Saturday 8 September 2012

Cerpen: Cinta Hatiku Pembunuh Upahan?!








“ Aku nak kau bunuh perempuan dalam gambar ni.” Mike meletakkan sekeping gambar di atas meja. Dia cuba menganalisis muka Karl. Namun seperti biasa dia gagal. Wajah itu begitu selamba. Sengaja dia menyerahkan tugas yang berlainan kali ini. Mangsa mereka kali ini adalah seorang perempuan. Tapi dia tahu, walaupun melibatkan perempuan tapi Karl tak akan lembut hati. Tugas tetap tugas!

“ Okay… tapi ni kerja terakhir yang aku buat. Lepas ni, aku dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan kumpulan ni lagi.” Karl bersuara tegas. Dia dah tak mahu terlibat dengan dunia kotor ini lagi. Cukuplah selama ini dia bergelumang dengan dosa. Rasanya dah tak terhitung dosa yang dia lakukan. Lepas je tugasannya yang terakhir ni, dia dah tak mahu ada kena mengena dengan Mike dan orang bawahannya.

Fine… lepas je kau settlekan benda ni, aku akan lepaskan kau. Kau boleh keluar dari kumpulan ni.” Nak tak nak Mike terpaksa melepaskan Karl pergi. Sayang mahu lepaskan Karl kerana Karl berbeza dengan orang bawahannya yang lain. Kerja yang Karl lakukan selalunya berjaya. Sehinggakan polis langsung tak dapat menghidu kegiatan yang mereka lakukan.





********************





Karl memerhati mangsanya dari tingkat atas bangunan. Wanita itu berada di tepi jalan. Karl melaraskan pistolnya. Mata ditajamkan. Sasarannya pada kepala wanita itu. Dia bersedia untuk menarik picu pistol. Belum sempat dia melepaskan tembakan, dia berhenti. Dahinya berkerut.

Wanita itu membantu seorang warga emas melintas jalan. Mereka nampak mesra. Bakul yang berada di tangan wanita tua itu juga dijinjitnya. Hati Karl tersentuh. Dia perempuan yang baik. Sedetik kemudian Karl tersedar. Apa yang aku buat ni? Sepatutnya aku bunuh dia! Bukannya tengok kebaikan yang dia buat! Karl merengus geram. Dia kembali melaraskan pistol. Tapi kelibat wanita itu sudah hilang di balik bangunan-bangunan. Karl menyepak dinding. Bodoh! Terlepas peluangnya untuk membunuh perempuan tu.





********************




Malam itu sekali lagi Karl bertindak. Kalau boleh malam itu juga dia ingin menyelesaikan tugasan yang diberi. Dia memang tak suka menangguhkan kerja. Rumah banglo dua tingkat itu sunyi. Dia tahu perempuan yang bernama Hanis bersendirian di rumah. Itu memudahkan lagi kerjanya. Karl menyelinap masuk melalui tingkap dapur yang tak berkunci. Careless!!! Bukan dia saja yang boleh masuk kalau macam ni, orang lain pun boleh pecah masuk.

Pistol yang berada di tangan di genggam erat. Kakinya begitu berhati-hati melangkah. Tak nak ada sebarang bunyi. Matanya terpaku pada frame berada di atas meja. Gambar Hanis dan sepasang lagi suami isteri yang agak berumur. Mungkin mak dan ayah Hanis. Wajah mereka bahagia. Jelas terukir senyuman bahagia di bibir wanita itu. Malang sekali senyuman itu akan lenyap pada malam ini.

Karl menapak ke tingkat atas. Terdapat cahaya yang keluar dari celah pintu di bilik yang paling hujung. Karl menuju ke situ. Makin lama makin dekat. Kakinya terpaku bila dia dengar suara orang mengaji. Perempuan tu mengaji? Hati Karl yang selama ni keras tiba-tiba je layu. Dia bersandar di tepi dinding. Telinganya masih lagi menangkap suara perempuan itu yang sayup-sayup mengaji.

Tangan dijatuhkan ke sisi. Matanya terpejam sejenak. Kenapa mesti muncul perasaan ni? Perasaan bersalah ni tak patut wujud di saat dia ingin menamatkan riwayat hidup Hanis. Selama ini dia cemerlang dalam melakukan kerjanya. Belum pernah lagi dia berhadapan dengan situasi yang sebegini rupa.

Dia tak pernah lagi membunuh seorang perempuan. Ini kali pertama. Dan kali pertamanya ini sungguh berlainan. Perempuan ini berbeza dari mangsa-mangsanya yang dulu.

Karl terkejut bila Hanis muncul di depannya. Spontan Karl mengacukan pistol ke arah Hanis. Dadanya berdetak hebat melihatkan wanita itu yang masih lagi dalam telekung. Tangannya berpeluh. Kenapa mesti macam ni? Perempuan ni bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Jadi, kenapa dia rasa berat hati untuk melepaskan tembakan?

Muka Hanis pucat lesi. Kalau ditoreh pun pasti tak berdarah. Dia tergamam bila pistol itu diacukan ke kepalanya. Itu bukan pistol mainan! Siapa lelaki ni? Apa salahnya sampaikan lelaki itu mahu membunuhnya? 

Kakinya rasa lembik. Ini kali pertama seumur hidupnya berhadapan dengan situasi begini. Jantungnya berdenyut lebih laju dari biasa. Tangannya ketar. Kakinya bagaikan melekat di lantai. Seinci pun dia tak mampu untuk bergerak.

“ Awak siapa? Awak nak bunuh saya?” walaupun Hanis takut, tapi dia masih ingin tahu. Ya Allah, jangan lah Kau ambil nyawa aku sebelum waktunya. Aku masih mahu hidup Ya Allah. Bekalanku masih belum cukup untuk bertemu dengan Mu.

“ Aku ditugaskan untuk bunuh kau.” Karl menjawab. Dalam hati dia mengutuk keras dirinya. Dia tak patut beritahu Hanis. Mereka tak patut berkomunikasi! Karl buntu. Ini bukan dirinya. Kenapa dengan dirinya malam ni? Wajah Hanis yang suci dipandang dalam-dalam. Wajah itu pucat, takutkan dirinya. Tapi dia masih nampak ketenangan di muka itu.

“ Kenapa? Apa salah saya? Saya tak…” Hanis terkedu. Ada orang yang mahu dia mati? Siapa? Apa yang dia lakukan sampai orang itu begitu dendam sekali dengannya?

“ Diam!” Hanis tak patut tahu! Karl membetulkan topi di kepalanya. Pistol diselitkan di pinggang. Dia perlu pergi. Dia tak tahu kenapa tapi apa yang dia tahu dia tak sanggup mencederakan Hanis. Biarlah sekalipun Hanis dapat lihat wajahnya yang tak berselindung dengan apa-apa. Hanya sekadar topi. Dia tak kisah. Dia perlu give up dengan tugasannya kali ni. Lantaklah Mike nak cakap apa pun. Dia tak peduli.

Karl laju meninggalkan Hanis di belakang. Dia tak berpaling. Dia perlu keluar dari rumah itu dengan segera sebelum orang lain tahu.

Hanis terduduk. Tiba-tiba je dia rasa lega bila lelaki itu menyimpan pistol yang boleh meragut nyawanya itu. Kakinya lembik. Sepatutnya dia dah mati! Tapi dia tak tahu apa yang membuatkan lelaki itu menukar fikiran. Hanis bersyukur!





********************




“ Aku tak nak bunuh perempuan tu.”

“ Apa?! Kau jangan nak main-main dengan aku!” Mike merenung handphonenya. Rasa macam tak percaya boleh dengar ayat tu dari mulut Karl.

“ Aku serius. Aku tak nak bunuh perempuan tu.” keras Karl membalas. Dia tak mampu bunuh Hanis. Katalah apa pun, dia tetap tak akan bunuh Hanis. Kenapa mesti tunggu sampai dia bunuh Hanis baru dia akan lepas dari Mike? Hanis tak bersalah! Dia perempuan yang baik. Karl rasa bersalah jika turuti kemahuan Mike yang mahu perempuan tu mati.

Karl tersenyum sedikit. Sejak bila kau rasa bersalah ni Karl? Selama ni kau tak pernah ada rasa bersalah bila melibatkan nyawa seseorang. Kau ambil nyawa diorang tanpa perasaan tapi kenapa dengan perempuan ni  kau jadi lain? Kenapa nak selamatkan dia pula? Bisik kata hati Karl. Karl mengeluh. Entah la, dia pun tak pasti dengan perasaannya. Apa yang dia tahu, dia tak sanggup menghabiskan riwayat hidup perempuan tu dengan tangannya sendiri.

Mike mendengus kasar. “ Aku tak peduli. Kalau kau tak nak bunuh perempuan tu, jangan harap kau dapat keluar dari kumpulan ni!” jangan harap dia akan lepaskan Karl dengan begitu mudah! Perempuan tu dia akan bunuh, Karl pun dia akan bunuh!

“ Aku tak kisah kau nak cakap apa. Aku dah buat keputusan yang aku tak akan bunuh perempuan tu dan aku akan tetap keluar dari kumpulan kau! Kau dah tak ada hak nak arah aku lagi. ”

“ Tak guna! Kau memang tak boleh harap! Kau memang silap besar bila kau jadikan aku musuh kau. Lepas ni, setiap bayang-bayang kau aku akan kejar. Tanam dalam kepala kau baik-baik… bukan perempuan tu je yang akan mati tapi kau pun akan mati!”

Karl merenung panjang setelah talian diputuskan. Mike nak bunuh dia? Dia tak kisah, dia tak pernah takut untuk mati semenjak melibatkan diri dalam dunia hitam ni. Tapi Hanis? Dia tak akan biarkan Hanis mati. Kalau Mike nak bunuh Hanis, Mike kena berhadapan dengannya dulu! Itu tekadnya. Biarlah dia selamatkan nyawa orang yang tak bersalah pula kali ini.





********************





Hanis mengambil perencah rendang dari rak dan letak di dalam bakul. Malam ni boleh la masak. Lagipun dah lama juga dia tak masak rendang. Dalam hati berkira-kira nak mengajak Maya iaitu teman baiknya untuk datang ke rumah. Dah lama juga Maya tak menjengukkan diri ke rumahnya.

Hanis tunduk bila tali kasut sneekers yang dipakainya terlerai dari ikatan. Tiba-tiba rak yang berada di sebelahnya meletup. Pecah berderai botol-botol kaca. Hanis terkejut. Kenapa ni? Suasana di pasaraya besar itu bising. Orang ramai bertempiaran lari bila beberapa das tembakan dilepaskan. Badan Hanis menggeletar. 
Kakinya keras. Dia tak berani untuk bangun. Takut kalau peluru itu akan mengenai dirinya. Mujurlah dia tunduk tadi untuk membetulkan tali kasut. Kalau tidak, pasti tubuhnya sudah terbujur kaku saat ini.

Hanis merangkak. Matanya mencari pintu keluar. Tiba-tiba pandangannya terhalang dengan dua susuk tubuh besar di hadapannya. Dua-dua pakai topeng hitam. Nafas Hanis bagaikan mahu terhenti bila dua orang lelaki yang tidak dikenali itu mempunyai pistol. Maknanya diorang ni la yang lepaskan tembakan tadi? Tapi kenapa? Mahu merompak pasaraya ni? Atau memburunya? Peluh sudah memercik di dahi Hanis. Mengingatkan itu saja dah buatkannya putus nafas. Adakah mereka ini sama seperti lelaki yang pecah masuk ke rumahnya hari itu? Datang untuk membunuhnya…

Finally…kita dapat juga perempuan ni.” Lelaki yang sedikit tinggi bersuara. Sambil itu matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Orang ramai berpusu-pusu mencari jalan keluar. Dia tersenyum sinis. Serabut betul tengok orang ramai ni. Dia melepaskan lagi dua tembakan ke atas. Jeritan orang ramai bertambah kuat. Lelaki itu tersenyum lebar. Suka tengok orang bertempiaran lari.

Hanis masih lagi tak bergerak. Kakinya rasa kejang. Maknanya betul la tekaannya tadi. Memang mereka datang memburunya! Tapi kenapa? Apa yang dia lakukan sampai ada orang yang mahu dia mati?

“ Tau tak pe… dah la Ray, jangan banyak cakap. Bunuh perempuan ni cepat. Nanti polis datang, tak pasal-pasal je aku dengan kau kena cekup.” Lagi seorang lelaki bersuara. Dia tak mahu berlengah lagi. Lebih tinggi risikonya kalau mereka berlama di situ.

“ Aku tahu la!” serentak dengan itu dia mengacukan pistol ke arah Hanis.

Hanis menekup kepalanya dengan tangan. Jantungnya berdegup kuat sehingakan telinganya boleh dengar degupan jantungnya sendiri. Dia tak nak mati lagi ! Dia nak lari tapi dia tak mampu untuk bergerak.
Bahunya terangkat bila tembakan dilepaskan. Suara erangan seorang lelaki membuatkan Hanis membuka mata.  Lelaki tinggi tadi dah terduduk. Bahunya berdarah.

“ Tak guna!”

Sekali lagi tembakan dilepaskan. Kali ini kawan lelaki itu pula yang ditembak. Lelaki itu rebah bila paha kanannya ditembak.

Hanis tercengang. Siapa yang tembak dua orang penjahat ni? Belum sempat dia berfikir, tiba-tiba tangannya ditarik kasar oleh seseorang. Hanis dipaksa bangun dan ditarik mengikut langkah kaki itu. Bila lelaki itu lari Hanis turut terpaksa berlari kerana genggaman lelaki itu begitu kuat. Mahu tercabut lengannya. Dia cuba leraikan pegangan itu namun dia gagal.

“ Hei…”

Tubuhnya ditolak kasar ke dalam kereta. Hanis terjerit kecil bila pintu kereta dihempas kuat. Lelaki itu masuk dengan pantas dan menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan kuat.

Sekali lagi jeritan Hanis bergema. Tubuhnya menggeletar. Duduk dalam kereta ni pun boleh buat jantungnya tercabut. Dia betul-betul takut. Kereta yang dipandu oleh lelaki ini begitu laju. Nafasnya hampir putus bila kereta ini memotong laju semua kenderaan lain. Telinganya bingit dengan hon-hon dari kereta lain.

Sejenak Hanis menoleh memandang lelaki di sebelahnya. Hanis tergamam bila matanya disajikan dengan wajah itu. Dia???!!!





********************




“ Nah makan ni. Ni je lauk yang aku mampu beli untuk kau.” Karl meletakkan sebungkus nasi dan air mineral di hadapan Hanis.

“ Saya tak nak makan!” Hanis berpaling. Dia langsung tiada selera untuk makan dalam situasi macam ni walaupun perutnya berkeroncong.

“ Jangan degil! Kalau sakit nanti siapa yang susah?”  Nak suruh makan nasi pun payah. Bukannya dia paksa  telan racun!

“ Saya sakit pun tak ada kena mengena dengan awak. Saya tetap tak nak makan.” Hanis mencebik. Dia memeluk tubuh jauh dari tubuh Karl. Owh, dia pun baru tahu nama Karl tadi semasa dia senyap-senyap menyelongkar dompet lelaki itu. Nasib baik tak kantoi.

 “ Keras kepala! Suka hati kau la nak makan ke tak nak. Kalau sakit perut nanti jangan mengadu kat aku.” Karl menggeleng kepala. Rupanya dalam kelembutan, terselit juga sifat keras kepala Hanis. Penat-penat dia beli Hanis tak nak makan pula. Punya la dia risau, takut Hanis lapar. Kalau dia tahu tadi baik tak payah beli ! Menyusahkan!

Eeiii…tak ada maknanya dia nak mengadu! Ingat dia budak kecik ke? Sikit-sikit mengadu! Huh, tak kuasa! Lagipun kalau sakit perut pun, dia yang sakit… bukannya Karl. Jadi, buat apa lelaki tu nak sibuk pasal dia.

“ Saya nak balik.” Hanis bersuara. Nasi tadi dibiarkan tak berusik.

“ Kau nak mati?” Karl tayang muka sinis. Tidak fahamkah Hanis dengan situasi sekarang ini? Hanis dalam bahaya! Hidupnya bukan lagi macam dulu. Silap langkah, nyawa Hanis akan melayang. Hanis tak sedar lagi ke?

Hanis terdiam. Cuak bila mendengarkan perkataan mati.

“ Kalau kau nak mati, kalau kau tak sayangkan nyawa kau lagi…kau boleh keluar dari sini. Aku tak akan halang.”

“ Kenapa mereka nak bunuh saya. Kenapa awak nak bunuh saya? Apa salah saya?” Hanis memandang wajah Karl. Kepala lelaki itu masih bertopi. Dengan hanya memakai t-shit hitam tanpa kolar dan seluar jeans lusuh saja pun lelaki itu nampak menarik di matanya. Wajahnya bersih tanpa sebarang jambang. Mata Karl sepet. Dia ni mixed ke?  Yang aku sibuk telek muka dia dari tadi kenapa? Ish…

“ Aku tak tahu.” Karl masih tak bersedia untuk memberikan jawapan itu. Hanis tak perlu tahu lagi. Tiba saatnya Hanis akan tahu juga.

“ Tipu! Awak tahu kenapa. Siapa yang upah awak?” Hanis bengang. Mustahil Karl tak tahu. Bukan ke Karl juga sama macam mereka. Berniat untuk membunuhnya!

“ Kau tak perlu tahu.”

“ Saya perlu tahu sebab ini melibatkan nyawa saya! Saya nak tahu siapa yang berdendam dengan saya sampai sanggup buat benda macam ni pada saya. “ mudahnya Karl cakap. Bukannya nyawa Karl yang menjadi pertaruhan sekarang ni tapi nyawa dia!

Listen to me…

“ No, you are the one who should listen to me!” Hanis memotong cakap Karl. Dia bengang bila Karl asyik mengelat dari menjawab pertanyaannya. Tanpa Hanis sedar, dia mencengkam lengan Karl. Matanya berapi menentang pandangan Karl.

“ Siapa lelaki tadi? Kenapa mereka nak bunuh saya? Dan awak… kenapa awak juga mahu saya mati?”

“ Boleh tak untuk sesaat ni kau diam?” Karl pamer wajah selamba. Dia pandang tangan Hanis yang mencengkam lengannya. Berani betul Hanis memegangnya.

“Jangan suruh saya diam sebab saya tak akan berhenti bertanya sampai saya dapat jawapan.”

“ Kau nak aku buat macam ni ke baru kau nak diam?”

Karl mendekatkan mukanya pada Hanis. Dia senyum sinis bila Hanis terkejut. Pinggang Hanis dia rangkul erat. Merapatkan jarak di antara mereka.

“ Apa ni?!” Hanis tersentak. Tak guna! Karl ambil kesempatan. Dia menolak tubuh Karl jauh darinya. Rasa macam nak je tumbuk muka tampan Karl sekuat hatinya.

“ Ini balasan bagi orang yang tak nak dengar cakap.” Karl berbisik di tepi telinga Hanis.

“ Ouch…” pegangan Karl terlerai. Karl mengaduh bila Hanis mencubit lengannya kuat. Pedih! Tangan je kecil tapi berbisa juga cubitan Hanis.

Pervert!” Hanis mengetap bibir. Tak sangka yang Karl berani buat begitu padanya.

“ Aku nak keluar sekejap. Nanti aku balik. Jangan keluar dari bilik ni.” Sempat Karl meninggalkan pesanan sebelum keluar dari bilik hotel tu. Karl buat tak dengar apa yang Hanis cakap. Pervert? Hanis menggelarnya pervert? Karl tersengih. Memang patut pun Hanis cakap macam tu. Dia sendiri tak sedar bila masa tubuh wanita itu ditarik rapat padanya. Karl tersenyum lagi.





********************




Hanis mundar-mandir di dalam bilik. Sampai bila dia nak tunggu Karl? Patut ke dia ikut apa yang Karl arahkan tadi supaya jangan keluar dari bilik ni? Hanis menggeleng kepala. Dia patut rebut peluang yang ada. Ini lah masa yang dia ada untuk larikan diri. Walaupun Karl yang menyelamatkannya dari dua orang penjahat tadi tapi dia masih tak tahu tujuan Karl. Dia masih belum boleh mempercayai Karl. Karl juga pernah mahu membunuhnya. Jadi, tidak sewenangnya dia akan percaya pada Karl.

Hanis menjengukkan kepalanya ke luar pintu. Dia memerhati keadaan sekeliling. Tak ada orang. Hanis lega. Dia rasa selamat. Pintu ditutup kembali setelah dia melangkah ke luar bilik. Hanis terfikir sejenak. Dia berkira-kira sama ada mahu turun menggunakan lif ataupun tangga. Guna tangga je la, lagi selamat kut. Fikirnya lagi.
Nasib baik dia pakai seluar dan sarung kasut sneekers. Kalau dibuatnya dia keluar rumah pakai heels tadi macam mana? Mesti lagi payah. Hanis berhenti sejenak. Peluh yang terbit di dahi dikesat dengan hujung lengan panjangnya. Penatnya! Lah…baru tingkat 21? Tinggi lagi rupanya. Baik dia guna lif tadi. Buat penat je.

Tiba-tiba pintu kecemasan dirempuh dari luar. Hanis tergamam. Tubuhnya ditolak kasar ke dinding. Lehernya dicekik kuat. Muka Hanis merah. Dia tak cukup nafas! Tangannya mencengkam lengan lelaki itu, cuba untuk leraikan tangan itu dari terus mencekik lehernya. Tapi dia gagal! Nafasnya semakin mencungap.

Bertenang Hanis… kau kena bertenang. Kau tak boleh mengalah. Kau tak boleh mati sia-sia macam ni. Hanis memberi semangat pada diri sendiri.

Hanis menyepak dengan kuat di celah kangkang lelaki itu. Lelaki itu terduduk. Mukanya berkerut. Hanis tak peduli bila lelaki itu menyumpah.  Dia mengambil kesempatan itu dengan melarikan diri. Baru beberapa tangga Hanis terjerit bila kakinya ditarik dengan kuat. Dia jatuh tergolek. Kakinya sakit bukan kepalang terhentak macam tu.

Kepalanya dicengkam kuat sebelum dihentak ke dinding. Hanis dapat rasa yang darah mengalir di dahinya. Dahinya rasa sejuk bila ada objek hitam yang diletakkan di dahinya yang berdarah. Pistol? Hanis rasa macam nak pitam. Dia sempat lihat lelaki itu tersenyum jahat. Hanis meludah muka itu. Puas hatinya! Tak semena-mena pipinya ditampar kuat. Kepalanya terteleng ke kiri. Hanis membiarkan darah merah keluar dari celah bibirnya.

Sekali lagi pistol itu diletakkan ke kepalanya. Hanis kaku. Nyawanya betul-betul di hujung tanduk. Dia berharap agar ada seseorang yang datang menyelamatkannya. Karl… Hanis menyeru nama itu dalam hati. Rasa menyesal tak dengar cakap Karl tadi. Dia tak sepatutnya keluar dari bilik. Ini la padahnya bila melanggar arahan Karl. Karl dah mengingatkannya tapi dia ego. Suka ikut kepala sendiri. Hati Hanis sayu. Tubir matanya rasa panas.

Hanis tersentak bila lelaki itu rebah di tepinya. Darah mengalir keluar dari perut lelaki itu. Matanya terbeliak menahan sakit. Karl muncul di belakang. Dia menendang kepala lelaki itu kuat. Sejenak kemudian lelaki itu sudah tidak sedarkan diri. Pistol yang Karl guna diselitkan kembali ke pinggang. Hanis tergamam. Pistol kalis bunyi.

Hanis bangun dengan susah payah. Dia berpaut pada palang tangga. Dia gugup bila Karl menatapnya tajam. Hanis rasa bersalah. Memang salahnya.

“ Kenapa degil sangat ni? Aku dah cakap jangan keluar tadi kan?!” Karl menjerit lantang. Hanis dirasakan begitu kecil  saat ini. Mujur dia sempat sampai tadi. Kalau tak, pasti dia sudah dihadapkan dengan tubuh kaku Hanis. Memikirkan kemungkinan itu saja sudah membuatkan darah menyirap ke kepala. Dia tak mahu Hanis mati! Dia tak tahu kenapa tapi apa yang dia tahu, dia mahu selamatkan Hanis dari ancaman Mike. Dia  mahu Hanis terus hidup.

“ Maaf..ssa..saya..” Hanis menunduk. Tubuhnya menggeletar. Ya Allah…kalau lah Karl tak ada tadi… pasti peluru itu dah tembus ke kepalanya.

“ Sama ada kau percaya atau tak, hanya aku yang boleh selamatkan kau. Hanya aku yang mampu halang peluru-peluru tu dari terbenam kat kepala kau. Tapi kalau kau masih nak keluar dari sini, silakan. Aku tak akan halang. Lepas je kau keluar dari sini, aku tak akan sekali-kali selamatkan kau lagi.” Keras Karl memberi amaran. Dadanya berombak menahan marah. Disabarkan hatinya. Kalau dah pilihan Hanis untuk pergi, dia tak akan menghalang. Hanis bukan miliknya. Dia tak boleh paksa Hanis untuk mengikutnya. Tapi kalau Hanis percaya kepadanya, percaya yang dia mampu untuk melindungi Hanis, dia sanggup gadaikan nyawanya demi Hanis. Dia rela berjuang agar Hanis terus hidup biarpun nyawanya yang menjadi taruhan.

Hanis kembali terduduk. Kakinya lemah. Jiwanya rapuh saat ini. Dia membiarkan air mata mengalir di pipi. Hanis mula teresak. Dia betul-betul takut.

Karl mengeluh. Rasa macam dia terlalu bertegas dengan Hanis. Tapi kalau dia tak buat macam tu, Hanis akan mengambil ringan katanya.

“ Dah la. Kau dah selamat sekarang ni.” Karl mencangkung di hadapan Hanis. Hatinya tersentuh melihat luka yang berada di wajah putih itu. Darah dari dahi Hanis masih lagi mengalir. Karl tekap guna sapu tangan. Pipi Hanis merah, mungkin akibat tamparan lelaki tadi. Karl pandang lelaki yang masih terbaring tak sedarkan diri di tepi tangga. Mata lelaki itu terkatup rapat. Bibirnya pucat akibat pendarahan yang banyak. Karl tahu, tembakannya tadi tak akan membawa maut kerana dia hanya tembak di tepi perut. Langsung tak kena organ dalaman.

“ Maafkan saya. Saya yang salah. Saya tak dengar cakap awak. Saya…” Hanis tak menyambung bicara. Dia hilang kosa kata. Esakannya pecah lagi. Dia tak nak mati lagi! Dia mahu terus hidup…

“ Syh…” Karl menarik kepala Hanis rapat ke dadanya. Jiwa lelakinya tersiat mendengarkan esakan dari Hanis. Tangisan yang penuh ketakutan. Kalau lah dia mempunyai kuasa untuk menghalang semua ini daripada terjadi, dah lama dia lakukan. Dia tak sanggup lihat Hanis menderita macam ni. Karl membiarkan t-shirt yang dipakainya basah dengan air mata Hanis. Dia mengusap kepala Hanis dengan lembut.

Hanis melepaskan perasaannya di dada Karl. Dia rasa selamat. Mujur Karl sempat sampai tadi. Kalau tak… Hanis mengetap bibir. Dia memejam mata. Cuba mengusir rasa takutnya.

Beberapa minit kemudian Hanis menjarakkan dirinya dari Karl. Rasa malu kerana dia melepaskan tangisan di dada bidang Karl. Entah apa yang Karl fikir agaknya. Dia mengelap air mata yang bersisa di pipi.

“ Dah lega sikit?”

Hanis menganggukkan kepala.

“ Boleh jalan tak?”

Hanis bangun dan menapak tapi pandangannya sedikit berpusing. Lututnya juga luka akibat hentakan tadi. Dia berpaut pada palang tangga. Rasa nak rebah. Tiba-tiba tubuhnya rasa terawang. Terkejut bila Karl mencempungnya.

“ Lebih baik aku dukung kau daripada kau jalan macam mayat hidup. Kita kena pergi dari sini. Tempat ni dah tak selamat lagi. Lagi lama kita kat sini lagi bahaya. Diorang dah tahu tempat ni. Bila-bila masa je diorang akan sampai.”





********************




“ Biar saya buat sendiri. Bukan susah pun. Awak pergi la rehat. Awak drive jauh, mesti awak penat.”  Hanis mengelak mukanya daripada kapas yang berada di tangan Karl. Mereka duduk berhadapan di sofa. Itu pun jenuh juga dia bertekak dengan Karl tadi. Kalau ikutkan hatinya, dia nak tidur je. Langsung tak teringat tentang lukanya.

“ Aku boleh buat.” Karl tetap mengesat darah kering di dahi Hanis.

No need… saya … ouch… “ Hanis mengaduh kecil bila Karl menekan dahinya yang berdarah sedikit kuat. Apa Karl ni? Sakit tahu… Hanis menolak tangan Karl supaya jauh dari mukanya.

“ Keras kepala. Cuba jangan degil bila aku nak buat baik.” Nak buat baik pun payah. Dah sakit-sakit macam ni pun nak berdegil lagi. Karl buat tak peduli. Kapas basah dilapkan ke dahi Hanis. Tinggal darah kering.

“ Sakit la. Kalau ya pun awak nak tolong, buat la lembut sikit. Awak ingat kepala saya ni batang kayu ke awak tonyoh kuat-kuat?” Hanis mengetap bibir. Kalau nak tolong buat la cara nak tolong. Ini tak, tonyoh kepala dia macam tonyoh apa entah. Ingat dia ni anak patung ke tak ada rasa sakit?

“ Aku tahu la…” selamba Karl membalas. Hanis dah mencuka.

Di kesempatan yang ada Hanis menelek muka Karl yang rapat dengan dia. Nafas Karl tenang, teratur. Mata Karl sepet. Karl ni kacukan cina ke? Atau memang orang cina? Dia nak tanya tapi nanti apa pula kata Karl? Sibuk nak tahu pasal Karl. Malu dia nanti. Pandangannya turun ke hidung mancung Karl. Perfect! Matanya beralih ke bibir merah Karl. Merahnya bibir, macam bibir perempuan. Dah la cantik terbentuk. Muka Karl bersih tanpa sebarang jambang mahupun kumis nipis. Betul-betul menepati citarasanya. Hanis tersedar. Citarasanya? Apa kau ni Hanis? Takkan la kau dah jatuh suka kat Karl pula?

“ Ouch.. sakit la Karl !” Hanis tersedar dari lamunan bila sekali lagi Karl menenyeh dahinya. Hanis 
mendengus. Tolong tak ikhlas!

“ Dah la, kau lap luka tu sendiri. Aku nak tidur.” Karl mengarah Hanis. Bukannya dia kejam sangat mahu 
Hanis rawat luka sendiri tapi tika ini dia tak mampu untuk berada dekat dengan Hanis. Bukannya dia tak perasan yang Hanis leka memandang wajahnya. Dadanya rasa mahu pecah ketika itu namun dia tetap menunjukkan riak selamba seperti tiada apa-apa. Aura Hanis terlalu kuat. Dan dia tak mahu terus terleka dengan perasaan itu. Dia tak layak buat Hanis.

Karl menyandar ke sofa. Matanya dipejamkan. Tangannya memegang dada kiri. Jantungnya masih berdegup pantas. Macam baru lepas berlari. Karl mengeluh panjang.

Hanis bangun dari duduk dan berdiri di sebelah sofa. Berhampiran dengan Karl. Tersentak dengan Karl yang berubah laku. Karl sakit ke? Sakit dada?

“ Awak sakit dada ke?”

Karl membuka matanya kembali. Tak sangka Hanis memerhatinya.Wajah Hanis yang kerisauan menangkap matanya. Jangan baik dengan aku, aku takut kalau aku tak mampu lepaskan kau lepas semua ni tamat. Bisik kata hati Karl.

“ Aku tak sakit. Dah la, pergi tidur. Kau tidur kat bilik aku, aku tidur kat luar ni je.”

Hanis serba salah bila melihatkan kepenatan di wajah itu. Hanis mengeluh. Rasanya dah terlalu banyak budi yang Karl taburkan untuknya. Dah beberapa kali Karl selamatkan nyawanya. Tapi dia? Dia masih lagi mahu buat Karl susah hati. Patutnya dia berterima kasih pada Karl. Kalaulah Karl tak ada tadi, mesti dia dah jadi arwah.

“ Tak payah la. Awak tidur je kat bilik awak. Biar saya yang tidur kat luar. Lagipun awak dah penat drive. Saya okay lagi.” Hanis beralah. Setakat tidur kat sofa ni apa la sangat. Dia tak kisah. Karl lebih penat berbanding dirinya.

“ Tidur je la kat dalam bilik tu. Aku tak kisah.”

“ Tak apa ke?”

“ Kenapa?” 

“ Ini rumah awak tapi awak sanggup biar saya guna bilik awak.”

“ Habis tu kau nak aku tidur sekali dengan kau ke?” Karl tersenyum nakal. Muka Hanis merah. Comel je Karl tengok muka Hanis macam tu. Rasa macam nak cubit je pipi gebu tu tapi ditahankan hatinya. Duduk dekat macam ni pun dia dah berdebar. Selama ini, dia tak pernah ada perasaan indah macam ni. Hidupnya kosong. Tapi semuanya berubah bila Hanis muncul. Dia dah mula kenal senyum. Dia dah pandai mengusik.

“ Tau takut… dah la. Pergi masuk bilik. Jangan kunci pintu.”

“ Jangan kunci?” kenapa Karl tak bagi dia kunci pintu? Karl ada niat tak baik pada dirinya ke? Hanis gugup.

Karl mahu tergelak melihatkan riak muka Hanis yang dah berubah. Tak lain tak bukan mesti Hanis fikir yang buruk-buruk mengenainya. Hanis masih belum percaya pada dia sepenuhnya.

“ Kalau jadi apa-apa nanti senang aku nak masuk. Cuba jangan fikir yang bukan-bukan tentang aku.”

“ Sorry…” Hanis tunduk. Kenapa la dia selalu fikir yang bukan-bukan pasal Karl. Kalau Karl berniat tak baik padanya sudah lama Karl lakukan.





********************





“ Bodoh! Kerja senang pun tak boleh nak buat. Bukannya susah pun bunuh perempuan tu. Kenapa payah sangat hah?!” ini lah payahnya kalau suruh orang bawahannya yang lain. Ada saja yang tak kena!

“ Sepatutnya orang kita dah boleh habiskan riwayat perempuan tu tapi Karl masuk campur.” Kamal membalas.

“ Karl?” Mike menendang meja. Mukanya bengis.

Kamal tunduk kepala ke lantai.

“ Tak guna punya Karl! Dia memang cari nahas dengan aku.” Mike meramas kasar rambutnya. Dia hanya tinggal lagi beberapa hari je untuk menamatkan riwayat Hanis. Hanis perlu mati dalam tempoh tu!

“ Sekarang ni macam mana?”

“ Kalau Karl cuba halang kita dari bunuh perempuan tu, kau bunuh je Karl. Aku dah tak peduli. Yang penting aku nak perempuan tu mati.”

“ Tapi…” Bunuh Karl? Itu adalah perkara yang paling sukar untuk dia lakukan. Dengan kepakaran yang Karl miliki, dia sendiri tak mampu untuk menyentuh Karl walaupun dengan hujung jari. Karl terlalu hebat untuk dia tumpaskan. Silap hari bulan, bukannya dia yang bunuh Karl tapi Karl yang bunuh dia terlebih dahulu.

“ Tapi apa lagi? Kau faham tak apa yang aku suruh kau buat?” Mike menjegilkan matanya.

“ Faham…” Dalam terpaksa Kamal mengangguk juga.

“ Hello.” Mike mengangkat telefon bimbitnya. Tak lain tak bukan mesti lelaki tu yang menelefonnya. Mike mengarahkan Kamal keluar menggunakan isyarat tangan.

“ Kau dah buat apa yang aku suruh?” suara garau di talian yang sana bertanya.

“ Belum… bagi aku masa.”

“ Belum? Orang kau buat kerja ke tak ni?!”

“ Ada masalah sikit. Karl masuk campur. Susah nak dekat dengan perempuan tu bila Karl terlibat sekali dalam hal ni.” Mike mengetap rahang. Bengang pula bila dituduh tak buat kerja.

“ Karl?”

“ Orang lama aku. Dia belot. Sepatutnya dia yang sudahkan perempuan tu tapi aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba dia boleh ubah fikiran.” Sakit hati bila sebut nama Karl. Orang yang telah meragut kepercayannya.

“ Aku tak peduli semua tu. Yang aku tahu, aku nak perempuan tu mati! Aku ingatkan hebat sangat kumpulan kau ni. Rupanya indah khabar dari rupa je. Bagi kerja senang macam ni pun tak boleh uruskan.” Terus lelaki itu matikan talian .

Mike menggenggam erat handphone yang berada di tangan. Dia rasa terhina. Ini kali pertama ada orang yang berani mencabar kemampuan kumpulannya. Ini semua Karl punya pasal! Tak guna!





********************





Karl mencelikkan mata. Telinganya menangkap suara Hanis. Dada Karl berdebar. Kenapa dengan Hanis? Pantas sekali Karl bangun dari baringan dan merempuh pintu yang tak berkunci. Hanis masih berada di atas katil. Tidurnya terganggu. Mukanya berpeluh. Sesekali kepalanya digeleng ke kiri dan ke kanan.

“ Tolong.. tolong jangan apa-apakan saya.”  rayu Hanis dengan mata tertutup. Bibirnya ketar. Dahinya berkerut hebat seolah-olah sedang mengalami mimpi yang sangat mengerikan.

“ Hanis…” Karl menepuk perlahan pipi Hanis. Rasa risau tak dapat disembunyikan lagi. Hanis trauma! Hanis perlu sedar dari mimpi itu! Dia ada di sisi Hanis. Dia tak akan biarkan mereka melukakan Hanis walau sedikit pun.

“ Jangan… pergi dari sini. Saya tak salah. Jangan bunuh saya.” Hanis menepis tangan Karl. Dia masih belum sedar sepenuhnya.

“ Hanis, bangun. Awak mengigau ni.” Karl berusaha mengejutkan Hanis. Tapi Hanis masih memejamkan mata. Tiada tanda yang Hanis akan sedar dari tidurnya.

“ Jangan… “ Hanis masih lagi meracau. Air mata keluar dari celah kelopak matanya yang tertutup rapat. Suaranya lemah bagaikan orang yang sudah putus harapan untuk terus hidup.

“ Hanis… I’m here. Please wake up. Saya tak akan benarkan mereka apa-apakan Hanis. Hanis dengar tak? Saya tak akan izinkan mereka dekat dengan Hanis.” Karl menggoncang dengan kuat kedua belah bahu Hanis.  Rasa nak pecah dadanya mendengarkan rintihan Hanis. Hanis menderita. Ini merupakan pengalaman yang paling ngeri dalam hidup Hanis. Menjadi buruan orang yang mahukan nyawanya! Dan dia tak akan biarkan Hanis laluinya seorang diri. Itu janjinya!

Hanis membuka mata. Terkejut bila muka Karl hampir dengan mukanya. Wajah lelaki itu keruh. Hanis bangun dengan tergesa-gesa. Menjauhkan diri dari Karl.

“ Kenapa awak masuk dalam bilik ni?” Hanis panik. Nasib baik dia tidur sopan tadi, tak ada terselak di mana-mana. Kalau tak, malu dia nak bertentang mata dengan Karl.

“ Baguslah awak dah sedar.”  Karl menghembus nafas perlahan. Dia ingin mengesat air mata yang berada di 
tubir mata Hanis namun tangannya kaku di sisi. Apa pula kata Hanis nanti.

 “ Kenapa?” Hanis mengerutkan dahi. Gaya Karl cakap macam ada sesuatu yang berlaku semasa dia tidur tadi.

“ Awak mengigau tadi. Awak mimpi buruk?” berhati-hati Karl bertanya.

“ Mimpi buruk?”

Karl menunggu bila Hanis terdiam berfikir.

“ Erm… mungkin. Saya tak ingat.” Berkerut-kerut dahi Hani cuba mengingat kembali tentang mimpinya namun dia gagal. Dia tak ingat.

“ Awak…awak okay?” Karl bertanya perlahan. Jantungnya masih lagi berdegup kencang. Karl meraup rambutnya ke belakang. Hatinya tak tenang selagi dia belum tahu sama ada Hanis okay atau tidak.

Hanis menganggukkan kepalanya. Karl nampak tertekan. Dia ke penyebabnya?

“ Tak apa lah kalau macam tu. Saya keluar dulu. Kalau nak apa-apa panggil je saya.” lega bila dapat tahu Hanis tak apa-apa. Dia je yang terlebih bimbang.

“ Awak cakap dengan saya ke Karl?” Hanis rasa pelik bila Karl menggunakan ganti nama saya dan awak. 
Karl sedar ke tak yang Karl sedang bercakap dengannya?

“ Awak tengok ada orang lain lagi ke dalam bilik ni?” Karl masih belum perasan kata ganti nama yang digunakannya.

“ Bukan… maksud saya, kenapa awak tukar ganti nama diri? Guna saya awak?” teragak-agak Hanis menjawab. Bukan biasanya Karl guna aku kau ke? Kenapa tiba-tiba malam ni guna saya awak pula? Ke... 

Karl yang mengigau ni?

Karl tersentak. Darah menyerbu ke muka.  Macam mana pula dia boleh guna saya awak ni? Mesti Hanis pelik.

“ Aku keluar dulu.” Karl terus keluar tanpa menjawab pertanyaan Hanis.

Hanis menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik betul Karl ni. Dia memegang pipinya. Air mata? Dia menangis ke tadi? Mesti dia mengigau macam yang Karl cakap tadi. Patutlah Karl risau semacam. Hanis tersenyum. Karl risaukan dia? Hatinya tersentuh.






********************





“ Aghhh….”

“ Hanis…kenapa? Kau okay tak?” Bertalu-talu pintu bilik air yang tertutup rapat itu Karl ketuk.

Yang kau pergi jerit kenapa? Kan dah tak pasal-pasal Karl risau. Ish…Hanis mengutuk diri sendiri. Dia terjerit sebab ternampak lipas yang berada di bilik air. Dia rasa nak menangis sebab dari dulu lagi memang dia takutkan lipas.

“ Hanis, buka pintu ni.” Macam nak pecah pintu tu Karl ketuk. Risaunya bukan kepalang bila dia tak mendengar suara Hanis dari dalam. Hanis pengsan ke?

Buka pintu? Dia dalam keadaan bertuala sekarang ni. Takkan nak buka pula?

“ Saya okay Karl.” cepat-cepat Hanis membalas. Tak mustahil Karl boleh pecahkan pintu ni. Jadi, lebih baik 
dia menyahut.

Karl menghela nafas lega. Dia menyandar di dinding. Kepalanya ditekur ke bawah. Dia menarik dan menghembus nafas dengan perlahan. Cuba ditenangkan hati yang sedikit kacau. Dadanya masih lagi berdebar. Kenapa Hanis begitu senang sekali membuatkannya dunianya tunggang terbalik? Hatinya tak mudah terusik tapi bila dengan Hanis, begitu mudah sekali hati yang tak pernah risaukan sesiapa kini begitu mengambil berat tentang Hanis. Kenapa? Perasaan apa yang sedang dilandanya kini?

Hanis membuka pintu bilik air setelah siap berpakaian. Dia terkejut bila Karl berdiri di sebelah pintu bilik air. Wajah lelaki itu yang keruh membuatkannya takut untuk menegur.

“ Karl.”

Karl senyap. Dia seperti hanyut di satu daerah asing.

“ Karl.” Sekali lagi Hanis memanggil Karl berserta sentuhan di lengan Karl.

Karl tersentak dari lamunan panjang bila terasa benda sejuk menyentuh lengannya. Tanpa dia sedar, dia memulas tangan Hanis kebelakang. Tindakan yang pantas bagaikan sedang mempertahankan diri saja lagaknya.

“ Karl…sakit…”

Karl tergamam bila Hanis mengaduh kesakitan. ‘Ya Allah, apa yang aku buat ni?’

Laju Karl melepaskan cengkaman di pergelangan tangan Hanis. Dia meraup rambutnya resah. Tanpa sedar dia telah menyakiti Hanis.

“ Maaf… aku tak sengaja.” Rasa nak diketuk je kepalanya ke dinding kerana menyakiti insan yang dia sayang. Karl telan air liur. Sayang? Dia sayang Hanis?

 Hanis menggeleng kepala. “ Awak tak berniat pun nak buat macam tu sebenarnya.” Hanis tak nak Karl rasa bersalah. Dia tahu yang Karl tak sengaja.

“ Aku betul-betul minta maaf. Aku tak sedar macam mana aku boleh buat macam tu.” Karl mengeluh kesal. Mesti berbirat tangan Hanis, dah la tangannya dua kali ganda besar dari tangan Hanis. Dapat dibayangkan sakit yang Hanis alami kerana bukan sedikit dia pulas tangan kecil itu.

Hanis tersenyum kecil. Dia menyorokkan tangannya ke belakang badan. Memang rasa perit sangat tapi dia tak nak Karl risau.

Karl perasan Hani cuba menyorokkan tangannya ke belakang. Karl  mencapai tangan Hanis tapi Hanis sempat mengelak.

“ Saya okay la Karl.”

“ Kalau okay kenapa tak nak bagi aku tengok tangan kau?” tutur Karl tak puas hati. Dia mendengus kecil. Sedikit kasar dia merentap lengan Hanis dan ditarik duduk ke katil. Pergelangan Hanis yang sedikit lebam dibelek penuh kesal.

“ Sikit je Karl.” perlahan Hanis bersuara. Dia menolak tangan Karl.

“ Aku pergi ambil minyak panas kejap.”

“ Tak payah la Karl.” Hanis bangun  tapi Karl menekan tubuhnya ke katil. Muka Karl serius.

“ Tunggu.aku.kat.sini.” satu-satu Karl ucapkan ayat itu. Matanya tajam.

Hanis mengangguk. Takut bila Karl sudah bertukar rupa. Wajah Karl yang serius menakutkannya. Selama ini Karl sering tersenyum dan memaparkan riak yang selamba tapi kini? Dia tak mahu lihat wajah Karl yang begini. Hanis hanya mengeluh kecil memandang belakang badan Karl yang keluar dari bilik.




********************





“ Boleh saya tanya awak satu soalan?”

Karl menjungkitkan keningnya.

“ Kenapa awak nak bunuh saya malam tu?” Hanis bertanya.
Karl tersentak. Tak sangka pertanyaan itu yang Hanis akan lontarkan. Karl mengeluh. Perlu ke dia menceritakan hal yang sebenar?

“ Karl… tolong beritahu saya. Saya nak tahu kenapa awak nak bunuh saya.” pinta Hanis sekali lagi bila Karl hanya diam seribu bahasa.

“ Ada orang upah aku untuk bunuh kau.” Sekali nafas kata itu meluncur keluar dari bibit Karl. Hanis perlu tahu tentang perkara ini kerana ini melibatkan tentang diri Hanis. Kalau boleh dia tak mahu Hanis tahu  kerana tak mahu Hanis bimbang tapi sampai bila dia perlu menyorokkan tentang perkara ini dari pengetahuan Hanis? Hanis berhak untuk tahu.

“ Upah?” Hanis terkejut. Jantungnya rasa nak luruh. Bibirnya ketar. Tiba-tiba je air liurnya rasa kesat.
Karl mengangguk kepala.

“ Maksudnya memang ada orang yang mahu saya mati?”

Sekali lagi Karl menganggukkan kepalanya.

“ Siapa? Siapa yang mahu saya mati?” Hanis memandang Karl yang berdiri di sebelahnya. Karl langsung tak pandang ke arahnya.

“ Aku tak tahu.”

“ Tipu!” Hanis terjerit. Dari hari tu lagi Karl menafikan. Mustahil Karl tak tahu!

“ Sungguh, aku tak tahu siapa yang nak kau mati. Aku diarahkan oleh bos aku untuk bunuh kau. Bos aku terima arahan daripada orang lain.” Karl mengetap rahangnya. Sedikit tersentuh bila Hanis menuduhnya penipu.

“ Kenapa ada orang yang mahu saya mati? Apa salah saya?”

“ Kau tak bersalah.”

“ Jadi apa dosa saya sehinggakan mereka mahu bunuh saya?”

Karl menggelengkan kepala. Dia sendiri tidak mempunyai jawapan itu. Sekali lagi Karl mengeluh kecil.

“ Kau ada bermusuh dengan siapa-siapa?”

Hanis mengerutkan dahi. Musuh? Rasanya dia tak mempunyai musuh. Mungkin juga ada orang yang sakit hati dengannya tanpa dia sedari.? Ataupun musuh perniagannya. Orang yang mahu lihat dia jatuh dari Berjaya Holdings? Musuh arwah papa dan mama? Tapi siapa? Hanis buntu.

“ Mungkin ada orang yang mahu saya pergi dari Berjaya Holdings.” Hanis meluahkan teorinya. Hanya itu yang difikirkan logik.

“ Berjaya Holdings?” Karl mengerutkan dahi.

“ Syarikat peninggalan arwah papa dan mama. Saya yang take over sekarang.”

“ Aku tak tahu yang papa dan mama kau dah tak ada.” Karl merenung sayu wajah Hanis. Dia tak sangka 
yang Hanis anak yatim piatu. Rupanya kesedihan sudah lama menyelubungi hidup Hanis. Rasa sayangnya terhadap Hanis semakin membuak-buak.

“ Tak apa” Hanis tersenyum kecil. Dia tak mahu dikasihani. Sudah jalan hidupnya begini, dia redha. Dia tak perlukan pandangan simpati dari Karl.

“ Kalau kau mati siapa yang akan dapat syarikat tu? Saudara mara kau?”

“ Papa dan mama anak tunggal. Saya tak ada saudara.”

“ Habis tu siapa?”

“ Aku…” jawab satu suara.

Belum sempat Karl bertindak kepalanya diketuk dengan kuat dari arah belakang. Karl jatuh terkulai dengan kepala berlumuran darah.

“ Karl!” Hanis menjerit. Tiba-tiba mulutnya ditekup dengan kain. Pandangannya mula berbalam dan dia rebah ke lantai.





********************





Hanis membuka mata dengan perlahan. Kepalanya pening. Dia cuba untuk mengangkat tangan tapi dia tersentak bila kedua belah tangannya terikat ke belakang. Hanis cuba melepaskan ikatan itu tapi gagal. Matanya menangkap tubuh Karl yang terbujur kaku. Hanis cuak. Dengan susah payah Hanis mengengsot ke arah Karl.

Dia menggerakkan Karl beberapa kali. Hanis menarik nafas lega bila Karl mula tersedar.

“ Kau tak apa-apa?” prihatin Karl bertanya. Dalam masa yang sama dia bengang bila tangannya terikat kemas. Kepala Karl berdenyut-denyut. Dia dapat rasa belakang kepalanya cedera. Tapi darah dah berhenti mengalir. Meninggalkan darah kering.

Hanis menganggukkan kepalanya. Dia terharu. Karl begitu mengambil berat mengenai dirinya sedangkan luka yang Karl alami lebih teruk kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Siapa dia di mata Karl sebenarnya?

“ Bagus… dua-dua dah sedar.” Kamal melangkah masuk bersama dengan beberapa orang lelaki. Kamal tersenyum lebar. Dia puas bila Hanis dan Karl berada di genggamannya. Sedikit masa lagi dia akan hapuskan kedua-duanya. Baru lah Mike akan memandangnya tinggi. Terbukti dia juga mampu tumpaskan Karl.

“ Lepaskan dia Kamal!”

“ Kalau aku tak nak?” Kamal mendekati Hanis yang sudah menggigil ketakutan.

“ Kamal, aku sumpah yang aku akan bunuh kau kalau kau berani sentuh dia!” Karl mengetap gigi. Jelas marah yang terpamer di wajahnya. Dia tak akan benarkan Kamal menyentuh Hanis walau dengan hujung jari!

Kamal tersenyum sinis. Tidak dipedulikan amaran Karl. Dia mula menyentuh pipi Hanis. Belum sempat dia lakukan apa-apa Karl sudah menendang kakinya. Kamal jatuh tersembam ke lantai. Tak guna! Tangan terikat pun Karl masih mampu bertindak. Ternyata dia silap menilai Karl!

“ Tak apa. Jangan ada sesiapa masuk campur. Ini urusan aku dan dia.” Kamal memberi arahan bila yang lain cuba masuk campur.

Karl yang sudah berdiri tegak dipandang benci. Memang dari dulu dia tak sukakan Karl. Karl seringkali mendapat pujian daripada Mike. Dia? Sekalipun Mike tak pernah memujinya. Apa kurangnya dia berbanding dengan Karl?

Kamal cuba untuk menumbuk Karl dengan buku limanya namun dia berang bila tumbukannya asyik tak mengena. Ibarat menumbuk angin. Karl begitu pantas sekali mengelak serangannya. Kamal cuba menikam Karl pula tapi Karl pantas mengelak. Kamal menyumpah dalam hati. Kenapa liat sangat nyawa Karl? Dia patut ikat kaki Karl tadi. Kamal tak sempat mengelak bila Karl melepaskan serangan balas. Dengan sekali tendangan Kamal sudah rebah buat kali yang keduanya.

Karl tersenyum sinis. Kamal masih di takuk yang lama. Sekalipun dia tak pernah tumpas bila berlawan dengan Kamal. Dan kenapa pula kali ini Kamal boleh terfikir yang dia akan tumpas? Ingat dia tak boleh lawan ke dengan tangan yang masih berikat?

Kamal bengang. Dia rasa terhina bila Karl tersenyum sinis. Terus saja dia mengeluarkan pistol dan ingin melepaskan tembakan.

“ Kamal!”

“ Aku tak suruh kau bunuh diorang lagi!” Mike menjerit lantang. Dia menolak kasar badan Kamal. Kamal mendengus kasar. Kamal berganjak sedikit. Matanya tajam memandang Karl.

“ Jumpa lagi kita Karl.” kali ini Karl tak akan terlepas dari genggamannya. Malam ni adalah penamat segalanya. Kerjanya akan berakhir sedikit masa lagi.

“ Lepaskan perempuan ni. Aku akan jadi galang gantinya.”  Karl langsung tak mengalihkan pandangannya dari Mike. Dia membiarkan Hanis di belakangnya. Dalam masa yang sama dia cuba menghalang mereka dari dekat dengan Hanis.

“ Karl! Apa awak cakap ni?!” terkejut Hanis dengan pengakuan Karl. Dia tak nak nyawa Karl tergadai 
disebabkannya.

“ Nyawa kau langsung tak berharga bagi aku Karl. Sama ada kau rela atau tak, dia tetap mati.”

“ Siapa?” tiba-tiba Karl melontarkan soalan. Mukanya serius.

Mike mengerutkan dahi. Siapa? Dia tak faham apa yang cuba diperkatakan oleh Karl.

“ Siapa yang upah kau?” Karl memuntahkan soalannya kembali bila Mike diam.

“ Aku…” sahut satu suara.

“ Pak cik Borhan!”   bulat biji mata Hanis tengok Pak cik Borhan kat situ.

“ Hai Hanis sayang. Rindu Pak cik tak?” Borhan merapati Hanis yang jelas tergamam dengan kehadirannya di situ tapi tindakannya terhalang bila Karl tak berganjak dari tempatnya. Malah Karl memberi isyarat mata yang kalau dia berani dekat dengan Hanis dia akan terima padahnya.

“ Hanis tak sangka…” Hanis kehilangan kata. Sungguh dia tak sangka orang yang selama ini dia percaya sanggup menikamnya dari belakang. Hanis bangkit dari duduk dengan susah payah. Dia berlindung di belakang Karl.

“ Kau tak sangka yang aku dalang semua ni?” Borhan tersenyum sinis. Ah, Hanis yang terlalu bendul.

“ Kenapa?” Hanis mengetap gigi menahan geram.  Pak cik Borhan lah yang menyebabkan hidupnya selama ini aman menjadi kacau bilau.

“ Kau tak layak jadi peneraju Berjaya Holdings! Tapi aku! Sepatutnya jawatan tu milik aku!” penuh dendam Borhan bersuara. Dendam yang selama ini tersimpan di dada akan dilangsaikan malam ini juga. Selepas ini tiada siapa yang akan jadi penghalangnya dari menakluki Berjaya Holdings!

“ Jadi Pak cik lakukan semua ni semata-mata kerana mahukan syarikat tu?”

“ Aku dan papa kau bersusah payah bangunkan syarikat tu. Jadi, aku yang patut dapat syarikat tu bila papa kau dah mati!”

“ Apa maksud Pak cik?”

“ Owh…ada lagi satu perkara  yang aku belum beritahu kau lagi.” Borhan bahagia bila terpampang seribu kelukaan di wajah Hanis.

“ Papa dan mama kau mati bukan sebab kemalangan tapi aku yang bunuh diorang. Aku yang rancang kematian diorang.” Tanpa rasa bersalah Borhan menyambung kata.

Sekali lagi Hanis terkejut dengan kenyataan yang baru disuarakan Pak cik Borhan. Kejamnya Pak cik 
Borhan! Sanggup bunuh kawan baik sendiri kerana mahukan Berjaya Holdings. Rela lihat dia jadi yatim piatu kerana mengejar impian sendiri. Impian yang meragut kebahagiaan orang lain!

Hanis meluru ke arah Pak cik Borhan. Nak dibunuhnya lelaki yang tak berperikemanusiaan itu. Dia benar-benar diselubungi rasa marah. Langsung tak teringat yang tangannya masih lagi terikat ke belakang.

“ Hanis!” Karl tak sempat menghalang bila seorang lelaki meletakkan sebilah pisau tajam ke lehernya. Menghalangnya dari bergerak. Karl dapat rasa yang lehernya terkoyak sedikit.

Belum sempat Hanis menerkam Pak cik Borhan, Kamal berdiri di depan Hanis. Dengan sekali tolakan saja Hanis sudah jatuh.

“ Aku tak nak buang masa lagi. Malam ni juga aku nak diorang mati. Lepas je diorang mati, aku akan bayar baki duit kau.” Borhan bersuara tegas. Dia tak nak berlengah lagi. Biar semuanya tamat dengan cepat. Lagi cepat lagi bagus. Dia dah tak sabar nak jadi pemilik tunggal Berjaya Holdings.

“ Bunuh dia Kamal.” Kamal menghalakan pistolnya pada Hanis bila mendapat arahan dari Mike. Bila dia tarik saja picu, kepala Hanis akan hancur berkecai.

Lelaki yang menghunuskan pisau ke leher Karl jatuh tersembam  bila Karl tendang pelipatnya. Tangannya sudah terlepas dari ikatan kerana tanpa mereka sedar dia memotong tali di ikatan pergelangan tangannya dengan menggunakan pisau yang terselit di belakang pinggangnya.

“ Hanis!” langkah Karl terhenti bila Mike mengacukan pistol ke arahnya. Dia menelan liur. Silap langkah nyawanya dan Hanis boleh melayang. Dia perlu memikirkan cara untuk lepas dari tempat ni.

“ Kau jangan nak tunjuk hero kat sini. Kau maju setapak je lagi aku tak akan teragak-agak bunuh dia depan mata kau.” Kamal memberi amaran. Mukanya bengis.

Muka Hanis dah pucat lesi. Adakah dia akan ikut jejak langkah papa dan mamanya? Dia akan mati malam ni. Hanis pandang Karl yang turut memandangnya. Air matanya jatuh. Terima kasih Karl sebab awak pernah selamatkan saya beberapa kali. Awak lindungi saya walaupun kita tak pernah kenal sebelum ni. Jasa awak terlalu besar dan maafkan saya kerana tak sempat untuk balas budi yang awak taburkan. Awak nak tahu satu perkara Karl? Saya sayangkan awak. Mungkin tempoh perkenalan kita sekejap cuma tapi rasa sayang saya buat awak dah tertanam dalam hati ni. Jangan tanya saya kenapa sebab saya sendiri tak sedar bila masa saya jatuh cinta pada awak. Awak sayang saya Karl? kadang-kadang saya dapat rasa yang awak juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya. Tapi mungkin juga itu cuma andaian saya. Walau apa pun saya tetap sayang awak Karl…

Dada Karl sakit melihatkan kesayuan di muka Hanis. Air mata yang jatuh dari pipi itu menambahkan rasa pilunya. Kalaulah diberi pilihan, dia lebih rela menggantikan tempat Hanis. Dia tak mahu Hanis terluka walaupun sedikit. Jika dia ada kuasa, mahu saja dia lenyapkan kepedihan di hati Hanis. Tapi dia tak mampu… Ya Allah, dia lebih rela mati dari lihat Hanis dibunuh di depan matanya. Sungguh, dia tak sanggup! Dia tak cukup kuat untuk menghadapi kematian Hanis. Dia sayangkan Hanis! Dia cintakan Hanis!
Hanis memejam mata. Menunggu saat Kamal melepaskan tembakan.

Tiba-tiba pintu dirempuh dari luar dan skuad polis masuk mengepung Borhan, Mike dan konco-konconya.

“ Jangan bergerak. Kami polis. Lebih baik kamu letakkan senjata sebelum kami bertindak. Tempat ini telahpun dikepung.”

Kamal jatuhkan pistol dan mengangkat tangan bila beberapa orang polis sudah mengepungnya.
Borhan tergamam. Dia cuba lari mengikut jalan belakang tapi buka je pintu polis dah tunggu kat luar. Dia dikepung! Arghhh….  

Kelam kabut Mike dan orang-orangnya cuba lari dari kepungan polis tapi mereka gagal. Kesudahannya mereka digari dan disumbat ke kereta polis untuk dibawa ke balai.







********************







“ Karl... “ Hanis menahan Karl. Dia ingin katakan sesuatu yang sangat penting. Dan dia mahu Karl tahu.

“ Bagi saya 5 minit. Saya nak cakap dengan Hanis sekejap.” Dua pegawai polis yang mengiringi Karl untuk masuk ke dalam kereta polis hanya mengangguk. Mereka ke tepi sedikit. Memberi ruang untuk Hanis dan Karl berbicara untuk kali yang terakhir.

Karl  hanya menunduk. Menunggu Hanis memulakan kata.

“ Saya akan tunggu awak Karl…” Hanis tekad, dia tetap akan tunggu Karl keluar dari penjara besi. Dia sanggup menunggu. Walaupun  terpaksa menunggu seumur hidupnya.

“ Jangan… jangan tunggu aku.” Karl tidak memandang muka Hanis. Bukannya dia tak sudi untuk menatap seraut wajah yang sudah mendapat tempat di hatinya tapi dia tak sanggup melihatkan kesedihan yang terbias di wajah itu. Wajah yang sentiasa berada di fikirannya semenjak pertemuan mereka yang pertama.

“ Kenapa?”

Karl mengeluh panjang.

“ Tak berbaloi kau tunggu orang macam aku. Kau patut cari orang yang sepadan dengan kau. Aku tak layak. Langsung tak layak untuk duduk sama tinggi dengan kau.” Hatinya pedih melontarkan kata itu tapi itu adalah hakikat. Dirinya terlalu kotor untuk hidup bersama Hanis. Terlampau banyak dosa yang dia lakukan dan biarlah dia menanggung dosa itu sendiri. Dia tak mahu Hanis hidup bersama dengan insan hina sepertinya. Dia sedar siapa dirinya. Hanis berhak untuk dapat lelaki yang lebih baik darinya. Hanis berhak untuk bahagia. Dia tak mampu untuk membahagiakan Hanis. Cukuplah andai Hanis bahagia  walaupun bersama lelaki lain, dia akan bahagia jika Hanis juga bahagia.

“ Layak atau tidak itu bukan soalnya. Biar saya yang tentukan sama ada awak layak atau tidak buat saya.”  Dia sedar akan keputusan yang dia lakukan. Sekali dia jatuh sayang, selamanya dia akan sayang. Dia tahu sejarah silam Karl dan dia sanggup menerimanya. Walau seteruk mana pun Karl dulu tapi Karl lah yang selamatkan nyawanya. Kerana Karl dia masih lagi bernafas hingga ke hari ini. Dan yang paling penting sekali, Karl adalah orang pertama yang boleh membuatkannya jatuh cinta. Dia tak peduli apa orang lain akan cakap kerana ini adalah hidupnya dan dia berhak untuk tentukan hidupnya sendiri!

Setitik air mata jatuh juga di pipi Hanis. Dia tak inginkan perpisahan ini. Dia tak sanggup lihat Karl di bawa pergi.

 “ Jangan degil boleh tak?!” keras Karl membalas. Dia mengangkat muka. Wajah Hanis yang sudah basah dengan air mata dipandang sayu. Hati lelakinya tersiat melihatkan air mata yang jatuh dari pipi mulus itu. Jangan menangis sayang. Aku tak sanggup tengok kau menangis sebab aku. Aku tak nak jadi orang yang menyebabkan kau menangis.

“ Saya tak akan ikut apa yang awak cakap kali ni.” Hanis menggigit bibir. Menahan sebak yang menguasai diri. Matanya semakin kabur dengan air mata.

Karl hanya diam. Dia mula menjauhkan diri dari Hanis. Karl mendekati polis yang sedia menunggu untuk membawanya ke penjara.

“ Karl…”           

Karl tetap pergi tanpa memandang muka Hanis lagi. Dia harus mendidik hati supaya belajar melupakan Hanis.  Relakan aku pergi dari hidup kau. Aku tak layak untuk kau.

“ Karl… saya akan tetap tunggu awak!”


********************



P/S: Maaf andai ada kekurangan sebab saya pun tak sangka akan tulis cerpen genre macam ni… nak sambungan ke? Hehe…kalau ada masa nnti saya sambung… harap korang enjoy (^_^)


7 comments: