Friday 10 August 2012

Akanku Tawan Cintamu! 2





BAB 2


Alma merebahkan badannya di katil. Tangisan yang ditahannya sedari tadi pecah juga. Apa lagi yang tinggal untuknya. Dia sudah kehilangan benda yang paling berharga dalam dirinya. Tiada apa lagi nak dibanggakan untuk tatapan bakal suaminya nanti. Malu! Ya…dia rasa malu dengan dirinya kerana tidak mempertahankan maruah dirinya. Siapa sangka, lelaki itu sanggup melakukannya sedemikian rupa.

Dirinya kini bagai jatuh ditimpa tangga. Pedih akibat kebenaran  yang diketahuinya  semalam belum lagi pulih sudah ditambah dengan kepedihan yang baru. Malangkah dirinya? Tidak boleh ke dia bahagia seperti insan-insan lain di atas muka bumi ini?

Masih ingat di fikirannya tentang raut wajah lelaki itu. Begitu sinis sekali menyindir dirinya. Alma menekup telinganya. Tapi kata-kata lelaki itu masih lagi menghantui dirinya.

You are mine. In and out…’

Kenyataan itu sangat menyakitkannya. Hatinya bagai dirobek dengan sebilah pisau yang tajam. Sakitnya hanya dia sendiri yang tahu.

Ah, kalau diikutkan rasa hati…ingin saja muka tampan itu ditoreh menggunakan pisau. Biar lelaki itu turut merasai kesakitan yang sama!

Handphone yang berbunyi dibiarkan. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk bercakap dengan sesiapa pun.

Apa yang harus dia lakukan? Senyap begini bagaikan orang tewas…ataupun bangkit membalas dendam? Patutkah dia melaporkan kepada pihak berkuasa?

 Tak! Tak boleh! Dia tidak boleh biarkan perkara ini terdedah kepada sesiapa pun. Ini bukan sahaja berkaitan tentang maruah dirinya malah melibatkan maruah keluarganya. Andai orang luar tahu tentang perkara ini pasti mereka akan mencemuhnya. Biarpun masyarakat tidak tahu siapa yang bersalah namun pasti kesalahan itu akan diletakkan di bahunya.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana penerimaan ibunya andai mengetahui perkara ini. Pasti ibunya tidak dapat mengangkat muka bila berhadapan dengan jiran-jiran. Pasti ibu akan malu untuk keluar berhadapan dengan masyarakat sekeliling.

Alma sebak.  Dia yang menyebabkan arang tercalit di muka ibunya. Dia yang bersalah. Kalaulah dia tidak membangkitkan kemarahan lelaki itu pasti perkara buruk ini tidak akan terjadi.

Alma buntu. Air matanya begitu murah kala ini. Dibiarkan menitis tanpa dikesat. Dia menoleh ke kanan. Baju tidur berwarna pink itu dipandang penuh perasaan. Dapat dibayangkan wajah lelaki itu yang telah meragut benda paling berharga dari dirinya.

Tangannya menggenggam baju itu dan diramasnya kuat! Tiba-tiba Alma bangun dan membuka laci almari. Gunting dikeluarkan. Lantas dia menggunting baju tidur itu sehingga tidak kelihatan serupa baju lagi. Membayangkan dia sedang merobek wajah kacak lelaki itu.

Hatinya sedikit puas tapi kenyataan tetap kenyataan. Mahkota dirinya tetap tidak dapat dikembalikan. Alma terduduk di sisi katil sambil menekup mukanya di kepala lutut.



**********************



Syamil meletakkan dokumen-dokumen yang dipegangnya di atas meja. Lalu dia turut serta melabuhkan duduk berhadapan dengan Firyal. Dia memandang kedua belah kaki Firyal yang bengkak. Macam-macam yang berada di fikirannya saat ini. Firyal hanya selamba. Masih lagi menyelak-nyelak majalah yang berada di tangan. Langsung tidak memandangnya. Entah apa yang menarik tentang majalah tu pun dia tak tahu.

“Kau kenapa?” Firyal tersentak bila majalah dipegangannya ditarik oleh Syamil.

“Sejak bila kau boleh minat baca majalah macam ni?”Syamil menyindir. Dia hampir tergelak bila melihat majalah itu. Diselaknya helaian demi helaian.  Majalah masakan! Sejak bila pula Firyal minat memasak? Setahunya lelaki itu paling pantang ke dapur! Disuruh basuh cawan segelas pun tidak mahu. Inikan pula memasak. Macam pelik je dia rasa.

Firyal merengus. “Suka hati aku la nak baca majalah apa pun. Tak menyusahkan kau pun. Yang kau datang tiba-tiba kat rumah aku ni kenapa?”

Syamil mencampakkan majalah itu ke meja. Dia memandang muka Firyal yang kelat. Tahu yang Firyal tidak suka dia datang tanpa memberitahu lelaki itu terlebih dahulu.

“Kau nampak tak dokumen-dokumen tu? Tu semua kau kena tandatangan. Projek tak boleh nak jalan selagi kau tak tandatangan benda alah ni.”

Firyal terdiam. Dia menyuakan tangannya kepada Syamil. Syamil yang mengerti mengeluarkan pen dari celah sut pejabatnya dan diberikan kepada Firyal.

Firyal membaca dokumen-dokumen itu terlebih dahulu sebelum menurunkan tandatangan.

“Bila kau nak masuk pejabat? Tau tak yang meja kau dah penuh dengan fail-fail. Banyak benda yang kau kena settlekan. “

 “Kau nampak tak kaki aku ni? Nak berjalan pun payah.” Firyal berkata. Kakinya yang sudah sedikit surut bengkak itu diusap perlahan. Ini semua salah perempuan tu. Tak pasal-pasal je kaki dia bengkak.

“Kenapa dengan kaki kau ni sebenarnya? Sampai dua-dua bengkak?” Syamil menyoal.

Firyal terdiam sejenak. Berfikir sama ada dia patut bercerita mengenai apa yang terjadi atau tidak. Mungkin bukan sekarang masanya.

“Aku terjatuh.” Firyal memberi alasan. Mahunya Syamil gelakkannya di situ juga kalau dapat tahu orang yang mengakibatkan kakinya sebegitu rupa adalah seorang perempuan. Jatuh air mukanya nanti.

Syamil tersenyum sinis. Dia bukannya budak-budak yang begitu mudah tertipu. Takkan la kesan jatuh begini rupanya. Tapi dia bukannya jenis yang suka memaksa. Kalau dah pilihan Firyal tidak mahu berkongsi dengan dia, dia tak akan memaksa. Itu bukan caranya.

Syamil memandang katil Firyal. Dia mengerutkan dahinya. Sejak bila pula selimut dan cadar Firyal tak sama? Cadar corak lain, selimut pula corak lain. Bukan ke Firyal seorang yang mementingkan kesempurnaan? Syamil dilanda kahairanan.

“ Kau pandang katil aku sampai kerut-kerut dahi tu kenapa?” Firyal menyoal. Pelik bila Syamil memandang katilnya seperti ada yang tidak kena.

“ Minggu lepas aku datang sini selimut kau corak lain. Hari ni aku tengok selimut lain pula tapi still cadar yang sama. Bukan ke kau tak suka kalau barang-barang kau tak matching? “ Syamil menyuarakan kepelikannya.

Firyal tersentak. Lupa pula yang Syamil ni sentiasa peka dengan apa yang dilakukannya.

Firyal teringatkan perempuan itu, dia masih ingat yang selimut di biliknya digunakan oleh perempuan itu untuk menutup kepalanya yang tidak bertudung. Firyal tergelak dalam hati. Kenyataanya dia sudah pun melihat rambut ikal itu semasa perempuan itu tidur.

Firyal memikirkan alasan apa yang nak diberi kepada Syamil supaya Syamil tidak mengesyaki apa-apa. Mahunya Syamil terkejut kalau dapat tahu ada perempuan pernah tidur di biliknya dan selimut itu dibawa balik. Pasti telinganya akan merah dengan leteran yang tak sudah dari lelaki itu.

“ Owh…erm selimut tu ada kat bilik bawah. Semalam aku tidur kat bawah lepas tu lupa nak bawa naik. So, malam tadi aku guna selimut yang ada sebab aku malas nak turun bawah.” Firyal menggaru-garu keningnya. Dia berharap Syamil tidak menyoal banyak.

Syamil menganggukkan kepalanya. Kemudian dia bangun dari duduk dan berjalan ke jendela. Tangannya menyelak langsir yang tertutup dan membuka tingkap. Bilik yang tadinya suram kini disimbahi cahaya matahari dari luar.

Firyal mengecilkan matanya yang terasa silau. Dia memuncungkan bibir. Tidak suka dengan suasana terang.
Tergelak Syamil dengan reaksi Firyal yang bagaikan budak kecil. Dah besar panjang pun buat muka macam tu.

“ Kau bukannya pontianak sampai nak takut sangat dengan cahaya matahari. Macam la badan kau boleh hangus kalau kena matahari.” Syamil memandang Firyal yang sudah kelat.

“ Kau pun tahu yang aku tak suka buka langsir tu. Panas la” Firyal merungut. Kepalanya disandarkan ke sofa sambil memejam mata. Kakinya diangkat lurus ke atas meja.

“ Semalam Lisa datang ofis cari kau.”

Firyal mencebikkan bibirnya. Bosan bila telinganya asyik disuapkan nama itu. Kenapa la perempuan tu boleh muncul dalam hidupnya. Menyusahkan!

Syamil menunggu reaksi dari Firyal tetapi Firyal hanya senyap.

“ Kau tak nak kata apa-apa ke?” Syamil menyoal. Dia mula menyandarkan badannya di tepi tingkap. Angin yang menerobos masuk membuatnya rasa tenang.

“ Kau nak aku cakap apa lagi? Aku dah bosan dengar nama perempuan tu. Balik rumah pun mama asyik sebut nama dia. Tak habis-habis nak suruh aku kahwin dengan perempuan tu. Macam la tak ada perempuan lain kat dunia ni.” Firyal merungut.

“ Menyampah betul kau dengan Lisa. Kesian dia, penat dia datang ofis cari kau tapi kau tak ada.” Sengaja Syamil berkata begitu. Bukannya dia tak tahu yang Firyal anti dengan perempuan yang bernama Lisa. Tapi seronok pula bila melihat Firyal yang mencuka.

Firyal membuka mata. Matanya dapat menangkap sengihan di bibir Syamil

“ Bukan menyampah je, meluat pun ada bila kau sebut nama dia. Dah la, jangan cemarkan hari aku dengan 
sebut nama dia. Boleh hilang mood tau tak.” Firyal mengurut pelipisnya. Pening kepala bila mengenangkan permintaan mama yang berharap agar dia mengahwini Lisa. Dia sendiri tidak faham. Apa yang mama nampak pada Lisa pun dia tak tahu. Pada pandangannya Lisa sama sahaja seperti perempuan-perempuan lain. Hanya memandang pada rupa dan duitnya. Perempuan seperti itu tidak boleh dijadikan teman hidup.

“ Kau nak tahu apa yang dia pesan kat aku semalam?” Syamil bertanya. Menunggu reaksi Firyal.
Firyal menjungkitkan keningnya.

“ You pesan dekat Firyal yang I rindu sangat-sangat kat dia. Dah lama I tak jumpa dia, I kol pun dia tak nak angkat. Dia tak rindu I ke?” Syamil mengajuk semula apa yang Lisa beritahu semalam. Siap dengan liuk lentuknya sekali. Sebiji macam Lisa bila bercakap. Siap gentel-gentel rambut lagi.

Pecah tawa Firyal dengan  telatah Syamil. Kalau la perempuan lain tengok Syamil sekarang ni, pasti diorang kena fikir banyak kali untuk mengangkat Syamil menjadi pakwe. Dah macam lelaki lembut pun ada.

“ Gelak pulak bila aku cakap macam tu. Dah memang gaya Lisa cakap macam tu, aku ulang tayang je apa yang dia buat.” Syamil tersengih. Geli juga sebenarnya bila dia buat aksi macam tu. Tak penat ke Lisa meliuk –lentukkan badannya begitu? Mau patah pinggangnya kalau hari-hari buat macam tu.

“ Seram aku tengok kau buat gaya macam tu. Dah macam bukan  Syamil yang aku kenal tapi macam lelaki auww.” Seronok  Firyal mengenakan Syamil. Dia tergelak besar.

Syamil membulatkan matanya. Sejenak kemudian dia juga turut tergelak. Senang hati bila melihat wajah Firyal yang ceria.



Bersambung…

4 comments:

  1. wahh ..hebat.. baru tulis dua 3 cerita dah best laa.. terpikat sihh nk baca.. heheh good job !! mcm mne nak taw klu citer dah update ? klu ade subciton emil blog lg bgus.. =) i like ur story :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Masyitah (^_^)
      saya br je wat blog ni
      nak wat subciton email pon tak reti lg...haha
      byk bnda yg nk kn bljr ni

      Delete
  2. Salam. Jalan ceritanya memang menarik. Good luck to you. Salam dan terima kasih. :)

    ReplyDelete