara hatinya.

“ Argghhhh…!!!!” Karl tumbuk dinding. Dapat dirasakan kulit tangannya tersiat. Darah yang mengalir dari lukanya tak diendahkan. Karl terduduk meraup wajah penuh penyesalan.




*************************



Hanis merenung jauh. Rindunya pada Karl semakin menggunung. Adakah Karl rasa apa yang dia rasa sekarang? Rindu yang terkumpul di dadanya begitu menyeksakan. Dia lelah sendiri dalam mencari sinar cinta Karl buat dirinya. Kenapa Karl sanggup ambil tindakan yang sebegini rupa? Kenapa? Kenapa Karl membuangnya jauh-jauh dari hidup Karl? tahukah Karl yang perasaannya ini tulus. Sungguh, dia sayangkan Karl. Dia tak pernah bergurau bila melibatkan hati dan perasaan. Kalaulah Karl tahu setinggi mana cintanya pada Karl pasti Karl tak akan membiarkannya begini.

Setitis air mata Hanis jatuh. Pertama kali jatuh cinta ternyata tak semudah yang dia sangka. Sakitnya hanya dia sendiri yang tahu. Adakah orang lain pernah rasa seperti yang dia rasa? Rasa macam hatinya ditoreh dengan pisau yang tajam. Sakitnya tak terperi.

‘ Karl…’ perlahan Hanis menyeru nama itu. Rasa sebak semakin mencengkam dadanya. Dia memeluk erat lutut dan menarik rapat ke dadanya. Hanis mula teresak.Kenapa Karl tak pernah faham dengan apa yang dia kata dulu? Kenapa Karl tinggalkannya? Tahukah Karl yang dia sudah tak sanggup kehilangan orang yang tersayang lagi? Cukuplah dulu dia kehilangan mama dan papanya. Dia tak mahu kehilangan Karl pula. Betul ke yang dia hanya menjadi beban dalam hidup Karl selama ini?




*************************



“Hanis.” Hanis berhenti membuat kerja bila Syed Naufal masuk pejabatnya. Terus lelaki tu duduk tanpa disuruh.

“ Hmmm.”

“ Kenapa dengan muka Hanis ni? Hanis menangis?” prihatin Syed Naufal bertanya. Muka Hanis nampak sembap macam semalaman gadis itu menangis. Hanis ada masalah ke tanpa pengetahuannya? Syed Naufal dah tak sedap duduk.

Hanis mengetap bibir. Tak sangka yang Syed Naufal boleh perasan matanya yang sembap. Ni semua Karl punya pasal. Sedih bukan kepalang bila Karl sanggup buang dia jauh-jauh.Mengingatkan Karl sahaja dah buat hatinya kembali berdarah. Entah ke mana Karl menghilangkan diri.

“ Tak ada la. Hanis tak cukup tidur je.”  Hanya itu alasan yang dia boleh beri. Harap-harap Syed Naufal tak bertanya lebih. Tak tahu macam mana dia nak jawab nanti.

“ Jangan tipu abang. Kalau Hanis ada masalah, Hanis boleh cerita dengan abang. Mana la tahu kalau abang boleh tolong Hanis.” dia sayangkan Hanis dan dia tak mahu Hanis menyimpan masalah itu seorang diri. Dia akan sentiasa berada di sisi Hanis ketika Hanis memerlukannya.

“ Betul… Hanis okay je. Hanis tak ada masalah pun. Abang je yang risau lebih-lebih.” Hanis tersenyum tawar.

“ Betul?”

Bersungguh Hanis menganggukkan kepalanya.

“ Yalah. Dari tadi Hanis angguk. Dah macam burung belatuk je Hanis rasa.” Hanis dah tarik muncung.
Syed Naufal tergelak kecil dengan telatah Hanis. Bertambah cemberut muka Hanis bila dia gelak.

“ Jom makan.”

“ Eh, dah tengahari ke? Hanis tak perasan pun.” Hanis mengerling jam tangan yang berada di pergelangan tangan. Hampir pukul satu tengahari. Macam mana la dia boleh leka sampai dah tengahari pun dia tak perasan. Patutlah perutnya dah berdondang sayang.

“ Hanis kalau buat kerja sampai lupa dengan keadaan sekeliling. Lepas tu mula la dia tak turun makan.”

Hanis hanya tersenyum dengan omelan Syed Naufal.




*************************



“ Mama jemput Hanis makan malam kat rumah malam ni. Dia dah lama tak jumpa Hanis. RIndu katanya.”  Syed Naufal merenung tunak wajah Hanis. Hari ini Hanis pakai seluar slack hitam dan kemeja berwarna ungu dipadankan dengan tudung bawal yang juga berwarna ungu cair. Ah, Hanis pakai apa pun tetap nampak menarik di matanya.

Hanis menguis nasi yang berada di pinggan. Entah kenapa, dia tiada selera untuk makan.  Mindanya  masih lagi teringat pada Karl. Benci sangat ke Karl padanya?

“ Hanis…” Syed Naufal menegur bila Hanis diam seribu bahasa. Dia nampak Hanis macam berada dalam dunia sendiri.

Hanis mengeluh. Kemudian dia tersenyum tawar.

“ Tengoklah dulu macam mana. Kalau Hanis tak penat nanti Hanis datang. Hanis pun dah lama tak jumpa mak cik.” Memang benar sudah lama dia tak berjumpa dengan Mak cik Aisyah iaitu emak kepada Syed Naufal. Dia memang rapat dengan keluarga lelaki itu setelah kematian papa dan mamanya. Mak cik Aisyah merupakan kawan kepada mamanya.

“ Anak dia pun rindu Hanis juga.” Perlahan Syed Naufal bersuara.

“ Anak dia?” Hanis mengerutkan dahi. Siapa lagi anak Mak cik Aisyah selain Syed Naufal? Bukan Syed Naufal anak tunggal ke?

“ Abang la. Abang pun rindukan Hanis jugak.” Syed Naufal menyambung bila nampak kerutan di dahi Hanis.

“ Abang ni, asyik nak bergurau je dengan Hanis.” Hanis tergelak. Tahu sangat yang Syed Naufal hanya bergurau.

Syed Naufal mengetap bibir. Dari dulu lagi Hanis masih tak dapat menangkap yang dia sukakan Hanis. Hanis tahu tentang perasaannya tapi Hanis lebih rela buat tak tahu. Kenapa Hanis macam tak boleh menerima dirinya? Rasanya dia sudah cukup lengkap sebagai seorang lelaki. Ramai lagi perempuan di luar sana yang tergila-gilakannya tapi dia sedikit pun tak pandang perempuan lain selain Hanis. Hanis masih tak nampak lagi 
ke?

“ Abang tak bergurau. Abang serius. Abang memang dah lama suka Hanis. Abang cintakan Hanis.” serius Syed Naufal menuturkan ayat itu. sungguh. Dia cintakan Hanis!

Hanis tersedak dengan pengakuan berani mati Syed Naufal. Dia terbatuk-batuk. Biar betul. Syed Naufal cintakannya?

Syed Naufal tak jangka sampai begitu sekali reaksi Hanis dengan luahan hatinya. Merah muka Hanis. Syed Naufal mengusap belakang badan Hanis. Dia tiada niat lain, jauh sekali untuk mengambil kesempatan. Dia cuma mahu Hanis sedikit lega.

Hanis mengelak sedikit badannya dari terus diperlakukan sebegitu rupa oleh Syed Naufal. Dia tak selesa. 

Saat itu Hanis terpandang seseorang yang baru sahaja keluar dari pintu restoran. Hanis tergamam. Laju dia bangun mengejar tubuh yang semakin hilang dari pandangan matanya. Dadanya berdebar laju.

“ Hanis!” panggilan Syed Naufal tidak diendahkan.



*************************



Karl menghempas tangannya ke stereng kereta. Rahangnya diketap geram. Dadanya rasa terbakar bila melihatkan kemesraan di antara Hanis dan juga seorang lelaki yang tak dikenalinya. Apa hubungan mereka sebenarnya. Adakah Hanis menipunya? Hanis mengaku cintakannya tapi dalam masa yang sama Hanis begitu mesra dengan lelaki lain. Karl bagaikan tidak dapat terima kenyataan yang Hanis ada lelaki lain sedangkan dia juga yang menolak Hanis dari terus berada di sisinya.

Karl mengeluh kasar. Siapa sangka yang dia akan mengekori langkah Hanis. Bangun saja dari tidur benda pertama yang dia ingat adalah Hanis. Masih lagi terbayang di matanya akan air jernih yang menodai pipi Hanis. Dia rasa bersalah. Lantas, perutnya yang berkeroncong tidak dihiraukan. Sudahnya dia yang makan hati tengok gelagat Hanis dengan lelaki yang muncul dari mana entah ditambah pula dengan perutnya yang berkeroncong hebat.

Sungguh, walaupun di depan Hanis dia ucap benci tapi jauh di sudut hatinya dia begitu sayangkan Hanis. Hanya sayangnya ini tak dapat ditunjukkan . Fikirnya biarlah dia memandang Hanis dari jauh. Tapi dia pula yang rasa tak sanggup bila kemesraan itu dipamerkan di hadapan matanya.

Karl menarik topi dari kepala dan menanggalkan kaca mata hitam yang dipakainya. Kalau ikutkan hatinya yang panas tadi dah lama dia hadiahkan penumbuknya ke muka lelaki itu kerana berani-berani memegang Hanis. Sungguh, dadanya rasa mahu meletup menahan api cemburu. Pertama kali dia cemburu pada seseorang seumur hidupnya. Dan Hanis yang menjadi punca kenapa dia jadi begini. Tunggang langgang hidupnya disebabkan Hanis.

Sekali lagi Karl mengeluh. Rasanya menghapuskan seorang musuhya lebih senang berbanding dengan menghapuskan perasaannya terhadap Hanis.

Karl tergamam bila Hanis sudah tegak berdiri di tepi pintu pemandu. Tapi Hanis tak dapat melihatnya disebabkan kereta yang bertinted. Hanis melekapkan tangannya pada cermin. Matanya melilau mencari seseorang.  

Adakah Hanis perasan akan kehadirannya sebentar tadi? Karl menahan perasaan. Mungkin selepas ini dia perlu lebih berhati-hati jika mahu mengintip Hanis.

Karl tersenyum sedikit. Secara tak langsung dia dapat melempiaskan rindunya pada Hanis dengan cara begini. Karl turut melekapkan tangannya pada cermin seolah-olah tangannya dan Hanis bersentuhan, cuma cermin yang memisahkan. Jantungnya berhenti berdetak bila Hanis memandangnya. Mati terus senyuman Karl. Mata Hanis basah. Penuh dengan kesedihan.

“ Hanis!”

Hanis mengelap sisa air mata yang berada di pipinya. Dia menoleh. Syed Naufal dah berdiri di sebelahnya. Nafas lelaki itu turut tercungap. Mungkin berlari mendapatkannya yang tergesa-gesa keluar dari kedai makan tadi.

“ Kenapa Hanis tiba-tiba keluar? Langsung tak cakap apa-apa kat abang.” Syed Naufal sedikit tak puas hati bila Hanis bertindak meninggalkannya seorang diri tadi. Kelam kabut Hanis bangun seperti mengejar seseorang saja lagaknya. Dia tak sedap hati, jadi dia ikut langkah Hanis.

“ Hanis nampak seseorang tadi.” Sayu suara Hanis membalas. Dia macam nampak Karl. Tapi sekelip mata saja tubuh itu hilang dari pandangan matanya. Sehinggakan bayangnya pun Hanis tak dapat nak jejak.

“ Seseorang? Siapa?” Syed Naufal mengerutkan dahi.

“ Hmm… tapi mungkin Hanis salah pandang.” Tanpa nada Hanis menjawab.

“ Siapa?” sekali lagi Syed Naufal bertanya. Perasaan ingin tahu Syed Naufal membuak-buak . Adakah Hanis mempunyai sejarah silam dengan orang yang Hanis kejar tadi? Cemburu menjentik tangkai hati Syed Naufal.

Hanis hanya tersenyum tawar tanpa berniat untuk menceritakan pada Syed Naufal siapa orang yang dikejarnya. Dia kembali melangkah meninggalkan Syed Naufal yang masih lagi tertanya-tanya.




*************************


Hanis menjinjit beg plastik yang berisi kasut. Rasanya dah lama dia nak beli kasut baru tapi baru sekarang dia berkesempatan untuk membeli. Masanya begitu banyak dihabiskan di pejabat. Balik saja rumah dia akan terlentang di atas katil kepenatan.

Hanis menghentikan langkahnya perlahan dan menoleh ke belakang. Dia rasa seperti ada seseorang mengekori langkahnya. Tapi dia pelik bila tiada sesiapa yang mencurigakan mengekorinya. Hanis menggaru kepalanya dengan tangan lagi sebelah. Pelik! Mungkin mainan perasaannya.

Hanis kembali mengatur langkah. Lepas ni dia nak beli minyak wangi pula. Stok minyak wanginya hampir habis. Tiba-tiba ada orang melanggar tubuhnya. Habis jatuh plastik yang dia pegang. Nasib baik bukan dia yang jatuh terlentang. Kalau tidak, buat malu je.

“ Maaf cik, saya tak perasan cik ada kat depan tadi.” Terburu-buru lelaki itu meminta maaf sambil 
mengangkat beg Hanis yang terjatuh dan iserahkan kembali pada Hanis.

Hanis hanya menggangguk. “ Tak apa, saya pun salah sebab tak pandang depan.” Pada saat itu Hanis ternampak kelibat Karl. untuk sesaat Hanis tergamam sebelum kakinya juga turut berlari mendapatkan Karl. 
Panggilan lelaki yang melanggarnya dibiarkan. Apa yang penting sekarang ni, dia kena kejar Karl!




*************************



Hanis melangkah longlai menyeberang jalan. Kereta yang bertali arus tidak diendahkan. Fikirannya benar-benar kusut. Kenapa? Dia yakin yang dia tak salah pandang. Matanya tak mungkin menipu. Dia nampak Karl! Tapi belum sempat dia hampir dengan tubuh itu, sekali lagi dia hilang jejak.

Tiba-tiba tubuhnya dirempuh kasar ke tepi jalan. Sekelip mata saja dia berada di dalam pelukan seseorang.

“ Woi, buta ke?! Mata kau letak kat mana ha?! Lain kali kalau nak lintas tu guna mata, bukan guna lutut! Macam mana kalau aku terlanggar tadi?”

Hanis terpinga-pinga. Dia hampir dilanggar ke tadi? Ya Allah! Cuainya dia… ini lah padahnya kalau fikiran melayang entah ke mana. Macam mana kalau dia betul-betul kena langgar tadi? Memikirkan kemungkinan itu membuatkan tubuh Hanis sedikit menggigil.

Mujur lelaki ini sempat menariknya ke tepi. Kalau tidak… Hanis mengetap bibir. Cuba menghalau kemungkinan yang mungkin akan terjadi.

“ Bodoh betul. Ada mata tapi tak reti nak guna! Kau ni kan…” kata-katanya terhenti bila sepasang mata lelaki yang erat melindungi Hanis memandang matanya dengan sinar kemarahan. Sepasang mata yang buat dia rasa tak selamat. Dengan hanya pandangan saja dah buat mulutnya terkunci. Terus dia masuk dalam kereta dan beredar dari situ. Entah kenapa dia takut dengan sepasang mata yang boleh membunuh semua semangatnya.

Hanis mengeluh. Dia meleraikan pelukan lelaki yang telah menyelamatkannya. Darah menyerbu ke mukanya bila kehangatan pelukan itu menjalar ke segenap ruang hatinya.

“ Karl…” bulat mata Hanis bila Karl muncul di depan matanya. Dia menenyeh mata beberapa kali. Rasa tak percaya. Elok je senyuman kembali mekar di bibir merahnya. Dia rasa macam nak peluk Karl kat situ juga tapi Hanis menahan perasaan.

“ Macam mana awak…”

“ Tolong lah…kalau nak mati pun jangan depan aku.”

“ Kenapa?”

“ Kau boleh tanya aku kenapa? Kau ada otak ke tak ni? Tadi kenapa lintas tak tengok kiri kanan? Hmmm? Dah tak sayang nyawa ke?” keras Karl bersuara. Sungguh, jantungnya rasa nak tercabut bila Hanis hampir-hampir dilanggar. Nasib baik dia sempat tarik Hanis. Kalau tak, pasti Hanis sudah pun terbujur kaku di hadapannya sekarang.

Dia tak rela Hanis pergi. Bodohkah dia? Dia mahu Hanis pergi dari hidupnya tapi dalam masa yang sama dia yang sebenarnya tak mampu Hanis melangkah jauh darinya.

Hanis tersenyum.

“ Kenapa kau senyum? Aku tengah marah kau ni.”

“ Saya rindu nak dengar awak marah-marah macam ni.” Semakin melebar senyuman Hanis. Matanya sudah digenangi air mata. Sungguh, dia rindukan Karl.

Karl meraup kasar mukanya. Dia tengah marah boleh pula Hanis cakap macam tu.

Karl bangun sambil mengibas baju dan seluarnya.

“ Kau boleh bangun tak?”

Hanis menganggukkan kepalanya. Tanda dia boleh bangun sendiri. Terus dia bangun sambil membetulkan bajunya yang sudah sedikit comot. Tanah dan rumput yang melekat di bajunya dikibas.

“ Boleh jalan tak?” prihatin Karl bertanya.

Sekali lagi Hanis ingin menganggukkan kepalanya tapi tiba-tiba dia menggelengkan kepalanya. Biarlah dia menipu untuk kali ini jika itu mampu buat Karl menghabiskan sedikit lagi masa dengan dia.

“ Kau terseliuh?”

Hanis menganggukkan kepalanya. Dia cuba jalan terhencut-hencut di depan Karl. Tunjuk yang dia benar-benar sakit. Hanis senyum dalam hati. Harap-harap Karl tak sedar akan pembohongan yang dia lakukan. Kalau Karl tahu mesti Karl tinggalkannya macam tu saja.

“ Sini aku dukung kau.”

Hanis dah bulatkan matanya. Dia mengelak sedikit tubuhnya dari tangan Karl. Biar betul Karl ni? Takkan lah nak cempung dia depan orang ramai?

 “ Kenapa? Kaki kau kan sakit.” Karl mengerutkan dahinya. Kaki Hanis kan sakit, Hanis dah tak boleh jalan dengan sempurna lagi. Apa masalahnya kalau dia mahu mencempung Hanis? Dia tak mahu Hanis bertambah sakit.

“ Saya tak kisah kalau awak nak dukung saya tapi tunggu la kita kahwin dulu. Masa tu semuanya dah halal. Saya akan izinkan awak dukung saya hari-hari.”Selamba Hanis meluahkan kata itu. Sedikit pun dia tak malu.

Wajah Karl pula yang merah dengan pengakuan Hanis. Ah,rasanya dia tak akan dapat tunaikan apa yang Hanis katakan itu. Tak mungkin dia dan Hanis dapat hidup bersama. Sangat mustahil!

“ Jom. Aku hantar kau pergi klinik.” Karl memapah Hanis. Dia biarkan gurauan Hanis tadi umpama angin lalu.

“ Klinik? Tak nak lah. Kejap lagi okay la ni.” Gila apa nak pergi klinik. Tak pasal-pasal je nanti dia kantoi. Bukannya dia sakit betul pun. Nak bagi alasan apa dekat doktor tu nanti.

Karl dah merenung tajam muka Hanis. Dia sedikit tak puas hati bila Hanis masih lagi berdegil walaupun dalam keadaan sakit.

“ Kau ingat sakit ni boleh sembuh sendiri ke kalau tak dirawat?” keras Karl menyoal. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja tubuh langsing Hanis dicempung dan di bawa ke klinik. Biar terdiam mulut comel itu.

Hanis garu kepala yang bersalut tudung.

“ Erk… tapi sakit saya ni tak teruk pun. Rasanya tak payah la sampai kena pergi klinik.” Hanis dah buat muka serba salah. Janganlah Karl heret dia juga pergi jumpa doktor.

“ Jangan degil boleh tak. Aku nak kau pergi jumpa doktor, nak suruh dia periksa sama ada kaki kau ada retak ke tidak. Nanti kalau dah teruk kau juga yang susah.” Karl kembali memapah Hanis tapi dia tersentak bila Hanis merentap tangannya.

“ Kalau teruk pun nanti awak juga yang kena tanggung.” Manis senyuman yang Hanis lemparkan buat Karl.

“ Kenapa pula aku?” Karl sudah mengerutkan dahi tanda tidak faham.

“ Nanti kalau dah teruk sangat kaki saya, lepas tu saya tak boleh jalan mesti tak ada siapa yang nak kat saya dah. Masa tu saya akan paksa awak kahwin dengan saya juga walaupun awak tak nak. Awak kena jaga saya seumur hidup awak.” Semakin lebar senyuman Hanis. Nak ketawa pun ada bila mata Karl dah bulat. Nak marah la tu. Karl marah la dia macam mana pun, dia tetap sayang Karl.

“ Jangan nak mengarut boleh tak?!”

“ Siapa cakap saya mengarut.” Laju Hanis membalas.

Karl mendengus kasar. Tiada hati untuk membalas kembali kata-kata Hanis tadi. Hanis tak patut menyimpan harapan pada hubungan mereka kerana sampai bila-bila pun hubungan ini tak akan ke mana-mana.

“ Karl, jangan la jalan laju-laju. “

Sengaja Karl tak mengendahkan Hanis yang berada di belakangnya. Karl mengorak langkah, laju meninggalkan Hanis yang terkial-kial berjalan di belakangnya.

 “ Auwww!!!”

Terus Karl kembali pusing bila Hanis menjerit. Dia mengeluh kecil bila Hanis dah kembali terduduk. Entah apa pula yang dilanggar Hanis kali ini.

Sungguh la, Hanis jadi perempuan yang betul-betul mengada kali ini demi menarik perhatian Karl. Dia terpaksa menjadi perempuan lemah untuk biar Karl terus berada di sisinya.Dia sendiri tak suka dirinya jadi begini. Siapa kata dia tak malu? Tebal mukanya tapi rasa malu ditolak ke tepi jika dia tak ingin Karl terus pergi.

“ Sakit…” Hanis buat muka sedih. Rasa macam tak percaya dia boleh berlakon sehingga ke tahap ini. Tapi harapnya, janganlah Karl sedar yang dia tipu. Kalau kebenaran terbongkar yang dia sebenarnya tak sakit, mesti Karl akan tinggalkannya di situ.

“ Aku tahu…” perlahan Karl membalas. Rasa bersalah kerana berjalan laju tadi sedangkan dia tahu Hanis sakit. Karl mengeluh.Hanis sedar tak yang Hanis ni sangat comel sebenarnya. Walaupun simpati dengan keadaan Hanis yang sakit tapi dia rasa terhibur sebenarnya. Hanis nampak sangat manja! Hanis nampak sangat comel dengan keadaan sekarang ni. Rasa nak cubit-cubit je pipi Hanis. Karl cuba buat muka serius walaupun sebenarnya dia ingin tersenyum lebar.




*************************



Karl membuka pintu kereta. Dengan isyarat mata dia menyuruh Hanis masuk. Hanis menggeleng perlahan. Dia menutup kembali pintu kereta yang Karl buka.

“ Saya tak nak pergi klinik.”

Karl mendengus kasar. Kenapa Hanis degil sangat!

“ Aku tak peduli kau nak pergi ke tak nak. Aku tetap nak bawa kau pergi klinik.” Karl kembali membuka pintu kereta dan menolak tubuh Hanis tapi sekali lagi dia mengetap giginya geram bila Hanis menepis tangannya. Tanda tak mahu masuk ke dalam kereta.

“ Karl, tolonglah faham. Saya tak nak. Jangan paksa saya.”

“ Untuk sekali ni je Hanis, jangan degil. Tolong dengar cakap aku. Ini untuk kebaikan kau juga. Aku tak nak kau sakit.”

“ Awak sayang saya?”

“ Ha?” Karl terkejut bila tiba-tiba Hanis mengajukan soalan itu.

“ Awak sayang saya kan… saya tahu. Sebab tu la awak ambil berat tentang saya.”

“ Jangan nak mengarut! Aku tak pernah sayangkan kau.” keras Karl membalas. Hanis tak patut tahu tentang perasaannya. Dia memalingkan mukanya ke tepi.

“ Kenapa mesti menipu diri sendiri Karl? Saya dapat lihat sinar cinta awak buat saya. Jangan fikir saya tak tahu yang awak mengintip saya. Awak mengintip saya kan?” tembak Hanis. Dia perasan yang gerak gerinya selama ini diperhatikan. Dan dia dapat rasa orang itu adalah Karl kerana dia tak rasa terancam malahan dia rasa selamat.

“ Aku…” tiba- tiba je Karl terkedu. Dia tak punya alasan lain untuk membangkang kata-kata Hanis tadi kerana semuanya benar belaka.

“ Untuk apa awak mengintip saya kalau awak tak ada perasaan untuk saya. Itu tandanya awak pun cintakan saya. Betul kan apa yang saya cakap ni Karl? Saya tak bertepuk sebelah tangan sebab awak juga cintakan saya.”

“ Kenapa kau yakin sangat?” Karl bertanya sinis.

“ Sebab saya memang yakin dengan kata hati saya. Kata hati saya mengatakan yang awak cintakan saya.”

“ Kata hati? Kata hati tak selalunya betul. Jangan mudah ditimpa perasaan, kelak kau juga yang merana. Jangan membina harapan, kelak kau juga yang akan kecewa.” Karl tersenyum mengejek.

Hanis mengetap bibir. Sampai bila Karl mahu menipu tentang perasaannya? Tanpa dijangka Hanis menolak tubuh Karl ke kereta dan mengepung Karl di tengah.

Karl nyata tergamam dengan tindakan berani Hanis. Dia hanya kaku tanpa sebarang kata. Terpukau dia sejenak dengan mata Hanis yang menatap tajam matanya.

“ Saya tak peduli sama ada awak suka atau tidak, saya akan pastikan awak jadi milik saya.” mahu tergelak pun ada bila Hanis tengok Karl diam tak beriak. Nampak sangat Karl terkejut dengan tindakannya yang mengepung Karl dengan kedua tangannya. Ingat dia tak berani ke?

Karl tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh. Hanis lupa ke dia berhadapan dengan siapa sekarang ni? Sikit pun dia tak takut dengan ugutan Hanis. Tapi…sekejap. Karl pandang kaki Hanis yang dikatakan sakit tadi. Kalau terseliuh mustahil Hanis boleh bergerak pantas seperti tadi. Dia mengetap rahang menahan marah yang ingin muntah keluar.

“ Kau tipu aku…”

Hanis terpinga-pinga. Tipu apa pulak ni?

“ Kaki kau tak terseliuh pun. Kau cuma berlakon sakit.” Karl menolak Hanis perlahan. Tajam mata Karl menikam riak serba salah Hanis.

“ Erk…saya..saya…” Hanis menelan liur. Kantoi! Macam mana dia boleh lupa yang dia tengah berlakon sakit. Hanis menggaru kepalanya .

“ Okay…. Kau tak sakit pun. Rasanya aku dah boleh pergi. Kau tahu nak balik sendiri kan?” penuh bersahaja Karl bertanya. Tak sangka Hanis boleh menipu. Punyalah dia risau, serba tak kena dia jadinya tapi Hanis tak sakit pun! Geram pulak dia rasa. Rasa nak pulas je telinga Hanis kerana mempermainkannya. Huh!

Karl masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan Hanis yang mengetuk cermin kereta. Dia menurunkan cermin kereta dan pandang wajah Hanis yang macam nak menangis.

“ Karl, please don’t go.”

Karl tersenyum pahit. Dia tak pernah mahu meninggalkan Hanis walaupun sesaat tapi keadaan yang memaksa. Dia tak mahu Hanis terus menyimpan harapan. Sedih hatinya bila wajah Hanis sudah merah menahan tangis. Karl mengutuk diri sendiri. Kenapa lah dia begitu tegar sekali membuat Hanis terluka.

“ Jangan tunggu aku lagi.” Pedih, tapi itulah yang harus dia lakukan.

Hanis menggeleng kepalanya berkali-kali. Dia tak mahu dengar cakap Karl. Sampai nafasnya yang terakhir pun dia akan tunggu Karl.

Karl menekan pedal minyak. Laju kereta itu meninggalkan tubuh Hanis di belakang. Karl dapat lihat dari cermin sisi kereta yang Hanis masih lagi berdiri terpaku di tempat tadi. Karl menggenggam erat stereng kereta menahan perasaan. Aku sayangkan kau Hanis. Setitis air mata lelakinya jatuh juga.




*************************



Karl merenung pelik handphonenya. Siapa sebenarnya yang kol dia ni? Rasanya dia tak pernah menghebahkan kepada sesiapa tentang nombor telefonnya ini. Karl teragak-agak sama ada mahu menjawab panggilan tersebut atau tidak. Akhirnya Karl memutuskan untuk menekan butang hijau dan menekapkan handphone itu ke telinganya.

“ Karl…” ujar satu suara di sebelah sana.

Karl tergamam. Suara itu! kamal?!

“ Kau nak apa Kamal?” Karl bersuara tenang walaupun fikirannya sesak dengan pelbagai persoalan. Bila masa Kamal keluar dari penjara? Dan yang paling penting sekali, kenapa Kamal menelefonnya? Semasa mereka di kerja bawah Mike pun Kamal tak pernah sekalipun menelefonnya walaupun kadang-kadang mereka ditugaskan untuk melakukan kerja bersama.

“Sekarang ni orang yang kau paling sayang ada di tangan aku.” Dalam suara Kamal di corong telefon itu. Bibirnya tersenyum sinis. Dia pasti, Karl tidak punya pilihan lain selain daripada menurut katanya.

“ Kau ingat semudah itu aku nak percaya?” sinis Karl bertanya. Sengaja dia mahu provok Kamal. Ada kemungkinan Kamal hanya mahu mempermainkannya. Dia tak mahu jatuh ke dalam perangkap Kamal dengan mudah. Bukan dia tidak tahu yang Kamal sudah lama menyimpan dendam dengannya.

Kamal mendengus sebentar sebelum dia merapatkan handphonenya pada Hanis. Silap besar la Karl kalau ingat yang dia main-main kali ini.

“ Karl… jangan datang. Saya tak apa-apa.” Kata-kata Hanis terhenti bila Kamal kembali merapatkan handphon e itu ke telinganya.

Karl dapat rasakan yang aliran darahnya seolah-olah terhenti bila mendengar suara Hanis di hujung talian. Karl mengepal penumbuknya. Dadanya turun naik menahan marah. Dia mengetap rahangnya keras.

 “ Kau nak aku buat apa?” Karl bertanya keras. Tak perlu berdolak dalik kerana dia yakin yang Kamal mahukan sesuatu darinya. Nyawanya mungkin. Jika nyawanya dapat menyelamatkan Hanis, Karl tak akan teragak-agak untuk berkorban untuk Hanis. Dia tak akan benarkan Kamal menyentuh Hanis walau dengan hujung jari sekalipun!

“ Aku nak kau datang sini. Dengan tangan kosong. Dan kau jangan pandai-pandai nak minta bantuan daripada polis. Kalau aku dapat tahu, aku tak akan teragak-agak untuk bunuh perempuan ni bila-bila masa je. Jangan cabar aku sebab aku akan buat apa yang aku cakap dan aku akan pastikan yang kau tak akan dapat jumpa perempuan ni lagi.” Keras Kamal memberi amaran.

Karl tak begitu bodoh untuk mengambil tindakan yang mungkin akan menyebabkan nyawa Hanis melayang. Untuk ketika ini dia akan menurut arahan Kamal demi menjamin keselamatan Hanis. Insan yang dia paling sayang.

“ Baik. Kau nak aku jumpa kau kat mana?”

Sekali lagi Kamal tersenyum sinis. Nampaknya Karl benar-benar sayangkan Hanis sehingga sanggup patuh pada arahannya. Sungguh, dia tak sangka yang Karl juga mempunyai perasaan yang begitu mendalam terhadap perempuan ini. Dia ingat yang Karl tak akan jatuh hati pada mana-mana perempuan.

Karl hanya mendengar dan menyalin dengan teliti akan alamat di mana Kamal mahu berjumpa dengannya. Seketika kemudian talian dimatikan oleh Kamal.




*************************



Karl masuk ke sebuah rumah using tanpa perasaan takut. Cuma dia risau akan keselamatan Hanis. Dia benar-benar berharap yang Kamal tak akan mencederakan Hanis. Dia tak akan memaafkan dirinya sampai bila-bila jika sesuatu terjadi kepada Hanis.

“ Sampai juga kau akhirnya Karl.” suara Kamal menerpa ke telinga Karl.

Karl memerhati keadaan sekeliling. Mencari kelibat Hanis. Dia sedikit lega bila nampak tubuh Hanis di belakang Kamal dengan tangan yang terikat ke belakang. Lebih baik begitu, sekurang-kurangnya Hanis masih hidup lagi.

“ Lepaskan dia. Kau nak buat apa kat aku, kau buat lah. Asalkan kau lepaskan dia.” Karl cuba untuk berkompromi walaupun dia tahu mungkin susah untuk Kamal tunaikan. Dalam hatinya tak henti-henti berdoa supaya Hanis dapat keluar dari sini. Keselamatan dirinya jatuh nombor dua.

Kamal tersenyum sinis dan menarik Hanis dengan kasar ke sebelahnya. Dia merapatkan pisau belati ke muka Hanis. Sengaja diliarkan pisau itu ke muka Hanis kerana ingin buat Karl sakit hati.

Nafas Karl tertahan-tahan menahan marah dan geram. Dia mengepal penumbuknya erat. Kalaulah tak melibatkan Hanis, pasti Kamal tak akan selamat berdiri dihadapannya. Dia menghantar isyarat mata kepada Hanis. Menyuruh Hanis agar bersabar.

Hanis hanya mengerdipkan mata, tanda faham. Dia sedar yang sekarang ni dia tak boleh buat apa-apa.

“ Kenapa kau sanggup datang sini semata-mata kerana perempuan ni?” tiba-tiba Kamal mengajukan soalan kepada Karl.

“ Kau tak perlu tahu.”

“ Sekarang ni dia ada dalam tangan aku. Kalau kau tak nak dia cedera, lebih baik kau cakap.”

“ Aku…” kata-kata Karl terhenti. Patutkah dia luahkan saja akan perasaannya? Jika tidak, nyawa Hanis akan terancam. Tapi jika dia luahkan, Hanis akan tahu tentang perasaan sebenarnya. Karl bingung.

“ Aku nak tahu, kenapa perempuan ni penting dalam hidup kau.” keras Kamal bertanya.

“ Sebab dia kawan aku.”

Hanis tersentak? kawan? Karl hanya menganggap dia sebagai kawan selama ini. Hatinya tiba-tiba jadi sebu.

Kamal mengangguk perlahan. Pisau dimainkan pula disekitar leher Hanis.

“ Aku rasa kawan masih boleh dicari. Dia tak penting pun dalam hidup kau. Kalau dia mati pun kau tak kisah kan?”

Karl mengetap gigi. Apa yang Kamal mahukan sebenarnya? Dia dapat rasa yang Kamal mempunyai muslihat lain.

“ Apa yang kau nak dari aku sebenarnya Kamal?” Karl bertanya dengan sabar yang semakin menipis. Dalam kepalanya tak sudah-sudah memikirkan cara untuk menyelamatkan Hanis. Hatinya risau bukan kepalang melihatkan pisau tajam Kamal yang berada di leher Hanis. Risau jika pisau itu dibenamkan ke leher Hanis.

“ Aku nak tahu kenapa kau sanggup datang sini semata-mata kerana perempuan ni? Aku nak tahu sama ada dia bermakna dalam hidup kau.”

“ Aku dah cakap yang dia cuma kawan aku. Kau nak aku cakap guna bahasa apa lagi supaya kau faham?” sedikit geram Karl membalas.

“ Okay, kalau dah itu yang kau cakap. Aku rasa perempuan ni dah tak ada gunanya lagi.”

“ Apa maksud kau?”

“ Ucapkan selamat tinggal pada dia Karl. Lepas ni dia tak akan wujud lagi dalam lipatan sejarah hidup kau.”
Kamal menekan kuat pisau yang dipegangnya ke leher Hanis.

“ Kamal!!!” tiba-tiba Karl menjerit lantang. Dada Karl berombak ganas. Sungguh, dia tak akan maafkan dirinya sampai ke nafasnya yang terakhir kalau Hanis mati. Dia tak sanggup menyaksikan Hanis mati di depan matanya.

Kamal menarik kembali pisau tadi dan mengacukan pistol pula ke arah Karl.

Hanis menarik nafas lega. Kakinya rasa lembik.

“ Kenapa kau halang aku dari bunuh dia?” sinis Kamal bertanya.

“ Okay, aku mengaku yang aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Aku sanggup buat apa saja demi dia. Aku merayu, tolong lepaskan dia. Aku tak kisah kalau kau nak bunuh aku tapi jangan apa-apakan dia. Aku sanggup jadi galang gantinya.” Karl dah tak peduli lagi jika Hanis tahu akan perasaan sebenarnya. Apa yang dia fikirkan saat ini ialah membawa Hanis keluar dari sini hidup-hidup. Rasa nak terhenti degupan jantungnya bila Kamal mahu menghabiskan riwayat hidup Hanis tadi.

Hanis tergamam bila akhirnya Karl meluahkan perasaannya. Dia tersenyum manis. Akhirnya Karl mengalah juga. Tapi dia agak ralat, kalau tak kerana apa yang terjadi kepadanya saat ini pasti Karl tak akan meluahkan isi hatinya.

“ Kau cintakan dia?” Kamal bertanya.

Karl menganggukkan kepalanya.

“ Aku cintakan dia.” Karl tak tahu kenapa tapi dia lihat muka Kamal hanya tenang. Tak ada gaya seperti mahu membunuhnya. Muka Kamal sangat tenang. Dia pula yang tak sedap hati. Hanis pula dah tersenyum manis. Boleh pula Hanis senyum dalam keadaan sekarang ni? Karl digaru rasa pelik.

“ Kalau macam tu, kau ambik la Hanis ni. Bawa dia balik rumah. Aku dah penat. Aku pun nak balik rumah jugak. Aku nak tidur.” Kamal menolak perlahan tubuh Hanis ke depan. Dekat dengan Karl. Dia kembali menyimpan kembali pistol dan juga pisaunya.

Karl terkejut. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Dia menarik Hanis rapat dengannya. Dia semakin terkedu bila tangan Hanis yang disangkakan terikat ke belakang rupanya langsung tak terikat.

Hanis merenggangkan tubuhnya. Baru sekarang ni dia rasa penat. Penat berpura-pura seperti tangannya terikat. Penat berlakon di hadapan Karl lagi. Tapi rasa penatnya berbaloi bila Karl mengaku mencintai dirinya. Dia rasa bahagia.

“ Apa yang berlaku sebenarnya sekarang ni? Apa yang kau cuba buat sebenarnya Kamal?” sedikit membentak Karl bersuara. Dia betul-betul tak faham apa yang Kamal dan Hanis lakukan sekarang ni.

Kamal hanya tergelak bila Karl masih lagi tak dapat menangkap apa yang terjadi.

“ Aku cuma berlakon je. Pisau ni tak tajam pun. Lagipun aku tak ada niat nak bunuh Hanis. Aku cuma nak tebus balik dosa aku aku pada korang dulu. Aku tolong Hanis untuk dapatkan cinta dia. Dia cakap yang kau tak cintakan dia tapi dia tak percaya. Jadi, aku rancang semua ni. Akhirnya terbukti juga yang kau cintakan dia.”

Kamal tersentak bila Karl tiba-tiba mencekak leher bajunya. Dia nampak riak kemarahan dalam mata Karl. Tapi Kamal hanya tenang.

Hanis cuba leraikan pegangan Karl tapi Karl menepis tangannya. Hanis terkedu.

“ Dengar sini baik-baik Kamal. Soal hidup aku, kau jangan pandai-pandai nak masuk campur. Sama ada aku cintakan dia atau tidak, benda tu tak ada kena mengena dengan hidup kau.” perlahan Karl memberi amaran. Tak tercapai dek akalnya yang Kamal dan Hanis berkomplot untuk mengetahui rahsia hatinya.

“ Kenapa? Aku hanya nak tolong kau. Aku tahu kau cintakan dia. Tapi disebabkan kisah silam, kau tak nak Hanis hidup di sisi kau. Kau rasa diri kau tak layak untuk dia. Ini tak adil untuk kau dan juga Hanis.” tenang Kamal menjawab. Sedikit pun dia tak gentar dengan ugutan Karl.

Karl pandang muka Kamal macam nak ditelannya hidup-hidup. Dia melepaskan pegangannya. Karl mendengus kasar. Hanis yang berada di sisinya dijeling tajam.

Hanis menelan liur. Cuak melihatkan riak wajah karl yang begitu serius. Rasanya dah lama dia tak tengok Karl mempamerkan wajah sebegitu rupa.

Kamal menepuk perlahan bahu Karl.

“ Jangan disebabkan kisah silam kau, kau sanggup buang insan yang kau sayang. Kau pun berhak untuk bahagia.” Setelah melafazkan kata itu, Kamal berlalu pergi meninggalkan Hanis dan juga Karl.



*************************



“ Seronok sangat ke buat aku macam ni? Kau suka tengok aku tak tentu arah macam ni? Kau suka tengok aku tak betul sebab kau???!!!” lantang suara karl menjerit memarahi Hanis. Rasa macam nak ditelan je tubuh langsing Hanis hidup-hidup.

Hanis sedikit tersentak dengan jerkahan Karl. Dia mengeluh perlahan.

“ Salah ke apa yang saya buat ni?”

Karl mendengus kasar.

“ Habis kau ingat apa yang kau buat ni betul? “ sinis Karl bertanya. Tahukah Hanis yang dia benar-benar risaukan Hanis tapi siapa sangka yang Hanis hanya bergurau. Bergurau mengenai keselamatannya. Dan yang paling dia tak sangka, bagaimana Kamal boleh bersetuju untuk turut serta dalam rancangan ini! Rancangan yang dapat mengorek isi hatinya terhadap Hanis. Dadanya rasa nak pecah dengan penipuan Hanis. Tidak fikirkah Hanis akan perasaannya yang terlalu bimbangkan Hanis?

“ Saya…”

“ Kau tahu tak yang aku hampir putus nyawa bila Kamal telefon aku dan cakap yang dia culik kau. Kau boleh bayangkan tak perasaan aku macam mana?”

“ Saya rasa berbaloi buat semua ni sebab hanya dengan cara ni saya dapat tahu perasaan awak pada saya.” Hanis berterima kasih pada Kamal kerana sanggup membantunya menjayakan rancangan ini. Dia teringat kembali pertemuannya dengan Kamal beberapa hari lepas. Pada mulanya memang dia takut kerana sangkanya Kamal ingin lakukan sesuatu kepadanya tapi mujurlah Kamal dah berubah semenjak keluar dari tirai besi.

Karl meraup mukanya. Mudahnya Hanis cakap. Tahukah Hanis yang jantungnya hampir gugur dengan situasi 
yang berlaku. Jiwanya kacau, serba tak kena.

“ Cukup lah dengan apa yang kau dah buat selama ini. Kenapa tak nak percaya yang aku tak sayangkan kau. “ keras Karl membalas.

Karl tak sayangkannya? Hanis rasa macam nak je ketuk kepala Karl. Mulut cakap tak sayang tapi tindakan yang Karl tunjuk benar-benar membuktikan yang Karl sayangkannya. Hanya Karl saja yang ego. Dia sendiri tak faham dengan Karl. Susah sangat ke nak mengaku?

“ Sampai bila awak nak menipu diri sendiri? Mengaku je la yang awak pun sayangkan saya.”

“ No! Aku tak pernah sayangkan kau dan aku benci kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi lepas ni. Aku harap kau lenyap dari pandangan aku…” laju Karl bersuara. Dadanya berombak kasar menahan perasaan. Ah, kenapa dia sanggup mengeluarkan kata-kata yang buat Hanis terluka? Hatinya juga sakit.

“ Awak benci saya?”

“ Memang. Aku benci kau. Aku tak suka kau. Aku tak sayang kau. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi!” Sejurus melepaskan ayat itu Karl benar-benar rasa seperti mahu menghentakkan kepalanya ke dinding. Kesal kerana melukakan hati Hanis. Secarik mana hati Hanis, carik lagi hati dia.

“ Betul awak nak saya pergi dari hidup awak?” bergetar suara Hanis melontarkan pertanyaan itu.

Karl menganggukkan kepalanya.

Terpejam sesaat mata Hanis bila Karl menganggukkan kepalanya. Dia memegang perlahan dada kirinya yang begitu pedih. Sakit… sakit dengan penolakan dari Karl yang tak henti-henti mahu dia pergi. Hanis menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan.

“ Baik, saya akan ikut cakap awak kali ni. Lepas ni awak dah tak akan nampak muka saya dah. Saya akan betul-betul hilang daripada hidup awak. Itu yang awak nak kan?” penuh luka Hanis melontarkan kata itu. Dia dah letih. Sangat letih dalam mengejar cinta Karl yang terlalu mahal harganya. Dia dah berputus asa kerana dia yakin sampai bila-bila pun Karl tak akan sudi untuk menjadikannya suri di hati Karl.

Ini adalah jalan terakhir untuk membuatkan Karl menerimanya namun ternyata ianya sia-sia. Karl masih mahu menipu tentang rahsia hatinya walaupun dah terang lagi bersuluh Karl juga cintakan dirinya. Hanis berpaling dan melangkah pergi. Biarlah, dia tak akan memaksa Karl lagi. Karl bebas dari dirinya. Dia akan melepaskan Karl pergi dari hidupnya walaupun separuh dari nyawanya seakan-akan hilang dibawa pergi. Dia akan tetap tabah walaupun sukar. Hanis menyeka air mata yang melurut jatuh. Dia menggigit bibir menahan sebak.

Hanis tersentak bila Karl merentap lengannya. Dalam sekelip mata dia kembali berada di hadapan Karl. Hatinya digigit sayu bila mata Karl turut berkaca memandangnya. Apa lagi yang Karl mahukan? Kenapa perlu menahan kepergiannya jika Karl sendiri yang mahu dia pergi? Dia tak cukup kuat untuk mendengar penolakan dari Karl lagi.

“ Jangan…jangan pergi.” Perlahan sekali Karl bersuara. Matanya tetap memandang mata Hanis yang seolah-olah terkejut. Dia memegang erat lengan Hanis yang bersalut t- shirt lengan panjang. Karl tak mahu Hanis pergi, dia tak sanggup.

“ Kenapa?” Hanis tidak mengalihkan pandangannya. Dia dapat lihat yang Karl sedaya upaya menahan air 
mata. Merah muka Karl menahan tangis.

“ Aku tak izinkan kau pergi lagi.” Kali ini kedua-dua lengan Hanis dipegangnya erat. Sungguh, dia benar-benar takut bila Hanis melangkah pergi darinya. Dia rasa kosong. Dia rasa sangat tak berguna kerana melepaskan perempuan yang sangat mencintai dirinya. Dan dia tak mahu melepaskan Hanis pergi lagi. Cukuplah dia bertindak bodoh dulu, dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.

“ Kenapa?” sekali lagi Hanis bertanya. Dadanya berdebar. Apa maksud Karl?

“ Aku cintakan kau."

Hanis tergamam. Makin deras air matanya mengalir. Hanis menatap mata sepet Karl dalam-dalam. Sungguh, dia sangat sukakan mata Karl. Mata yang dapat menghanyutkan perasaannya ke dalam satu daerah yang cukup indah. Mata yang menyimpan seribu satu rahsia.

“ Awak tipu…” Hanis melepaskan pegangan Karl dan membelakangkan Karl. Dia cuba untuk percaya tetapi bagaimana kalau Karl hanya bermain dengan kata? Dia sudah tak sanggup untuk kecewa lagi. Perasaannya tak cukup kuat.

Karl tersenyum sesaat memandang belakang badan Hanis. Hanis merajuk! Dan dia rela untuk memujuk Hanis walaupun memakan masa seumur hidupnya.

Karl menarik Hanis agar berhadapan dengannya dan dia melutut di depan Hanis.

“ Karl, apa yang awak buat ni?” Hanis terkedu dengan tingkah Karl. Dia menarik Karl bangun tapi Karl tetap berkeras untuk melutut di depannya.

“ Maafkan aku sebab muncul dalam hidup kau.Maafkan aku sebab menyakiti hati kau. Maafkan aku sebab buat kau menangis. Maafkan aku sebab kecewakan kau. Maafkan aku sebab menolak kau. Maafkan aku sebab… mencintai kau.” Perlahan Karl bersuara. Dia memandang Hanis yang berdiri di hadapannya.

Hanis menekup mulut. Terharu!

“ Karl…” Hanis ingin bersuara tapi Karl kembali bersuara.

“ Aku sedar siapa diri aku. Aku hanya lelaki biasa yang mendambakan cinta dari seorang perempuan seperti kau. Aku tahu yang aku tak layak buat kau. Hidup aku penuh dengan noda hitam. Sampai bila-bila pun noda yang tercalit dalam hidup aku tak akan hilang. Memang, aku tak sedar diri sebab cintakan kau yang sangat sempurna. Aku tak layak menagih cinta kau, sekelumit perasaan pun tak patut aku simpan untuk kau. Tapi…”

“ Karl… “

Sekali lagi Karl memotong.

“ Tapi aku dah terlanjur mencintai kau. Walaupun aku cuba untuk menafikannya tapi rasa itu tetap wujud dalam hati aku. Walaupun aku cuba untuk melenyapkan perasaan ini tapi aku tak mampu sebab aku terlalu cintakan kau. Sekuat mana pun aku menolak kau, cinta di hati aku tetap tak pernah berkurang malah semakin bertambah dari sehari ke sehari. Maafkan aku sebab baru sekarang aku luahkan.” Karl menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata.

“ Aku memang lelaki bodoh sebab tak tahu nak hargai permata yang muncul dalam hidup aku. Tapi percayalah, lelaki bodoh ni dah sedar akan kesilapannya dan dia janji tak akan melepaskan permata itu pergi dari hidupnya sebab dia tak akan mampu untuk bernafas walau sedetik pun tanpa permata itu di sisinya. Aku cintakan kau. Perasaan ini dah lama menapak dalam hati aku semenjak kali pertama kita berjumpa. Percaya atau tidak, hanya kau yang mampu buat aku jatuh cinta. Aku nak kau jadi suri di hati aku dan aku tak mahu orang lain selain kau…” tulus kata-kata yang diucapkan dari bibir Karl. Sungguh, kata itu lahir dari sudut hatinya yang paling dalam.

Karl menarik nafas lega. Lega kerana dia sudah meluahkan rahsia hatinya selama ini.

Hanis menarik Karl supaya bangun dan Karl tak menolak. Dia pandang wajah Hanis dalam-dalam. Wajah yang selama ini terakam kemas di hatinya.

Hanis menahan sedu. Dia terharu dengan luahan Karl. Ternyata dia tak bertepuk sebelah tangan. Karl juga mencintainya sebagaimana dia mencintai Karl.

Please, stop crying. It hurts me.” Karl menyeka air mata Hanis dengan tangan kasarnya. Air mata lelakinya turut jatuh.

“ Boleh awak lafazkan kalimah tu lagi?” Hanis memandang Karl penuh harapan.

Karl tersenyum sedikit.

“ Aku cintakan kau.” Karl hanya menurut permintaan Hanis.

“ Lagi sekali.” Hanis tersenyum manis. Rasa bahagia merata-rata dalam hatinya.

“ Aku cintakan kau.” lembut Karl membalas.

“ Lagi…”

“ Aku cintakan kau.”

Hanis tersenyum bahagia. Dia mendepakan tangannya untuk memeluk Karl tapi dia terkedu bila Karl menolak dahinya perlahan. Tersungging senyuman manis di bibir merah Karl.

“ Kalau nak peluk aku, tunggu kita nikah dulu. Bukan setakat peluk je aku bagi, lebih dari tu pun tak apa.” Karl senyum mengusik. Dia rasa bahagia. Kali ini dia tak akan melepaskan Hanis lagi. Dia akan ikat Hanis untuk terus hidup di sampingnya. Kerana Hanis adalah nyawanya.

Hanis tersenyum malu. Macam mana la dia boleh lupa yang mereka masih tak punya apa-apa ikatan yang sah. Walaupun mereka saling mencintai tapi itu bukan tiket untuk berbuat sesuka hati.

“ Saya sayang awak Karl. Sayang sangat-sangat.” Penuh perasan Hanis berkata.

Karl mengangguk perlahan. Air mata lelakinya yang jatuh diseka perlahan.

“ Aku tahu… aku pun sayangkan kau. Sayang sangat-sangat…”




*************************



“ Tahniah Hanis… abang harap Hanis bahagia.” Syed Naufal tersenyum sedikit. Pada mulanya memang dia tak mahu pergi ke majlis perkahwinan Hanis. Siapa yang sanggup lihat insan yang dicintainya naik ke jenjang pelamin dengan orang lain. Rasa macam jantungnya ditikam berkali-kali dengan pisau. Tapi bila difikirkan balik, Hanis juga berhak untuk mengecapi kebahagiaan walaupun bukan dia yang menjadi pilihan Hanis. Dia akan bahagia jika Hanis juga bahagia. Mungkin sudah takdir yang dia dan Hanis tak akan bersama.

“ Terima kasih.” Hanya itu yang terluah di bibir Hanis. Dia tak tahu nak memberi reaksi yang bagaimana. Lebih-lebih lagi bila melihat wajah luka Syed Naufal. Hanis pandang Karl yang berada di sebelahnya. Tapi Karl hanya selamba. Panas juga wajahnya bila Karl selamba memeluk pingganggnya di hadapan Syed Naufal.

“ Boleh abang cakap dengan Karl kejap?”

Hanis pandang Karl sambil menjungkitkan kening. Bertanya menggunakan isyarat mata.

Karl menganggukkan kepala dan meleraikan pelukannya.

“ Tunggu abang kat bilik.” Sempat Karl membisikkan kata itu di telinga Hanis. Sekali lagi darah menyerbu ke muka Hanis.

Hanis berlalu pergi walaupun dia dapat rasakan Karl dan Syed Naufal memandang belakangnya.

Karl menarik nafas perlahan dan menghadap Syed Naufal yang hanya tenang.

“ Aku harap kau dapat bahagiakan dia.” Syed Naufal berharap yang Hanis tak membuat keputusan yang salah dengan memilih Karl menjadi teman hidup.

“ Aku akan bahagiakan dia. Kau jangan risau.” Janji Karl. Dia akan menjaga Hanis dengan nyawanya sendiri. Dia tak akan buat Hanis bersedih lagi. Dia hanya mahu Hanis menjalani hari-hari yang datang dengan senyuman di bibir.

“ Tapi kalau aku dapat tahu yang Hanis tak bahagia dengan kau, aku tak akan teragak-agak untuk rampas dia dari hidup kau.” Syed Naufal bergurau. Dia tergelak perlahan tapi dia benar-benar maksudkannya. Kalau dia dapat tahu yang Hanis tak bahagia bersama Karl, dia akan membawa Hanis pergi dari Karl. Dia tahu yang dia mampu untuk membahagiakan Hanis.

“ Kau jangan risau sebab aku tak akan biarkan benda tu terjadi.” Yakin sahaja Karl membalas. Dia tahu yang Syed Naufal begitu menyayangi Hanis. Tapi dia akan pastikan Hanis hidup bahagia di sampingnya. Setelah apa yang terjadi  pada Hanis dulu, dia tak akan biarkan Hanis bersedih lagi. Dia akan bahagiakan Hanis. Itu janjinya!




*************************



Hanis menguap perlahan. Dia pandang jam yang tergantung di dinding. Dah hampir pukul 1 pagi tapi Karl masih belum masuk bilik. Matanya dah mengantuk tapi takkan la dia nak tidur dulu tanpa Karl. Hanis mengirai rambutnya yang hampir paras pinggang. Rasanya dah lama dia tak potong rambut. Nak potong rasa sayang tapi kalau tak potong rasa rimas la pula.

Baru berkira-kira nak merebahkan badannya ke tilam kerana mengantuk yang amat tiba-tiba Karl masuk ke dalam bilik. Terus Hanis duduk tegak. Ngantuknya terus hilang.

Karl selamba menanggalkan baju melayu yang dipakainya di hadapan Hanis. Hanis pula yang rasa malu. Bergetar jiwa perempuannya. Tapi sempat Hanis kerling tubuh Karl yang tak berbaju. Six pack pulak tu.

Hanis dapat rasakan langkah Karl yang semakin menghampirinya. Tubuh Hanis dah seram sejuk. Hanis bangun dari katil dan ingin melangkah ke balkoni tapi Karl sempat menarik tangannya. Tak semena-mena Hanis sudah berada dalam pelukan Karl sekarang ini. Hanis menekap tangannya di dada Karl. Dapat dirasakan jantung Karl yang berdetak laju.

Tapi Hanis tak pandang Karl, dia hanya pandang leher Karl. Nak pandang mata Karl, dia tak mampu. Mahunya dia cair saat itu juga. Baru Hanis sedar yang dia tangannya berada di dada Karl yang tak berbaju. 
Dia dapat tangkap senyuman Karl . Sekali lagi mukanya rasa panas. Dia cuba meleraikan pelukan Karl tapi Karl semakin mengeratkan pelukannya.

“ Abang nak…” Karl semakin mendekatkan mukanya dengan Hanis. Hanis dah menelan liur. Kakinya terpaku. Hanis memejam mata. Beberapa saat kemudian dia kembali membuka mata bila tiada apa-apa yang terjadi.

Rasa semput nafasnya bila wajah Karl begitu rapat dengan mukanya. Dapat dirasakan nafas Karl yang menampar wajahnya.

“ Abang nak tuala, nak mandi. Badan abang dah melekit sangat sekarang ni.” Perlahan je suara Karl menerjah ke telinga Hanis. Serentak dengan itu Karl ketawa kuat. Seronok dapat mengenakan Hanis. bergema bilik itu dengan ketawa Karl.

Hanis menolak tubuh Karl. Geram bila Karl mempermainkannya.

“ Awak jahat. Sengaja nak kenakan saya.” Hanis mengetap bibir menahan geram.

“ Habis tu Hanis ingat abang nak buat apa tadi?” Karl menyoal dengan menjungkitkan keningnya.

“ Saya ingat awak nak ci…..” suara Hanis tersekat di kerongkong.

“ Abang nak apa?” Karl mencabar Hanis untuk meneruskan ayat itu.

“ Nak tu lah…” semakin merah muka Hanis.

“ Nak apa?”

Hanis mendengus perlahan dan ingin melangkah keluar. Malas dia nak layan. Dah berapa kali dia malu sejak Karl masuk dalam bilik ni.

Karl sempat tarik tangan Hanis dan langkahnya dihalakan ke arah katil.

Hanis dah mula cuak. Karl nak buat apa pula ni. Dalam diam, Hanis mengutuk diri sendiri. Dia suami kau la Hanis. Dia ada hak.

Tapi Karl hanya duduk di birai katil dan menyuruh Hanis duduk di ribanya. Hanis menggeleng tanda tak mahu. Tak pernah-pernah dia duduk di riba lelaki. Segan la.

Tak semena-mena Karl merentap tangan Hanis menyebabkan Hanis terduduk juga di riba Karl. Tangan Karl kembali merangkul pinggang Hanis erat. Dia membenamkan hidungnya ke rambut Hanis. Menghidu haruman yang terbit dari rambut Hanis. Hatinya rasa lapang.

Hanis hanya senyap. Malunya bukan kepalang. Karl begitu selamba, dia pula yang malu.

“ Dah lama abang nak buat macam ni.” Karl bersuara perlahan.

“ Buat apa?”  Hanis bertanya. Suaranya juga perlahan. Dia memberanikan diri menatap mata Karl. Sepasang mata yang tak jemu untuk dia pandang. Hanis mengusap wajah Karl. Mata Karl terpejam seketika 
menghayati sentuhan Hanis.

“ Abang dah lama nak peluk Hanis. Cium Hanis. Sayang Hanis.”

Hanis hanya senyum.

“ Abang tak sangka abang dapat peluk Hanis macam sekarang ni. Abang ingat sampai bila-bila pun abang tak akan dapat memiliki Hanis. Abang tahu yang masa silam abang kotor. Dulu abang pembunuh upahan. Kerja abang memang keji. Abang…” kata-kata Karl terhenti bila Hanis menekup mulut Karl dengan tangan.

Hanis menggeleng kepalanya. Matanya berair.

Karl mengalihkan tangan Hanis dan mencium telapak tangan Hanis.

Hanis menggigit bibir bila tangannya dapat merasakan air mata Karl. Hanis memegang pipi Karl dengan kedua tangannya.

“ Hanis tak kisah tentang masa silam abang. Hanis terima abang kerana abang adalah diri abang. Hanis dah tak perlukan benda lain asalkan Hanis ada abang. Lupakan kisah silam abang. Abang kena pandang ke depan sekarang ni. Jangan biarkan hidup abang dihantui dengan zaman silam abang.” Pujuk Hanis lembut. Kali ini dia memanggil Karl dengan panggilan abang. Hilang sudah rasa malunya saat ini.

Hanis terkedu bila Karl merengkuh tubuhnya ke dalam pelukan Karl. Hanis mengusap belakang tubuh Karl yang tak  berbaju. Dia senang berada dalam pelukan Karl. Dia rasa tenang dan selamat.

“ Terima kasih sebab terima abang walaupun Hanis tahu kisah silam abang macam mana. Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang. Abang janji yang abang akan bahagiakan hidup Hanis.” Karl meleraikan pelukannya dan mencium pipi Hanis.

Setitis air mata Hanis jatuh juga tapi laju Karl mengelapnya dengan tangan.

“ Abang tak benarkan Hanis menangis lagi lepas ni. Sebab bila Hanis menangis, dada abang sakit…sakit sangat. Dan abang akan buatkan Hanis tersenyum je lepas ni. Abang tak akan biarkan Hanis menangis lagi disebabkan abang.”

Hanis tersenyum bahagia bila Karl mencium dahinya. Hanis menyangkutkan tangannya di leher Karl. dia merapatkan dahinya dan dahi Karl. Wajah Karl tak sampai seinci pun dari mukanya.

“ Hanis sayang abang.” Bisik Hanis perlahan.

“ Abang pun sayang Hanis. Sayang sangat-sangat.” Karl membalas perlahan.

Karl berharap biarlah bahagia menjengah hidup mereka pula selepas ini. Sebarang dugaan yang mendatang akan dihadapinya dengan tenang dan sabar. Dia yakin dia mampu asalkan Hanis berada di sisinya.





31 comments:

  1. u know what...
    cik oren suka gila cite awak!!!!!!!!!!!!!!!
    heheh...
    suka sangat2...
    ^_^
    boleh tak cik oren nak buat koleksi cite ini..?
    heheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sbb suka cerita ni :)
      kalau nak buat koleksi pon boleh... lg sy mengalu-alukan ada la...hehe

      Delete
  2. Terbaik! mmg best!

    ReplyDelete
  3. Dh lma tunggu sambungannya . Best !

    ReplyDelete
  4. best gile..nasib x jd gile je..hehehe

    ReplyDelete
  5. jalan cerita yang sgt best..lain dari yg lain

    ReplyDelete
  6. So sweet � apa yg boleh dikatakan memang best, sweet and mcm-ii lgy laa... jalan ceritany mmg best x bosan lngsung... i give 10 stars ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk pun sweet jugak.. terima kasih sbb suka cerpen ni :)

      Delete
  7. Replies
    1. yeay...dpt berjuta2 star!!!... thank you! (^_^)

      Delete
  8. Wow , best tersangat2 citer ni . Tau x bertapa terujanya sy ble bca citer ni. Mcm nk gila dibuatny . Asik terloncat je ble part yg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. yke?hehe... sy pun teruja gila baca komen awk... saya suka plus happy bila awak suka cerpen yang saya tulis.. :)

      Delete
  9. Best sngt ceti ni mmg terbaikk la :) :) :)

    ReplyDelete
  10. best sangat cite ni . sweet terlampau . hiks .

    ReplyDelete
  11. Citer ni mmg best sngt2.. Bnyk kali saya baca. Boleh saya tahu gmbr lelaki pegang pistol tu siapa erk, saya saje je nk tahu klu boleh lh.. Apepun saya puas membacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tu? kenapa? jatuh hati ey dgn gmbr lelaki tu? haha... sy pnjm gmbr kt encik google je. tak tau tu siapa

      Delete
  12. Best..boleh x wat sambungan sikit...sambungan lepas dorang khawin pastu musuh lama datang nak balas dendam..
    Btw best sangat citer ni...kipidap...

    ReplyDelete
  13. Best sngt2 baca banyak kali pun tetap xbosan.. mcm2 perasaan ade.. wlupn citer ni ending dia tp terasa mcm harap ade lagilh sambunganny mcm xpuas membaca seronok... apepun cerita sis mmg best

    ReplyDelete
  14. Menangis baca cerita ni haha. Best!

    ReplyDelete
  15. so sweet giler cter ni kak war la lgi cter grend versi cmni best sgt2

    ReplyDelete
  16. so sweet giler cter ni kak war la lgi cter grend versi cmni best sgt2

    ReplyDelete
  17. best sangat sangat banyak kali baca pun tetap tak bosan

    ReplyDelete
  18. Salam miss writer
    Bukan sy nk lebih2 but serius ni citer cerpen de best penah sy baca
    Big congratz n all da best to u

    Give me more of ur superb nice story plzzz, da ketagih ni n its all ur fault
    Hehehe

    ReplyDelete